Bagi seorang photographer, memiliki kamera DSLR yang baru bukanlah suatu keutamaan. Baru-baru ini, saya difahamkan bahawa dalam kalangan profesional photographer juga, ramai yang membeli kamera terpakai. Rupa-rupanya membeli kamera second hand adalah sesuatu yang common atau perkara biasa.
Sebuah kamera DSLR yang baru bukan murah harganya. Itu belum campur lagi beberapa peralatan lain seperti lens, harganya boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit.
Saya berpendapat, kalau seseorang photographer itu memang jenis yang ada banyak job, mungkin dia tak ada masalah untuk beli set kamera DSLR yang baru. Set yang baru atau terpakai, saya rasa itu bukan perkara penting.
Untuk mereka yang memang tahu serba serbi tentang kamera, rasanya tak ada masalah untuk memilih kamera terpakai berbanding kamera yang baru. Selain sebab jimat, kamera terpakai juga boleh jadi satu bentuk investment yang bagus kepada seseorang yang ingin serius dalam bidang fotografi.
Posting kali ini, saya nak kongsikan tentang tips pembelian kamera terpakai. Tips yang saya cerita dalam ni, bukanlah semuanya datang dari pengalaman saya sendiri. Ada satu atau dua poin, yang saya ambil daripada lain-lain sumber bacaan.
Jadi saya rasa, ada baiknya saya kongsikan disini. Manalah tau, kalau ada pembaca blog ini yang merancang untuk beli kamera DSLR yang baru, tetapi masih belum berkemampuan kerana harganya yang agak tinggi, maka anda boleh pertimbangkan untuk beli set yang terpakai.