“Strategi berkesan mencipta pendapatan lumayan dari rumah”
Buku berjudul Tip jana wang dari rumah ini ditulis oleh Rizal Abdul Rashid. Kali pertama saya terjumpa buku ini, saya rasa nama penulis ni agak familiar.
Kemudian, bila saya cuba ingat kembali, baru saya perasan, rupanya beliau adalah penulis yang sama, yang menulis buku berjudul Buat duit dengan Video Kahwin.
Buku ini, ditulis selepas buku berjudul Buat duit dengan Video Kahwin dihasilkan. Jika sebelum ini, anda dah pernah baca buku tersebut, maka anda akan tahu yang sebenarnya salah satu kerja yang dilakukan oleh penulis adalah menerima tempahan rakaman video untuk majlis perkahwinan.
Kerja-kerja rakaman adalah termasuk suntingan, hinggalah proses serahan produk akhir, sama ada dalam bentuk DVD, pendrive dan sebagainya.
Menerusi buku ini, penulis kongsikan tips tentang cara-cara untuk jana pendapatan dari rumah. Sebenarnya, kebanyakkan yang dimuatkan dalam buku ini, memang banyak yang saya dah tahu dan sebahagiannya memang saya sendiri turut amalkan, namun saya anggap semuanya adalah sebagai satu proses ulangkaji.
Tetapi bagi mereka yang belum pernah lagi ada pengalaman kerja sendiri dari rumah, dan ada hasrat nak ceburkan diri dalam bidang ini, mungkin boleh mula dengan dapatkan sedikit input dan idea dari buku ini. Buku ini boleh didapati dari laman web PTS di pautan ini.
Harganya pun tak begitu mahal. Hanya RM13.90 untuk semenanjung dan Sabah/Sarawak RM15.90 sahaja. Saya rasa dekat kedai-kedai buku pun masih ada jual buku ini.
Tip bekerja dari rumah untuk orang baru
Kandungan yang dimuatkan dalam buku ini sebenarnya memang sesuai untuk semua orang. Jika anda masih agak baru tentang selok belok dan cara kerja dari rumah, buku ini memang cukup sesuai untuk anda.
Lagi satu, buku ini ditulis berdasarkan pengalaman sebenar oleh penulis sendiri dan dimasukkan juga petikan-petikan daripada rujukan tambahan yang dibuat oleh penulis. Buku ini bukan hanya memaparkan konsep dan teori semata-mata, tetapi sesuatu ilmu yang praktikal.
Kadang-kadang terasa lemas juga bila baca buku yang penuh dengan teori yang hebat-hebat sahaja.
Isi kandungan buku Tip jana wang dari rumah
Buku ini mengandungi 9 bahagian dan setiap bahagian dipecahkan kepada 31 bab kecil. Walaupun nampak macam banyak, tapi sebenarnya penerangan yang diberikan tidaklah begitu panjang berjela. Lagipun, buku ini hanya ada 144 muka surat sahaja.
Bahagian 1: RUMAH KU PEJABAT KU
BAB 1. SOHO – Small Office Home Office
BAB 2. Kelebihan Bekerja dari Rumah
BAB 3. Disiplin
BAB 4. Dilema Kritikan
BAB 5. Perbezaan Bekerja di Rumah & di Pejabat
BAB 6. Persefahaman
Bahagian 2: KERJA YANG SESUAI
BAB 7. Sumber Kerja
BAB 8. Kerja yang Sesuai
BAB 9. Kerja yang Tidak Sesuai
BAB 10. Senarai Kerja yang Sesuai Dilakukan di Rumah
Bahagian 3: PEJABAT DI RUMAH ANDA
BAB 11. Ruang Kerja
BAB 12. Keselesaan Ruang
BAB 13. Memilih Komputer
Bahagian 4: DISIPLIN KERJA DI RUMAH
BAB 14. Menetapkan Waktu Kerja
BAB 15. Menetapkan Hari Cuti
BAB 16. Anggap Diri Sebagai Ketua
BAB 17. Pakaian
BAB 18. Teman Sekerja
BAB 19. Masa Bagi Melayari Internet
BAB 20. Mengurus Tarikh Akhir
Bahagian 5: MUSUH BEKERJA DI RUMAH
BAB 21. Malas
BAB 22. Musuh Utama Bekerja Dari Rumah
BAB 23. Waktu Kritikal Berperang Dengan Katil
Bahagian 6: MENGELAKKAN GANGGUAN KETIKA BEKERJA
BAB 24. Bagaimana Menghadapi Tetamu
BAB 25. Antara Kerja dan Keluarga
Bahagian 7: SELESAKAN DIRI BEKERJA DI RUMAH
BAB 26. Penjagaan Anak
BAB 27. Berehat Ketika Kerja Berjalan
BAB 28. Melapangkan Fikiran Ketika Bekerja
Bahagian 8: SEMANGAT SEORANG PEKERJA DARI RUMAH
BAB 29. Suasana Pejabat Sebagai Penyumbang Semangat
BAB 30. Cari Cara Supaya Kembali Segar
Bahagian 9: KAYA DARI RUMAH
BAB 31. Diari Bekerja Dari Rumah
Setiap yang dimuatkan dalam buku ini, adalah perkara asas yang anda perlu tahu sebelum nak mula bekerja di rumah. Kalau anda baca buku ni dulu, sebelum nak mula bekerja di rumah, at least anda tak akan rasa terkejut dan culture shock.
Kerja di rumah ni boleh dimulakan dan dilakukan oleh sesiapa sahaja. Terpulang kepada anda, nak pilih untuk kerja sebagai apa dan dalam bidang apa. Macam saya, saya pilih untuk jadi seorang penulis dan web content developer.
Mungkin, selain blog ini, anda turut baca lain-lain laman web (laman blog) yang sebenarnya turut dibangunkan oleh saya. Itulah pekerjaan yang saya pilih. Ianya cukup mudah bagi saya, dan ianya boleh dilakukan hanya dari rumah.
Pada peringkat permulaan, pendapatannya memang nampak tak seberapa. Tapi saya suka kerja tersebut, sebab ia mampu berikan pulangan yang konsisten dan boleh jadi sumber pendapatan pasif.
Bahagian 4 dalam buku ini adalah salah satu bahagian yang penting, dan patut diberikan perhatian yang lebih. Penulis bercerita tentang topik sistem kerja, yang merangkumi hal-hal seperti berapa lama perlu bekerja dalam sehari, bila boleh ambil cuti, apa yang boleh dilakukan dan dielakkan semasa kerja.
Saya yakin, diluar sana memang ada banyak yang gagal hasilkan sebarang pendapatan, apabila bekerja di rumah, dan salah satu puncanya adalah sebab tiada sistem kerja. Paling penting, berapa lama masa yang anda peruntukkan untuk bekerja dalam sehari tu?
Memandang kerja dari rumah, kita bekerja sendiri tanpa pengawasan orang lain, kita cenderung untuk buat kerja sambil lewa dan sedar tak sedar, kita kerja kurang dari masa yang sepatutnya.
Kalau kerja di pejabat, kita mungkin kena kerja 8 jam sehari. Tetapi, bila kita kerja sendiri di rumah, mampukah kita kerja 8 jam sehari tanpa sebarang pengawasan. Paling penting, pastikan dalam 8 jam tu, ianya 100% digunakan untuk buat kerja, dan bukannya dicampur dengan aktiviti lain yang tak ada kaitan dengan kerja.
Baiklah, saya berhenti dulu setakat ini. Jika anda minat nak baca buku ini, bolehlah dapatkan dari laman web PTS ataupun cari sahaja di kedai-kedai buku berdekatan anda. Selamat membaca dan menambah ilmu!
Madam B says
Baguslah buku fizikal judul macam ni. Anyone yang bercita mahu Work From Home…go get it. Let’s Du-It.
sabree hussin says
At least baca sekali buku ini, atau buku yang seumpama ini 🙂
akubiomed says
Zaman sekarang harapkan satu sumber secara amnya agak sukar. Perlu sumber pendapatan kedua untuk mengurangkan beban kewangan.
sabree hussin says
Boleh ambik sedikit masa dirumah dengan buat kerja-kerja mudah yang boleh mendatangkan duit 🙂
anuar says
Very nice info… semoga buku ini dapat menjadi rujukan kepad peniaga-peniaga atau mereka yg bekerja dari rumah..
sabree hussin says
In Shaa Allah, kalau baca mesti boleh belajar satu dua ilmu dalam buku ni.
Hasrul Hassan says
Dalam keadaan ekonomi sekarang, nak tak nak kena cari sumber kewangan tambahan untuk tampung kos.
Jana wang dari rumah adalah satu alternatif yang sangat baik. Siapa yang belum cuba, bolehlah mencuba.
Amim Najmie says
Terima kasih atas review berkenaan buku ni. Sangat berguna sebab sekarang ni saya sedang bekerja dari rumah. Sangat sesuai untuk baca buku macam ni.
faizal says
terima kasih review buku ini. pasti ia menambah pengetahuan pembaca buku ini