Saya faham, tak semua orang lahir-lahir je dah siap-siap ada bakat untuk buat bisnes.
Ada sesetengahnya perlu melalui proses dan pengalaman yang lama, barulah timbul kesedaran dalam diri, yang mana dengan jalan berniaga barulah seseorang tu dapat tingkatkan kedudukan ekonomi dan memperbaiki kedudukan kewangannya.
Selama ini kita dengar, bangsa cina adalah champion dalam bab-bab bisnes kat Malaysia ni. Kalau bab-bab bisnes, memang orang cina pegang.
Kalau bisnes kedai makan pulak, juaranya adalah Mamak.
Eh
Jadi kat mana orang Melayu? Orang Melayu tak pandai meniaga ke? Orang Melayu tak minat meniaga ke? Kalau tak minat meniaga, macam mana nak cerita bab-bab ekonomi? Macam mana nak jadi kuasa besar dalam ekonomi negara, kalau orang Melayu lagi minat jadi kuli berbanding jadi bos untuk company sendiri?
.
..
Entri ini bukan tentang Rasis
Saya pasti dah ramai yang sedia maklum, saya meniaga sim kad. Bukan sebarang simkad, tetapi adalah simkad Tone Excel yang dikuasakan oleh Tune Talk.
Kenapa saya pilih perniagaan ni? Hmm ada banyak sebabnya. Nantilah saya cerita, itupun kalau sempat.