Sebelum kita bincangkan dengan lebih mendalam tentang riba, kita akan telusuri terlebih dahulu serba sedikit secara ringkas maksud bagi istilah riba ini.
Semoga selepas ini, para pembaca, dan pelawat sekalian akan memperoleh penjelasan yang lebih baik berhubung isu riba. In Shaa Allah, saya tak ada gunakan istilah arab atau hal-hal yang terlalu teknikal sehingga pembaca rasa susah nak faham.
Sila teruskan pembacaan ya. Anda mungkin dapat menyelamatkan diri anda daripada mendapat azab yang pedih diakhirat nanti. Wallahua’lam
Maksud Riba
Lebihan dari segi kuantiti, pertambahan, peningkatan melebihi daripada jumlah asal.
Kategori Riba
Riba boleh dibahagikan kepada empat (4) jenis, dua (2) daripadanya terhasil daripada urusniaga melibatkan hutang dan dua lagi daripada urusniaga berkaitan jual beli.
Riba daripada urusniaga Hutang:
1. Riba Qardh: Apa-apa faedah yang telah ditentukan oleh pemberi hutang kepada peminjam seperti yang telah dinyatakan dalam perjanjian pinjaman atau kontrak pinjaman yang mana peminjam perlu menjelaskannya.
Contoh – Interest yang perlu dibayar dalam mana-mana perjanjian pinjaman
2. Riba Jahilliyah: Sebarang lebihan dari segi pembayaran keatas hutang asal sebagai penalti yang dikenakan keatas peminjam disebabkan oleh kegagalan untuk melakukan pembayaran balik dalam tempoh yang ditetapkan.
Contoh: Interest yang dikenakan keatas pemegang kad kredit yang melakukan kelewatan dari segi pembayaran
Riba daripada urusniaga jual beli:
1. Riba Al-Fadl: Apa-apa kuantiti tambahan atau lebihan hasil dari penambahan yang tak seimbang dari timbangan dan ukuran yang melibatkan pertukaran barangan ribawi dari jenis yang sama. (Faktor kuantiti)
2. Riba An-Nasiah: Sebarang penangguhan yang berlaku terhadap pertukaran yang melibatkan barangan ribawi dari jenis dan kategori yang sama. (Faktor masa)
Barangan Ribawi dapat dikelaskan kepada dua kategori berdasarkan hadis nabi:
“Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam (ditukarkan) sesama jenis, pada kadar yang sama, secara tunai (spot), sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran tunai.” – (Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad)
Kategori Pertama: Matawang
1. Emas
2. Perak
3. Matawang (RM, USD dll…)
Kategori Kedua: Makanan Asas
1. Gandum
2. Barli
3. Tamar (kurma)
4. Garam
Dari situ juga kita dapat mengetahui ada peraturan khas yang perlu kita FAHAMI dan IKUTI apabila melakukan transaksi yang melibatkan barangan Ribawi.
Peraturan dalam transaksi melibatkan barangan Ribawi
1. Jika transaksi melibatkan pertukaran antara barangan ribawi dari KATEGORI YANG SAMA dan JENIS YANG SAMA
Contohnya emas dengan emas, gandum dengan gandum atau tamar dengan tamar
Pertukaran mesti dilakukan pada masa yang sama (on the spot) dan kuantiti mesti sama tanpa mengambil kira soal kualiti.
2. Jika transaksi melibatkan pertukaran antara barangan ribawi dari KATEGORI YANG SAMA tetapi JENIS YANG BERBEZA
Contohnya antara emas dengan perak, beras dengan gandum, garam dengan kurma
Pertukaran mesti dilakukan pada masa yang sama (on the spot) tetapi kuantiti tidak perlu sama banyak.
3. Jika transaksi melibatkan pertukaran antara barangan ribawi dari KATEGORi YANG BERBEZA dan JENIS YANG BERBEZA
Contohnya antara emas dengan gandum, RM dengan kurma, perak dengan barli
Pertukaran boleh dilakukan sama ada pada masa yang sama atau ditangguhkan dari segi pembayaran.
Kuantiti juga boleh SAMA atau berbeza
4. Jika transaksi melibatkan pertukaran antara barangan ribawi dengan bukan ribawi atau, antara barangan bukan ribawi dengan barangan bukan ribawi
Pertukaran seperti ini tak perlu mengikuti peraturan masa dan kuantiti
Boleh berurusniaga sesuka hati tanpa perlu risau bakal terlibat dengan dosa riba
Persoalan tentang kualiti
Boleh ke kita buat pertukaran secara suka sama suka antara 10 gram emas 999 dengan 15 gram emas 916? Seperti yang kita sedia maklum, harga emas 916 ini lebih rendah berbanding emas 999.
Bagi menjawab persoalan ini, kita akan melihat hadis Nabi SAW tentang pertukaran barangan ribawi dari kategori dan jenis yang sama ini
Dari Abu Hurairah r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w mengupah seseorang semasa di Khaybar, maka dia datang sambil membawa Tamar Janib, lalu Nabi bertanya: “Adakah semua tamar dari Khaybar sebegini?”, jawab lelaki itu: “Tidak, sesungguhnya kami mengambil (menukar) satu sa’ (3 kg) dari tamar kami dengan mengambil 2 sa’ (6 kg) tamar yang elok, dan kami juga menukar 2 sa’ (6 kg) tamar ini dengan 3 sa’ (12 kg).
Nabi bersabda: “Jangan kamu lakukan itu (kerana ia riba al fadhl), dan juallah terlebih dahulu (tamar yang kamu miliki itu dan dapatkan dirham) dan kemudian (dengan dirham itu), belilah tamar janib itu.” (Riwayat Al-Bukhari, No 4001, 4/1550)
Atau dalam hadis yang lain ada juga menyentuh isu dan perihal ini,
Dari Abu Sa’id al-Khudri, satu hari Bilal r.a. membawakan Nabi saw 1 sa’ (timbangan kurma) kurma yang berkualiti dan baginda pun bertanya sumber kurma tersebut. Bilal pun menjawab, “Saya ada 2 sa’ kurma yang berkualiti rendah dan saya tukar dengan 1 sa’ kurma berkualiti ini.”
Lantas baginda pun berkata, “Tidak! Ini adalah riba, jangan buat begitu. Kamu sepatutnya menjual dulu 2 sa’ kurma berkualiti rendah dan hasil jualannya barulah digunakan untuk membeli kurma yang berkualiti tinggi.” – (Muslim & Ahmad)
Transaksi tersebut adalah riba dan sesiapa yang terlibat dalam transaksi tersebut adalah berdosa besar walaupun ia berlaku atas dasar suka sama suka.
Hadis yang diriwayatkan dari Jabir : Rasulullah SAW melaknat seorang yang mengambil riba, seorang yang memberikan (membayar) riba , seorang yang mencatatkan (merekodkan) transaksi tersebut dan dua orang saksi yang terlibat. Baginda bersabda : Mereka semuanya sama bersalah”.(Hadis Riwayat Muslim).
Tak boleh buat pertukaran sedemikian.
Walaubagaimanapun, Nabi Muhammad SAW ada mengajar bagaimana untuk melakukan pertukaran tanpa perlu risau terjebak dengan dosa riba, iaitu
1. Jual terlebih dahulu salah satu barangan ribawi untuk dapatkan dirham atau RM dalam konteks kita di Malaysia
2. Apabila telah terima duit, barulah digunakan duit tersebut untuk membeli emas lain yang lebih tinggi harganya
3. Sebarang perbezaan harga boleh ditambah kemudian
Baiklah, saya kira penerangan tentang riba ini sebenarnya mudah sahaja.
Semoga anda semua beroleh manfaat daripada artikel ini.
Sumber rujukan:
1. Principles of Fiqh Muamalat – Islamic Business Transaction, Faculty of Business Management UiTM
2. Wang, Anda dan Islam – Dr Zaharuddin Abd Rahman
4. e-fatwa
Anuar says
Terima kasih di atas perkongsian info… Semoga mereka yang terlibat dalam urusan jual beli emas dapat menjadikan entri ini sebagai panduan supaya tidak terjebak dengan riba..
sabree hussin says
Harap-harap subscriber dan juga pembaca blog saya tak jadikan alasan “TAK TAHU” sebagai tiket untuk mengelak daripada dipersalahkan
Hafiszan Kamarudin says
Riba perkara yang patut dielakan dalam semua jenis perniagaan
sabree hussin says
Ya betul tu tuan Hafiszan Kamarudin
blogger lelaki says
pening juga nak baca pasal riba nie..kena ulang baca berulang kali
sabree hussin says
Pening sekali je lepas tu In Shaa Allah boleh selamat dunia akhirat 🙂
amir says
Masih tak dapat grab. Kena baca banyak kali untuk kefahaman. Apa-apa pun thanks utk info 🙂
sabree hussin says
Jika ada yang kurang jelas, boleh tanyakan. In Shaa Allah lepas ni boleh grab tanpa ada sebarang masalah
Noor Azlin says
Bagaimana ya nak elak dari tersangkut dalam sistem riba yang ada di dalam kebanyakan sistem perbankan?
sabree hussin says
Pilihlah perbankan Islam, In Shaa Allah produk-produk dalam perbankan Islam telah ditapis oleh panel Syariah dari segi kehalalannya dari segi aqad dan kontrak 🙂
Siddiq Khamaruddin says
Assalamualaikum.. Terima kasih Tuan Sabree di atas artikel ini. Maaf, sy cuma nk tanya sedikit,
1. Adakah pertukaran pertukaran 10 keping 1g Goldbar 999 dgn 10g Goldbar termasuk dalam riba walaupun nilainya x sama?
2. Adakah sistem barter juga sbhgn drpd riba?
Terima kasih.
sabree hussin says
Wasalam tuan Siddiq,
1. Emas jika ingin ditukar dengan emas, beratnya perlu sama. Jika ada ketidaksamaan dari segi berat, dikhuatiri akan menimbulkan riba al fadl
2. Sebelum diperkenalkan sistem matawang, manusia berurusniaga dengan sistem barter.
Sistem barter tu pula adalah pertukaran barangan A dengan barangan B.
Nak tau sama ada pertukaran tersebut bakal dicemari dengan dosa riba atau tidak, perlu lihat adakah pertukaran melibatkan barangan ribawi.
Jika tidak melibatkan barangan ribawi, jadi tiada masalah
Zaini says
Terima kasih tuan. Moga-moga dijauhkan daripada unsur riba. Sekarang ni, setiap urusan pasti ada riba. Orang-orang macam tuan banyak berjasa memberi ilmu lengkap mengenai riba.
sabree hussin says
Sama-sama 😀 Tak semua urusan ada riba. Kita masih boleh selamat daripada transaksi ada riba
Aretikz says
Riba kita perlu fahami, perlu ambil tahu, tapi banyak yang xkisah pasal ni.. mreka anggap apa yg berlaku skrg trutama bab pinjaman adalah adat, yakni benda normal walhal banyak yg riba.. banyak perbankan islam, tetapi konvensional juga yang dicari..
sabree hussin says
Itulah, saya pun kadang-kadang tak faham, macam mana ada setengah orang ni boleh ambik masa yang sangat lama sama ada nak pilih perbankan Islam ataupun nak pilih konvensional.
muliani says
terima kasih admin. smoga mendapat keberkatan Allah swt