Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Perkara perlu tahu apabila nak menjual barang di Laman Web Shopee

June 29, 2018 by sabree hussin 4 Comments

Bila baca tentang peluang buat duit dengan laman web Shopee, mula timbul rasa minat nak berniaga menerusi platform tersebut.

 

Bagi yang turut berminat nak menceburi perniagaan ini, nak cuba nasib jual barang melalui shopee, mungkin anda boleh muat turun panduan ini terlebih dahulu.

 

bisnes-shopee

Anggaplah panduan ini, seperti short cut untuk anda jadi seorang usahawan newbie di laman web shopee yang berjaya. Panduan ini bukan percuma ya. Ada pengeras yang perlu dikeluarkan untuk memiliki panduan ini.

 

Tapi kalau anda rasakan yang anda boleh survive tanpa rujuk panduan ini, juga tak ada masalah. Anda boleh terus ke laman web Shopee dan belajar apa yang perlu sebagai penjual di Shopee menerusi laman web mereka.

 

Pendaftaran sebagai ahli Shopee

Untuk mula menjadi penjual di Shopee, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah daftar sebagai ahli. Proses pendaftarannya mudah sahaja.

 

Anda boleh terus ke laman web Shopee dan klik pada butang Sign Up. Lihat paparan dibawah.

buat-duit-melalui-shopeeProses pendaftaran dia lebih kurang sama dengan mana-mana website. Anda akan diberikan satu borang untuk anda isikan maklumat tentang diri anda.

 

Isikan maklumat tersebut dengan selengkapnya. Bila dah siap isi, anda akan dibawa ke halaman seterusnya. Ini paparan yang anda akan lihat.

tips-meniaga-shopee

Dekat sini, ada beberapa ikon yang anda boleh klik, yang seterusnya akan bawa anda ke pautan yang berkaitan.

 

Jika anda klik pada pautan Shop Settings, anda akan dibawa ke halaman dimana anda boleh ubah nama kedai online anda, masukkan barang, ubah beberapa setting dan sebagainya.

 

Kalau kedai yang masih baru dan kosong, rupa dia macam ni.

contoh-kedai-shopee

Baru daftar, sekitar 8 minit yang lalu semasa artikel ini saya catatkan. Saya pun masih tengok-tengok setting yang terdapat pada kedai online shopee ini.

 

Saya juga masih belum masukkan sebarang produk dalam ini. Kalau anda perasan, shopee ini ada sistem following dan followers. Sistem ini, seakan-akan media sosial. Twitter pakai sistem macam ni.

 

Sambil berniaga di Shopee, boleh kumpul followers. Kalau kedai tu ada banyak followers, maksudnya, kedai online tersebut boleh dipercayai. Orang akan jadi lebih yakin nak berurusan di kedai tersebut.

 

 

Sistem runding harga

Ini satu benda yang agak baru bagi saya.

barang-murah-shopee

Kalau anda aktifkan fungsi “Allow Negotiations” ini, bakal pembeli boleh buat counter offer sekiranya mereka masih berbelah bahagi dengan tawaran harga yang anda paparkan.

 

Biasanya, dalam ramai-ramai pelawat yang tengok barang jualan anda, pasti ada yang nak beli, tapi disebabkan harga yang anda tawarkan diluar kemampuannya, dia akan minta pengurangan harga. Dekat sini, bakal pelanggan tu tadi, boleh buat tawaran harga yang dia mampu.

 

 

Buat iklan di laman web Shopee

Bagus ke buat iklan di laman web Shopee?

 

Saya berpendapat, ianya lebih bagus berbanding buat iklan di media sosial. Logiknya begini. Orang yang masuk ke web shopee ini, memang dah ada niat nak membeli. Cuma dia tak pasti lagi, nak beli dari siapa.

 

Sekiranya orang tersebut, dapat lihat iklan anda terlebih dulu, berbanding iklan milik orang lain, peluang untuk jualan itu pergi kepada anda, sangatlah tinggi.

 

Ini contoh iklan di Shopee.

contoh-iklan-di-shopee

Pada waktu ini, saya sedang cari jam tangan jenama G-Shock. Hasil carian yang tertinggi, menemukan saya kepada beberapa model jam tangan G-Shock, yang ditawarkan dengan harga yang cukup murah.

 

Lagi satu, saya tandakan dengan kotak berwarna merah, supaya anda dapat lihat, yang hasil carian tersebut adalah iklan berbayar. Kemungkinan untuk pemilik kedai tersebut dapat jualan adalah tinggi, sebabnya orang yang buat carian tentang jam tangan G-Shock biasanya memang nak beli jam tu.

 

Walaupun begitu, saya nasihatkan anda untuk berhati-hati dengan tawaran harga murah. Macam kat atas tu, jam tangan G-Shock dijual dengan harga murah, sebab ia bukan jam original. Ianya adalah barang tiruan, atau copy 1:1.

 

Melainkan anda memang tak kisah beli barang tiruan, maka terpulang pada anda. Bawah ni saya kongsikan hasil yang diperolehi oleh penjual yang gunakan ads.

Modal untuk buat iklan cuma RM10 tapi untung yang diperolehi dari iklan tu, boleh dapat balik RM80. Itupun sebab dia ikut panduan yang disediakan disini.

 

Dekat laman web Shopee ini, ada slot khas untuk seller, yang dikenali sebagai Shopee Seller Centre. Dari situ, anda boleh akses ke Seller Education Hub, untuk belajar sendiri perkara-perkara yang anda perlu tahu untuk jadi seller yang berjaya di Shopee.

 

Namun biasalah… kalau belajar sendiri dari website rasmi memang boring sikit. Lebih seronok dan excited kalau belajar dari panduan yang disediakan oleh orang lain. Nak tanya-tanya itu ini pun senang.

 

Jadi apa tunggu lagi? Muat turun je la panduan ini. At least, nanti tak perlu nak buat eksperimen sendiri, belajar dan baca apa yang tak perlu. Dengan panduan tu, boleh belajar terus dari seller shopee yang ada pengalaman.

 

Lagi senang.

 

Pertimbangkanlah ya…

 

Saya doakan semoga anda berjaya bina perniagaan online dengan shopee!

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Risiko yang anda perlu tahu apabila menjalankan bisnes restoran
  2. Perkara yang perlu anda tahu sebelum membeli Kamera Terpakai
  3. 10 Perkara tentang pengiklanan Advertorial yang anda perlu tahu pada tahun 2015
  4. Cara tingkatkan Jualan apabila berniaga online di Shopee

Filed Under: Idea Bisnes Tagged With: buat duit di shopee, cara berniaga di shopee, cara buat duit di shopee, panduan shopee

Comments

  1. hamdan says

    March 2, 2020 at 8:14 am

    saya tiada produck,macam mana?

    Reply
    • sabree hussin says

      March 4, 2020 at 5:03 pm

      Boleh dropship

      Reply

Trackbacks

  1. Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online - Sabree Hussin Dot Biz says:
    July 24, 2018 at 6:25 pm

    […] Baca juga: Perkara perlu tahu apabila nak menjual barang di Laman Web Shopee […]

    Reply
  2. Mudahnya borong barang dari China melalui laman web S! – Rahsia TaoBao – Panduan Borong Dari China says:
    July 30, 2018 at 1:30 pm

    […] Menerusi laman web Shopee ini, anda boleh pilih sama ada nak jadi pembeli ataupun nak jadi penjual disini. Kalau anda nak buat duit dengan Shopee dengan cara menjadi penjual, ada beberapa perkara yang anda perlu ketahui sebelum menggunakan servis Shopee. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Visondata pocket WiFi

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?
  • Senarai kerja popular untuk pelajar lepasan SPM dan yang baru menamatkan pengajian di universiti
  • Memilih topik yang sesuai bagi memulakan projek buat duit dengan blog
  • Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP
  • Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall

Recent Comments

  • sabree hussin on Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan
  • sabree hussin on Program Affiliate Bookcafe: Bagaimana nak mula jana pendapatan online?
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai - Sabree Hussin Dot Biz on Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai - Sabree Hussin Dot Biz on Apa sebenarnya bidang kerja seorang blogger?
  • Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja - Bagus ke? Apa kelemahannya? - Sabree Hussin Dot Biz on Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall

Categories

  • Advertorial
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana RM1,250 dengan Shopee secara PART TIME!
Maklumat Lanjut