Bagi seorang photographer, memiliki kamera DSLR yang baru bukanlah suatu keutamaan. Baru-baru ini, saya difahamkan bahawa dalam kalangan profesional photographer juga, ramai yang membeli kamera terpakai. Rupa-rupanya membeli kamera second hand adalah sesuatu yang common atau perkara biasa.
Sebuah kamera DSLR yang baru bukan murah harganya. Itu belum campur lagi beberapa peralatan lain seperti lens, harganya boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit.
Saya berpendapat, kalau seseorang photographer itu memang jenis yang ada banyak job, mungkin dia tak ada masalah untuk beli set kamera DSLR yang baru. Set yang baru atau terpakai, saya rasa itu bukan perkara penting.
Untuk mereka yang memang tahu serba serbi tentang kamera, rasanya tak ada masalah untuk memilih kamera terpakai berbanding kamera yang baru. Selain sebab jimat, kamera terpakai juga boleh jadi satu bentuk investment yang bagus kepada seseorang yang ingin serius dalam bidang fotografi.
Posting kali ini, saya nak kongsikan tentang tips pembelian kamera terpakai. Tips yang saya cerita dalam ni, bukanlah semuanya datang dari pengalaman saya sendiri. Ada satu atau dua poin, yang saya ambil daripada lain-lain sumber bacaan.
Jadi saya rasa, ada baiknya saya kongsikan disini. Manalah tau, kalau ada pembaca blog ini yang merancang untuk beli kamera DSLR yang baru, tetapi masih belum berkemampuan kerana harganya yang agak tinggi, maka anda boleh pertimbangkan untuk beli set yang terpakai.
Kamera terpakai juga ada banyak yang masih bagus. Ia bergantung juga kepada siapa pengguna sebelum ini. Namun umumnya, walaupun ianya adalah kamera terpakai, ia masih lagi bagus dan dapat berfungsi dengan baik seperti mana kamera yang masih baru.
Tips ini adalah sebahagian daripada perkara yang anda perlu tahu apabila ingin membeli kamera terpakai. Senaraian ini juga mungkin akan saya tambahkan dari semasa ke semasa.
Apa yang perlu dilihat pada penjual kamera?
(1) Beli kamera terpakai dari sumber yang boleh dipercayai.
Sebenarnya bukan susah nak cari tempat yang menjual kamera terpakai. Kalau anda buka laman web Google, dan taip kata kunci “Kamera Terpakai“, anda mungkin akan temui beberapa laman web yang menjual kamera terpakai. Jangan terlalu excited dengan tawaran harga yang murah, sebelum anda betul-betul kenal dengan penjual tersebut.
(2) Dapatkan kemara anda dari penjual yang serius dengan bisnes yang dijalankan.
Biasanya, jurujual yang serius ini kita boleh lihat menerusi beberapa kriteria, antaranya
- Mempunyai syarikat sendiri
- Mempunyai laman web perniagaan yang profesional
- Mempunyai Fanpage dan bilangan likes pada fanpage yang ramai
- Mempunyai reputasi yang baik
- Ada testimoni dari pelanggan-pelanggan sebelum ini yang pernah berurusan dengan penjual tersebut
Lazimnya, penjual seperti ini akan lakukan yang terbaik bagi memastikan pelanggan sentiasa berpuas hati.
Baca juga: Kedai Kamera Online menjual kamera terpakai dari pelbagai jenama terkenal
(3) Beli daripada penjual yang memang merupakan seorang specialist dalam bidang fotografi.
Dengan ini, anda boleh tanya sebarang isu, masalah atau apa sahaja berkenaan dengan kamera tersebut.
(4) Sebarang kerosakkan atau “defect” pada kamera yang dijual ada dinyatakan.
Bukan satu perkara yang pelik, kalau kamera second hand ada masalah atau kerosakkan kecil. Sekiranya anda ingin membeli kamera second hand, pastikan pihak penjual tidak menyembunyikan sebarang maklumat tentang kerosakan produk.
(5) Cuba lihat sama ada penjual kelihatan desperate atau tergesa-gesa untuk jual produknya atau tidak.
(6) Jumpa dengan penjual kamera tersebut secara face to face.
Ambil peluang ni untuk kenal dengan penjual dan juga barang yang dijual. Biasanya, dari sesi pertemuan ini, anda mungkin akan dapat tahu bahawa penjual yang sama juga ada jual kamera lain… ataupun penjual yang sama boleh bantu anda dapatkan kamera lain dimasa akan datang.
Apabila anda berkesempatan untuk jumpa sendiri dengan penjual, anda juga boleh lakukan macam-macam inspection pada kamera terpakai yang bakal dibeli.
(7) Hati-hati! Jangan sampai terbeli kamera yang dicuri.
Anda mungkin akan terjumpa tawaran harga yang tak masuk akal dari penjual kamera terpakai yang mendapatkan barangan tersebut dengan cara yang salah, iaitu kamera curi. Hati-hati, dan sebaik-baiknya tidak berurusan dengan individu seperti ini. Ada beberapa kemungkinan yang tak mustahil akan berlaku kepada anda.
- Anda akan ditipu.
- Anda akan diperas ugut dan dirompak apabila jumpa dengan penjual.
- Kamera yang dijual ada bahagian yang tak lengkap seperti tanpa charger, tanpa buku panduan, dan ada kerosakkan yang sengaja tidak dinyatakan.
- Anda akan dipaksa beli.
- Penjual akan naikkan harga dan paksa anda beli.
Hati-hatilah bila berurusan dengan pencuri. Susah nak jumpa pencuri yang boleh dipercayai. Sebaik-baiknya jangan sokong kegiatan mereka dengan membeli barangan yang mereka jual.
(8) Pastikan pembelian anda dilindungi oleh jaminan pemulangan wang atau sebarang jaminan yang setara bagi melindungi hak anda sebagai seorang pengguna.
Jika penjual tidak menawarkan jaminan pulangan wang, pastikan ada jaminan seperti kos baik pulih ditanggung sepenuhnya oleh penjual. Lazimnya, jika penjual adalah seseorang yang memang serius dengan bisnes, dia akan pastikan hanya barangan yang berkualiti tinggi dan masih elok sahaja yang akan dijual.
Apa yang perlu dilihat pada kamera?
(9) Cuba masukkan memory card milik anda pada kamera tersebut, adakah ianya dapat detect dan berfungsi dengan elok?
(10) Tukarkan lens yang terdapat pada kamera dengan lens milik anda sendiri. Adakah kamera tersebut dapat berfungsi dengan baik?
Ketika anda tukar dengan lens milik anda, anda juga dapat semak sama ada terdapat sebarang kecacatan pada kamera tersebut.
(11) Periksa shutter count bagi mengetahui berapa banyak gambar telah diambil menggunakan kamera tersebut.
Sekiranya anda dapat jumpa dengan penjual, tangkap gambar guna kamera DSLR yang ingin dibeli dan upload ke laman web http://www.camerashuttercount.com bagi memeriksa berapa banyak shutter count kamera tersebut.
12. Periksa keadaan luaran kamera dan pastikan tiada kesan calar, kemek atau sebarang kecacatan.
Jika terdapat kesan-kesan tersebut, pastikan harga yang ditawarkan adalah berbaloi dan setiap kecacatan tersebut diambil kira dalam penetapan harga.
13. Cuba dapatkan sejarah penggunaan kamera tersebut dari penjual.
Adakah ianya kamera persendirian atau pemilik sebelum ini adalah seorang jurufoto profesional? Sebenarnya ini bukanlah poin yang penting, namun jika kita tahu serba sedikit siapa pemilik asal kamera tersebut, ia dapat beri kita sedikit gambaran bagaimana pemilik asal menggunakan kamera tersebut.
Daripada perbincangan yang berlaku antara saya dengan pihak Jepuniaga, saya diberitahu kebanyakkan kamera adalah diimport dari Jepun. Apabila kita ambil kira cara hidup dan disiplin orang Jepun, tak salah rasanya kalau saya katakan, kebanyakkan kamera juga dijaga dengan baik dan berhati-hati.
Pihak Jepuniaga akan pastikan hanya kamera yang terbaik sahaja yang dijual di laman web mereka. Contohnya seperti model Nikon D610 ini. Kondisinya ialah 9/10.
Baiklah, ini sahaja tips membeli kamera terpakai yang saya ingin kongsikan buat masa ini. Jika ada info terbaru, In Shaa Allah saya akan kemaskini artikel ini supaya jadi lebih panjang dan pernuh informasi.
Terima kasih kerana membaca dan semoga bermanfaat.
Sekiranya anda ingin membeli kamera DSLR terpakai, bolehlah tanyakan dengan pihak Jepuniaga. Boleh layari http://www.jepuniaga.com ya.
mrhanafi says
kerjaya saya sebagai blogger dan advisor takaful memanng perlukan kamera DSLR..nak beli satu juga nie
sabree hussin says
Best kalau ada DSLR ni hehe
Sue says
Ni keje husband saya.
Rajin betul tukar dslr. Selalu dia beli kamera 2nd hand je.
sabree hussin says
Pasni kalau nak tambah atau tukar kamera lagi, boleh beli kat sini ye
raihanah ahmad says
boleh jadi rujukan ni. thanks ya
sabree hussin says
boleh!
rahimah majid says
Bukan camera 2nd hand je bagus dari Jepun, designer handbag pun macam tu. Mereka jaga barang dengan baik . Kalau serius dengan photography beli 2nd hand pun tak apa asal kualiti cantik. Beli baru tak reti teknik ambik gambar pun tak berbaloi juga betul tak?
sabree hussin says
Betul tu, kalau setakat pandai set ke Auto then main tangkap je gambar, hasilnya pun nanti biasa-biasa sahaja
Muhamad Naim says
Nasihat saya, kalau boleh COD. Jangan beli secara pos sebab tak ramai yang jujur mcm jepuniaga.
Pengalaman saya 5 tahun sebagai photographer sambilan, banyak kali dah tertipu kalau beli secara pos. Seller cakap lens condition 9/10, tapi bila sampai item sebenarnya rosak.
Biar cerewet asal kita tak sakit hati nanti..
sabree hussin says
Itulah… sebab tu saya cuma berani recommend Jepuniaga sahaja. Kalau lain-lain seller tu, saya tak berani sangat nak include atau suggest dalam blogpost.
ubat migrain says
Info yang amat berguna kepada sesiapa yang mencari kamera terpakai. ikutkan ramai jugak yang tak berani nak beli kamera terpakai. terima kasih
Uncle Zuan says
menarik. thansk for sharing bro
sabree hussin says
Sama-sama 😀
Lokman Amirul says
Info yang sgt berguna bagi para blogger…tq!
sabree hussin says
Ye sama-sama.
dedauncomel.com says
Terima kasih atas perkongsian. Saya nak beli 1st hand sebab nak pakai lama. Risau pula kalau rosak. Tapi lepas baca ni, boleh saya buat panduan untuk periksa kemera terpakai yang sesuai untuk dibeli 🙂
sabree hussin says
Saya pun prefer beli yang baru. Pada keadaan tertentu, mungkin kita akan tertarik untuk beli kamera yang terpakai, sama ada untuk tujuan upgrade kamera kepada model baru yang lebih canggih ataupun untuk dijadikan kamera kedua. Kira macam back up kamera juga la.
Untuk kamera kedua ni, mungkin boleh pertimbangkan untuk beli yang terpakai.
Muhamad Nasarudin Roslan says
slalunya beli yg terpakai utk cuba2 fungsi yg ada..kdg2 bila dh explore abis…try yg lain pula..huhu