Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Jadi Ejen Tone Excel Yang Merdeka Bukan Susah…

November 25, 2014 by sabree hussin 12 Comments

“Produk Sim Kad Tone Excel ni memang sangat BAGUS tuan-tuan!”

“Tak ada lagi produk seumpama produk Sim Kad Tone Excel ni di pasaran.”

“Cuma semudah tukarkan simkad yang anda guna sekarang ni kepada simkad Tone Excel. Guna sendiri pun boleh dapat duit. Orang lain bila topup cuma dapat kredit untuk call, sms, internet je. Tapi kita spesel… kita dapat FREE Kredit, Cash Rebate, FREE Insurans, FREE Big Point, cabutan bertuah, dan yang paling best boleh buat bisnes.”

“Kita cuma perlu jual simkad ni sekali je. Setiap kali pengguna tu topup, kita akan dapat komisyen. Ada 3 level semua sekali. Kalau anda topup RM20 – RM59.99 komisyen topup anda ialah L1 (6%), L2 (3%) dan L3 (11%) tetapi… kalau anda topup lagi banyak dari tu, RM60 ke atas, struktur komisyen anda akan jadi L1 (10%), L2 (3%) dan L3 (13%). Kan banyak tu!”

.

..

…

simkad-tunetalk-toneexcel-2

Petang tu berbuih-buih mulut John menerangkan tentang benefit yang diperolehi jika menggunakan simkad Tone Excel.

Niatnya tak lain dan tak bukan, nak dapatkan seberapa ramai pelanggan yang boleh. Nak buat duit, nak buat pasif income, nak capai status kebebasan kewangan.

“Ok? Faham tak ni apa yang aku cakap? Ada sebarang soalan? Come on… tanya je. Kita tak makan orang punya. Kita pun makan nasi jugak macam orang biasa.”

.

.

.

Tiba-tiba, dengan tak semena-mena, Pak Dollah bangun dan tanyakan soalan…

“Ko dah pakai ke belum sim kad ni John? Cuba cerita sikit pengalaman ko pakai sim kad ni…”

.

Habislah… ni la soalan yang paling John takut.

Sekarang ni orang kampung pulak tanya, sama ada dia dah masuk ke belum. Dah jadi pengguna ke belum. Cakap pum pang pum pang, tapi dia sendiri masih belum guna simkad ni. Hampeh…

.

..

…

“Err… nak kena jawab ke?”

Ibarat macam ejen Insurans dan ejen Unit Trust. Cakap berdegar-degar. Masing-masing tak nak kalah. Bila promosikan sesuatu pelan perlaburan atau polisi perlindungan, penuh dengan fakta.

Tapi cukup untuk mematahkan hujah mereka dengan bertanyakan soalan mudah ini.

“Tuan ambik tak medical card ni untuk kegunaan peribadi tuan?”

“Tuan melabur dalam pelan yang mana satu?”

Jangan terkejut kalau tak ada jawapan yang diperolehi. Senyap sunyi. Macam tak ada apa-apa yang berlaku pulak.

.

..

…

Niat murni di hati John… dia hanya akan jadi pengguna sim kad Tone Excel, dan sertai program rujukan Tone Excel Wow sebagai pengguna hanya apabila dia dah confirm dapat seorang downline.

Dia ingat dia bijak.

Dia cuma pentingkan diri sendiri. Dia cuma fikir untuk elakkan sebarang risiko.

.

..

Polisi company, untuk sertai program ini, kena jadi pengguna dulu. Dah jadi pengguna, automatik anda layak untuk jadi pengedar dan sertai program rujukan WoW ni.

Wang menjadi motif utama.

Tak salah.

Lagipun, duit memang penting… kan?

Tak kiralah apa produk sekalipun. Sebagai marketer, ada baiknya kita promosikan sesuatu produk dengan hati.

Kalau produk ini bagus, kita katakan ia bagus.

Jika kita suka pada produk ini, kita katakan yang kita suka produk ini.

Jika produk ini ada kelemahan, tak perlu nak selindung-selindung. Nyatakan sahaja.

Jangan sebab duit punya pasal, kita lupakan segala-galanya.

Lagipun, kita bukan nak hidup selama-lamanya atas muka bumi ni. Tak lama lagi, kita semua akan pulang ke kampung akhirat. Kampung pertama umat Manusia. Tempat awal-awal dulu yang didiami oleh moyang kita, Adam dan Hawa.

.

..

Jadilah seorang jurujual dan promoter yang MERDEKA.

Kita buat sesuatu perkara, bukan sebab dibelenggu oleh faktor duit semata-mata. Tetapi sebab kita promosikan sesuatu produk tu kerana kita suka, produk tu bagus, berguna dan ia juga baik untuk orang lain. Bila minda kita dah capai tahap ini, kita tak kisah pun kalau orang tak nak beli.

Sebab bukan kita yang rugi. Prospek kita pun tak rugi. Tak ada sesiapa pun yang rugi.

 

 

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Konsep Bisnes Tone Excel Yang Simple
  2. 8 Kelebihan dan keistimewaan yang dinikmati oleh para pengguna simkad Tone Excel
  3. Promosi topup yang pernah dan akan dinikmati oleh pengguna simkad Tone Excel
  4. Sim Kad Tone Excel Tu Apa?

Filed Under: Tune Talk Tone Excel Tagged With: bisnes tone excel, Tone Excel penipu

Comments

  1. blogger lelaki says

    November 25, 2014 at 3:09 pm

    aku suka kalau salesman yang jujur..ceritakan dengan jelas baik dan buruknya

    Reply
    • sabree hussin says

      November 26, 2014 at 1:40 am

      Salesman ni kadang-kadang dia tak akan cerita semua. Kalau nak cerita semua terlalu banyak jadinya. Jadi pembeli pun kena main peranan ntuk tanya banyak-banyak soalan.

      Puas hati? baru beli

      Reply
  2. Anuar says

    November 26, 2014 at 1:28 pm

    Memang bagus Tone Excel ni.. Tapi masih belum berminat nak join…

    Reply
    • sabree hussin says

      November 27, 2014 at 12:08 pm

      Tak yah join la 😀

      Reply
  3. adarain says

    December 2, 2014 at 11:46 am

    Kadang-kadang aku tak berapa suka dengan ejen yang terlalu memaksa. Bila dah selesa dengan satu telco kerana perkhidmatan yg bagus agak susah sedikit nak bertukar dengan telco yang lain walaupun memberi manfaat yang lain dari yang lain.

    Reply
    • sabree hussin says

      December 2, 2014 at 3:19 pm

      Biasalah tu, Tone Excel ada beratus ribu ejen. Pasti akan ada yang kurang ilmu yang tak sedar mereka dah guna pendekatan yang salah.

      Tak ada masalah kalau dah puas hati dengan Telco semasa. Saya juga sebelum ni puas hati dengan Telco saya sebelum ini. Cuma bila saya guna Tone Excel, saya dapat pulangan yang berkali ganda lebih baik.

      Jadi pilihan masing-masing.

      Nak guna Telco yang membayar ahlinya, atau nak guna Telco yang ahlinya sahaja yang membayar kat Telco yang digunakan sekarang. Kalau pendapat saya, semua orang ada hak dan kebebasan untuk memilih mana-mana yang terbaik untuk mereka.

      Kita cuma kongsikan kelebihan menggunakan simkad ini, langkah seterusnya, sama ada nak pakai atau tidak, 100% terletak pada keputusan pengguna. (sebelum ni saya guna Maxis, setiap bulan topup RM30 dan hujung bulan akan ada baki sekitar RM3 – RM7, sekarang saya guna sim Tone Excel yang guna line Tune Talk, setiap bulan saya masih lagi topup RM30 dan masih ada baki RM3 – RM10 tambahan sekarang saya dapat komisyen topup daripada rangkaian pengedar saya.)

      Reply
  4. kakipromo says

    December 4, 2014 at 8:20 pm

    masih lagi pakai celcom dari dulu sampai sekarang, tone excel ni dengar ok juga kan

    Reply
    • sabree hussin says

      December 4, 2014 at 11:37 pm

      Bagi saya Tone Excel ni OK SANGAT.

      Kat orang lain saya tak pasti la… Kalau nak boleh dapatkan dari saya. Saya ada promosi khas kat sini –> http://www.sabreehussin.com/simkad

      Reply
  5. fendi says

    March 2, 2015 at 3:10 pm

    salam bro , aku nak tanya masih ada peluang tak aku join biz ni dan sape yang boleh jadi leader aku yang bimbing aku buat biznes ni

    Reply
    • sabree hussin says

      March 3, 2015 at 8:17 am

      Wasalam fendi, setakat hari ni, jumlah simkad yang dh diaktifkan adalah sekitar 700,000 je baru. Masih banyak lagi penduduk Malaysia yang tak gunakan simkad ni lagi. Jumlah 700k tu pun termasuk yang dah expired.

      So, dari segi peluang tu memang ada. Cuma tak tau la sama ada ko mampu ke tak untuk jual simkad ni. Tu je. Dari segi leader, ada terlalu banyak so called leader. Tinggal ko nak pilih je siapa yang ko nak follow.

      Reply
  6. norhashima says

    March 3, 2016 at 7:22 pm

    saya dah memang guna tone excel nie..tpi mcm mne nak jdi penaja??tolong la ajar saya…

    Reply
    • sabree hussin says

      March 9, 2016 at 11:51 pm

      Salam, norhashima boleh baca post-post saya yang sebelum ni tentang Tone Excel. Harap dapat belajar sesuatu dari situ

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Visondata pocket WiFi

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Senarai kerja popular untuk pelajar lepasan SPM dan yang baru menamatkan pengajian di universiti
  • Memilih topik yang sesuai bagi memulakan projek buat duit dengan blog
  • Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP
  • Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall
  • Senarai 50 kerja yang boleh dilakukan ketika Pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP)

Recent Comments

  • sabree hussin on Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan
  • sabree hussin on Program Affiliate Bookcafe: Bagaimana nak mula jana pendapatan online?
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai - Sabree Hussin Dot Biz on Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai - Sabree Hussin Dot Biz on Apa sebenarnya bidang kerja seorang blogger?
  • Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja - Bagus ke? Apa kelemahannya? - Sabree Hussin Dot Biz on Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall

Categories

  • Advertorial
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana RM1,250 dengan Shopee secara PART TIME!
Maklumat Lanjut