5 Teknik Promosi BERKESAN Untuk Dapatkan Komisyen Ashadee

by sabree hussin on October 5, 2014

in Pemasaran Affiliate

Ada macam-macam teknik promosi yang anda boleh gunakan untuk meraih komisyen affiliate yang lumayan menerusi platform jualan Ashadee.

Disebabkan ada terlalu banyak, saya tak akan senaraikan semua sekali.

Dalam catatan kali ini saya akan ceritakan 5 teknik promosi sahaja. Sebenarnya, 5 teknik promosi ini adalah teknik paling ASAS untuk buat duit sebagai affiliate Ashadee.

Saya tak kata dengan menggunakan teknik ini, anda lebih mudah nak buat duit dengan Ashadee, at least teknik-teknik ini memang membantu saya untuk buat duit dengan Ashadee.

buat_duit_affiliate

Antara teknik-teknik yang bakal saya bincangkan ini, ada yang PERCUMA. Ada juga yang berbayar. Ada yang SENANG. Ada yang SUSAH bagi sesetengah orang yang masih baru dalam bidang ini.

Walaubagaimanapun, asalkan anda sanggup belajar, boleh beri tumpuan dan fokus pada kerja-kerja yang perlu dilakukan, saya pasti anda juga boleh lakukannya.

Tak mustahil untuk anda jadikan laman web Ashadee sebagai lubuk atau the next sources of income anda.

Ready nak tahu?

Teknik Promosi Ashadee Pertama: Email Marketing (Pemasaran Emel)

Teknik pemasaran emel merupakan salah satu teknik paling POWER untuk hasilkan komisyen affiliate 3 – 5 angka. Anda hanya perlu hantar satu emel promosi sahaja, dan hasilnya beribu-ribu orang dapat baca tentang produk yang anda promosikan.

Adakah ianya begitu mudah?

Tidak!

Teknik pemasaran emel adalah antara teknik PALING SUSAH yang pernah saya gunakan bagi mempromosikan produk-produk affiliate mahupun produk saya sendiri.

Ia perlu melalui beberapa proses yang saya kira agak leceh, iaitu

1. Proses pembinaan halaman squeeze page

Fungsi halaman squeeze page adalah untuk menukarkan trafik kepada subscriber. Laman web ini perlu dilengkapi dengan borang yang di namakan borang Opt In bagi membolehkan pelawat yang masuk ke laman web ini memberikan nama dan alamat emel mereka.

Kenapa saya kata teknik ini SUSAH?

Pertama, anda kena tahu macam mana nak bina mini site/ squeeze page. Selain daripada itu, anda juga perlu ada serba sedikit kemahiran untuk mengintegrasi (integrate) opt in form pada halaman squeeze page tersebut.

Kalau tak pandai buat, alamatnya halaman squeeze page yang dibina akan jadi CACAT. Kita tengok pun rasa menyampah, inikan pula pelawat.

2. Perlu labur duit untuk dapatkan perisian bina squeeze page

Saya tak nafikan, memang ada kat luar sana pelbagai perisian PERCUMA yang anda boleh gunakan untuk bina squeeze page anda sendiri.

Tetapi, ia BERISIKO.

Kalau anda dah memang berpengalaman dalam bidang pemasaran online, saya pasti anda faham dengan apa yang saya maksudkan dengan berisiko. Lazimnya, pemilik perisian tersebut akan memasukkan kod-kod atau link tertentu pada perisian milik mereka.

Kemudian, bila kita hasilkan squeeze page menggunakan perisian yang mereka berikan secara percuma, squeeze page yang terhasil akan mengandungi beberapa link yang adakalanya tak selamat.

Itu belum kira dari segi design yang kebanyakkannya LANGSUNG TAK CANTIK dan memerlukan kemahiran design yang baik, baru boleh hasilkan rekabentuk minisite yang menarik.

Jadi mahu atau tidak, anda perlu dapatkan perisian khas BERBAYAR untuk bina minisite anda sendiri.

Saya sendiri terpaksa keluar modal untuk beli perisian Funnel Kit dan ini adalah contoh minisite yang saya bina menggunakan Funnel Kit.

[Klik sini untuk lihat contoh minisite]

3. Perlu MODAL untuk langgan perisian autoresponder TERBAIK

Setiap orang ada takrifan tersendiri dengan istilah terbaik.

Bagi saya, autoresponder itu dah kira TERBAIK apabila ia mampu menghantar emel terus ke inbox subscriber, emel boleh dihantar on the spot, dan ia mudah untuk digunakan (user friendly).

Saya menemui kesemua ciri-ciri ini pada Sistem Autoresponder Aweber.

Ya.

Kos langganannya agak MAHAL.

4. Tarik trafik ke halaman squeeze page

Selepas anda bina halaman squeeze page, anda masih lagi perlu promosikan laman tersebut. Istilah mudahnya ialah tarik trafik.

Sama ada anda nak guna teknik tarik trafik percuma atau berbayar, itu terpulang pada anda.

Kalau guna teknik berbayar, maka cepatlah anda akan nampak hasilnya. Kalau tak ada modal, kenalah guna teknik promosi percuma.

5. Emel apa yang perlu ditulis untuk dihantar kepada subscriber?

Ini satu lagi hal.

Dah ada minisite, dah ada autoresponder terbaik, dan dah ada subscriber yang beribu-ribu jumlahnya masih belum cukup.

Anda masih lagi perlu tahu, emel yang bagaimana yang anda patut tulis untuk dihantar kepada subscriber anda. Bukan boleh main hentam je.

Kalau emel yang anda hantar langsung tak menarik, ia mungkin tak akan dibuka langsung.

Kalau emel anda tak dibaca, memang MUSTAHIL anda nak buat duit.

Penyelesaiannya? Belajar strategi dan teknik tulis emel. Kalau nak belajar dari saya macam mana nak tulis emel, boleh klik sini.

Walaupun teknik pemasaran emel ini lebih SUSAH, tetapi dari segi conversion rate juga ianya tinggi.

Lazimnya, hanya mereka yang betul-betul berminat dengan tawaran kita je yang akan jadi subscriber kita. Oleh itu, apabila kita mempromosikan produk yang sama dengan minat mereka, peluang untuk terhasilnya komisyen lebih cerah.

Teknik Promosi Ashadee Kedua: Pemasaran Video YouTube

YouTube adalah milik google dan ianya PERCUMA.

pemasaran_video

Kelebihan guna teknik video ini ialah dari segi SEO. Kalau anda perasan, video-video dari YouTube memang agak banyak yang berjaya masuk ke page pertama google bagi keyword-keyword yang banyak persaingan.

Hakikatnya, nak buat marketing menggunakan YouTube bukannya sesuatu yang mudah…

Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh setiap orang ialah macam mana nak dapatkan video yang menarik untuk digunakan sebagai medium pemasaran.

Jangan pening-pening kepala. Hasilkan je sendiri video pemasaran yang anda ingin gunakan.

Kalau anda tak pandai nak hasilkan video, saya amat menyarankan anda beli perisian buat video ini.

Sila lihat: Video Maker FX

Dengan adanya perisian ini kerja-kerja pembinaan video jadi lagi SENANG.

Fungsi video, mengikut kefahaman dan pengalaman saya sendiri adalah lebih kepada untuk tujuan SEO dan ranking di search engine seperti Google. Anda masih lagi perlukan kemahiran khas untuk menghasilkan description mengenai video tersebut.

Kalau nak tips macam mana nak tulis description kat YouTube boleh baca jurnal pemasaran affiliate yang saya tulis.

Teknik Promosi Ashadee Ketiga: Blogging

Macam yang saya tengah buat sekarang ini.

Dalam ebook Jurnal Pemasaran Affiliate, saya ada bincangkan tentang topik blog business model.

Terdapat sekurang-kurangnya tiga jenis model blog yang anda boleh pertimbangkan untuk gunakan bagi tujuan buat duit dengan affiliate.

Saya sendiri memilih model personal blog.

Adakah personal blog boleh buat duit dengan affiliate? Of course boleh, asalkan anda tahu teknik dan taktiknya.

Kelebihan personal blog seperti yang saya sendiri gunakan ini ialah saya boleh promosikan seberapa banyak program affiliate yang saya mahu. Tak kiralah sama ada program affiliate tu saya punya sendiri atau program affiliate Ashadee.

Pada hari ini, kalau anda perasan, majoriti Internet Marketer ada blog sendiri, walaupun tak semuanya aktif menulis dalam blog masing-masing.

Terpulanglah.

Lain orang, lainlah strateginya.

Teknik Promosi Ashadee Keempat: Media Sosial

Sama ada Facebook, twitter, instagram, LinkedIn dan sebagainya.

Mujurlah, saudara Smart Zul dah lancarkan panduan Mudahnya Berniaga Di Facebook. Jadi tak perlu saya nak ulas panjang-panjang lagi.

Anda ikut je apa yang di ajarkan, In Shaa Allah anda boleh dapat komisyen affiliate.

Teknik Promosi Ashadee Kelima: Teknik X

Rahsia.

Rahsia ini saya dah kongsikan dalam ebook Jurnal Pemasaran Affiliate.

Maaf.

Saya dah lenguh taip panjang-panjang ๐Ÿ™‚

Anda serius nak belajar macam mana nak buat duit dengan affiliate kan? Saya pun serius jugak nak ajar anda macam mana nak buat duit dengan affiliate.

Anda boleh baca sendiri ebook tu. Saya dengan seriusnya dah turunkan banyak ilmu-ilmu buat duit dengan affiliate kat dalam ebook tu.

Seorang mak cik berusia 50 tahun plus plus berjaya buat duit dengan affiliate setelah baca ebook yang saya tulis. Tak kan anda nak kata anda tak mampu nak challenge makcik tersebut?

 

 

 

Be Sociable, Share!

{ 4 comments… read them below or add one }

Hero Borneo October 6, 2014 at 6:18 am

kalau ada 100 orang membaca artikel ini..insya Allah ada 10 akan menjadi pembeli produk yang ditawarkan..apa yang pasti tiada kerja yang terlalu senang..selain tidur kecuali mata tak mengantuk

Reply

Abdfatah October 7, 2014 at 6:15 am

Tu laa kena susah payah dulu buat itu ini jika nak kaut komisen sekian byk itu byk ini. Kena usahakan buat promosi yg berterusan…

Reply

sabree hussin October 7, 2014 at 2:14 pm

Betul tu, walaupun rasa macam tak ada harapan nak dapat komisyen, jangan give up. Teruskan buat promosi

Reply

titan October 9, 2014 at 12:49 pm

dah dapat komisen pertama..komisen lepas tu senang aje dahh..

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: