Rahsia Post Saya di FB Dapat Banyak Likes, Komen dan Share

by sabree hussin on August 20, 2014

in Pemasaran FB

Sebenarnya apa yang saya bakal ceritakan dalam entri ini adalah hasil eksperimen saya sendiri. Beberapa perkara telah diambil kira ketika saya jalankan eksperimen ini, antaranya faktor

1. Timing

2. Topik, dan juga

3. Konteks

Nak dapat banyak likes, komen dan juga share bagi setiap status update yang kita buat di FB memang tak mustahil. Asalkan anda ikuti 3 faktor yang saya nyatakan tu.

Ini dia post yang saya maksudkan.

rahsia_post_FB_Banyak_Like

Dalam post ini, topik yang saya pilih adalah mengenai Topik perniagaan network marketing Tone Excel.

Manakala dari segi konteks pula, post ini berkisarkan mengenai isu yang baru-baru ini melanda dan berpotensi untuk jadi panas apabila terdapat agen dan pengedar sim kad Tone Excel yang bertembung dengan pengedar sim kad OneXoX dan mula bertegang urat..

Jadi kat sini, ada faktor timing.

Post ini saya buat just in time ketika isu ini mula panas dan berpotensi untuk jadi perang besar antara dua agen dari dua perniagaan.

Hasilnya, post ini berjaya memperoleh result seperti dibawah

rahsia_post_FB_Banyak_share

Seperti yang anda boleh lihat pada screenshot diatas, post ini memperoleh

80 shares.

Lebih 116 likes dan ada lebih 29 comments. Jika anda tak pernah lagi dapat result macam ni, post ini mungkin berguna untuk anda. Baiklah, saya akan ceritakan apa dia step-step yang saya ambil untuk dapatkan result sebegini.

Oh ya, jika anda tertanya-tanya, screenshot diatas adalah result selepas 48 jam. Sebenarnya, post ini dah dapat result yang agak baik dalam masa 24 jam, tapi memandangkan saya tak sempat nak buat post ini, maka saya genapkan ia jadi 48jam.

Selain dapat banyak likes, dapat banyak share dan dapat banyak komen, ada satu lagi yang saya dapat.

Saya dapat banyak friend request dalam masa yang singkat. Ada lebih 70 friend request sepanjang tempoh ujikaji ini saya jalankan.

Lihat

rahsia_post_FB_Banyak_addfriend

Saya dapat tambahkan kenalan tanpa perlu add orang. Bayangkan jika anda add orang dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa? Alamatnya dah tentu FB ada block akaun anda daripada add orang lain. Alhamdulilah, dengan cara saya ini, saya tak ada masalah itu.

Ini step-step yang saya buat untuk dapatkan result seperti di atas.

1. Mula-mula sekali kenalpasti topik apa yang nak dibincangkan di wall FB.

2. Bila dah dapat topik, fikir nak kembangkan topik menerusi konteks apa?

3. Tulis post tersebut.

4. Promosikan post tu. Dalam hal ini, saya tak gunakan sebarang FBAds.

5. Memandangkan saya pernah kumpul list dalam niche Tone Excel, jadi saya hanya blast satu emel kepada list saya. Ya, dalam list tu saya ajak mereka untuk baca apa yang saya tulis di wall saya. Inilah salah satu kelebihan ada mailing list.

6. Kemudian saya juga buat satu post di group Tone Excel. Saya hanya pilih satu group sahaja, bukan buat post di semua group.

rahsia_post_FB_Banyak_komen

Basically, tujuan post yang saya buat di group ini adalah untuk

** Maklumkan yang saya ada buat status update

** Minta ahli group untuk like dan share. Tiada paksaan. Kalau tak nak buat pun tak apa.

7. Tunggu dan lihat hasilnya. Hasilnya adalah seperti screenshot yang mula-mula saya tunjukkan tu.

***

Jika anda masih agak baru dan sedikit blur macam mana nak buat marketing di Facebook, specifically Teknik FB Group marketing, saya ada hasilkan sebuah panduan yang anda boleh rujuk.

Lihat: Panduan Dominasi FB Group

Harga: RM11 sahaja (pada waktu catatan ini saya hasilkan)

Anda akan pelajari

1. Teknik pemasaran di FB Group

2. Teknik kumpul list emel ahli group

3. Teknik penulisan iklan di FB Group dan banyak lagi.

Adakah anda perlukan panduan ni?

Kalau anda pernah beli panduan ni, anda dah tak perlukan lagi panduan ni.

Kalau anda dapat tangkap bagaimana flow pemasaran melibatkan FB Group dan emel marketing, anda dah tak perlukan panduan ni lagi.

Tapi kalau anda masih agak baru dalam kerja-kerja pemasaran, saya cadangkan anda laburkan RM11 sahaja untuk dapatkan panduan ni.

Ps: Kat luar sana, panduan macam ni biasa dijual dengan harga RM40 – RM100 tau

Nak baca post yang saya buat? Klik sini

 

 

Be Sociable, Share!

{ 2 comments… read them below or add one }

onlajer August 20, 2014 at 1:02 pm

yeah status itu saya memang perasan, rasa kagum juga weh

Reply

broFami August 20, 2014 at 3:39 pm

saya dah amalkan teknik ini.. ia memang sangat2 berkesan.. terbaek lah boss hehe ๐Ÿ˜€

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: