Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Contoh skrip status update dan teknik menulis ayat iklan yang boleh memikat pelanggan di Facebook

August 21, 2015 by sabree hussin 14 Comments

Anda tahu tak, apa yang membuatkan meniaga di media sosial seperti Facebook ini adalah lebih menyeronokkan (selain sebab mudah dapat sales) berbanding meniaga di lain-lain platform?

 

Hari ni, boleh kata hampir setiap orang ada akaun di Facebook. Kalau satu masa dulu, fungsi media sosial ni lebih kepada untuk bersosial, berkenal-kenalan dan untuk cari balik kawan-kawan lama, sekarang tidak lagi. Laman media sosial kini turut digunakan untuk berniaga.

 

Satu perkembangan yang saya kira BAGUS ialah, pada hari ini jika anda pun minat nak mula berniaga menggunakan platform Facebook, anda tak akan dibiarkan teraba-raba sendiri untuk mencari, apakah teknik, taktik mahupun strategi yang berkesan untuk memberi hasil apabila meniaga di FB.

 

Ada ramai usahawan diluar sana yang tak kedekut ilmu untuk berkongsi pengalaman, bagaimana mereka boleh dapatkan jualan yang PERTAMA dan seterusnya, hanya dengan memperbaiki teknik menulis status update di Facebook. Ini adalah panduan yang baru sahaja saya download dan baca isi kandungannya. [saya download di laman web ini]

teknik_tulis_status_update

Panduan ini PERCUMA sahaja. YA, anda tak perlu nak bayar apa-apa untuk muat turun panduan ini. Nanti saya ceritakan, kenapa anda patut muat turun panduan ini.

 

Saya percaya, salah satu resepi kejayaan seorang usahawan adalah kena RAJIN. Bukan sekadar kena rajin bekerja, tetapi kena RAJIN untuk sentiasa menuntut ilmu. Minda seorang usahawan, adalah ibarat sebuah perisian (software) yang menggerakkan hardware. Ia perlu sentiasa di update dan upgrade selalu.

 

Menerusi ebook ini, anda akan belajar kaedah bagaimana untuk menghasilkan status update yang boleh membuat pelanggan anda beri respons yang positif terhadap produk yang anda promosikan. Kalau selama ini, bila anda buat status update, tak ada siapa yang respon, like, komen, share dan sebagainya, kali ini anda akan didedahkan bagaimana nak dapatkan respon yang anda mahukan.

 

Oh bukan itu sahaja ya, selain anda perlu tahu bagaimana nak tulis status update untuk tujuan bisnes, anda juga akan didedahkan, kat mana anda patut siarkan status update tersebut. Adakah di wall FB ada sendiri? Atau di Fanpage? Sebenarnya BUKAN. Ada tempat lain yang lebih sesuai.

 

Formula H – COC

 

“Apa maksud formula H- COC ni? Adakah Hero Clash of Clan?” 

 

HEADLINE – Tanya MASALAH?

CONTENT – Nyatakan kelebihan/ manfaat/ faedah produk kepada pelanggan

OFFER – Beritahu apa TAWARAN anda yang BERBEZA berbanding peniaga lain

CTA – Ataupun Call to Action yang mengandungi AYAT ARAHAN untuk menyuruh prospek BERTINDAK seperti yang kita mahukan

 

HEADLINE

Sebelum anda menulis sebarang status update, pastikan anda luangkan lebih masa untuk tulis HEADLINE. HEADLINE ini adalah ayat pertama yang akan dibaca oleh bakal pelanggan. Kalau HEADLINE anda tak menarik, bye bye la ya.

 

Anda tak berapa reti nak tulis headline yang menarik? Ok formulanya mudah sahaja. Jawab soalan ni.

“Produk anda menyelesaikan masalah apa?”

 

Jika produk anda menyelesaikan masalah kulit berparut, nyatakan pada headline anda. Jika produk anda menyelesaikan masalah berat badan berlebihan, nyatakan pada headline anda. Contohnya

Adakah anda mahu jika saya tunjukkan teknik TERBARU untuk menghilangkan kesan parut yang hodoh pada kulit wajah?

 

Mahukah anda jika saya kongsikan kaedah TERBARU membuang lemak berlebihan dan mengurangkan berat badan tanpa perlu bersenam, sapu krim mahupun makan sebarang pil diet?

 

Oh dalam kedua-dua ayat contoh kat atas ni, saya masukkan perkata “TERBARU”. Daripada kajian dan pembacaan yang saya lakukan, prospek mudah tertarik pada dua perkataan, iaitu “PERCUMA” dan juga “TERBARU/ TERKINI”. Memandangkan perkataan PERCUMA agak sukar untuk disesuaikan dengan sebarang ayat iklan, tetapi tidak untuk perkataan TERBARU. Jadi, gunalah perkataan tersebut.

 

CONTENT

Kalau dalam step sebelum ini, anda telah pun tarik perhatian prospek yang ada masalah tertentu untuk baca ayat iklan anda, kali ini, kita nak pastikan yang prospek kita tu akan terus baca apa yang kita nak sampaikan.

 

Daripada pengalaman-pengalaman yang lepas, saya melihat bahawa jika anda tulis everything dalam status update anda, iaitu informasi yang lengkap, prospek akan kurang beri perhatian. Mereka cenderung untuk mengabaikan apa yang anda tulis.

 

Tetapi, bila anda tulis hanya sebahagian sahaja, ini menimbulkan element of curiosity. Tiba-tiba mereka BERMINAT nak tau dengan lebih lanjut!

 

Offer

Adakah anda ada offer yang lain daripada yang lain? Tak ada?

Tips:

Jika anda tidak ada sebarang offer yang special ataupun yang lain daripada yang lain, tak bermakna anda tak perlu tulis apa-apa. Sebenarnya, anda boleh tulis offer anda, walaupun sebenarnya ianya SAMA sahaja dengan apa yang dipraktikkan oleh peniaga lain, tetapi peniaga lain gagal untuk maklumkan.

Pening ke? Nak contoh?

Begini:

“Produk anda akan dibalut dengan KEMAS dan CERMAT bagi memastikan produk yang anda terima tidak mengalami sebarang kerosakkan yang tak diingini semasa proses penghantaran.”

 

Apa yang SPECIAL sangat dengan ayat “… produk akan dibalut dengan KEMAS dan CERMAT” ni? Kan semua orang akan balut produk dengan kemas dan cermat.

 

Memang betul. Semua orang akan buat macam tu. BEZANYA ialah, anda bagitau benda ni, manakala peniaga lain gagal untuk mention benda ni kepada pelanggan.

 

CALL TO ACTION (CTA)

Masa untuk memukau bakal pelanggan untuk bertindak sebagaimana yang kita mahukan! Ini adalah bahagian yang PENTING.

 

Nyatakan secara SPESIFIK dan JELAS apa yang anda mahu prospek anda buat setelah mereka baca status update anda?

Ini contohnya

  1. Like status ini jika anda pernah ada pengalaman buat duit online
  2. Komen “saya nak tau” jika anda mahukan maklumat tambahan tentang teknik TERBARU ini. Saya akan PM anda satu persatu.
  3. Klik pada laman web ini –> http://skripfb.informasi4u.com/ jika anda SERIUS nak ubah cara anda tulis status update yang boleh menjual

 

Apa akan berlaku jika anda tak nyatakan secara jelas apa yang anda mahu pelanggan lakukan lepas dah baca ayat iklan anda?

 

Biasanya NOTHING. Tak ada apa yang akan berlaku. Respons prospek pulak berbeza-beza dan langsung tak seragam. Akan ada yang komen “PM”, akan ada yang cuma like, ada yang cuma seen sahaja, dan macam-macam lagilah respons dia. Kita tak nak macam tu.

 

Tetapi, kalau kita tetapkan siap-siap, pada bahagian CTA, contohnya, sila komen “saya nak RAHSIA TERKINI ini” maka prospek anda akan buat seperti yang anda suruh. Ingat lagi tak, saya ada sebutkan tentang “element of curiousity” tadi?

 

Apabila ada ramai yang komen “saya nak RAHSIA TERKINI ini”, “saya nak RAHSIA TERKINI ini”, “saya nak RAHSIA TERKINI ini”, orang lain yang sebelum ni tak minat nak tau pun akan komen benda yang sama. Tak percaya? Cubalah dulu. Benda ni kita dah buat lama dah, dan hasilnya jarang-jarang mengecewakan ho ho.

 

Baiklah, walaupun ini adalah panduan PERCUMA, namun mereka yang praktikkannya terbukti berjaya dapat hasil. Ini testimoni salah seorang yang dah download ebook ni dan dah baca serta praktikkan terus.

cara_tulis_status_facebook

Konsep penulisan status update untuk menjual produk fizikal mahupun produk digital sebenarnya tak jauh bezanya. Namun, jika anda terlibat dalam perniagaan produk digital atau fizikal, anda akan diberikan contoh skrip yang anda boleh terus gunakan, ataupun edit serba sedikit untuk disesuaikan dengan perniagaan anda.

Boleh muat turun disini: http://skripfb.informasi4u.com/

Selamat mendalami ilmu tulis status update yang boleh menjual di Facebook ya!

 

 

[monkeytools msnip=”http://memochimp.com/memo.php?u=870&p=1993″]

Baca juga artikel berikut:

  1. Anda nak tahu 2 TEKNIK SIMPLE tulis iklan yang efektif & tingkatkan jualan di Facebook?
  2. Contoh-contoh tugasan dan kerja yang boleh dilakukan hanya dari rumah
  3. Contoh-contoh pekerjaan online MUDAH yang boleh dilakukan dari rumah secara part time
  4. Isu Copy and Paste Ayat Iklan Peniaga Online Di FB, Apa Kata Anda?

Filed Under: Advertorial Tagged With: contoh ayat-ayat power, skrip ayat iklan facebook

Comments

  1. Junaidy Jaimi says

    August 21, 2015 at 4:37 pm

    masalah saya sekarang, bila menulis blog, saya dah tak pandai nak tulis apa pada facebook…bila selalu update facebook lak, hilang idea nak tulis blog..haha..terima kasih berkongsi link tentang skrip update status FB tu TSH…boleh praktikan lepas ni.. 🙂

    Reply
  2. saljuhumairah says

    August 23, 2015 at 2:27 pm

    Bagus ni… kalau pandai manipulasi..boleh guna sebagai tamplate untuk tulis blog… ia memudahkan perancangan untuk menulis… kalau tidak tajuk lain, isi kelaut…

    Reply
    • sabree hussin says

      August 23, 2015 at 10:26 pm

      Tajuk lain isi kelaut ni dah biasa sangat jumpa dah ha ha

      Reply
  3. Akmal says

    January 21, 2016 at 9:27 am

    Goog info.. tq for sharing

    Reply
  4. rin says

    September 19, 2016 at 11:30 pm

    tuan sila periksa emel atau sms atau whatsapp di no 017 254 3031.
    sy ada buat pembelian di laman web seratusperatus.com
    sy nak sgt ilmu ebook tu, harap boleh emel pd sy segera. tq
    emel sy richmr100@gmail.com

    Reply
    • sabree hussin says

      September 21, 2016 at 12:28 pm

      Saya dah emelkan ke alamat emel tersebut. Nanti semak ya.

      Reply
  5. fadzli says

    September 30, 2016 at 6:08 pm

    TUAN BOLEH BAGI CONTOH UNTUK AYAT INSURANS TAK TUAN…
    TQ ATAS PERKONGSIAN TUAN

    Reply
    • sabree hussin says

      September 30, 2016 at 6:35 pm

      In Shaa Allah, jika ada kesempatan saya akan kumpul dan kongsikan dalam blog ni.

      Reply
  6. ain says

    April 20, 2017 at 4:37 pm

    kenapa tak boleh download ebook? emel sy ainzanya@gmail.com TQ

    Reply
    • sabree hussin says

      April 20, 2017 at 8:53 pm

      Mungkin ada masalah dengan laman web pemilik produk. Cuba lagi kemudian. Kalau tak boleh jugak maknanya produk ni memang dah tak ada.

      Reply
  7. Engku nor hazira binti engku hamzah says

    June 7, 2017 at 10:50 am

    Saya Mahu belajar teknik -teknik tersebut

    Reply
  8. Siti Aaishah Mohd Yusop says

    August 27, 2019 at 7:23 am

    Saya nak tahu

    Reply
  9. Khairi says

    September 17, 2019 at 3:32 pm

    Saya nak belajar ilmu ini tuan, boleh emailkan pada saya.

    Reply
  10. norazmi abdul lajis says

    January 26, 2020 at 7:33 am

    saya mohon jasa baik tuan amirul kongsikan dengan saya

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Bina kerjaya dalam bidang jualan untuk jana pendapatan tanpa had!
  • Bagaimana Cara Dapatkan Pembaca Blog Yang Ramai
  • Adakah perniagaan berasaskan runcit menguntungkan?
  • 10 Laman Web Penting Untuk Anda Buat Duit Online
  • Cara TERBAIK menguruskan tempahan perniagaan homestay anda

Recent Comments

  • sabree hussin on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • nak cari mai putrajaya lahabau on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • sabree hussin on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • Fina on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • sabree hussin on Perbezaan antara homestay dengan guesthouse

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Jualan
  • Kerjaya Penulis
  • Kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in