Kedai Kamera Online menjual kamera terpakai dari pelbagai jenama terkenal

by sabree hussin on January 27, 2017

in Advertorial

Harga kamera baru yang dijual di kedai kamera terlalu MAHAL? Mahukah anda dapatkan kamera DSLR dengan harga yang lebih rendah dan menjimatkan?

 

Ya, sudah tentu dari segi kualiti, ia masih lagi berada dalam keadaan yang baik. Walaupun ini adalah kamera terpakai, namun dari segi kualiti, hanya kamera yang berada dalam keadaan yang TERBAIK sahaja yang ditawarkan kepada pembeli.

 

Saya dapati agak sukar untuk mencari kedai kamera yang menjual kamera terpakai. Kalau buat carian secara online juga, boleh dikatakan agak mencabar untuk menemui penjual kamera terpakai yang boleh dipercayai.

sewa_harley_davidson_mudahmy

Beli kamera terpakai dari laman web mudah.my?

Laman web mudah.my memang cukup terkenal untuk mencari barang-barang terpakai ataupun yang masih baru. Kalau bernasib baik, anda mungkin pernah terjumpa iklan daripada pemilik kamera yang nak jual kamera miliknya.

 

Tetapi adakah penjual di mudah.my boleh dipercayai? Sepanjang saya terlibat dengan proses jual beli di mudah.my, kerap juga saya dengar cerita yang mengatakan ada individu yang kena tipu apabila berurusan di laman web tersebut. Mujurlah saya tak pernah lagi kena tipu.

 

Laman web mudah.my mungkin ada jual kamera terpakai, tetapi adakah model yang anda mahukan ada dijual di laman web tersebut? Mungkin ada, mungkin tak ada. Anda dipersilakan untuk buat semakan sendiri.

 

Sebenarnya saya nak kongsikan dengan anda sebuah laman web yang menjual barangan terpakai terutamanya kamera terpakai. Laman web yang saya maksudkan ialah laman web Jepuniaga.com

kedai-kamera-terpakai-johor

Pelik kan nama dia? Jepuniaga. Adakah pemilik laman web ini orang Jepun? Misteri betul, kan.

 

Sebenarnya macam ni… pemilik perniagaan ini adalah orang kita. Ya orang tempatan. Pada awal-awal perniagaan dijalankan, beliau beroperasi dari Jepun dan membekalkan kamera serta lens dari Jepun ke Malaysia. Maka lahirlah nama Jepuniaga.

 

Perniagaan Jepuniaga didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama Jepooniaga Enterprise dengan nombor pendaftaran JM0759959M

 

Setakat hari ini, jika anda lihat ke laman web jepuniaga.com anda boleh dapatkan beberapa jenama kamera digital antaranya jenama Nikon, Canon, Fujifilm dan juga Sony. Selain kamera terpakai, pihak jepuniaga juga boleh bekalkan barangan keluaran Apple Store (terpakai) untuk anda.

 

Saya syorkan anda follow juga FB Jepuniaga selain layari laman web mereka.

kamera-murah-online-terpakai

Beberapa hari ini, saya memang follow perkembangan laman Fanpage Jepuniaga ni, dan apa yang saya dapat perhatikan, kebanyakkan kamera second hand, lens ataupun produk keluaran Apple yang dijual memang cepat habis.

 

Contohnya macam produk seperti dalam gambar ini.

kamera-second-hand-murah

Jadi no wonder dekat laman web nampak macam tak banyak produk, sebabnya Jepuniaga ni juga turut menjual menggunakan medium Facebook. Untuk mereka yang lebih selesa nak berurusan menggunakan Facebook, bolehlah follow dan like FB Jepuniaga ini.

 

Seperti yang kita semua sedia maklum, harga bagi kamera terpakai atau kamera second hand ini lebih murah berbanding dengan harga yang baru. Tetapi, persoalannya ialah, berapa banyak bezanya? Adakah berbaloi beli kamera terpakai atau kita patut tunggu cukup duit dan terus beli sahaja yang baru?

 

Pada waktu catatan ini ditulis, saya lihat di laman web Jepuniaga ada kamera Nikon D610 terpakai yang dijual dengan harga RM3,900. Lihat gambar dibawah.

kamera-nikon-d610-terpakai

Agak-agak kalau kita beli yang baru, berapa agaknya harga kamera Nikon D610 ini dijual di kedai kamera ya? Untuk buat perbandingan harga, saya gunakan laman web Lazada Malaysia yang turut menjual kamera dari jenama dan model yang sama.

 

Berikut adalah harga bagi kamera Nikon D610 yang baru.

kedai-kamera-jual-nikon

Saya jumpa 4 harga yang berbeza. Dari serendah RM5,190.00 hinggalah ke RM7,260.00. Sumber rujukan harga boleh klik sini. Untuk mereka yang ada bajet, bolehlah dapatkan kamera baru, namun sebagai alternatif, dapatkan yang terpakai juga tak jadi masalah.

 

Satu perkara yang saya kira menarik tentang kamera ni ialah, ia bukanlah barang yang mudah rosak. Ya memang betul, bergantung kepada cara panggunaan. Namun, jika kita bandingkan dengan gadget lain, seperti handphone misalnya, yang kita guna setiap masa, penggunaan kamera tidak sebegitu.

 

Bagi sesetengah orang, mereka hanya akan gunakan kamera apabila ada program, ada majlis tertentu, atau ketika bercuti misalnya. Itupun penggunaannya juga agak minima. Jadi tak hairanlah jika sesebuah kamera tu dapat bertahan sehingga bertahun-tahun lamanya tanpa sebarang masalah.

 

Apapun, jika anda berhasrat untuk memiliki kamera DSLR, namun mempunyai bajet yang agak terhad, apa yang saya boleh syorkan anda dapatkan yang second hand sebagai permulaan. Mungkin satu hari nanti, apabila ada rezeki lebih, belilah yang baru.

 

Memandangkan kamera ini diimport dari Jepun (ya, pengguna sebelum ini adalah orang Jepun kebanyakkannya) maka dari segi kualiti, kita boleh katakan ianya masih lagi dalam keadaan baik seperti kamera baru. Anda boleh tanya sebarang soalan, apa-apa sahaja soalan sebelum beli dari pihak Jepuniaga ini. Kalau dah betul-betul puas hati, barulah beli.

review-jepuniaga

Kalau ada sebarang soalan nak ditanya, tanya sahaja. Pastikan betul-betul puas hati, dan kalau anda lihat review serta testimoni pelanggan sebelum ini disini, memang ramai yang berpuas hati dengan khidmat yang disediakan.

 

Cuba bandingkan kalau kita buat tempahan ditempat lain, mudah.my misalnya. Tiada sebarang jaminan bahawa kita akan dapat berurusan dengan penjual yang boleh dipercayai. Dalam transaksi yang melibatkan sejumlah wang yang besar seperti ini, saya percaya anda juga setuju, adalah lebih baik kita berurusan dengan mereka yang memang mempunyai track record yang baik.

 

Sekiranya model kamera yang anda mahukan tidak terdapat di laman web Jepuniaga, anda juga boleh buat request special arrangement. Pihak Jepuniaga akan bantu anda dapatkan kamera tersebut sekiranya anda serius dan benar-benar mahukannya. Walaubagaimanapun, ia juga bergantung sama ada stok untuk model tersebut mudah didapati atau tidak.

 

Lepas ni, jika anda perlukan kamera terpakai, tak perlu lagi susah payah nak ke kedai kamera. Hubungi sahaja pihak Jepuniaga. In Shaa Allah mereka akan dapat bantu anda.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 10 comments… read them below or add one }

zik January 29, 2017 at 12:25 am

jepuniaga lebih fokus kepada kamera terpakai..

Reply

sabree hussin January 29, 2017 at 2:40 pm

Ya betul tu, zik pun follow jepuniaga jugak ke?

Reply

reezluv January 29, 2017 at 4:54 pm

takleh masuk web ni selalu, boleh kena keracunan yang amat kuat..hahaa..

Reply

sabree hussin January 30, 2017 at 1:26 pm

Ha ha kalau peminat kamera memang akan kena keracunan la kot 😀

Reply

Jiesusanos January 29, 2017 at 6:58 pm

Fuh..mmg agak susah bro sabree nk cari camera second hand..nampaknya web ni bleh membantu kita pmnat camera..

Reply

sabree hussin January 30, 2017 at 1:28 pm

In Shaa Allah, memang boleh. Kalau model yang diperlukan tu tak ada, boleh mintak tolong admin page ni carikan.

Reply

rahimah majid February 1, 2017 at 5:40 am

Nanti suruh anak beli kamera kat sini sebelum belajar photography dengan Saifulnang Academy. Pergi Jepun baru ni . Geram betul tengok designer handbag walaupun semua 2nd hand. Sempatlah bawa balik beg Charles Jourdan yang beribu harganya tu pada harga RM 120.

Reply

sabree hussin February 1, 2017 at 6:11 pm

Kat Jepuniaga ni, kebanyakkan kamera adalah kamera second hand yang import dari Jepung. Boleh tanyakan pemilik laman web ni dulu nanti. Untuk tujuan belajar, dapatkan kamera yang second hand juga dah kira baik.

Reply

abdfatah February 3, 2017 at 6:59 pm

Bleh beli kamera trpakaipun okay laa.. Dapat jugak guna kamera dgn hrga patut..

Reply

sabree hussin February 3, 2017 at 8:25 pm

Kalau banding dengan harga kamera yang baru, memang sangat mahal dan jauh beza 😀

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: