Blog Sabree Hussin

Program “Masih Ada Yang Prihatin” Suatu Sketsa dan Kisah Tentang Kehidupan

Syukur Alhamdulilah, program yang kami rancangkan sebelum ni, Program Masih Ada Yang Prihatin berjaya dilaksanakan dengan lancarnya.

Saya ada ceritakan serba sedikit tentang latar belakang program dalam artikel saya yang sebelum ini berjudul “Masih Ada yang Prihatin” – Program Kelab Generasi Warisan Prihatin.

Jadi dalam catatan kali ini, saya akan kongsikan beberapa kenangan-kenangan yang tim kami lalui sepanjang mengendalikan program seperti ini. Dah tentu, lain program lain pengalamannya, dan lain pula kenangannya.

Program kali ini lebih banyak tertumpu di dua tempat.

Pertama di Surau Tebuk Rashidin, Kg Sg Hj Dorani, Sungai Besar, Selangor dan satu lagi dah tentu, di Pekan Sungai Besar, tempat kami bawa anak-anak yatim dan adik-adik yang datang dari keluarga susah untuk keluar shopping kelengkapan sekolah.

Foto: Sekitar Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil untuk waris dan ahli keluarga para penyumbang yang telah dijemput pulang ke rahmatullah

Dalam program kali ini, kelab kami menerima sumbangan dana secara peribadi dan dari orang perseorangan. Justeru, pada malam selepas selesai solat Maghrib secara berjemaah, kita adakan slot khas ini. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan semoga pahala yang ingin kita hadiahkan kepada si mati sampai kepada mereka.

Wallahua’lam

Foto: YB Budiman Bin Mohd Zohdi, ADUN Sg Panjang, turut hadir dan menyampaikan sepatah dua kata

Walaupun jadual beliau agak padat sepanjang hari tersebut, beliau sempat juga turut serta dalam program kami ini.

Terima kasih atas kesudian YB untuk turut serta memeriahkan lagi program kami ini.

 

Sesi shopping kelengkapan Sekolah di Pekan Sg Besar

 

Foto: Masa ini baru sampai

Masing-masing masih malu-malu lagi dengan kakak-kakak dan abang-abang yang bawa mereka ni semua untuk shopping. Kalau ikutkan masa yang ada memang tak banyak…

Kita mintak adik-adik ni semua berkumpul di surau pada jam 9.00 pagi, sarapan pagi dulu, kemudian ada taklimat ringkas sikit terus bergerak ke tempat shopping. Jadi memang tak sempat nak berkenal-kenalan dengan lebih dekat.

Foto: Sesi fitting baju

Dalam gambar kat atas ni sebenarnya mereka adalah adik beradik. Yang adik masih lagi sekolah rendah, kakaknya dah bersekolah di sekolah menengah.

Keluarga bukan orang senang. Jadi kita bawa untuk shopping baju baru untuk kembali ke sekolah nanti.

Foto: Sesi fitting seluar

Entah teori apa entah yang brader ni pakai. Harap-harap muatlah seluar tu.

Budak-budak ni pun satu hal, saiz pinggang sendiri pun tak tau. Kalau masing-masing dah tau saiz seluar dengan saiz baju sendiri senang.

Ni tak, masing-masing hilang ingatan dan tak tau saiz pinggang. Hentam sajalah…

Foto: Amoi yang jaga kedai pun pening sebab tim kami bawak ramai customer 🙂 

Ya.

17 orang budak-budak datang one shot. Mana tak pening. Itu belum campur lagi pelanggan lain yang memang dah sedia ada nak shopping pada hari yang sama.

At least, kita tahu, progam yang kita buat bukan setakat beri manfaat kepada para penerima sumbangan, malahan para peniaga yang meniaga disekitar kawasan yang kami bakal pergi juga dapat serba sedikit tempiasnya.

Foto: selesai shopping pakaian sekolah

Dalam gambar ada 17 orang sahaja. Sepatutnya ada 18 orang.

Nak tau mana lagi seorang hilang?

Ni la nak cerita ni. Kami diberitahu, seminggu sebelum program ni, adik yang patut join sekali ni berkhatan. Entah macam mana, bentan pulak… Bengkak kot 😀

Tak dapat la adik tu ikut program shopping ni.

Jadi, kita cuma belikan pakaian sekolah ikut saiz yang diberi. Harap-harap muat la ye.

Foto: Bersama kenderaan yang membawa adik-adik ni pulang shopping

Masa balik tu kita dah aturkan kenderaan special untuk diorang ni semua.

“Wah BEST nya naik kereta besar…!”

Itu antara respons jujur dari adik-adik yang kita bawa shopping ni.

Sebahagiannya, jangan kata nak naik Alphard, kereta biasa-biasa pun kat rumah mereka tak ada.

Pengalaman baru buat adik-adik ni semua.

Terima kasih sekali lagi buat anda yang menyokong program kami.

Sumbangan barangan dapur untuk keluarga

Untuk anak-anak yang masih bersekolah, kita sumbangkan kelengkapan sekolah dan juga set uniform.

Untuk mak ayah diorang kita juga ada berikan sumbangan. Sedikit barangan dapur untuk menampung keperluan mereka.

Foto: Ada beras, gula, susu, dan lain-lainlah.

Saya nak senaraikan satu per satu pun payah. Boleh kata kebanyakkan barangan ni semua adalah disponsor oleh orang perseorangan yang tak dapat hadir pada hari kejadian.

Kelab kami, Generasi Warisan Prihatin hanya sebagai posmen dan tolong sampaikan.

Alhamdulilah, semuanya telah kami agih-agihkan kepada para penerima.

Foto: Antara barangan dapur yang disumbangkan.

Kita sediakan plastik untuk para penerima masukkan sendiri barang-barang yang diterima.

Foto: Sesi bungkus membungkus sedang dijalankan

Sebenarnya bukan susah nak hidup gembira.

Anda gembirakan orang lain. In Shaa Allah anda juga akan turut rasa gembira 🙂

Foto: Barangan yang dah siap bungkus

Nak tau berat ke tak?

Kena tanya akak ni. Saya tak pernah try angkat pun.

Foto: Puan Jinat

Kalau masih ingat lagi dalam catatan yang lepas saya ada beritahu yang Puan Jinat ni ada masalah sakit lutut.

Dalam program ni, ada penyumbang khas yang menyumbangkan supplement dari Shaklee.

 

Foto: Barangan yang dihantar ke rumah penerima sumbangan

Kita sedia maklum terdapat beberapa penerima sumbangan yang mempunyai kesukaran untuk bergerak ke sana sini.

Salah satunya adalah keluarga Ustaz Mufrad yang menghidap strok.

Untuk beliau sumbangan yang disampaikan terus ke rumah mereka. Dalam post saya yang telah lalu, saya juga ada menyatakan yang Ustaz Mufrad memerlukan lampin pakai buang dewasa bersaiz M.

Dan itulah antara barangan yang disumbangkan. (turut ditaja oleh orang perseorangan)

Foto: Susu Enercal untuk Ustaz Mufrad

Terima kasih juga buat penyumbang yang telah menyumbangkan susu Enercal ini. Kami telah pun selamat sampaikan sumbangan anda kepada keluarga Ustaz Mufrad.

.

..

Sebenarnya kalau nak diikutkan ada terlalu banyak pengalaman baru yang kami perolehi sepanjang program “Masih Ada Yang Prihatin” di dijalankan.

Namun bukan mudah untuk diluahkan dalam bentuk kata-kata.

Apa pun, terima kasih buat para penyumbang.

Terima kasih buat rakan-rakan dari kelab Generasi Warisan Prihatian, para AJK dan ahli-ahli kelab yang menyokong gerak kerja kami.

Tanpa penglibatan dan sokongan anda semua, pasti sukar untuk menjayakan program seumpama ini.

Jujur saya katakan, program seumpama ini sebenarnya menelan belanja dan kos yang besar. Namun, ia menjadi mudah dan tidak mustahil untuk kelab kami jalankan dengan adanya sumbangan dari rakan-rakan semua. Semoga anda tidak keberatan untuk take part dalam program kami yang akan datang.

Foto: Sesi post morterm & autopsi

Macam biasa, selepas tamat program kita buat sesi bedah siasat. Mana-mana yang kurang dan apa yang boleh diperbaiki untuk acara atau program yang akan datang.

Ya

Kita memang serius buat program-program macam ni, dan In Shaa Allah, dalam perancangan, untuk tahun 2015 nanti akan lebih bergiat aktif untuk jalankan program seperti ini.

 

Foto: Bersama Hero-hero Kg Sg Hj Dorani

Semoga besar nanti jadi orang yang berguna dan berbakti kepada masyarakat

 

Foto: AJK Program Masih Ada Yang Prihatin dan Adun Sg Panjang, dan Ketua Kampung JKKKP

Terima kasih diucapkan kerana sudi menerima kehadiran kelab kami di Kampung Sg Hj Dorani.

Terima kasih juga atas layanan dan sambutan yang sungguh menggalakkan.

 

.

..

In Shaa Allah, next program adalah pada tahun hadapan, 2015.

Jemputlah join program kami jika anda ada kelapangan.

Like kami di Facebook. Layari: Fan page Generasi Warisan Prihatin

 

 

 

Exit mobile version