Suasana agak suram pagi ini. Sekejap-sekejap hujan turun membasahi bumi Klang. Patutnya saya nak keluar beli stok barangan runcit untuk dijual di kedai saya.
Hujan punya pasal…
Saya tangguhkan dulu.
Lagipun saya sedang sibuk melayan mesej-mesej yang masuk sama ada dari Facebook mahupun dari Whatsapp. Kebanyakkan mesej dari rangkaian Tone Excel saya yang bertanya itu ini tentang pemasaran online.
In Shaa Allah setiap pertanyaan akan saya jawab dengan penuh kasih sayang. Siapalah saya tanpa anda.
Ada juga mesej yang bertanyakan tentang Tawaran Tone Excel sempena bulan November. Ada lagi ke tidak? Betul ke saya jual dengan harga tu? Boleh buat booking ke tidak.
Macam-macam.