Blog Sabree Hussin

Kisah Student Yang Perangai Macam Budak Tadika

Suasana agak suram pagi ini. Sekejap-sekejap hujan turun membasahi bumi Klang. Patutnya saya nak keluar beli stok barangan runcit untuk dijual di kedai saya.

Hujan punya pasal…

Saya tangguhkan dulu.

Lagipun saya sedang sibuk melayan mesej-mesej yang masuk sama ada dari Facebook mahupun dari Whatsapp. Kebanyakkan mesej dari rangkaian Tone Excel saya yang bertanya itu ini tentang pemasaran online.

In Shaa Allah setiap pertanyaan akan saya jawab dengan penuh kasih sayang. Siapalah saya tanpa anda.

Ada juga mesej yang bertanyakan tentang Tawaran Tone Excel sempena bulan November. Ada lagi ke tidak? Betul ke saya jual dengan harga tu? Boleh buat booking ke tidak.

Macam-macam.

Itulah sebabnya setiap soalan perlu dijawab dengan penuh kasih sayang. Manalah tahu ada yang dah plan nak join rangkain Tone Excel saya, alih-alih tak jadi join pulak. Apa taknya, ada jugak yang tak pasal-pasal kena marah dengan saya ha ha.

Tanya lagi soalan bodoh, mana tak kena smash. Memang pantang betul, bila dapat soalan yang kurang cerdik ni. Soalan yang sangat membuang masa. Info boleh cari sendiri tapi sikit-sikit nak tanya.

Gunalah akal sikit. Kalau soalan tu ditanya melalui whatsapp, kemudian kamu nak suruh saya ajar itu ini, perjelaskan itu ini, logik ke saya nak taip satu per satu kat whatsapp? Lenguh tau tak jari ni nak taip panjang-panjang.

Bila kita dah bagi alamat website, pandai-pandai la cari sendiri. Tak kan semua benda nak kena suap? Ha… kan dah ter emo.

Okeh tadi dapat mesej berbunyi begini dari seorang student (yang mengada-ngada) macam ni:

Assalamualaikum
Respond please
I need your help

Kebiasaannya, saya memang tak akan layan mesej macam ni. Pasal apa saya nak kena tolong pulak? Give me one good reason. Apa ingat kita ni tempat orang mintak bantuan ke? (dah la ayat pun biadap, langsung tak ada budi bahasa)

Macam yang saya kata tadi tu lah… disebabkan sekarang ni saya tengah jalankan special promotion November Treats, jadi saya balas semua mesej. Saya pun tak tau sama ada si penghantar mesej ini adalah seorang prospek atau someone yang sengaja nak cari pasal.

Wasalam, soalannya?

Jawab saya.

Mcm mana nak buat duit lebih
Im a student
Boleh ke?

Ek eleh… ingatkan ada apa la soalan yang penting sangat. Tanya benda yang remeh temeh macam ni je rupanya. Soalan ni kalau ko google, dah banyak laman web yang tolong jawabkan. Tak kisah la ko ni student ke, suri rumah ke, penganggur ke, orang kurang/kelainan upaya ke… dah tentulah ko boleh buat duit lebih.

Sama macam orang lain.
1. Kerja
2. Berniaga
3. Buat pelaburan

Ah come on jangan kata ko tak pernah dengar 3 benda ni.

Yg abg just klik iklan tu ape?

Iklan apa entah yang dia maksudkan. Saya pun tak tau. Satu lagi, kalau dia pernah tahu pasal klik iklan semua ni, mesti dia pernah baca somewhere. Carilah balik sumber tu sebelum cepat sangat nak tanya soalan-soalan remeh. Kalau nak tau pasal Nuffnang, taip je la perkataan nuffnang kat search box yang saya dah sediakan kat blog ni.

Tu kira kerja la. Jadi web pubisher

Siarkan iklan Nuffnang. Income dia… alahai berapa ringgit la sangat. Lainlah kalau buat program affiliate. Tak tau buat affiliate, boleh belajar. Saya dah sediakan panduan, Jurnal Pemasaran Affiliate. Pandai-pandailah nak sediakan “yuran” nak belajar.

Ko jadi student pun ko kena bayar yuran. Ilmu yang ko belajar tu pulak belum tentu boleh bantu ko buat duit. Ini ko nak belajar ilmu buat duit, ko nak FREE pulak? Banyak cantik muka ko. (eh ter emo lagi… ha ha)

Yg tu mcm mana?
Takde modal kan?

Pada tahap ini, saya mula meragui… sama ada orang macam ni akan keluar modal untuk buat bisnes Tone Excel. Awal-awal lagi dah mintak yang tak payah keluar modal.

So, tak perlu saya panjang-panjangkan lagi perbualan. Baik saya fokus pada klien-klien dan network saya yang lain. Mereka ada banyak lagi soalan dan pertanyaan yang lagi penting.

Xde. Tu sy dah tulis kat blog sy.
www.sabreehussin.com

Pandai2 la carik dalam tu kalau serius nak tau

Student kalau tak pandai cari info… MEMALUKAN. Memalukan diri sendiri, memalukan institusi pengajian. Belajar susah payah, hasilnya student yang tak ada kualiti. Sia-sia yuran, sia-sia duit yang digunakan untuk belajar. Buang masa pun ya.

Saya student boleh buat ke?

Ha’a macam mana soalan macam ni boleh timbul pulak?

Bukan masalah boleh buat ke? You nak buat ke?

Saya tak nampak sebagai studen kena study 24 jam. Geng-geng Internet Marketer yang saya kenal semua mula berniaga masa diorang still student.

Habis belajar dah ada sumber pendapatan sendiri walaupun belum dapat kerja. Jadi apa masalahnya?

Alasan… alasan.. alasan. Kalau alasan lagi banyak dari tindakan, memang tak kemana la.

Tak jumpa lah
Please ajar
Takpe lah

Memang ajaib bila dia kata dia tak jumpa haha

Cari dulu. Jangan cepat mengalah. Jadi student kena be resourceful. 🙂

Saya teringat masa zaman saya study di UiTM Shah Alam dulu. Saya cukup panas bila lecturer kata.. “You all ni sikit-sikit nak kena suap”

Sebab tu seboleh-bolehnya, saya akan usaha untuk cari sendiri info yang saya perlukan. Kat universiti mana ada ajar cara buat duit dengan program affiliate, buat duit dengan jadi penjual di ebay, buat duit di FB, Facebook marketing, pay per click dan macam-macam lagi.

Semua ini kena belajar sendiri.

Tak tau la kalau zaman sekarang, dah dimasukkan silibus ini semua ke belum. Kalau belum ada lagi, saya terpaksa kata, “ketinggalan zaman betul kaedah marketing yang diajar sekarang ni.”

Mmg tak jumpa
Please lah ajar
Pleaseee
Takpe lah
Dah kaya mmg mcm ni

Saya memang dah tak ada keperluan nak layan orang macam ni. Ha ha tapi sebab dia doakan saya kaya, saya “terpaksa” balas

Alhamdulilah. Amiin.

Ini lah realiti student zaman sekarang ni.

Alah cakap panjang-panjang pun tak guna.

Apa pun, mesej ni dah berjaya menceriakan pagi saya ha ha

 

 

 

Exit mobile version