Soalan ini pernah ditanyakan kepada saya. Saya pun tak tau, sama ada yang bertanya ni benar-benar serius tak tau macam mana nak dapatkan prospek dari Facebook, atau sebenarnya dia sedang bosan dan tak tau nak tanya apa pada saya.
“Macam mana cara nak dapatkan prospek dari Facebook 100%?”
Soalan ini memang nampak mudah. Namun, nak jawab dengan lengkap… fuh agak mencabar. Apa pun, pada asasnya, jika tujuan kita adalah untuk dapatkan prospek dari Facebook, sudah tentulah kerja-kerja pemasaran yang kita lakukan juga perlu dilakukan di laman web Facebook.
Sangatlah tak beretika, jika ada seseorang yang berkata,
(1) Saya berjaya jana 4 angka dalam masa 3 hari hanya dengan melakukan pemasaran di Facebook, sedangkan pada masa yang sama, dia juga sebenarnya buat marketing kepada ribuan emel list subscriber yang dimiliki
(2) Saya mampu raih komisyen affiliate secara konsisten setiap bulan hanya dengan buat promosi di media sosial, walhal dia sebenarnya menggunakan kaedah pemasaran SEO.
Kedua-dua ini adalah contoh yang agak tak patut dan kejam. Ianya misleading dan buatkan orang percaya, yang laman web Facebook tu mempunyai keajaiban yang sangat-sangat hebat. Sebenarnya bukan begitu. Ada ketikanya anda perlu gabungkan kelebihan-kelebihan yang terdapat pada laman web FB dengan lain-lain mekanisme pemasaran yang ada.
Sekiranya pada waktu ini, anda memerlukan panduan yang khusus dan menyeluruh mengenai pemasaran di Facebook, boleh lihat panduan terbaru ini. Panduan ini akan mengajar anda cara-cara untuk mendapatkan produk yang hot dan mempunyai demand yang tinggi di Facebook. Klik sini untuk lihat penerangan yang lebih lanjut.
Baik, kita kembali kepada topik asal, iaitu “macam mana nak cari prospek di facebook?” Jawapannya adalah dengan mengetahui, dimana prospek kita selalu lepak di Facebook. Dari apa yang saya perhatikan, prospek kita akan suka lepak di
(1) Facebook Fanpage
(2) Facebook Group
Dua tempat ini memang tempat lepak yang famous. Sekarang anda dah tau, kat mana prospek kita akan selalu pergi, jadi kat situlah anda perlu “serang” mereka.
Saya sendiri, suka lepak dia page milik Rafizi Ramli. Saya tak pernah post apa-apa kat page tersebut, hanya baca sahaja. Saya dapati page tersebut agak aktif dan ramai juga yang selalu komen dan share apa-apa yang di update disitu.
Ha, sekarang pandai-pandailah anda atur strategi macam mana nak buat marketing kat page tu. Ingat, buat marketing bukannya 100% dengan cara buat iklan. Pengiklanan adalah salah satu daripada kaedah pemasaran. Namun, untuk buat pemasaran, seseorang itu tak semestinya hanya perlu bergantung seratus peratus kepada iklan semata-mata. Faham?
Selain daripada fanpage, FB Group juga antara tempat yang best untuk pengguna FB habiskan masa secara online. Saya bukan tengah cerita pasal group iklan semata-mata, tetapi group yang mempunyai tujuan tersendiri. Contohnya group untuk mencari jodoh, group untuk berkongsi pengalaman melancong dan macam-macam lagilah.
Joinlah group-group seperti ini dan buatlah pemasaran di sana. Sekali lagi, bila saya kata buatlah pemasaran disana, saya bukan maksudkan buatlah iklan disana. Jika anda masih lagi keliru, apa itu pengiklanan, dan apa itu pemasaran, saya rasa anda patut luangkan masa untuk dalami subjek ini jika ada masa lapang.
Selain dua ni, ada juga personal-personal profile yang mempunyai bilangan pengunjung yang ramai. Terutama sekali jika pemilik akaun tersebut adalah seorang selebriti ataupun seorang public figure. Kat situ pun boleh dapat prospek juga.
Bagaimana kalau saya baru nak bermula dengan pemasaran di Facebook?
Saya berpendapat, anda patut mulakan dengan menjual produk yang memang diperlukan oleh rakan-rakan dalam friendlist anda. Contohnya, tudung. Kalau dalam friendlist ramai kawan perempuan, dan kita pulak memang kenal semua kawan-kawan kita tu, mulalah dengan menjual sesuatu yang memang mereka gunakan.
Kita boleh lihat album gambar kawan-kawan kita. Apa jenis pakaian yang mereka biasa guna. Apa jenama tudung yang mereka biasa pakai. Adakah mereka jenis peminat tudung bawal atau peminat shawl dan sebagainya. Bila kita dah tahu maklumat-maklumat ini, barulah kita mulakan langkah pertama kita untuk berniaga.
Sebenarnya, saya setuju dengan saudara Afiq, kalau nak berniaga, juallah produk yang confirm laku dan ada permintaan, walaupun pada hakikatnya kita tak berapa suka produk tu. Apa yang kita suka sebenarnya tak begitu penting, sebab apa yang lebih penting ialah, bakal pelanggan kita suka dengan apa yang kita jual. Kan mereka juga yang akan menyumbangkan duit pada kita.
Apa lah gunanya, kita syok sendiri jual macam-macam produk, namun hakikatnya, kawan-kawan dalam list kita langsung tak berkenan pun dengan apa yang kita tawarkan. Syok sendiri, dan syok sendiri tak akan menjadikan kita lebih kaya!
Bila anda dah berjaya buat banyak-banyak sales nanti, bolehlah shopping kat laman web ini pulak ye 😀
Noriza Rahman says
Kena ada follower tersendiri memang boleh dapat prospek kat facebook ni, tak perlu nak susah payah buat fbads pun kan?