Masalah bila berniaga di Facebook

by sabree hussin on October 22, 2015

in Pemasaran FB

Berniaga di Facebook tidaklah semudah mana. Ada ketikanya kita terpaksa berhadapan juga dengan pelbagai cabaran.

 

Jadi kali ini saya akan kongsikan antara cabaran-cabaran yang mungkin anda akan hadapi dan serba sedikit tips untuk mengatasinya.

 

FB Fan page kena unpublished 

masalah_meniaga_di_facebook

Ini adalah page yang saya gunakan untuk mempromosikan program buat duit dengan live streaming. Page ni pernah kena unpublished sebelum ini.

 

Saya pun tak tau apa sebabnya page ni kena unpublished. Apa yang saya boleh teka ia mungkin sebab saya agak jarang update status kat laman fanpage tu. MUNGKIN ini salah satu cara yang pihak FB gunakan untuk memastikan laman-laman fanpage yang diwujudkan semuanya berkualiti.

 

Jadi, untuk elakkan page anda kena unpublished macam ni, kena selalu update page tersebut dengan post-post yang baru.

 

Masalah mudah hilang fokus

Tengah syok saya beriklan di FB, saya terpandang iklan dalam bentuk video macam kat bawah ni:

 

Ini adalah iklan untuk produk penyapu ajaib Swivel Sweeper.

 

Ya tujuan kita menggunakan FB adalah untuk mengiklankan produk yang kita jual atau yang kita promosikan sebagai ejen. Tetapi, adakalanya kita akan terpengaruh jugak untuk lihat iklan-iklan lain yang tak ada kena mengena dengan bisnes kita.

 

Masalah fokus… rasanya semua orang akan rasai masalah seumpama ini. Bagaimana caranya untuk mengelakkan diri daripada masalah hilang fokus macam ni? Pada saya mudah sahaja. Sebelum mulakan sebarang kerja, pastikan anda dah siap sedia dengan “to do list” yang perlu anda buat siapkan.

 

Fokus pada list tersebut, dan mana-mana perkara baru yang tak termasuk dalam perancangan, yang menarik perhatian anda, tambahkan dalam list tersebut, tetapi untuk dibuat kemudian, bukannya serta merta.

 

Perlu layan pelanggan secara manual satu per satu

penyakit_resdung_dan_rawatan

Perkara ini memang memerlukan kesabaran yang TINGGI.

 

Bukan semua orang, dan bukan calang-calang orang yang boleh tahan bila berdepan dengan prospek macam ni.

 

Ada beberapa jenis komen yang boleh mencabar kesabaran, dan antaranya

1. Komen “PM PM PM”

Walaupun anda dah berikan arahan yang jelas bagaimana untuk buat tempahan.

 

2. Komen “ada stok lagi tak?”

Walaupun sebenarnya orang yang komen sebelum ini pun tanya soalan yang SAMA. Sudah tentu produk tersebut masih ada stok. Kalau stok dah tak ada, tentu kita akan tulis pada iklan, STOK HABIS.

 

3. Orang ambik kesempatan iklan barang dia

Dengan harga yang lebih rendah pulak tu.

 

Anda perlu SEDAR. Pelanggan memang macam ni. Jangan fokus pada perkara-perkara yang buatkan anda rasa annoying, sebaliknya fikir, mereka ini adalah orang-orang yang akan menyumbangkan RM masuk ke poket anda. Layan sahaja kerenah mereka ni.

 

Pelanggan mintak diskaun

Ini biasa terjadi kalau kita promosikan produk kepada kawan-kawan kita. Kawan baik biasanya. Kadang-kadang mereka ni sengaja buat-buat tak sensitif, mintak diskaun sampaikan tak ada untung langsung.

 

Boleh. Tak ada masalah kalau nak bagi diskaun, walaupan sampai dah tak ada untung langsung.

 

Bagi diskaun BERSYARAT. Contohnya, “aku boleh bagi diskaun X% untuk produk ni, dengan syarat ko beli produk ni sekali.”

 

Produk baru tu, tak ada diskaun. Jadi at least anda dapat untung untuk jualan produk kedua tu.

Pelanggan mintak produk yang dah tak ada stok

… atau yang jualannya dah dihentikan.

 

Apa yang saya perhatikan ini semua sebenarnya berpunca daripada kesilapan peniaga itu sendiri. Mereka tu yang tak update senarai produk yang diiklankan menerusi album gambar mereka.

 

Setidak-tidaknya mereka patut letak nota dan update status produk sama ada masih available ataupun dah ditamatkan jualannya. Jika tidak, bakal pelanggan dah tentu akan konfius sama ada sesuatu produk tu masih lagi dijual ataupun dah dihentikan jualannya.

 

Cabaran untuk hasilkan page yang viral

Kalau page anda dikenali dan sentiasa viral, anda boleh jimat banyak kos untuk tujuan pemasaran dan pengiklanan berbayar. In fact, kalau anda tak keluarkan bajet langsung untuk iklan pun tak ada masalah.

 

Ada ketikanya, peniaga akan lebih cenderung untuk menghasilkan page yang viral berbanding page yang boleh menjual.

 

Viral tak bermakna boleh buat sale

Ini pasti.

 

Page yang viral belum pasti lagi ia akan menyumbangkan kepada pertambahan sale. Menjadi viral bukan syarat utama untuk dapatkan sales. Kadang-kadang page yang super viral belum tentu boleh buat sales.

 

Bila admin mula mengubah pendekatan, daripada menghasilkan post-post yang viral kepada post yang ingin buat duit, terus orang yang selalu like, komen dan share HILANG.

.

..

Jangan risau.

 

Sebabnya? Bukan semua orang akan lalui masalah-masalah ini. Mungkin anda langsung tak akan lalui pun masalah-masalah yang saya sebutkan ni.

 

Namun at least, kalau anda dapati anda berhadapan dengan masalah-masalah seperti yang saya sebutkan ini, harap-harap anda tau lah ya macam mana nak handle.

 

Istimewa untuk anda, jika anda berminat nak pelajari step by step bagaimana menjalankan perniagaan menggunakan medium Facebook dari seseorang yang memang ada authoriti dalam topik ini, bolehlah daftarkan diri anda disini.

 

In Shaa Allah, lepas ini anda pasti akan rasa lebih mudah untuk meniaga di Facebook!

 

 

 

 

Be Sociable, Share!

{ 3 comments… read them below or add one }

adesutisna October 24, 2015 at 12:44 am

harus teliti kalau beli barang di facebook

Reply

anuar October 24, 2015 at 2:26 pm

Info yang terbaik… betul tu.. macam2 kerenah pelanggan yg akan kita jumpa bila kita berniaga secara onlie melalui facebook..

Reply

abdfatah October 31, 2015 at 4:48 pm

banyak cabarannya… bukan mudah sebagaimana yang disangkakan…

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: