Saya tak puas hati dengan Jobdirumah!

by sabree hussin on January 5, 2018

in Bekerja dari rumah

Saya tak puas hati dengan Jobdirumah! Saya dah join Jobdirumah dan saya dapati Jobdirumah langsung tak membantu! 

 

Itulah dia antara intipati yang terkandung dalam emel yang saya terima baru-baru ni.

jobdirumah-betul-atau-tidak

Atas ni merupakan screenshot emel asal yang saya terima. Sengaja saya sertakan disini, supaya tak ada yang salah anggap, yang kononnya saya mereka-reka topik ni.

 

Bila saya terima emel macam ni, saya tertanya-tanya sendiri… “adakah apa yang dinyatakan di laman web utama Jobdirumah tak cukup jelas?” 

 

Mari kita lihat sedikit sebanyak screenshot dari laman web jobdirumah. Pada waktu catatan ini ditulis, ini adalah halaman jualan yang paling terkini.

jobdirumah-penipu

Apa yang anda akan perolehi sebagai Ahli Jobdirumah?

  1. Panduan bertulis tentang di mana, cara apa dan bagaimana mendapatkan kerja di rumah.
  2. Maklumat asas perkara yang perlu di sediakan sebelum membuat permohonan kerja.
  3. Video tutorial cara buat permohonan kerja yang ahli fikir sesuai dengan kelayakan.
  4. Tip cara mencari kerja di rumah yang tidak bersangkut paut dengan perniagaan online.
  5. 100,000 senarai kekosongan kerja setiap bulan dari majikan di seluruh dunia dengan percuma.
  6. Kemas kini senarai tawaran kekosongan terkini dari majikan melalui emel secara percuma setiap hari.

 

Atas ni merupakan 6 perkara yang bakal anda perolehi.

 

(1) Panduan bertulis tentang di mana, cara apa dan bagaimana mendapatkan kerja di rumah.

Adakah informasi ini penting? Bukankah ianya boleh didapati secara percuma sahaja, kalau buat carian di google?

 

Ya, memang boleh dapat secara percuma. Kalau anda tahu apa keyword yang hendak digunakan. Paling penting, anda ada masa ke nak mencuba dan buat proses verification untuk setiap laman web yang anda jumpa? Ada juga kemungkinan, laman web yang anda jumpa tu nanti sebenarnya mengandungi maklumat yang tak lengkap, outdated, dan sudah tak relevan.

 

Sekarang ni dah tahun 2018. Adakah info yang ditulis pada tahun 2016 (misalnya) masih boleh dijadikan rujukan? Mungkin boleh, mungkin tak boleh. Itu anda kena tanya dengan penulis asal.

 

Bagi sesetengah orang, mereka memang tak tau macam mana cara nak dapatkan kerja di rumah. Panduan ini ada jawapannya. Justeru, untuk orang yang memang dah tahu cara, tak perlu rujuk panduan ni pun tak ada masalah.

 

Saya percaya, bukan semua orang perlukan panduan ini.

 

Oleh sebab topik mengenai bekerja dari rumah ni agak asing bagi saya, saya join juga sebagai ahli. Saya berpendapat, pada ketika saya join dulu, lebih baik saya bayar sedikit yuran untuk belajar, daripada buang masa, belajar dari macam-macam sumber dan seterusnya kena semak pula sama ada apa yang saya rujuk tu boleh dipercayai atau sebaliknya.

 

(2) Maklumat asas perkara yang perlu di sediakan sebelum membuat permohonan kerja.

Kalau diluar sana, kita kena sediakan resume sebelum memohon pekerjaan, begitu jugalah halnya apabila kita nak memohon kerja secara online.

 

Resume ini fungsinya adalah untuk memberitahu majikan apa sebenarnya kelayakan, kepakaran, pengalaman dan segalanya yang relevan tentang diri kita. Kalau tak ada resume, macam mana majikan nak tahu, sama ada kita ni adalah individu yang memang layak untuk buat sesuatu kerja ataupun tidak.

 

(3) Video tutorial cara buat permohonan kerja yang ahli fikir sesuai dengan kelayakan.

Bagi yang rasa susah nak faham kalau panduan dalam bentuk teks sahaja. Ada juga video disediakan.

 

(4) Tip cara mencari kerja di rumah yang tidak bersangkut paut dengan perniagaan online.

Ya, anda minat nak bekerja, dan bukannya nak berniaga. Jadi, tips ini mungkin berguna untuk anda.

 

Ada banyak laman web yang menawarkan peluang kerja, namun bila kita baca betul-betul, apa sebenarnya yang ditawarkan, rupa-rupanya tawaran kerja yang dimaksudkan adalah

  1. Menyertai affiliate program
  2. Menjalankan bisnes menggunakan konsep dropship
  3. Menyertai peluang bisnes MLM
  4. Scam

 

Pada saya, saya tak ada masalah dengan bisnes MLM, affiliate program ataupun dropshipping. Cuma yang jadi tak syok, bila benda-benda scam, skim piramid dan juga money game turut dipromosikan menggunakan jenama “bekerja dari rumah”. Ini secara tak langsung, memberi nama buruk bagi mereka yang memang betul-betul bekerja dari rumah.

 

(5) 100,000 senarai kekosongan kerja setiap bulan dari majikan di seluruh dunia dengan percuma.

Mungkin jumlahnya adalah lebih banyak dari itu, kalau kita mengambil kira kerja-kerja yang ditawarkan dalam bahasa Russia, France, mandarin dan sebagainya.

 

Jangan terlalu seronok dengan jumlah yang besar, sebaliknya kena tahu jugak, adakah anda mempunyai kepakaran yang diperlukan untuk membuat kerja-kerja tersebut. Katakanlah, kekosongan adalah sebagai programmer, adakah anda ada kemahiran untuk buat kerja-kerja programming?

Atas ini merupakan paparan yang akan kelihatan di member area. Bila tekan pada butang Apply Now, anda akan dibawa ke laman web asal yang menawarkan kerja tersebut.

 

Sesetengah kerja, ada yang dah tak wujud. Ini mungkin sebab dah ada yang apply kerja tersebut lebih awal.

 

(6) Kemas kini senarai tawaran kekosongan terkini dari majikan melalui emel secara percuma setiap hari.

Kalau anda rasa malas nak login ke sistem member Jobdirumah, anda juga akan menerima emel kerja kosong dari Jobdirumah.

 

Kita lihat bahagian lain yang tak kurang pentingnya. Lihat screenshot dibawah ni ya.

jangan-percaya-jobdirumah

Itu antara perkara yang bakal anda dapat apabila jadi ahli Jobdirumah. Saya rasa tak perlulah saya nak terangkan satu per satu kan. Semua ini anda boleh baca sendiri di laman web Jobdirumah.

 

Adakah anda mencari kerja melipat risalah, pasang barang dari kilang, hantar surat?

Kalau anda mencari kerja-kerja seperti ini, jawapannya memang tak ada.

 

Saya tahu, kerja-kerja seperti ini, masih lagi diiklankan walaupun ianya agak meragukan dan ramai yang kata, ianya bohong semata-mata. Kerja lipat risalah tu, konsepnya lebih kurang sama macam Jutawan Apps, cuma beza dari segi penggunaan platform sahaja. Satu guna apps dan satu lagi masih menggunakan cara lama, iaitu lipat risalah dan hantar.

 

Tetapi, kalau anda ingin mencari real job, yang memerlukan kepakaran sebenar, barulah anda berada di tempat yang betul.

 

Saya ambil contoh diri saya sendiri, bidang saya adalah penulisan artikel. Jadi, sudah tentu saya akan cari kerja yang berkaitan dengan bidang saya. Bawah ini antara contoh kerja yang saya jumpa, yang memang sesuai untuk saya.

kerja-sebagai-penulis-artikel

Majikan yang tawarkan kerja ini, mencari seseorang yang boleh menulis sebuah ebook untuk dirinya. Kadar upah yang ditawarkan adalah sebanyak USD1200 atau bersamaan dengan lebih kurang RM4,795

 

Lumayan bukan? Kalau rasa mampu nak buat, jadi penulis ebook dan menepati kriteria yang dimahukan oleh majikan ini, bolehlah apply kerja ini dengan menekan butang Submit A Proposal.

 

Selain itu, ini contoh kerja yang lain.

Atas ni pula job tulis artikel. Kadar upahnya adalah USD28 atau lebih kurang bersamaan dengan RM112 lebih kurang. Caj ni, lebih kurang sama dengan yang saya kenakan, untuk para pelanggan yang minat nak dapatkan khidmat advertorial dari saya.

 

Boleh rujuk halaman ini jika anda minat nak dapatkan khidmat advertorial dari saya.

 

Sudah berapa lama anda merancang nak bekerja dari rumah?

… tapi sampai sekarang masih belum mula, sebab tak tau nak buat apa dan cari kerja di mana!

 

Saya pernah berada dalam situasi tu. Semangat nak kerja dari rumah, tapi tak tau nak buat apa, dan nak mula dari mana. Nak mintak kerja dari laman web mana pun saya tak tau.

 

Itu salah satu sebab kenapa saya pilih untuk join Jobdirumah sebagai ahli. Sekarang ni, saya dah tak lagi cari kerja menerusi jobdirumah, sebabnya, saya dah ada senarai klien saya sendiri, yang akan terus berhubung dengan saya, kalau mereka perlukan khidmat penulisan dari saya.

 

Apa pun, saya juga bermula dari tak ada sumber dan tak ada kenalan langsung.

 

Adakah terdapat sebarang JAMINAN yang anda pasti akan dapat duit dengan menjadi ahli Jobdirumah?

Ah… soalan tentang jaminan. Ini memang soalan yang cukup popular.

 

Soalan ni, lebih kurang sama macam

  1. Kalau saya masuk ke Universiti A, adakah saya confirm akan dapat kerja?
  2. Kalau saya belajar skil A, adakah saya confirm akan dapat majikan?
  3. Kalau saya buat bisnes A, adakah saya confirm akan dapat pelanggan?

 

Jawapannya, bergantung.

 

Bergantung kepada apa? Bergantung kepada macam-macam faktor. Namun demikian, saya percaya, setiap orang pasti akan dapat hasil, namun ia bergantung kepada beberapa faktor seperti

 

(i) Bila anda akan dapat upah?

Jawapannya ada pada anda. Apa yang penting,

  1. Anda habiskan ikuti setiap modul pembelajaran yang disediakan
  2. Anda terus buat apa yang diperlukan.
  3. Sediakan online profile atau resume anda.
  4. Terus apply job dan terus apply walaupun kena reject.
  5. Sentiasa perbaiki dan kemaskini online profile anda tu.

 

(ii) Berapa banyak yang bakal anda perolehi?

Jawapan bagi soalan ini juga bergantung kepada

  1. Apa skil yang anda miliki?
  2. Berapa banyak kerja yang anda apply?
  3. Berapa banyak kerja yang anda diterima
  4. Apa jenis kerja yang anda pilih

 

Walaupun kerja ada banyak, namun yang mintak kerja pun ada ramai juga. Disini anda perlu bersaing dengan orang lain, yang juga seorang freelancer untuk dapatkan sesuatu pekerjaan tu.

 

Kenapa semua kerja dalam Jobdirumah datang dari Oversea? Tak ada ke tawaran kerja dari dalam negara?

Kebanyakkannya memang dari luar negara.

 

Sebab itu, anda dibayar dalam matawang USD. Bila dibayar dalam matawang USD, anda akan dapat upah 4 kali lebih besar berbanding kalau bekerja dengan majikan dari dalam negara.

 

Kalau dapat majikan dari dalam negara, memang jangan harap nak rasa bayaran dalam matawang USD. Kalau anda menerima upah sebanyak USD100, nilainya dah lebih kurang sama dengan RM400++

 

Bukankah itu lebih bagus? Dalam sebulan, kalau cuma dapat 3 job sahaja pun, dah boleh dapat lebih kurang RM1,200. Rasanya cukup dah tu kalau nak buat bayaran loan rumah atau kereta kan.

 

Tapi saya mencari peluang kerja dari Malaysia…

Ada tu memang ada. Cuma tak banyak. Mungkin sebab konsep mengambil pekerja secara freelance ni masih belum betul-betul popular dekat negara kita ni.

 

Majikan dan pemilik perniagaan masih lagi selesa nak ambil pekerja full time untuk bekerja dengan mereka. Mereka masih lagi nak upah pekerja yang dia boleh monitor sepanjang masa dia bekerja.

 

Padahal, sesetengah jenis pekerjaan, tak perlupun pekerja tu berada secara fizikal ditempat kerja. Saya ambil contoh syarikat yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu yang bernama Global Lepa Car Rental & Tours Sdn Bhd ini.

perkhidmatan-kereta-sewa-kota-kinabalu

Pada masa lalu, saya pernah bekerja untuk mereka secara freelance untuk membuat kerja-kerja marketing untuk mereka. Marketing tu pula, dilakukan secara online sahaja.

 

Justeru, walaupun syarikat ini berada di Sabah, dan saya berada di Kuala Lumpur, saya masih tetap boleh bekerja untuk mereka. Apa masalahnya? Apa yang penting, tugas yang mereka mahu saya lakukan, saya dah buat.

 

Setakat sekarang ni, peluang kerja tu memang ada, namun ia agak terhad. Anda perlu ada skil khas untuk cari kerja tersebut, ataupun sekurang-kurangnya kena tahu teknik, macam mana nak buatkan majikan yang datang sendiri mencari anda.

 

Hint dia? Kena sediakan online portfolio yang mudah diakses dan boleh dibaca oleh bakal majikan. Bila benda tu dah ada, In Shaa Allah jadi lebih mudah untuk anda diterima bekerja.

 

Kerja dari rumah dengan syarikat di Malaysia dalam bidang JUALAN

Last but not least, sekiranya anda tak kisah nak bekerja dalam bidang jualan, saya pernah tulis tentang beberapa syarikat yang anda boleh cuba untuk kerja dengan mereka.

 

Boleh baca posting saya >> Program bekerja dari rumah secara online untuk tahun 2018

 

Kebanyakkan kerja-kerja yang ditawarkan adalah berbentuk pemasaran dan jualan. Dalam senarai tu, saya kongsikan nama-nama syarikat yang memang saya sendiri pernah sertai dan yang sampai ke hari ini, masih lagi membayar kepada saya.

 

Mereka masih bayar saya, sebabnya saya masih lagi membuat jualan bagi pihak mereka. Anda cubalah sertai mereka, dan mana tahu, ada rezeki, anda juga boleh jana pendapatan.

 

Satu perkara yang saya suka dalam bidang jualan ni ialah, kita boleh join seberapa banyak syarikat yang kita mahukan. Kalau nak income banyak, buatlah jualan sebanyak-banyaknya.

 

Akhir kata…

Sementara ini, belajar dan terus belajar. Mungkin bukan semua perkara dalam modul jobdirumah boleh kita applikasikan dalam kehidupan kita.

 

Saya ingat lagi masa zaman di universiti dulu. Bukan semua subjek yang saya pelajari tu, saya dapat gunakan dalam kerja saya. Ada yang sesuai dan ada yang tak berapa relevan, namun ilmunya tetap penting untuk saya gunakan dalam merancang perjalanan hidup saya ke peringkat seterusnya.

 

Menerusi modul yang saya pelajari di Jobdirumah, saya dapat hasilkan formula saya sendiri untuk dapatkan peluang kerja. Formula tu, mungkin hanya sesuai dan berkesan untuk saya sahaja. Jadi tak perlulah saya nak kongsikan kepada umum.

 

Apa pun, janganlah cepat sangat putus asa, dan saya percaya, orang yang tak putus asa, pasti akan dapat hasilnya.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 2 comments… read them below or add one }

mrhanafi January 10, 2018 at 11:34 am

saya juga pernah mempromosi Job dirumah…

tetapi tidak konsisten sangat..

apapun Jobdirumah memang bagus pada pandangan saya.

Reply

sabree hussin January 11, 2018 at 1:04 pm

Sesetengah orang memang susah nak nampak apa kelebihan yang ditawarkan oleh Jobdirumah. Sedangkan, ilmu untuk bekerja dari rumah itu juga penting. Bila ada ilmu, tak kiralah sama ada ilmu itu di tahap asas, pertengahan atau advance, ia sebenarnya akan bantu kita dapatkan lebih banyak job berkualiti tinggi dan bayaran juga lumayan.

Reply

Leave a Comment

Previous post: