Suasana agak suram pagi ini. Sekejap-sekejap hujan turun membasahi bumi Klang. Patutnya saya nak keluar beli stok barangan runcit untuk dijual di kedai saya.
Hujan punya pasal…
Saya tangguhkan dulu.
Lagipun saya sedang sibuk melayan mesej-mesej yang masuk sama ada dari Facebook mahupun dari Whatsapp. Kebanyakkan mesej dari rangkaian Tone Excel saya yang bertanya itu ini tentang pemasaran online.
In Shaa Allah setiap pertanyaan akan saya jawab dengan penuh kasih sayang. Siapalah saya tanpa anda.
Ada juga mesej yang bertanyakan tentang Tawaran Tone Excel sempena bulan November. Ada lagi ke tidak? Betul ke saya jual dengan harga tu? Boleh buat booking ke tidak.
Macam-macam.
Itulah sebabnya setiap soalan perlu dijawab dengan penuh kasih sayang. Manalah tahu ada yang dah plan nak join rangkain Tone Excel saya, alih-alih tak jadi join pulak. Apa taknya, ada jugak yang tak pasal-pasal kena marah dengan saya ha ha.
Tanya lagi soalan bodoh, mana tak kena smash. Memang pantang betul, bila dapat soalan yang kurang cerdik ni. Soalan yang sangat membuang masa. Info boleh cari sendiri tapi sikit-sikit nak tanya.
Gunalah akal sikit. Kalau soalan tu ditanya melalui whatsapp, kemudian kamu nak suruh saya ajar itu ini, perjelaskan itu ini, logik ke saya nak taip satu per satu kat whatsapp? Lenguh tau tak jari ni nak taip panjang-panjang.
Bila kita dah bagi alamat website, pandai-pandai la cari sendiri. Tak kan semua benda nak kena suap? Ha… kan dah ter emo.
Okeh tadi dapat mesej berbunyi begini dari seorang student (yang mengada-ngada) macam ni:
Assalamualaikum
Respond please
I need your help
Kebiasaannya, saya memang tak akan layan mesej macam ni. Pasal apa saya nak kena tolong pulak? Give me one good reason. Apa ingat kita ni tempat orang mintak bantuan ke? (dah la ayat pun biadap, langsung tak ada budi bahasa)
Macam yang saya kata tadi tu lah… disebabkan sekarang ni saya tengah jalankan special promotion November Treats, jadi saya balas semua mesej. Saya pun tak tau sama ada si penghantar mesej ini adalah seorang prospek atau someone yang sengaja nak cari pasal.
Wasalam, soalannya?
Jawab saya.
Mcm mana nak buat duit lebih
Im a student
Boleh ke?
Ek eleh… ingatkan ada apa la soalan yang penting sangat. Tanya benda yang remeh temeh macam ni je rupanya. Soalan ni kalau ko google, dah banyak laman web yang tolong jawabkan. Tak kisah la ko ni student ke, suri rumah ke, penganggur ke, orang kurang/kelainan upaya ke… dah tentulah ko boleh buat duit lebih.
Sama macam orang lain.
1. Kerja
2. Berniaga
3. Buat pelaburan
Ah come on jangan kata ko tak pernah dengar 3 benda ni.
Yg abg just klik iklan tu ape?
Iklan apa entah yang dia maksudkan. Saya pun tak tau. Satu lagi, kalau dia pernah tahu pasal klik iklan semua ni, mesti dia pernah baca somewhere. Carilah balik sumber tu sebelum cepat sangat nak tanya soalan-soalan remeh. Kalau nak tau pasal Nuffnang, taip je la perkataan nuffnang kat search box yang saya dah sediakan kat blog ni.
Tu kira kerja la. Jadi web pubisher
Siarkan iklan Nuffnang. Income dia… alahai berapa ringgit la sangat. Lainlah kalau buat program affiliate. Tak tau buat affiliate, boleh belajar. Saya dah sediakan panduan, Jurnal Pemasaran Affiliate. Pandai-pandailah nak sediakan “yuran” nak belajar.
Ko jadi student pun ko kena bayar yuran. Ilmu yang ko belajar tu pulak belum tentu boleh bantu ko buat duit. Ini ko nak belajar ilmu buat duit, ko nak FREE pulak? Banyak cantik muka ko. (eh ter emo lagi… ha ha)
Yg tu mcm mana?
Takde modal kan?
Pada tahap ini, saya mula meragui… sama ada orang macam ni akan keluar modal untuk buat bisnes Tone Excel. Awal-awal lagi dah mintak yang tak payah keluar modal.
So, tak perlu saya panjang-panjangkan lagi perbualan. Baik saya fokus pada klien-klien dan network saya yang lain. Mereka ada banyak lagi soalan dan pertanyaan yang lagi penting.
Xde. Tu sy dah tulis kat blog sy.
www.sabreehussin.comPandai2 la carik dalam tu kalau serius nak tau
Student kalau tak pandai cari info… MEMALUKAN. Memalukan diri sendiri, memalukan institusi pengajian. Belajar susah payah, hasilnya student yang tak ada kualiti. Sia-sia yuran, sia-sia duit yang digunakan untuk belajar. Buang masa pun ya.
Saya student boleh buat ke?
Ha’a macam mana soalan macam ni boleh timbul pulak?
Bukan masalah boleh buat ke? You nak buat ke?
Saya tak nampak sebagai studen kena study 24 jam. Geng-geng Internet Marketer yang saya kenal semua mula berniaga masa diorang still student.
Habis belajar dah ada sumber pendapatan sendiri walaupun belum dapat kerja. Jadi apa masalahnya?
Alasan… alasan.. alasan. Kalau alasan lagi banyak dari tindakan, memang tak kemana la.
Tak jumpa lah
Please ajar
Takpe lah
Memang ajaib bila dia kata dia tak jumpa haha
Cari dulu. Jangan cepat mengalah. Jadi student kena be resourceful. 🙂
Saya teringat masa zaman saya study di UiTM Shah Alam dulu. Saya cukup panas bila lecturer kata.. “You all ni sikit-sikit nak kena suap”
Sebab tu seboleh-bolehnya, saya akan usaha untuk cari sendiri info yang saya perlukan. Kat universiti mana ada ajar cara buat duit dengan program affiliate, buat duit dengan jadi penjual di ebay, buat duit di FB, Facebook marketing, pay per click dan macam-macam lagi.
Semua ini kena belajar sendiri.
Tak tau la kalau zaman sekarang, dah dimasukkan silibus ini semua ke belum. Kalau belum ada lagi, saya terpaksa kata, “ketinggalan zaman betul kaedah marketing yang diajar sekarang ni.”
Mmg tak jumpa
Please lah ajar
Pleaseee
Takpe lah
Dah kaya mmg mcm ni
Saya memang dah tak ada keperluan nak layan orang macam ni. Ha ha tapi sebab dia doakan saya kaya, saya “terpaksa” balas
Alhamdulilah. Amiin.
Ini lah realiti student zaman sekarang ni.
Alah cakap panjang-panjang pun tak guna.
Apa pun, mesej ni dah berjaya menceriakan pagi saya ha ha
Matt Fitt says
Kena kat saya pun, saya boh layan jugak, tuan. Buat semak kepala je. Realitinya anak² muda zaman skrg ni mmg dah makin manja. Tak kira bangsa apa, dari negara mana… makin malas dan kurang iltizam.
sabree hussin says
Adeh… rasanya semua orang yang ada sedikit kemahiran akan diuji dengan benda yang sama. Tak apa lah, learning process untuk yang bertanya tu juga
onlajer says
hahaha gua ada tulis juga buat duit dengan blog pun kena keluar modal
sabree hussin says
Kalau tak nak keluar modal, memang ada. Tapi bertahun la nak tunggu hasilnya. Melainkan ada “ilmu KHAS” ha ha
myrujukan says
orang macam ni memang saya pun sakit hati, selalunya saya akan layan juga KALAU kena dengan cara. Apa itu? iaitu berikan soalan jangan ringkas, kasi detail sikit tentang apa yang dia mahu supaya kita jelas terus permasalah mereka, ni x tanya soalan pendek pendek, bertali arus pulak tu. Aku setuju dan faham yang bukan kita x mahu layan, soalan yang mudah pastu nak suruh kita terangkan GUNA SMARTPHONE yang KECIK, memang panas la nak menaip, tu yg jadi malas nak layan. org yang bertanya sepatutnya faham
sabree hussin says
Time tu jari aku memang dah cramp. Pakai BlackBerry je pun. Nak multiple chat dengan ramai orang lagi. Alih-alih tanya soalan yang tak ada kualiti. Kawan-kawan blogger dah banyak sangat tulis pasal benda ni. Macam mana nak buat duit online. Macam mana nak buat duit dengan program affiliate, macam mana nak buat duit tanpa modal, semuanya boleh ditemui di google.
Akhirnya kena baca jugak, at least artikel tu dah siap tulis dari awal-awal siap lengkap dengan penerangan lagi.
Ni tanya kat Whatsapp… “Student” ni LEMAH dalam membuat pertimbangan.
linie says
usaha tangga kejayaan..hendak seribu daya..dah tak hendak tu seribu dalih..ehe..
sabree hussin says
Dia tak hendak la tu linie maksudnya. Dia ingat masa orang lain ni percuma untuk layan dia. Dia tu refer kepada budak tu haha
titan says
biasalah tu.
normal. dalam seminggu..palis-palis pun mesti ada sorang dua macam tu.
layankan je. haha
sabree hussin says
Haha hang buleh la, dah biasa kena. Aku culture shock lagi. Masih anggap benda ni sesuatu yang abnormal haha
titan says
besangka baik ajelah.
itu je yang aku mampu.
Tak mampu, aku suruh je Maikel layan.
sabree hussin says
Boleh bagi aku tips tak? Mana aku nak dapatkan assistant macam Maikel tu?
Fadhil says
student zaman sekarang ni yang saya nampak walaupun keputusan cemerlang, skil life-surviving sangat lemah. Agaknya macam mana la boleh dapat keputusan tapi perkara kecik macam tu tak boleh fikir. Adoi.
sabree hussin says
Saya pun masih tak dapat jawapannya tuan Fadhil 🙂
Saya tengok, sikap yang sama pun ada pada anak-anak buah saya. MALAS berusaha. Kalau susah sikit terus tak nak buat. Pilih opsyen yang mudah-mudah je
blogger lelaki says
orang ni ada bermacam2 ragam
sabree hussin says
Ya betul tu, cuma ragam orang ni macam orang meragam
Abdfatah says
Menduga kesabaran betul… Hahaa. Bleh tamboh lagi jawapan balas kalo ditanya ‘bleh tolong saya tak..’ dgn ‘what can you do to help me…’ Ngeh3.
Hafizul says
Huhu…student memang elok sangat Buat bisnes macam ni..nanti dh kuar zaman sekolah,tak bimbang Sgt..sebab Dah ada bisnes kan..
sabree hussin says
Ini boleh kira sebagai back up plan ni