Jana RM1,250 dengan Shopee secara PART TIME!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Isu Copy and Paste Ayat Iklan Peniaga Online Di FB, Apa Kata Anda?

December 12, 2014 by sabree hussin 12 Comments

Kalau dikumpulkan 10 orang secara rambang, dan ditanyakan soalan

“Adakah saudara/saudari ada akaun Facebook?”

9 daripada 10 orang pasti akan kata, YA SAYA ADA AKAUN FACEBOOK.

Senang cerita, zaman sekarang ni, majoriti ada akaun Facebook.

Saya tertarik nak menulis tentang isu kopipes ayat iklan ni. Sebabnya, beberapa hari sebelum catatan ini saya hasilkan, saya terjumpa dengan suatu status update dari seorang kenalan di FB. Ayat tersebut berbunyi seperti berikut:

kopipes ayat iklan orang

Saya tulis semula

Ada juga yang nak bagi trademark untuk ayat iklan tak benarkan orang copy… letak tanda trademark la kat bawah ayat iklan jadi tak ada la orang copy ayat Tuan… kita orang Islam cuba la buat pahala sikit… kita patut rasa bangga orang copy ayat kita… dapat juga pahala kalau ayat kita dapat ubah kehidupan orang lain… jangan la kedekut sangat sampai ayat iklan pun nak berkira…

Perbincangan ni bukan berniat untuk melihat siapa betul dan siapa salah.

Isu kopipes ni sebenarnya bukan terhad di media sosial seperti di Facebook semata-mata. Sebenarnya, ia berlaku hampir dimana-mana.

Satu masa dulu, waktu Facebook masih belum popular dan blog adalah platform yang lebih diminati bila nak buat duit secara online, artikel dalam blog juga di kopipes.

[Read more…]

Filed Under: Pemasaran FB

Cara Pemilihan Gambar Untuk Iklan FB Ads

October 5, 2014 by sabree hussin 3 Comments

Walaupun saya bukanlah pengguna FB Ads yang tegar, namun sekali sekala saya tetap akan buat kajian dan pembacaan tambahan mengenai topik ini.

Jika kebetulan pada sesuatu masa, saya ada duit lebih, saya juga pasti akan beli panduan-panduan terbaru berkisarkan tentang kaedah pemasaran di facebook. Contohnya macam panduan Mudahnya Berniaga di Facebook ni.

Benda boleh tambah ilmu, tak perlu takut kalau kena beli sekalipun.

Lagi-lagi kalau ilmu buat duit, memang cepat je saya akan beli.

Sebelum ini saya pernah kongsikan review saya mengenai Teknik Sannin – Teknik Gambar dan Software dalam blog ini. Panduan tersebut juga ada menerangkan tentang strategi yang anda boleh gunakan sebelum memilih gambar yang sesuai untuk tujuan iklan.

Baru-baru ini, saya terjumpa satu iklan yang saya kira menarik dari segi penggunaan gambarnya.

cara_pilih_gambar_iklan_diFB

Kali ini saya nak kongsikan pula beberapa tips yang saya dapati daripada beberapa sumber laman web Bahasa Inggeris tentang tips pemilihan gambar ini.

Kalau anda memang dah biasa dengan bab-bab pilih gambar ini, mungkin anda akan dapati tips yang saya berikan ni biasa-biasa je. Tetapi kalau anda tak pernah lagi buat iklan kat FB menggunakan servis pengiklanan FBAds, post ini memang patut anda baca.

Melainkan anda tak kisah duit habis macam tu je sebab anda salah pilih gambar.

Jadi, sila ambil serius mengenai topik ini.

[Read more…]

Filed Under: Pemasaran FB Tagged With: gambar untuk iklan fb

Rahsia Post Saya di FB Dapat Banyak Likes, Komen dan Share

August 20, 2014 by sabree hussin 2 Comments

Sebenarnya apa yang saya bakal ceritakan dalam entri ini adalah hasil eksperimen saya sendiri. Beberapa perkara telah diambil kira ketika saya jalankan eksperimen ini, antaranya faktor

1. Timing

2. Topik, dan juga

3. Konteks

Nak dapat banyak likes, komen dan juga share bagi setiap status update yang kita buat di FB memang tak mustahil. Asalkan anda ikuti 3 faktor yang saya nyatakan tu.

Ini dia post yang saya maksudkan.

rahsia_post_FB_Banyak_Like

Dalam post ini, topik yang saya pilih adalah mengenai Topik perniagaan network marketing Tone Excel.

[Read more…]

Filed Under: Pemasaran FB Tagged With: cara dapat banyak likes, cara dapat banyak share

Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group

July 10, 2014 by sabree hussin 20 Comments

Kalau anda pernah gunakan medium FB Group untuk tujuan pemasaran dan iklan, pasti anda pernah kena block dengan FB.

 

Anda tak boleh nak buat sebarang posting di FB Group secara tiba-tiba.

 

Kalau anda tak pernah kena block langsung untuk buat posting di FB Group, kiranya anda memang antara yang bernasib baik. Mungkin juga kerana anda memang menjaga etika pemasaran yang terbaik, sebab tu tak kena block.

 

Sebenarnya inilah cabarannya bila kita gunakan platform milik orang lain untuk buat bisnes. Macam mana pun, kita kena sedar diri sikit, yang FB ni bukan kita punya. Ada tuannya.

 

Kalau nak buat bisnes itu tak jadi masalah, asalkan jangan sampai anda buat pemilik FB tu sendiri tersinggung dengan cara anda buat marketing. Jadi, kalau anda pernah buat sesuatu yang tak sepatutnya, memang dah tentu lah pemilik FB akan marah.

 

Bila dia dah marah, dia akan block beberapa function yang kita biasa guna.

 

Dia akan mula suspend akaun kita, dan banyak lagi yang lebih extreme.

 

Adakah anda juga berhadapan dengan masalah yang sama macam ni?

masalah_Facebook_group_tak_boleh_nak_post

Saya pulak?

[Read more…]

Filed Under: Panduan Dominasi FB Group Tagged With: masalah tak boleh post kat group

Soal Jawab Kaedah Pemasaran Di FB Group

July 5, 2014 by sabree hussin 5 Comments

1. “Masih relevan dan masih berkesan ke teknik pemasaran di FB Group ni?”

Jawapan saya… Dah tentu masih berkesan.

Untuk kaedah pemasaran di FB, saya lebih selesa gunakan medium FB Group berbanding fanpage, personal profile dan sebagainya. Memang la kadang-kadang tu nampak macam tak ada hasil, macam tak ada respons, tapi sebenarnya untuk jangka masa panjang, ada sesuatu yang best menanti untuk kita.

2. Sampai bila pemasaran di FB Group akan berkesan?

Selagi ada orang nak log in FB, scroll down newsfeed, subscribe pada notification, selagi tu la kaedah pemasaran ni masih lagi tetap berkesan.

3. Kat mana nak belajar kaedah pemasaran di FB Group? Maksudnya, nak belajar kaedah pemasaran yang betul-betul boleh hasilkan duit.

Kat sini –> Panduan Dominasi FB Group Version 3.0

Amaran keras. FB Group hanya platform. Anda yang kena bijak susun strategi dan olah supaya ia beri kebaikkan kepada kempen pemasaran anda.

4. Ada bukti ke strategi dalam ebook ini memang boleh dapatkan sales?

Ada.

Namun setiap orang pasti akan dapat hasil yang berbeza. Anda kena bijak pilih orang untuk anda jemput masuk ke group anda. Asalkan anda tawarkan sesuatu yang memang mereka perlukan, dan matching dengan kemahuan mereka, tak mustahil untuk anda dapatkan jualan.

Contohnya

strategi_pemasaran_fb_group

Ada lagi yang tak komen sebenarnya.

Tak apa lah. Itu bukan point utama, cuma saya harap bukti ni boleh pakai.

5. Betul ke semua yang komen tu pembeli?

Ya. Semua tu adalah pembeli.

6. Saya masih tak percaya! Buktikan

[Read more…]

Filed Under: Panduan Dominasi FB Group Tagged With: buat duit fb group, fb group buat duit, pemasaran di fb

Macam Mana Cara Nak Dapatkan Like FB Fanpage

April 30, 2014 by sabree hussin 6 Comments

Saya memang amat mengalu-alukan sebarang soalan, pertanyaan dan pandangan daripada pembaca dan pelawat blog ini. Setidak-tidaknya, saya tahu yang selama ini saya tak syok sendiri ketika menulis.

Bila ada yang bertanya, saya juga dapat menulis tentang sesuatu topik dengan lebih fokus. Sesetengah topik tu mungkin saya langsung tak terfikir, jadi bila ada yang bertanya, bolehlah saya bincangkan topik tersebut.

cara-dapatkan-like-pada-fb-page

Soalan ini saya terima menerusi emel.
[Read more…]

Filed Under: Pemasaran FB Tagged With: cara naikkan fb likes

Interface Terbaru Facebook! Cantik?

April 28, 2014 by sabree hussin 1 Comment

Umum dah pun tahu yang kebelakangan ini pihak FB telah mengubah serba sedikit interface sistem mereka. Dari segi susun atur, memang akan terdapat sedikit perubahan.

Perubahan paling jelas adalah dari segi font.

Kemudian dari segi spacing pun begitu juga. Jika post yang kita buat tu terlalu panjang dan ada banyak perenggan, kesannya, ia akan kelihatan sedikit berterabur apabila post tersebut muncul di newsfeed rakan-rakan kita.

facebook-logo-1

Namun demikian, saya dapati ada sedikit keistimewaan terhadap post yang kita buat, jika kita share link url ke laman web lain di FB.

Sebagai contoh

[Read more…]

Filed Under: Pemasaran FB Tagged With: iklan fbads murah

Masalah Tak Ada Jualan Di FB Group? Selesai…

April 27, 2014 by sabree hussin 1 Comment

Anda biasa lalui situasi macam ni?

Buat banyak-banyak iklan di FB Group, siang dan malam tanpa berhenti untuk berehat walaupun sekejap, tetapi hasilnya… tiada langsung sales..

Kecewa.

Kemudian anda diberitahu, kononnya lagi banyak iklan anda buat di FB Group, lagi besar potensi untuk anda dapatkan sales.

facebook-logo-1

Ini bermakna, anda perlu join lebih banyak group, dan anda perlu post lebih banyak iklan. Untuk post lebih banyak iklan dalam FB Group, adalah mustahil untuk anda buat secara manual.

Bayangkan, jika anda join 200 group. Berapa lama pula masa yang anda perlukan untuk post 200 iklan dalam 200 group yang berbeza?

[Read more…]

Filed Under: Panduan Dominasi FB Group Tagged With: buat duit di fb group, masalah buat jualan

Cara Licik Dapatkan Kos Iklan FBAds Murah

April 23, 2014 by sabree hussin 4 Comments

Walaupun saya bukanlah peminat tegar dan pengamal kaedah pemasaran berbayar menggunakan platform FBAds, namun ini tak bermaksud saya langsung tak gunakan kaedah pemasaran tersebut.

Saya jarang guna FBAds.

Saya tak berapa gemar keluar duit untuk tujuan iklan.

Bajet yang saya ada, saya dah peruntukkan untuk langgan sistem autoresponder, domain dan hosting, dan lain-lain kos berbangkit yang diperlukan untuk buat kerja-kerja pemasaran online.

Jadi untuk kegunaan kaedah pengiklanan berbayar macam FBAds, saya akan limitkan. Kadang-kadang langsung tak ada ๐Ÿ™‚

facebook-logo-1

Kos untuk buat FBAds memang mahal sejak kebelakangan ini.

Mungkin sebab saya sendiri tak pandai nak dapatkan kos iklan yang murah.

Bila ada orang boleh dapat murah, tapi kita asyik dapat kos yang mahal, maka ada sesuatu yang tak betul disitu.

Penulis buku T. Harv Ecker dalam bukunya berjudul Secrets of the Millionaire Mind ada menyebutkan,

Kalau sesuatu yang kita buat tu tidak memberi hasil seperti yang kita harapkan, bermakna ada sesuatu yang kita tak tahu…

Jadi, kalau orang lain boleh dapat kos FBAds murah, tiba-tiba kita asyik kena bayar mahal je, maknanya dah terang dan nyata, ada benda yang kita tak tahu, tapi, orang yang biasa dapat harga murah tu mesti tahu sesuatu.

[Read more…]

Filed Under: Pemasaran FB Tagged With: cara dapatkan ctr tinggi, cara dapatkan iklan murah, kos iklan FB murah, rahsia kos iklan FB murah, teknik sannin

Awasi Muslihat Spammer Dalam FB Group Anda

March 29, 2014 by sabree hussin 1 Comment

Memang agak misteri bila satu hari tu tiba-tiba group FB yang saya bina menerima request untuk join dari orang putih.

Saya ingatkan, mereka adalah orang tempatan, ataupun mungkin salah seorang subscriber saya yang berminat nak join group yang saya bina, dan mereka guna nama glamor.

buat duit di FB Group

Nama pun tak macam nama American ๐Ÿ™‚

Entah dari negara mana.

Akhirnya misteri terjawab. Sebelum ini saya memang ada terlepas approve request dari pengguna FB yang guna nama yang pelik-pelik ni.

cara buat duit di fb group

[Read more…]

Filed Under: Panduan Dominasi FB Group Tagged With: buat duit di fb group

  • « Previous Page
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • Next Page »

Visondata pocket WiFi

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?
  • Senarai kerja popular untuk pelajar lepasan SPM dan yang baru menamatkan pengajian di universiti
  • Memilih topik yang sesuai bagi memulakan projek buat duit dengan blog
  • Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP
  • Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall

Recent Comments

  • Vickki on Senarai pembekal dan contoh kertas kerja perniagaan kedai runcit
  • aaron hafix on Cara nak dapatkan kerja apabila menjadi seorang freelancer
  • Shila on Buat duit dengan Dropship: Panduan menjana pendapatan dengan dropship
  • sabree hussin on Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan
  • sabree hussin on Program Affiliate Bookcafe: Bagaimana nak mula jana pendapatan online?

Categories

  • Advertorial
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2021 ยท News Pro Theme on Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in