Keinginan untuk jadi pengguna telefon bimbit mula datang masa saya berumur 16 tahun. Masa tu masih lagi bersekolah di Tingkatan Empat, di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru.
Alasan paling logik kenapa saya nak pakai handphone ialah untuk memudahkan proses penyampaian maklumat sesama pengawas sekolah.
Ya. Pada waktu tu saya adalah seorang pengawas yang berada di landasan yang TEPAT untuk terpilih menjadi seorang Ketua Pengawas, merangkap seorang KETUA PELAJAR.
Ah… semua tu bohong je. Keputusan nak ada handphone sendiri semuanya disebabkan oleh emosi. Zaman remaja kot. Nak lepak-lepak dengan kawan-kawan, berkenalan dengan kawan baru, mintak nombor telefon awek dan hal-hal yang seangkatan dengannya ha ha
… dan kalau nak diikutkan, alasan konon-konon nak memudahkan proses penyaluran maklumat sesama pengawas hanya auta semata-mata. Bukannya tak boleh jumpa masa kat sekolah.
Umur 16 tahun, saya gagahkan diri buat kerja-kerja kasar demi mengumpul duit untuk membeli sebuah telefon bimbit berjenama Nokia.
Simpan duit belanja sekolah. Kerja kat kedai runcit, ambik upah packing barang. Kerja kat kilang memproses tanah untuk tanaman. Semua saya buat.
Target locked: Dapat henpon je, babai… 😀
Model handphone saya yang pertama lebih kurang macam dalam gambar kat atas ni. Warnanya pun lebih kurang sama. So much win…Â