Adakah anda baru nak mula memiliki blog anda sendiri?
… atau anda dah lama ada blog, namun cuma baru sekarang anda plan untuk menulis dalam blog dengan lebih serius?
Tahniah saya ucapkan. Biar saya berterus terang dengan anda.
Blog masih lagi medium pemasaran yang berkuasa dan sangat mujarab untuk membantu anda buat duit online.
Buktinya?
Emel ini baru sahaja saya terima beberapa minit sebelum post ini saya tulis. Ini adalah komisyen untuk produk Panduan Jobdirumah. Panduan ini saya promosikan hanya menerusi blog sahaja.
Mungkin, ada artikel-artikel lama yang saya hasilkan sebelum ini berjaya memikat pembaca blog ini untuk membeli panduan tersebut.
Baiklah, tips ini saya tulis khusus untuk anda.
Ya.
Untuk anda yang serius ingin memanfaatkan masa anda untuk menulis blog. Saya harap, anda bukan sahaja benar-benar serius nak menulis, tetapi pada masa yang sama, anda juga serius nak buat duit dengan blog anda.
Ada satu perkara PENTING yang saya harap anda dapat faham.
Bukan semua penulis blog berjaya buat duit dengan blognya. Malahan, sebenarnya ada ramai juga yang dah bertahun-tahun menulis blog, tetapi langsung tak pernah merasa sebarang income dari blognya. Kesian… Tapi saya faham, kalau memang matlamat asal menulis sebab hobi semata-mata, memanglah aspek untuk buat duit dengan blog tidak dijadikan prioriti.
Dalam catatan kali ini, saya menulis khusus untuk berkongsi pengalaman, bagaimana dan apa yang anda perlu lakukan untuk buat duit sampingan dengan blog anda.
Dah sedia nak tahu? Sila teruskan pembacaan.
1.0 Pilih platform wordpress self hosted
Untuk blog utama, pilih blog yang menggunakan platform wordpress self hosted. Dapatkan nama domain dan hosting anda sendiri.
Jangan gunakan blog percuma dari blogspot ataupun wordpress.com sebagai blog utama.
Sejak dari tahun 2009 lagi, saya dah lihat ada terlalu banyak blog yang menjadi mangsa diremove oleh google. Terutamanya blog daripada blogspot.
Boleh anda bayangkan, kalau satu hari, ketika anda bangun dari tidur, anda ingin semak blog anda, dan tiba-tiba ia HILANG begitu sahaja.
Apa akan jadi pada income anda?
Apa akan jadi pada subscriber anda?
Bagaimana pula dengan follower anda?
Macam mana dengan artikel-artikel lama yang anda hasilkan dengan susah payah?
Semua itu akan hilang dalam sekelip mata. Selagi anda menumpang laman blog milik pihak ketiga, selagi itu anda kena ikut segala peraturan. Just in case anda langgar peraturan, walaupun anda tak sengaja, anda boleh kehilangan blog anda begitu sahaja.
Segala usaha anda, menulis tanpa henti, buat promosi tanpa jemu, bakal jadi sia-sia jika blog anda di remove oleh Google.
Jadi, gunakan platform wordpress self hosted. Ia lagi selamat! Anda tak pandai install wordpress?
Klik sini untuk tutorial pemasangan blog wordpress self hosted.
Anda tak tau nak beli domain dan hosting dari syarikat mana?
Saya cadangkan anda dapatkan khidmat sewa hosting dari syarikat NetKL. Saya juga adalah pengguna perkhidmatan mereka sejak dari tahun 2009 lagi. Oleh sebab saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang mereka berikan, jadi saya berani untuk syorkan anda gunakan khidmat dengan mereka juga.
Anda boleh langgan salah satu daripada pakej hosting yang ditawarkan oleh pihak NetKL.
Kebiasaanya, untuk mana-mana projek blogging, saya akan bermula dengan pakej yang paling murah iaitu pakej RM60 setahun. Hanya apabila projek blogging yang saya jalankan nampak seperti memberikan hasil yang baik, barulah saya akan upgrade ke pakej yang lebih tinggi.
Kos untuk upgrade hanya perlu bayar perbezaan harga sahaja.
Kos sewaan adalah RM60 setahun atau lebih kurang bersamaan dengan 0.16 sen sahaja sehari. Ianya tidaklah terlalu mahal. Dari pengalaman saya sendiri, saya rasa lebih semangat nak update blog apabila saya fikirkan yang blog tersebut bukannya percuma dan ada kos yang perlu saya bayar.
Sedikit sebanyak ada rasa kena penuhi komitmen untuk menulis di blog. Ok baik, so perkara pertama sekali adalah, gunakan blog wordpress self hosted ya.
2.0 Blog sebagai tools untuk personal branding
Untuk tujuan personal branding, saya amat menyarankan anda menggunakan blog sebagai medium utama.
Kemudian, barulah anda gunakan media social seperti Facebook, Google+, twitter dan sebagainya sebagai back up.
Antara kelebihan paling PENTING yang ada pada blog ialah
1. Setiap apa yang anda tulis dan siarkan dalam blog akan dipaparkan di enjin carian google
2. Setiap artikel yang anda hasilkan akan disusun mengikut tarikh bila ia disiarkan
3. Blog ada sistem arkib supaya mudah untuk membaca artikel terdahulu
Jika anda benar-benar serius ingin menjenamakan nama anda, dan ingin prospek mengenali siapa anda, dapatkan nama domain yang sama dengan nama anda.
Pastikan anda gunakan nama dan identiti yang sama.
Kemudian, anda mulakan bercerita dan berkongsi tentang pengalaman anda, kisah hidup anda, dan perancangan anda untuk masa hadapan. Selagi anda tak bercerita, tak ada siapa yang akan tahu tentang anda dan tak ada siapa yang akan bertanya…
Sebuah laman blog yang profesional…
1. Ada muka hadapan
2. Ada halaman tentang saya (about me) yang menceritakan secara ringkas dan padat tentang siapa diri penulis
3. Ada halaman hubungi saya
4. Pembaca boleh ikuti perjalanan hidup anda dengan lebih teratur dengan adanya fungsi Arkib blog
4 fungsi utama ini masih lagi tak terdapat pada mana-mana laman media sosial. Cuba bayangkan follower yang baru kenal siapa anda di media sosial. Follower ini akan ada masalah untuk baca perkongsian-perkongsian lama yang pernah anda siarkan sebelum ini.
Kesannya, follower yang baru mengenali anda akan tanya soalan-soalan yang berulang, yang sebenarnya anda pernah jawab sebelum ini. Tapi kalau satu hari nanti media sosial akan ada fungsi arkib, saya rasa itu akan memudahkan lagi.
Jika anda taip nama anda di google, laman web apa yang akan keluar di muka surat pertama?
Adakah laman web FB? Google+? Atau laman blog anda sendiri? Saya sengaja beli domain yang serupa dengan nama saya sendiri sebagai personal branding.
Sebaik-baiknya biarlah laman web yang keluar tu adalah laman web milik anda sendiri. Bukannya laman web pihak ketiga, sama ada milik Facebook, google atau blogger.com. Dalam situasi saya ini, kalau ada orang yang nak tahu atau nak kenal siapa saya, biarlah dia kenal saya melalui penulisan yang saya hasilkan dalam blog saya.
3.0 FAHAM dan Mahir dengan Teknik Pemasaran SEO
Jika anda memiliki ilmu asas tentang SEO sudah memadai.
Ia lebih baik berbanding anda tak tau langsung tentang SEO. Pengamal kaedah pemasaran SEO perlu faham bagaimana cara kerja laman web search engine.
Ini bermakna…
1. Anda perlu tahu bagaimana search engine google menyusun result atau paparan yang bakal keluar di page pertama google.
2. Anda perlu tahu trik macam mana nak pastikan artikel anda dapat masuk ke page pertama google.
3. Anda juga perlu sentiasa aware dengan perubahan-perubahan bagi peraturan SEO hingga menyebabkan artikel anda tercampak ke page belakang halaman carian google
Dengan SEO, kita nak pastikan artikel yang dihasilkan akan dipaparkan di halaman pertama google. Jika artikel anda gagal masuk ke page pertama google untuk kata kunci tertentu, bermakna usaha anda masih belum cukup.
Cuba lagi sehingga ia berjaya masuk ke page pertama google.
Satu hari nanti, anda pasti akan mula rasa jemu untuk menulis. Anda akan melalui saat-saat sukar untuk menulis yang dikenali sebagai writer’s block.
Pada saat ini, apa yang sangat membantu memastikan laman blog anda tetap dikunjungi oleh pelawat baru, adalah teknik SEO. Oleh yang demikian, jangan sesekali anda abaikan teknik SEO dalam penulisan blog anda.
4.0 Tulis artikel yang mengandungi banyak bilangan perkataan
Berapa banyak perkataan?
Minimum 1,000 patah perkataan. Lagi banyak perkataan dan lagi panjang sesuatu artikel itu lagi baik.
Artikel yang panjang…
1. Mengandungi kepadatan kata kunci sasaran yang tinggi.
2. Mempunyai banyak poin-poin penting
3. Di muatkan dengan informasi dan fakta yang relevan
4. Di tulis step by step dan details bagi memastikan setiap orang dapat memahami topik yang ingin disampaikan
Jangan takut menulis artikel yang panjang. Jika artikel yang anda tulis penuh informasi, dan menyelesaikan masalah pembaca, walau panjang macam mana sekalipun, ia akan tetap dibaca.
Saya harap anda tak salah faham, antara menulis artikel yang panjang yang penuh dengan informasi dengan menulis artikel panjang sebab anda nak membebel (ranting). Artikel yang panjang perlu dilihat juga dari aspek kualiti konten atau informasi yang dimuatkan.
Biasanya artikel akan jadi panjang apabila kita berusaha untuk memberikan penerangan, contoh, case studies, hasil kajian dan sebagainya. Konsepnya ialah, biar kita berikan maklumat yang selengkapnya, jangan kurang maklumat.
Jika pembaca tak mampu untuk habiskan baca artikel yang kita tulis pada kali pertama dia datang ke blog kita, pembaca tu tadi boleh bookmark atau save dulu url blog kita. Nanti bila dia ada masa, dia boleh datang lagi untuk sambung pembacaan.
Artikel yang pendek, yang nampak terlalu ringkas, kadang-kadang pada saya la, ia memberikan gambaran bahawa penulisnya tak berapa tahu tentang topik yang dia sedang bincangkan dalam artikel tersebut.
5.0 Bina senarai emel prospek, pelawat dan pembaca blog
Peraturan SEO sentiasa berubah dari masa ke masa.
Google sendiri, seringkali mengemaskini peraturan SEO dan memperkenalkan parameter-parameter baru seperti
(1) Google Panda
Bagi mendenda mana-mana blog atau laman web yang menggunakan artikel copy paste, atau artikel yang kurang berkualiti sebagai konten dalam blognya. Melalui Google Panda, Google hanya akan beri keutamaan kepada artikel yang berkualiti sahaja untuk masuk ke halaman pertama Google.
(2) Google Penguine
Tujuannya adalah bagi mendenda mana-mana blog atau website yang menggunakan teknik manipulatif bagi menaikkan ranking web site atau blog. Teknik manipulasi yang saya maksudkan adalah teknik bertukar-tukar backlink, beli back link dan sebagainya.
Jumlah backlink sebelum ini boleh dijadikan faktor untuk mudah masuk ke halaman pertama Google. Dengan wujudnya algorithma Google Penguine, pemilik website dah tak boleh suka-suka hati nak beli link atau buat link exchange bagi tujuan menaikkan ranking laman blog.
(3) Google Hummingbird
Untuk update Google Hummingbird ini, ia merupakan satu update baru, yang mana Google ingin menjadikan enjin carian milik mereka mampu untuk memproses pemahaman penggunaan bahasa dan pemahaman semantik sesebuah laman web.
Kalau ada pengguna yang google “cara buat duit dengan blog” bermakna orang yang sama juga berminat untuk tahu “cara buat duit online”.
Update hummingbird ini menjadikan search engine google boleh faham apa sebenarnya niat seseorang pengguna search engine apabila dia menaip sesuatu kata kunci. Mungkin boleh dikatakan, sekarang ini kita kena alert dengan perkataan seerti atau yang sama maksud walaupun kata kunci berbeza.
(4) Google Pigeon
Update ini lebih kepada untuk personalized hasil carian mengikut lokasi si pencari maklumat. Contohnya, kalau dia google kata kunci “restoran terbaik” hasil carian yang keluar adalah yang berkaitan dengan restoran yang terletak disekitarnya sahaja.
Kalau dia berada di Langkawi, hasil carian semua akan keluar restoran di Langkawi sahaja. Tak akan keluar hasil carian restoran di Los Angeles.
(5) Google Fred
Update ini adalah untuk mengenalpasti mana-mana laman web yang dibina bukan untuk memberi manfaat kepada user, sebaliknya hanya untuk jual barang sahaja.
Menulis blog tu dah bagus. Tapi kalau setiap artikel semua adalah artikel promosi, artikel jual barang, maka artikel seperti ini akan kena penalti dengan Google. Google lebih suka artikel yang membantu menyelesaikan masalah pengguna search engine, jadi kalau artikel yang anda tulis sebelum ini semua adalah artikel jual barang, besar kemungkinan blog anda akan kena penalti.
Laman blog atau laman web anda mungkin terpengaruh dan terjejas dengan perubahan-perubahan yang dilakukan oleh Google. Saya akui, saya sendiri beberapa kali terkena tempiasnya. Dengan tiba-tiba jumlah trafik yang masuk ke blog saya menurun secara mendadak.
Ini secara tak langsung menjejaskan pendapatan yang saya boleh hasilkan melalui blog. Kalau nak buat duit dengan program pengiklanan seperti Adsense, atau buat duit dengan affiliate marketing itu sendiri perlukan trafik yang baik.
Sebab itu anda perlukan back up plan, iaitu bina senarai emel pelawat dan pembaca blog anda.
Konsep yang saya cuba sampaikan disini ialah database marketing. Jangan sia-siakan pelawat yang masuk ke laman blog anda. Cuba tawarkan mereka sesuatu, supaya mereka sudi untuk berikan nama dan alamat emel mereka kepada anda.
Untung sebenarnya ada mailing list anda sendiri, sebabnya
(1) Anda boleh gunakan mailing list tersebut untuk mempromosikan konten terbaru blog anda
Setiap kali anda selesai update blog, anda boleh hantar emel kepada mailing list anda dan minta mereka untuk baca. Selepas baca, boleh juga minta mereka untuk komen. Kalau ada komen yang agak kritikal, boleh jadikan ia sebagai panduan untuk buat penambahbaikkan.
(2) Manfaatkan mailing list untuk memastikan blog anda sentiasa ada banyak pelawat
Tak semestinya kena tunggu ada artikel baru, baru anda nak broadcast emel kepada mailing list anda. Boleh je ajak mereka untuk baca artikel lama yang pernah disiarkan dalam blog anda.
(3) Anda boleh kekal berhubung dengan subscriber anda, walaupun sekadar bertanya khabar dan memberi ucapan sempena perayaan tertentu
Ini merupakan satu ciri yang cool. Anda boleh keep in touch dan bina relationship dengan pembaca blog anda. Ada pembaca blog anda yang lebih suka menjadi silent reader sahaja.
Bila anda biasakan diri untuk kekal berhubung dengan mereka ini, satu hari nanti anda boleh mempunyai hubungan yang baik dengan pembaca anda.
Pendek kata, dengan adanya mailing list anda sendiri, ada banyak perkara-perkara best yang anda boleh buat.
Saya gelarkan kaedah tarik trafik dengan mailing list ini sebagai “traffic on demand”. Jika saya perlukan traffic segera, saya juga akan gunakan mailing list.
6.0 Isu keselamatan blog
Pastikan anda menggunakan wordpress versi terbaru. Setiap kali ada versi kemaskini, cepat-cepat update. Tapi kalau anda bimbang versi terkini tak berapa stabil, anda boleh baca dulu perbincangan tentang versi terkini di forum yang membincangkan tentang sistem wordpress.
Pastikan anda sentiasa update plugin wordpress yang anda gunakan. Mana-mana plugin lama yang developer dah tak update, buanglah ia. Ia mungkin tak selamat kalau nak terus digunakan.
Pastikan juga anda sentiasa back up artikel-artikel lama blog anda.
Jangan anggap isu keselamatan ini sebagai perkara remeh
Saya pernah kehilangan semua artikel dalam blog ini. Artikel yang pernah saya tulis dari tahun 2009 – 2014 semuanya hilang begitu sahaja.
Ya
Tahun 2014 ini saya perlu mulakan semula menulis blog. Semuanya berpunca daripada sistem keselamatan yang longgar dan sistem back up yang gagal berfungsi dengan baik.
Apa pun… lesson learnt.
7.0 Reka bentuk blog yang simple, elegan dan responsive
Anda tak perlukan muzik latar belakang dan autoplay.
Anda tak perlukan hiasan seperti salji, bunga dan sebagainya.
Anda tak perlukan slide show untuk tujuan show case koleksi album gambar anda.
Itu semua tak perlu dan hanya akan melambatkan tempoh loading laman blog anda. Sebaliknya, anda perlukan sesuatu yang simple, cepat loading dan responsive.
Kita kembali kepada asas…
Pelawat melayari sesebuah laman web kerana mereka inginkan maklumat dan informasi. Maklumat dan informasi tersebut lazimnya diperolehi dengan membaca teks dan ayat yang terkandung dalam blog tersebut.
Bukannya dari penggunaan special effect seperti salji, java script dan sebagainya. Ini semua hanya akan melambatkan masa untuk loading sesebuah blog.
Jika blog anda terlalu berat, dan mengambil masa yang panjang untuk loading, besar kemungkinan ia kan segera di pangkah oleh pembaca dan pelawat blog anda.
Saya amat menggalakkan anda untuk invest duit untuk dapatkan premium theme. Saya sendiri pernah menggunakan beberapa premium theme dan saya dapati ianya memang berkali ganda lagi bagus berbanding hanya menggunakan theme percuma.
8.0 Social Media
Anda perlu mengetengahkan blog anda dalam lingkungan rakan-rakan sosial anda.
Jika anda tak pernah mewar-warkan tentang blog anda, mereka tak akan tahu yang anda memiliki blog sendiri.
Jangan malu-malu. Promosikan je blog anda di Facebook, Twitter, Instagram, LinkedIn, Ummaland dan sebagainya. Pasti ada yang akan berterima kasih pada anda, apabila mereka terbaca artikel yang bermanfaat untuk diri mereka nanti.
Cara ini juga bagus untuk menarik perhatian rakan anda yang mungkin perlukan khidmat pemasaran dari seorang blogger seperti anda. Kalau mereka tak tahu yang anda adalah seorang blogger, macam mana mereka nak pilih anda untuk diberikan job.
9.0 Outsource kerja-kerja penulisan artikel
Saya faham, bukan semua orang ada masa untuk menulis sendiri kandungan blog mereka. Oleh sebab itu, anda perlu play smart. Tak perlulah semua artikel, anda sendiri yang tulis.
Sama ada anda upah penulis luar (ghost writer) untuk menghasilkan artikel untuk blog anda, atau
Anda beli artikel PLR (Private Label Right) untuk disiarkan dalam blog anda, atau
Anda jemput penulis blog lain untuk menulis dalam blog anda (guest blogger).
Masa anda? Gunakan untuk tujuan lain seperti buat research, atau buat marketing untuk blog anda. Artikel-artikel yang mudah, anda boleh outsource sahaja.
Kalau anda rasa tak puas hati dengan artikel yang ditulis oleh penulis upahan, anda boleh sahaja edit terlebih dahulu artikel tersebut sebelum disiarkan. Biasanya kerja-kerja edit artikel ini lebih mudah dan lebih cepat kalau nak bandingkan dengan kerja menulis artikel dari kosong.
10.0 Manfaatkan fungsi blog PERCUMA blogspot
Sesekali, carilah juga masa untuk menulis dalam blog percuma seperti blogspot.
Namun, pastikan dalam setiap artikel yang anda hasilkan, anda membuat pautan kembali (backlink) ke blog utama anda.
Lihat screenshot diatas. Kotak berwarna merah adalah mewakili blog lain kepunyaan saya. Setiap kali saya menulis, saya akan buat pautan kembali ke laman blog utama saya.
Ini bermakna, saya juga berjaya tarik trafik dari laman web lain ke blog saya sendiri.
Ingat! Trafik adalah penting bagi sesebuah blog. Tanpa trafik, adalah mustahil anda nak buat duit dengan blog anda.
Baca tentang trafik blog disini.
11.0 Bina networking, connection & pengaruh
Anda tidak keseorangan dalam dunia penulisan blog.
Sama ada anda sedar atau tidak, disekeliling anda sebenarnya ada terdapat ramai lagi individu seperti anda,
1. Mereka memiliki minat yang sama
2. Mereka suka bercerita topik yang sama
3. Mereka juga blogger!
4. … dan mereka nak buat duit dengan blog mereka
Ada antara mereka yang memang dah berjaya buat duit 3 – 5 angka setiap bulan tanpa gagal.
Ada antara mereka yang kenal dengan ramai advertiser.
Ada antara mereka yang senang dapat job advertorial.
Ada antara mereka yang memang memiliki blog network mereka sendiri yang besar. Sebagai orang baru (newcomer) dalam industri, kenali siapa mereka, dan dekati mereka.
Anda bukan sahaja bakal belajar sesuatu yang baru, malahan anda juga mungkin berpeluang untuk dapat job menulis artikel berbayar!
Senang cerita, bila nak pergi jauh dalam bidang penulisan blog ini, anda kena toleh kanan kiri juga. Ambil tahu, apa yang blogger lain, yang anda tak buat. Kadang-kadang benda yang mereka buat ni, kita boleh tiru, ataupun kalau tak tiru sekalipun, anda buat dengan lebih baik.
Ada blogger yang tulis artikel tentang 7 cara buat duit dengan blog. Saya tulis artikel baru yang mengetengahkan 10 cara buat duit dengan blog! Ya, memang tak nak kalah.
Kita cuba buat yang terbaik. Kita cuba untuk jadi yang terbaik. Lagipun, sebagai pembaca, kita juga lebih suka untuk rujuk pada sumber rujukan yang kita rasakan terbaik, dan tak nak buang masa untuk baca bahan bacaan yang nampak macam penulisnya tak berapa pakar.
12.0 Sentiasa semak progres pesaing anda
Kenapa artikel yang anda tulis masih gagal untuk masuk ke page pertama google?
Jawapannya ialah, ada artikel lain yang lagi power daripada anda.
Belajar untuk menganalisa kekuatan dan kelemahan laman blog orang lain.
Kekuatan itu mungkin datang dari
1. SEO
2. Usia laman web
3. Teknik penulisan
4. Populariti
Jika anda nak bersaing, sedikit sebanyak anda perlu tahu peraturan dan trik macam mana nak menang dalam persaingan tersebut.
Apa yang saya cadangkan, anda pilih mana-mana blogger yang anda ingin jadikan dia sebagai pesaing. Tak perlu nak bagitahu blogger tersebut, yang anda anggap dia sebagai rival. Cukup sekadar anda monitor perkembangan dan progress dia, lalu anda cuba buat hasilkerja yang lebih baik dari dia.
13.0 Pelbagaikan punca pendapatan anda
Ini topik yang paling PENTING!
Masa awal-awal saya menulis blog sekitar tahun 2009, pada waktu tu blog tak begitu popular. Mereka yang ada blog sendiri, kebanyakkannya sama ada sebab nak buat duit dengan program pengiklanan Adsense atau sekadar untuk tujuan personal.
Pada waktu itu, pilihan untuk buat duit dengan blog masih lagi agak terhad.
Kemudian satu hari, muncul cerita mengenai blogger yang mampu hasilkan income yang lumayan hanya menerusi blog disiarkan di akhbar Harian Metro.
Tak lama lepas tu, ramai blogger mula menyiarkan kisah tentang blogger Redmummy ini.
Antara yang menarik perhatian ialah bukti cek pendapatan yang diperolehi daripada syarikat Nuffnang
Seakan mendapat suntikan semangat, maka tak lama lepas tu, muncullah blogger baru bak cendawan tumbuh selepas hujan. Mungkin mereka fikir, mereka juga boleh dapat income belasan ribu ringgit hanya menerusi blog.
Blogger-blogger baru ini menulis, menulis dan terus menulis. Tapi sayang, mereka tak ada strategi dan tak faham, apa yang dilihat oleh bakal advertiser sebelum mengupah mereka untuk menghasilkan artikel berbayar.
Walaubagaimanapun, majoriti blog-blog baru yang dihasilkan pada tahun 2010 – 2011 banyak yang dah berkubur. Buat duit dengan blog tidak sesukar mana, namun ia juga bukan mudah. Kalau senang, dah tentu ramai yang berjaya dapat duit dan mungkin ada yang kaya hasil dari duit blogging.
Alhamdulilah, blog saya masih wujud lagi sampai ke hari ini, dan salah satu sebabnya ialah, saya antara penulis blog yang berjaya buat duit dengan blog dari program pengiklanan Nuffnang.
Salah satu cek Nuffnang yang saya pernah dapat.
Adakah anda tahu, sebagai penulis blog, bagaimana anda boleh buat duit dengan blog anda? Kalau anda kata tak tahu, biar saya kongsikan secara ringkas disini ya.
1. Program Pengiklanan
Contohnya macam yang saya dah tunjukkan kat atas ni. Program pengiklanan seperti Nuffnang. Dari segi pendapatan, memang tak begitu lumayan dan ia makan masa yang lama untuk dapat income.
Namun, ada strateginya untuk berjaya buat duit dengan Nuffnang. Apa pun, anda perlu pastikan trafik ke blog anda tinggi. Minimum 1,000 sehari. Program Nuffnang membayar anda dalam matawang RM, tapi kalau anda join Google Adsense lagi syok sebab boleh dapat bayaran dalam matawang USD.
2. Program Affiliate
Ada terlalu banyak produk affiliate yang anda boleh promosikan di blog anda. Kerjanya juga sangat mudah, hanya menulis sahaja dan bercerita tentang produk yang anda ingin promosikan di blog anda.
Anda tak tahu nak sertai program affiliate yang mana satu? Apa kata anda sertai Ashadee. Komisyen yang ditawarkan juga lumayan.
By the way, Ashadee sekarang dah tutup operasi. Tapi sebagai alternatif, masih ada banyak lagi program affiliate yang anda boleh sertai.
Baca disini: Senarai program affiliate yang anda patut join
3. Servis Advertorial & Review Produk
Maksudnya anda menawarkan servis penulisan artikel iklan berbayar di blog anda.
Anda boleh caj sekitar RM50 – RM350 untuk setiap artikel advertorial yang anda tulis dan siarkan di blog anda. Saya sendiri mengenakan caj minimum RM50 untuk satu artikel advertorial.
Formulanya mudah sahaja. Lagi banyak job menulis artikel advertorial yang anda perolehi, lagi tinggi income anda.
4. Jual produk fizikal secara dropship
Cara marketing masih tetap sama seperti anda buat affiliate. Bezanya ialah anda yang akan uruskan dari segi tempahan.
Kelebihan buat style dropship ini ialah anda tak perlu risau tentang stok.
5. Offer servis Personal Coaching
Selepas sekian lama anda menulis dalam blog anda, pasti anda akan mula menarik perhatian pelawat blog anda untuk mendapatkan perkhidmatan personal coaching.
Untuk personal coaching anda boleh letak yuran belajar minima RM200
6. Jual produk informasi
Produk informasi yang paling mudah dihasilkan jika anda adalah seorang penulis blog ialah, ebook.
Anda hanya perlu cari mana-mana artikel yang sesuai yang ada dalam blog anda. Buat kompilasi, mulakan proses editing kemudian anda jual dalam bentuk ebook.
Kebanyakkan ebook yang saya tulis, dijual dengan harga RM50 kebawah. Ada juga yang saya jual dengan harga yang MURAH.
Ebook murah biasanya saya jual bertujuan untuk kumpul list pembeli. Bukannya sebab nak dapat untung sangat. Selama ini saya menulis secara percuma, tak sangka juga bila saya kumpulkan dan jadikan ebook, ramai yang nak beli rupanya.
7. Buat network marketing
Peluang untuk anda buat duit dengan blog sangat LUAS.
Anda tak terhad untuk buat duit dengan satu jalan semata-mata, dan dengan satu blog, anda boleh mempromosikan macam-macam produk dan program.
Malahan saya sendiri turut mempromosikan bisnes Network Marketing saya menerusi blog. Alhamdulilah, sehingga waktu ini, seramai 490 orang prospek telah saya perolehi.
Rangkaian saya juga semakin berkembang hari demi hari.
Mungkin ada yang rasa pelik sebab saya tak berapa aktif mempromosikan program rujukan sim kad Tone Excel di Facebook. Apa yang mereka tak tahu ialah, proses marketing sebenarnya berjalan secara automatik di blog dan juga di sistem autoresponder.
14.0 Sediakan MODAL dalam bentuk DUIT dan MASA untuk tujuan Marketing
Ini antara yang ramai TERLEPAS pandang.
Anda dah bersusah payah menghasilkan artikel yang panjang, padat dan penuh dengan pengisian TERBAIK. Apa yang perlu anda lakukan seterusnya?
Tunggu pembaca datang sendiri?
Saya setuju, itupun dengan syarat
1. Anda sudah ada follower
2. Anda sudah ada pembaca tetap
3. Anda memang power dalam teknik SEO
Jika tidak? anda masih lagi perlu promosikan artikel yang anda dah hasilkan. Jika pembaca gagal untuk menjumpai blog anda, jangan pula anda gagal mencari pembaca untuk membaca artikel yang anda hasilkan.
Anda perlukan modal dalam bentuk duit untuk tujuan pengiklanan.
Salah satu bentuk pengiklanan terbaik untuk blogger…
1. Anjurkan kontes atau mini kontes.
2. Buat segmen khas untuk para blogger
3. Buat give away
Anda perlu laburkan masa anda untuk mempromosikan blog anda.
Jika anda memerlukan 4 jam untuk menghasilkan artikel. Bermakna, anda juga perlukan 4 jam untuk mempromosikan artikel tersebut. Gunakan formula ringkas tersebut, dan In Shaa Allah orang ramai akan mula beri perhatian terhadap blog anda.
15.0 Teruskan FOKUS dan menulis walaupun anda masih belum nampak hasilnya
Adakalanya anda akan rasa frustrated sebabnya apa yang anda harap-harapkan masih belum lagi tercapai.
Apa yang lagi mendukacitakan ialah apabila anda sendiri tak nampak dan tak sedar… dimana silapnya?
Saranan saya?
Jika ini yang berlaku pada diri anda, carilah MENTOR.
Perkara yang sama yang pernah terjadi pada saya.
Pada satu masa, saya merasakan yang saya dah buat kesemuanya yang diperlukan untuk berjaya buat duit dengan blog. Namun yang menghairankan, saya masih gagal menterjemahkan hasil usaha saya selama ini dalam bentuk wang ringgit dan material.
Di mana silapnya?
Lalu disinilah pentingnya memiliki seorang Mentor. Seorang Mentor yang sudi untuk menegur dimana kesilapan yang saya buat dan memperbetulkan kesalahan yang saya sendiri lakukan secara tak sengaja.
Pilihlah mentor yang benar-benar berpengalaman, yang memang buat duit seperti yang dinyatakan dalam bidangnya. Bukannya sekadar mentor yang rajin baca ebook, baca buku dan belajar dari seminar.
Mentor ni pun ada yang plastik.
Cuma tahu cakap dan cuma tahu teori.
Bukanlah saya menghalang anda untuk dapatkan mentor seperti ini, tetapi jika anda lagi selesa bekerja dengan mentor seperti ini, maka segalanya terpulanglah pada anda.
Anda masih BERSEMANGAT nak buat duit dengan blog?
Jika jawapan anda YA! Tahniah dan syabas saya ucapkan.
15 perkara ini tak sepatutnya anda abaikan. Itupun jika anda benar-benar serius. Hanya anda yang tahu dimana tahap serius anda.
Apa pun saya doakan semoga anda berjaya dan terus sukses dalam karier penulisan blog anda dan semoga info ini bermanfaat.
Kongsikan juga pada rakan-rakan anda, jika info ini berguna untuk mereka.
Nor Ariffin Hamzah says
Assalammualaikum.
Terima kasih kerana berkongsi ilmu dan info yang banyak memberi manfaat kepada saya. Terus terang boleh dikatakan pada mulanya saya menulis blog ini hanya untuk suka-suka, tetapi apabila banyak membaca entri yang tuan dan otai-otai blogger tulis tentang menulis dapat menambah pendapatan timbul perasaan untuk menulis secara serius dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada blog. Cuma tunggu masa sahaja untuk menukar kepada platform wordpress kerana masih belajar untuk menguasai WP ni. Insha Allah awal tahun 2015 dapat melancarkan blog dengan domain sendiri.
sabree hussin says
Wasalam tuan Nor Ariffin Hamzah, saya doakan semoga perjalanan tuan dalam bidang penulisan blog ni berjalan dengan lancar 🙂 …dan satu lagi, jangan risau tentang sistem WordPress ni, sebenarnya ia tak sesusah mana pun
yeop ali says
Terima Kasih atas perkongsian yang menarik ini.Banyak yang saya boleh belajar dari info ini dan cuba untuk blo saya.
sabree hussin says
Sama-sama yeop ali, mana yang baik, ambil la ya 🙂
Mohd Fauzi says
Assalam,
Saya amat teruja sekali bila membaca artikel di atas,.
Info yang diberi menambah semangat untuk saya membina blog sendiri. Insyaallah jika tiada aral, blog saya akan muncul sebelum akhir tahun ini. Itulah Target saya.
Seperti mana dalam tulisan tuan, kurang fokuslah saya gagal menghasilkan blog sendiri selama ini .
Syabas saya ucapkan kepada tuan yang dapat membuka mata dan minda newbie seperti saya. Teruskan usaha murni ini dengan memberi info yang dapat membantu Ummah membina kejayaan.
sabree hussin says
Wasalam Mohd Fauzi,
Buat satu demi satu. Sebenarnya kalau ada masalah fokus, biasanya sebab terlalu banyak fikir. Pecah-pecahkan matlamat kepada sesuatu yang lebih kecil dan mudah. Mulakan dengan dapatkan domain dan hosting dulu misalnya. Kemudian dari situ barulah moving forward untuk teruskan dengan perancangan seterusnya
blogger lelaki says
banyak betul tips bro kongsi nie..rasa bersemangat pula aku
sabree hussin says
Bagus-bagus. Jangan makin down sudah
myrujukan says
aku setakat ini biasa dah menulis 450 keatas patah perkataan, 500 ada, 600 ada, 700 ada. Tapi bab sampai 1000 belum lagi, tp ko mampu, tahniah bro
sabree hussin says
Kalau tulis 1,000 patah perkataan keatas, selalunya aku akan ambik masa sehari. Tapi sebenarnya tak semua artikel yang aku buat 1,000 patah perkataan keatas. Ada jugak yang pendek-pendek 🙂
suri says
ha..penat tapi tetap tabik pada blogger sempoi itu dia tulis entri pendek gila tapi berjaya buat sale peh…terpegun seketika
sabree hussin says
Mungkin dia pandai bawak masuk trafik. Kadang tak perlu panjang pun artikel yang dihasilkan
titan says
sekali harung hang tulis nih. haha
sabree hussin says
Ha ha biar senang orang nak rujuk balik nanti
Mohd Shubhi says
Penarangan panjang lebar yang lengkap… terima kasih atas perkongsian!
sabree hussin says
Sama-sama tuan Mohd Shubhi
zara says
rambang mata tengok cek sana sini dengan penyata akaun lagi
sabree hussin says
Sama la kita 🙂
Norliza Osman says
wow! perkongsian yang sangat membantu.tq sudi share.
sabree hussin says
Sama-sama. Moga bermanfaat dan dapat diamalkan 🙂
Abdfatah says
Tips yg bagus.. Kena try test laksanakan misi serius dgn blog biarpun jarang jarang sedikit update blog dan terkadang2 dapat komisen dari blog. Hahaaa..
sabree hussin says
Jarang update blog tak ada hal Abdfatah, yang penting kena selalu promosikan blog. 🙂 Artikel sedia ada patut dah mampu untuk convert kepada sales
onlajer says
Banyak benar yang bro kongsikan , buat blogger baru ini adalah panduan yang perlu di ikuti, manakala untuk blogger yang agak lama sesekali benda yang sama harus diulangi baru boleh mendatangkan hasil yang dihajati.
Saya masih lagi banyak try dan error tanpa rasa jemu, cuma kekadang masa untuk fokos pada blog tergelicak hahaha
Hafiszan Kamarudin says
Ini dia penulisan memberi semangat kepada semua terutama saya yang tidak pernah rasa putus asa terus menulis di blog walaupun di blog saya jarang kemaskini. Pelajari ilmu yang diberi oleh blogger amat bermanfaat dan yang penting percuma, hanya perlu baca dan praktik
encikarman says
uik… dah macam journal nih… menarik menarik.
Manan Qayyim says
banyak ilmu perlu blaja utk bt duit dengan blog ni…
Uncle Zuan says
banyak juga perlu di ketahui untuk jana income dari blog secara serius ni ya. den hanya seorang blogger yang suka berkongsi je. income tu come 2nd sebab just perlukan sikit income bagi renew hosting je..hehe
sabree hussin says
Bila tak kejar income, pengisian tu lebih ikhlas hhe
Razi says
Alhamdulilah.
Terima kasih Tuan Sabree kerana berkongsi ilmu dan tips menjana pendapatan dengan menulis blog.
Banyak yang saya belajar daripada artikel ini. Paling saya suka adalah perkara No 3 dan 4.
Insyallah, saya akan apply perkara No. 14 untuk promosikan blog saya. 🙂
sabree hussin says
Sama-sama, cubalah apply sebanyak mungkin yang sesuai 🙂
Faris Osman says
Terima kasih tuan Sabree. Overall, saya boleh bagi rating 4/5 bintang. Saya faham, komitmen untuk menulis itu satu nilai yang tinggi. Tulis 1000 patah dengan input & ilmu bukan sesuatu yang senang. Saya hargai tulisan ini… 😀
sabree hussin says
Terima kasih Faris Osman untuk rating tu 🙂
Hero Borneo says
menulis panjang-panjang begini memerlukan ilmu yang tinggi…tahniah tuan kerena melakukan dengan baik sekali..
sabree hussin says
Hero Borneo juga boleh!
Pahan says
aku macam baca ebook plak.hehe. anyway, tq untuk info bro 🙂
sabree hussin says
Kalau ebuk lagi panjang wooo
Khadeejah Hasmad says
Kena baca satu – satu point ni. Nak hadam satu-satu.
linie says
panjang lebar dan penuh dengan point penting..terbuka minda lepas baca ni..ehe
Azlan Bahar says
Terima kasih kerana berkongsi panduan yang padat dan penuh dengan informasi. Saya dah ada blog, cuma kekangan masa yang menjadi penghalang untuk terus menulis, walaupun idea dah ada. Cuma perlukan sedikit suntikan motivasi untuk terus menulis tanpa rasa jemu. Memang benar blog adalah salah satu medium yang jika dieksploitasi dengan baik, boleh menghasilkan pendapatan di internet.
sabree hussin says
Kalau begitu, saya cadangkan tuan hanya buat artikel at least seminggu sekali. Setiap hari tuan hanya perlu catat sedikit draf di notebook, kemudian bila ada masa, baru tulis di blog. Buat terus satu artikel yang panjang 😀
akak vitamin says
boleh jadikan rujukan. terima kasih ya encik sabree atas point dan tunjuk ajar 🙂
sabree hussin says
sama-sama akak vitamin 😀
Azeni Ahmad says
Wahh padat dengan info.
Sangat-sangat valuable.
Tq sudi berkongsi.
Boleh jadikan panduan.