Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Cara Pemilihan Gambar Untuk Iklan FB Ads

October 5, 2014 by sabree hussin 3 Comments

Walaupun saya bukanlah pengguna FB Ads yang tegar, namun sekali sekala saya tetap akan buat kajian dan pembacaan tambahan mengenai topik ini.

Jika kebetulan pada sesuatu masa, saya ada duit lebih, saya juga pasti akan beli panduan-panduan terbaru berkisarkan tentang kaedah pemasaran di facebook. Contohnya macam panduan Mudahnya Berniaga di Facebook ni.

Benda boleh tambah ilmu, tak perlu takut kalau kena beli sekalipun.

Lagi-lagi kalau ilmu buat duit, memang cepat je saya akan beli.

Sebelum ini saya pernah kongsikan review saya mengenai Teknik Sannin – Teknik Gambar dan Software dalam blog ini. Panduan tersebut juga ada menerangkan tentang strategi yang anda boleh gunakan sebelum memilih gambar yang sesuai untuk tujuan iklan.

Baru-baru ini, saya terjumpa satu iklan yang saya kira menarik dari segi penggunaan gambarnya.

cara_pilih_gambar_iklan_diFB

Kali ini saya nak kongsikan pula beberapa tips yang saya dapati daripada beberapa sumber laman web Bahasa Inggeris tentang tips pemilihan gambar ini.

Kalau anda memang dah biasa dengan bab-bab pilih gambar ini, mungkin anda akan dapati tips yang saya berikan ni biasa-biasa je. Tetapi kalau anda tak pernah lagi buat iklan kat FB menggunakan servis pengiklanan FBAds, post ini memang patut anda baca.

Melainkan anda tak kisah duit habis macam tu je sebab anda salah pilih gambar.

Jadi, sila ambil serius mengenai topik ini.

Macam saya, saya lebih suka kaedah pemasaran emel marketing dan juga blogging, jadi part pemilihan gambar ni memang adakalanya saya main belasah je. Untuk anda, jangan tiru apa yang saya buat, ok.

Tips pemilihan gambar untuk iklan 1: Guna gambar lelaki atau perempuan yang sedang tersenyum

Pastikan gambar model tersebut menarik.

Kalau model wanita, pastikan model tersebut JELITA, MANIS, MENAWAN, RUPAWAN atau yang sama maksud dengannya.

Begitu juga kalau gambar model yang anda ingin gunakan itu adalah model lelaki. Pilih gambar model yang kacak.

Tips pemilihan gambar untuk iklan 2: Guna gambar produk sebenar

Bukan gambar yang anda ambil dari google.

Bukan juga gambar yang anda dapati daripada stok gambar hasil daripada sesi photo shoot.

Gambar sebenar kelihatan lebih natural.

Tak ada edit-edit.

Tips pemilihan gambar untuk iklan 3: Guna warna kontra

Seperti yang kita tahu, warna tema laman web FB ialah biru dan putih.

Jadi, kita elakkan guna warna yang sama dengan warna tema FB sebabnya kita tak nak gambar yang kita gunakan untuk tujuan iklan tu nanti jadi sebati (blend in) dengan laman web FB.

Kalau iklan kita sebati (blend in) dengan laman web FB, kesannya prospek tak akan perasan iklan kita.

Besar kemungkinan mereka tak akan klik pun iklan kita nanti.

Cadangan untuk anda, gunakanlah gambar yang mempunyai background yang berwarna cerah dan terang.

Tips pemilihan gambar untuk iklan 4: Penggunaan border berwarna merah

Tak semestinya perlu guna border yang tebal.

Guna warna border yang nipis sahaja dah memadai.

Yang penting anda guna border berwarna merah. Itu dah cukup untuk menarik perhatian prospek untuk melihat iklan anda.

Contohnya macam gambar kat bawah ni

komisyen_ikhwan

Gambar ni saya gunakan untuk mempromosikan ebook Jurnal Pemasaran Affiliate. Warna merah sebagai border menjadikan gambar ini menarik perhatian.

Tips pemilihan gambar untuk iklan 5: Gambar kanak-kanak

Atau boleh juga guna gambar bayi.

Tetapi… adakah produk yang anda promosikan ada kaitan dengan bayi?

Inilah yang jadi persoalan ramai orang.

Sebenarnya, fungsi gambar adalah untuk menarik perhatian prospek untuk menekan klik pada iklan yang dihasilkan lantas membaca copywriting pada iklan.

Hanya bergantung pada gambar sahaja memang tak mencukupi.

Kena juga tahu macam mana nak bina ayat iklan yang memukau. Mujur teknik membina ayat iklan diajar dalam Panduan Mudahnya Berniaga di Facebook. Jadi siapa yang dah dapatkan panduan tu tak adalah tercari-cari lagi cara terbaik nak buat ayat iklan.

Tips pemilihan gambar 6: Guna gambar haiwan peliharaan yang comel

Kucing yang comel.

Anjing yang comel.

Ataupun boleh juga guna gambar haiwan yang masih bayi.

Banyak jugak haiwan yang bila dah besar muka nampak garang, tapi masa dia kecik lagi, memang nampak comel.

So, guna je gambar tu untuk tarik perhatian audience anda untuk klik iklan anda.

Tips pemilihan gambar 7: Guna gambar yang nampak kelakar atau ANEH

Ada banyak.

Kadang-kadang kalau nasib baik, kita boleh jumpa gambar-gambar dalam kategori aneh dan kelakar ni di share oleh kawan-kawan kita kat FB.

Ni salah satu contohnya

gambar_unik_FB

Saya pun tak tahu ni gambar siapa yang di edit.

Beberapa minggu sebelum ni, gambar pernah jadi viral sekejap di FB.

Tips pemilihan gambar ke 8: Test test test

Mana-mana panduan yang saya pernah baca, rata-ratanya bersetuju yang kita perlu uji gambar yang digunakan.

Sebabnya, tak semestinya sesuatu gambar tu akan sentiasa berkesan setiap masa.

Jadi, setiap kali guna sesuatu gambar, anda perlu tahu macam mana nak baca statistik.

Kalau tak tau baca, panduan Teknik Sannin ini anda boleh jadikan sebagai rujukan.

Itupun kalau jualan untuk produk ini masih lagi dibuka.

Terima kasih kerana baca post ini dan semoga anda beroleh manfaat.

 

 

 

 

 

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Cara Licik Dapatkan Kos Iklan FBAds Murah
  2. Bagaimana Cara Dapatkan Jobs Dari Advertorial.MY Untuk Blogger?
  3. Kenapa Iklan Anda Di FB Group Tak Laku?
  4. Review Ebook Teknik Sannin V2 – Teknik Gambar dan Software

Filed Under: Pemasaran FB Tagged With: gambar untuk iklan fb

Comments

  1. imran says

    October 5, 2014 at 8:02 pm

    bagus juga artikel ni,

    Reply
  2. Kamil Salleh says

    October 6, 2014 at 2:50 am

    Terima kasih bro sudi berkongsi info. Buat masa sekarang, saya belum promosi produk di FB ads, belum ada produk untuk dipromosikan, tetapi sedikit sebanyak dapat saya pelajari berkenaan FB ads ni.

    Reply
    • sabree hussin says

      October 6, 2014 at 3:46 am

      Sekarang belum ada produk lagi tak apa. Kalau masa akan datang, bila dah ada produk nak di promosikan guna FBAds kena pilih gambar dengan hati-hati sikit ya

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • 18 Kelebihan Bisnes Online
  • Bina kerjaya dalam bidang jualan untuk jana pendapatan tanpa had!
  • Bagaimana Cara Dapatkan Pembaca Blog Yang Ramai
  • Adakah perniagaan berasaskan runcit menguntungkan?
  • 10 Laman Web Penting Untuk Anda Buat Duit Online

Recent Comments

  • sabree hussin on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • nak cari mai putrajaya lahabau on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • sabree hussin on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • Fina on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • sabree hussin on Perbezaan antara homestay dengan guesthouse

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Jualan
  • Kerjaya Penulis
  • Kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in