Jana Income Dari Page Facebook

by sabree hussin on February 28, 2014

in Pemasaran FB

Macam mana dari Facebook page boleh dapat income?

Menarik kan persoalan ini…

Hakikatnya daripada 13,589,520 pengguna akaun Facebook di Malaysia (seperti yang dilaporkan oleh laman web Internetworldstats, data bagi Dec 31, 2012) bukan semua yang ada akaun FB dapat buat income.

Daripada yang berjaya buat income tu pulak, tak semua berjaya dapat income yang lumayan.

Selain tak ramai yang berjaya jana income yang lumayan, tak kurang juga bilangan yang tidak berjaya jana income yang konsisten.

Kenapa income yang mampu kita hasilkan dari Facebook sangat kecil?

Jawapan saya, sebab cara kita buat duit, kaedah dan sasaran kita buat duit pun kecil. Jadi jangan haraplah nak dapat income yang besar.

Selama ini kita asyik didedahkan dengan

1. Affiliate

2. Dropship

3. Pengiklanan

4. Jual produk sendiri

5. Pengiklanan FBAds

6. Tawarkan servis (termasuk design dsb)

Walhal cara yang digunakan oleh syarikat King, pemilik Candy Crush amat jarang dibincangkan. Hanya dengan games, mereka berupaya untuk jana keuntungan yang sangat lumayan.

candy crush saga

Mungkin kita kena tunggu syarikat besar dah bosan, atau pasaran dah tepu, barulah teknik buat duit dengan games di FB akan didedahkan.

Entah bila agaknya tu.

I am looking forward to see.

 

Be Sociable, Share!

{ 2 comments… read them below or add one }

onlajer February 28, 2014 at 4:28 pm

haha candy crush aku tak reti main

Reply

kakiblog February 28, 2014 at 6:38 pm

entah sampai sekarang belum minat nak main game..

p/s :Jom SokongMuslim Niaga

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: