Boleh ke daftarkan simkad dibawah dua penaja berbeza dan apa itu teknik cucuk sate?

by sabree hussin on October 17, 2015

in Tanya Sabree Hussin

Soalan:

Assalamualaikum…

Saya dah upgrade VIP dlm www.toneexpress.com di bawah tajaan Sabree.

Di bawah peraturan Tune Talk, satu nama/kad pengenalan boleh daftar berapa simkad?

Boleh saya daftar 2 simkad di bawah 2 orang penaja yang berlainan?

Silalah beri penerangan tentang teknik cucuk satay.

Segala jasa baik Sabree, saya dahulukan ucapan terima kasih..

review_laman_tonexpress

 

“Satu kad pengenalan boleh daftarkan berapa simkad?”

Satu masa dulu, saya pernah tanyakan soalan yang sama seperti ini kepada salah seorang penjual simkad Celcom. “Seorang pelanggan boleh daftarkan berapa banyak simkad untuk satu kad pengenalan?”

 

Jawapannya yang dia berikan ialah 10 simkad.

 

Kemudian, bila saya sendiri berada dalam perniagaan simkad seperti ini, soalan yang sama pernah saya tanyakan kepada upline saya, dan jawapan yang saya terima juga masih sama, iaitu 10 simkad untuk satu kad pengenalan juga.

 

Tak lama selepas itu, saya buat bisnes Best Mobile, soalan yang sama saya tanyakan kepada upline saya, dan jawapan yang sama juga yang saya terima, iaitu untuk satu kad pengenalan boleh daftarkan 10 simkad.

 

Jadi kat sini, mungkin ini adalah ketetapan yang telah ditetapkan oleh pihak SKMM, yang mana untuk satu kad pengenalan, kita boleh daftarkan 10 simkad untuk satu telco.

 

“Boleh ke daftarkan dua simkad dibawah dua orang penaja (upline) yang berlainan?”

Saya bagi contoh situasi.

 

Kali pertama saya dengar tentang bisnes simkad Tone Excel ni, saya masih belum ada upline lagi. Bermula dari saat tu, saya pun mencari, mana satu individu yang sesuai untuk saya jadikan upline. Kalau boleh, saya nak cari upline yang faham saya, dan yang mempunyai strategi yang saya kira sesuai untuk saya follow.

 

dark_knight_batmanCari punya cari, maka saya pun jumpa Bruce Wayne. Lepas dah slow talk dengan dia, saya pun setuju untuk jadi downline dia.

 

Ok tak lama lepas tu, saya dengar pulak adanya satu konsep untuk memaksimakan lagi pulangan dalam bisnes ni yang kita namakan sebagai teknik cucuk satey.

 

Saya pun daftarkan lagi dua akaun.

 

Persoalannya sekarang ialah, akaun yang kedua dan ketiga tu adalah atas nama saya sendiri. Jika saya tak dibenarkan untuk daftarkan akaun menerusi dua upline yang berbeza, macam mana sistem cucuk satey ni nak berkesan?

 

Tak kan lah akaun kedua dan ketiga pun kena daftar dengan Bruce Wayne jugak? Ah… mana boleh macam tu. Kenyang la dia nanti!

 

Jadi kat sini, akaun yang nombor dua dan nombor tiga tu saya kena daftarkan dengan upline yang berbeza.

 

“… Apa yang dimaksudkan dengan Tak boleh daftar dengan upline yang berbeza?” 

Peraturan ni memang saya pernah dengar sebelum ni. Pihak pengurusan Tone Excel TIDAK MENGGALAKKAN ahli-ahli Tone Excel untuk daftar simkad dengan upline yang berbeza atau yang tak ada kena mengena dalam genealogy tree.

 

Kalau nak daftar dengan upline yang berbeza, masih boleh lagi cuma syaratnya jangan sampai terkeluar daripada level sedia ada. Selagi masih ada kaitan antara satu sama lain, masih lagi dibenarkan. Ataupun kalau nak daftar dengan upline lain, iaitu join group lain, kena tunggu sim sedia ada dah expired dulu.

 

Isunya adalah kerana ada sebilangan ahli yang suka lompat group. Mula-mula daftar dengan Bruce Wayne. Tak lama lepas tu bila dia tau Peter Parker menawarkan sistem pemasaran yang lebih best, maka dia pun daftar satu akaun lagi dengan Peter Parker dan kesudahannya akaun yang didaftarkan dibawah Bruce Wayne terabai macam tu je. Expired sebab dah tak topup.

 

Tak lama lepas tu, muncul pulak orang baru dengan sistem baru. Kita namakan dia sebagai Clark Kent. Sebab dia ni bijak sangat, maka dia pun cipta satu lagi sistem yang tujuannya untuk mengumpan pengguna-pengguna yang jenis suka lompat-lompat group untuk join group dia pulak.

 

Untuk jangka masa panjang, perkara ini akan jadi satu perkara yang kurang sihat. Sepatutnya kita fokus kepada pengguna baru, bukannya fokus untuk umpan pengguna sedia ada untuk join group kita. Dari perspektif syarikat, ia tak membawa pelanggan baru, sebaliknya peluang untuk sesama ahli bergaduh sesama sendiri jadi lebih besar.

 

Kalau Bruce Wayne komplen pasal benda ni kat syarikat, dah jadi satu hal pihak syarikat kena settlekan isu ni.

 

Pendapat saya secara peribadi… 

Setakat sekarang ni, saya ada 4 akaun dengan Tone Excel.

 

3 Akaun didaftarkan menggunakan nama saya sendiri dan satu akaun lagi atas nama isteri saya. Daripada 3 akaun yang saya daftarkan atas nama saya sendiri tu, satu dah expired dan hanya dua yang masih aktif. Salah satunya saya daftarkan dengan group lain disebabkan saya nak guna sistem autodownline. Untuk jangka masa panjang, saya lihat sistem autodownline ini berpotensi untuk memudahkan kerja-kerja pemasaran saya.

 

Dari segi praktikal, semuanya berjalan dengan lancar. Tak ada masalah apa-apa pun yang timbul. Saya boleh daftarkan simkad macam biasa. Jika ada sebarang komisyen yang terhasil, ia juga masih lagi dibayar seperti biasa. Tak ada sebarang masalah pun sebenarnya.

 

Dari perspektif bisnes, saya melihat adakalanya kita perlu lakukan apa yang perlu untuk perjalanan bisnes kita sendiri. Jika anda rasakan bisnes anda sekarang ni tak boleh pergi jauh, disebabkan tak ada sistem sokongan yang boleh diharapkan, dan anda dapat lihat ada group lain yang mempunyai sistem yang jauh lebih baik, maka pada saya tak salah kita join group tu. Utamakan kepentingan diri kita sendiri daripada kepentingan orang lain.

“Bagaimana teknik cucuk satey beroperasi?”

Mudah sahaja.

 

Jika anda ingin jalankan teknik ini, anda perlu siap sedia untuk buka tiga akaun serentak. Terpulang pada anda, sama ada nak buat

1. Ketiga-tiga akaun didaftarkan atas nama anda sendiri, atau

2. Akaun pertama dan akaun ketiga sahaja yang didaftarkan atas nama anda, atau

3. Hanya akaun pertama sahaja yang didaftarkan atas nama anda

 

Apa yang lebih penting sekali ialah, ke akaun bank mana arahan pembayaran komisyen akan dilakukan?

 

Dalam situasi ini, kalau nak buat teknik cucuk satey, dah tentulah kita akan berikan arahan kepada pihak pengurusan Tone Excel untuk buat bayaran komisyen ke akaun kita. Maksudnya, tiga akaun Tone Excel yang berbeza, tetapi untuk pembayaran komisyen, ketiga-tiga komisyen akan dibayar ke akaun bank yang SAMA.

 

Untuk akaun kedua dan ketiga, jika nama di Tone Excel berbeza dengan nama pada akaun bank untuk pembayaran komisyen, anda perlu isi borang 3rd party. Sila hubungi pihak pengurusan Tone Excel untuk langkah seterusnya.

 

Dari segi simulasi, konsep dan susun atur teknik cucuk satey adalah seperti berikut

1. Akaun pertama kita daftarkan atas nama sendiri.

2. Akaun kedua daftar sebagai downline akaun pertama. Handphone sama ada digunakan oleh orang lain, atau kita sendiri guna. Yang penting sim kena kekal aktif.

3. Akaun ketiga daftar sebagai downline akaun kedua.

 

Apabila buat promosi, setiap downline yang baru, kita akan masukkan di bawah akaun ketiga. Untuk pembayaran komisyen, ketiga-tiga ini akan dibayar ke satu akaun sahaja.

 

Dengan teknik cucuk satey ni, pemilik akaun pertama tu akan dapat komisyen yang lebih besar berbanding mereka yang hanya ada satu akaun sahaja.

 

Walaubagaimanapun, teknik cucuk satey ni ada kelemahannya. Anda boleh fikir secara logik untuk mengesan dimana kelemahan bagi sistem cucuk satey ini.

cucuk_sate_toneexcel

 

Saya tak rancang nak bincangkan secara panjang lebar disini. Rasanya cukup dulu perkongsian kali ini, lagipun saya dah pun menjawab persoalan yang diberikan. Mungkin lain kali lah kot saya sambung tentang teknik cucuk sater ni. Itupun kalau saya rasa ada keperluan!

 

Terima kasih kerana baca perkongsian ini dan semoga bermanfaat!

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: