Saya hanya tersenyum apabila membaca pengalaman-pengalaman beberapa orang netizen berhadapan dengan skim cepat kaya. Sesetengahnya ada yang berjaya mengelak dari terjebak, dan sesetengahnya lagi ada yang terpedaya hingga berhabis ribuan ringgit untuk menyertai skim seumpamanya.
Mana ada skim cepat kaya yang nak mengaku ianya adalah skim cepat kaya. Kebiasaannya memang tak ada. Tetapi ayat-ayat seperti ini mungkin sesekali akan terkeluar dari pengendali dan pendukung skim cepat kaya.
“Ini bukannya skim cepat kaya, tapi kalau awak join program ini, In Shaa Allah, awak akan kaya cepat. Tak salah kan kalau kita nak kaya cepat?”
Awas. Mereka memang pandai bermain kata-kata. Kata-kata mereka adakalanya lebih hebat dan lebih power berbanding perkataan yang keluar dari seseorang yang belajar ilmu copywriting.
Siapa sebenarnya pengendali dan penyokong skim cepat kaya? Ia boleh jadi sesiapa sahaja. Ia mungkin kawan sekolah anda. Ia mungkin seseorang yang anda pernah kenali pada satu masa dulu dalam hidup anda. Anda tak akan tahu, sampailah satu masa, telefon anda berdering dan suara dihujung sana mengajak anda untuk berjumpa, sama ada untuk sembang-sembang, makan-makan, lepak-lepak, hinggalah ke nak belanja anda sesi rawatan medical check up yang kononnya bernilai ribuan ringgit. Kawan punya pasal, semua ini FREE sahaja.
Kebanyakkan bisnes yang saya sertai, semuanya murah-murah sahaja modalnya. Secara purata, modal yang perlu saya keluarkan adalah bawah RM500. Bisnes emas PowerGold yang saya sertai, modalnya ialah RM450. Sekali dengar, mungkin ada yang kata jumlahnya sangat besar, tapi sebenarnya tak juga. Kalau anda buat macam yang saya buat, setiap bulan asingkan duit dalam RM100, dalam masa kurang dari 5 bulan, dah boleh dapat kumpul RM450 ni. Simpan sikit-sikit lama-lama cukup modal. Tak perlu nak buat loan pun.
Selain dari bisnes emas ini, bisnes-bisnes lain yang saya buat semuanya hanya memerlukan modal yang rendah. Saya akan tengok dulu, kalau bisnes tersebut boleh dimulakan dengan modal bawah RM100, baru saya akan join. Kalau tidak, memang saya akan tinggalkan peluang bisnes tersebut dan fokus buat benda yang memang saya sedang buat sekarang ni. Itu lebih baik.
Sebagai contoh, bisnes simkad Tone Excel. Bisnes ni boleh dimulakan dengan modal RM100 sahaja. Anda boleh klik sini untuk sertai bisnes simkad ini.
Jika anda tak minat dengar nama Tone Excel, namun pada masa yang sama, anda berminat nak buat bisnes simkad, anda boleh cuba mulakan bisnes simkad ONEXOX. Modalnya juga lebih kurang sama dengan bisnes TE.
Perlu ke nak buat loan bagi memulakan perniagaan yang memerlukan modal kurang dari RM100? Saya tak galakkan anda buat loan. Sebaik-baiknya anda kumpul duit atau asingkan sedikit dari duit gaji untuk jalankan bisnes ni.
Bisnes kedai runcit
Ya, bisnes kedai runcit ni memang saya akui, kena ada modal ribu-ribu ringgit untuk bermula. Tapi, saya tak jalankan bisnes ni seorang diri. Saya kongsi modal dengan adik beradik saya yang lain. Jadi, tak ada lah terasa berat sangat.
Untuk bisnes yang memang saya buat join venture dengan orang lain, saya tak akan cerita sangat dalam post ini. Apa yang saya nak ceritakan ialah bisnes yang kita sendiri yang akan buat. Semuanya sendiri-sendiri. Kalau untung, kita sendiri yang akan makan untung tersebut dan kalau rugi, kita sendiri yang akan tanggung kerugian tersebut.
Jadi, untuk bisnes jenis macam ni, yang semuanya kita kena tanggung dan hadap sendiri-sendiri, memang kena fikir banyak-banyak bila nak ambik loan.
Anda pernah dengar nama bisnes PhytoScience? Saya difahamkan, bisnes ni muncul kembali. Dulu nama bisnes ni pernah gah sekejap. Lepas tu senyap, tapi baru-baru ni saya perasan nama bisnes ni mula kedengaran semula.
Ada beberapa individu yang berkongsi pengalaman, katanya diajak untuk join bisnes ni. Tak perlu jual produk katanya. Hanya perlu join sebagai ahli. Ambik pakej tertentu (lagi besar pakej yang diambil, lagi besar untung boleh diperolehi) kemudian cerita kat orang, cerita kat kawan-kawan, dan ajak kawan-kawan yang nak buat duit untuk dengar sama taklimat potensi dan peluang untuk buat duit dengan produk ni.
Ayat tu memang agak mengelirukan. Kita pun tak tau dan tak pasti, sama ada kita kena jual produk atau kena buat head hunting. Tak faham apa tu head hunting? Ala… kerja cari orang je la.
Dalam konsep jual dan beli, memang kita berurusan dengan orang. Dengan manusia. Even kalau kita jual makanan kucing sekalipun, kita tak berurus niaga dengan kucing, sebaliknya kita berurusan dengan orang, iaitu tuan si kucing tu tadi.
Ya, memang betul. Itu konsep yang sebenarnya dalam mana-mana perniagaan. Memang kita berurusan dengan orang. Tetapi persoalannya ialah, orang yang bagaimana?
Dalam konsep jual beli, kita berurusan dengan orang yang memang ada keperluan dan kemahuan terhadap produk. Orang tersebut mungkin ada masalah yang ingin diselesaikan. Atau mungkin orang tersebut perlukan sesuatu produk itu bagi melengkapkan sesuatu urusan dan sebagainya.
Maksudnya, orang tersebut beli produk tersebut kerana memang dia perlu produk tu.
Berbeza dengan konsep head hunting. Kita tak pernah peduli dan tak kisah pun sama ada orang tu perlukan dan akan pakai atau tidak produk yang kita jual. Yang penting kita nak dia beli. Cara yang kita gunakan bagi memujuk orang tersebut untuk beli juga sangat licik.
Kita tak cerita langsung pasal produk. Sebaliknya kita cerita pasal tambah pendapatan, selesaikan hutang, bawa mak ayah pergi haji, beli rumah besar, kereta, kahwin dan sebagainya.
Sampai part ini, sepatutnya anda semakin berjaga-jaga. Apa kaitan produk PhytoScience ni dengan semua benda-benda yang disebutkan tu? Adakah dengan membeli produk ini, situasi hidup kita akan terus berubah dari miskin jadi kaya?
Jawapannya MEMANG TIDAK.
Anda perlu lakukan proses DUPLIKASI. Anda perlu join sebagi ahli. Bila dah jadi ahli, anda kena buat apa yang introducer atau upline anda buat. Proses ini akan berterusan sampailah dalam dunia ini dah kehabisan stok orang TAMAK dan orang BODOH. Bila yang tinggal adalah orang-orang yang cerdik dan yang tak tamak, maka sistem ini akan runtuh dengan sendirinya.
Lalu ia akan senyap untuk seketika.
Selepas satu tempoh masa, bila keadaan dah mula reda, mungkin selepas setahun atau dua tahun, para penggiat bisnes ni akan kembali aktif.
Kadang-kadang tu, dan memang kebiasaannya terjadi, syarikat dan produk tak salah. Kita bersangka baik. Mereka hanya mengeluarkan produk dan sistem pemasaran, sebaliknya individu yang menjalankan sistem ini yang menjadikan ianya buruk dan rosak.
By the way, kalau anda ditawarkan untuk join apa-apa skim yang dikaitkan dengan nama produk tertentu, saya syorkan agar anda tidak terus gelap mata dan terus buat loan dan sebagainya. Memandangkan dalam entri ni saya banyak sebutkan nama produk PhytoScience, jadi saya nak bagitau kat anda, kalau anda perlukan produk ini, anda sebenarnya boleh dapatkan dengan harga yang berpatutan .
Berita baiknya ialah, kalau anda mahu, anda juga boleh jadi ejen untuk promosikan produk tersebut secara PERCUMA sahaja. Untuk setiap jualan yang berjaya anda hasilkan, anda akan menerima bayaran komisen sebanyak 6% daripada nilai jualan yang berjaya anda hasilkan.
Anda bukan sahaja tak payah nak buat loan untuk mulakan bisnes ni, malahan anda boleh mulakan bisnes ni dengan serta merta tanpa perlu keluar modal langsung. Bukankah ini lebih baik berbanding anda kena buat loan beribu-ribu ringgit kemudian kena buat head hunting pulak tu? Kalau anda tak tau bagaimana caranya nak bermula, saya syorkan anda baca post saya sebelum ini.
Klik untuk baca: Program Affiliate Lazada: Bagaimana cara daftar sebagai ejen affiliate?
Adakah buat loan untuk bisnes ni tak bagus? Secara peribadi saya berpendapat buat loan untuk bisnes ni adalah sesuatu yang bagus, jika anda memang dah ada bisnes, dan loan tersebut bertujuan untuk mengembangkan lagi perniagaan anda.
Contohnya begini. Dengan modal sedia ada, anda hanya mampu menjual 100 unit produk sahaja. Apabila habis 100 unit produk tersebut, anda perlu tunggu lama untuk restock, dan dalam tempoh menunggu tersebut, anda terpaksa reject order dari individu yang nak beli produk anda disebabkan kehabisan stok.
Namun, dengan ambik loan, anda boleh beli lebih banyak stok produk, contohnya dengan loan tersebut anda boleh beli 200 unit produk, dan anda tak perlu risau untuk reject order dari bakal pelanggan.
Loan seperti ini adalah baik untuk perniagaan.
Ia amat berbeza sama sekali dengan loan yang anda dipaksa ambik semata-mata untuk join program atau skim yang diperkenalkan oleh kenalan anda, yang anda sendiri pun tak tau sama ada anda akan berjaya atau tidak. Jika anda berjaya buat duit dalam bisnes tersebut, anda tak ada masalah untuk bayar balik loan yang anda buat. Sebaliknya kalau bisnes tersebut gagal, ataupun anda dapati selepas beberapa bulan buat bisnes tu, anda merasakan bisnes tersebut tak sesuai untuk anda, anda akan terbeban dengan bayaran balik loan tersebut sepanjang usia anda.
Anda nak ke hidup macam ni? Apa pendapatan anda? Boleh share dekat bahagian komen?
Leave a Reply