“Bagaimana cara nak buat kerja-kerja promosi untuk produk dropship jika menggunakan platform blog?”
Formula kejayaan bagi menjalankan bisnes dropship yang menguntungkan adalah aktiviti pemasaran. Bisnes dropship adalah salah satu model perniagaan online yang mana anda hanya perlu fokus pada kerja-kerja pemasaran dan customer support. Itu sahaja.
Lain-lain perkara, seperti pembungkusan produk, penghantaran produk, restock produk, dan penyimpanan produk semuanya diuruskan oleh pihak pembekal. Dari segi ini, kerja-kerja anda jadi lebih mudah.
Kalau menggunakan kaedah biasa, iaitu anda beli stok, anda uruskan pembungkusan, penghantaran dan sebagainya, ini semua akan memakan masa yang begitu panjang. Agak sukar untuk jalankan bisnes seperti ini seorang diri, terutama sekali apabila perniagaan anda sudah mulai berkembang.
Sebaliknya, dengan bantuan bisnes dropship, urusan perniagaan anda jadi lebih mudah berbanding kebiasaannya. Baiklah, dalam catatan pada kali ini, saya nak kongsikan tentang bagaimana caranya untuk lakukan pemasaran secara online. Teknik pemasaran yang saya nak fokuskan pada kali ini adalah pemasaran menggunakan medium blog.
Sekiranya sebelum ini, anda tak pernah menggunakan blog untuk tujuan pemasaran secara online, saya syorkan anda untuk luangkan masa lebih kurang 3 minit sahaja untuk baca artikel ini. Mungkin ada satu atau dua kaedah yang saya bincangkan dibawah akan membantu anda buat duit dengan bisnes dropship. Ok jom!
(1) Domain dan hosting
Langkah pertama adalah dapatkan nama domain dan juga hosting. Jika anda tak tau nak beli kat mana, saya syorkan anda beli dari Syarikat NetKL.
Nama domain adalah merujuk kepada alamat url laman blog anda. Contohnya, untuk blog saya ni, nama domain ialah www.sabreehussin.com
Pengguna internet perlu taip nama domain tersebut sebelum boleh akses ke laman blog saya ini. Untuk pemilihan nama domain, anda boleh gunakan salah satu daripada kaedah berikut iaitu
1. Pilih nama domain ikut nama komersil anda (www.sabreehussin.com)
2. Pilih nama domain berdasarkan nama syarikat anda (www.lazada.com.my)
3. Pilih nama domain berdasarkan nama produk anda (www.bs2ms.com)
4. Pilih nama domain berdasarkan nama yang unik
Setiap satu ada strategi dia tersendiri. Sebagai contoh, saya sendiri memilih untuk menggunakan strategi pertama, iaitu ikut nama saya sendiri. Jadi, blog ini menjadi blog personal dan dalam blog ini saya bebas dan tak terikat untuk jual apa sahaja yang saya mahu.
Apa fungsi hosting? Hosting pula berfungsi untuk menyimpan fail-fail seperti imej, audio, video dan sebagainya. Pada asalnya, fail-fail ini semua berada di laptop atau hardisk kita sahaja. Dengan mendapatkan hosting, kesemua fail ini kita boleh kongsikan secara umum kepada pengguna internet lain.
(2) Install blog menggunakan wordpress
Setelah anda berjaya dapatkan nama domain dan juga hosting, langkah seterusnya adalah untuk memasang (install) perisian wordpress pada hosting. Cara pemasangannya pun mudah sahaja. Anda boleh rujuk kepada tutorial yang pernah saya sediakan sebelum ini.
Klik untuk baca: Panduan Pemasangan Blog WordPress Self Hosted
(3) Dapatkan idea tentang produk menggunakan tools Google Keyword Planner
Taip sahaja di google istilah “google keyword planner” atau anda boleh juga guna link ini https://adwords.google.com/KeywordPlanner
Kita akan gunakan Google Keyword Planner untuk mengetahui apa dia senarai kata kunci yang selalu ditaip oleh pengguna internet di laman web google. Kita nak tau apa dia kata kunci yang mungkin berkait rapat dengan produk yang kita nak jual.
Untuk mula menggunakan perisian ini, anda perlu klik pada sign in to AdWords. Jika anda sudah mempunyai akaun dengan google atau gmail, gunakan maklumat tersebut untuk sign in.
Ini adalah paparan yang akan kelihatan setelah anda sign in.
Pilih opsyen “Search for new keywords using a phrase, website or category” kemudian masukkan kata kunci yang anda ingin kaji. Dalam contoh ini, memandangkan saya nak jual produk Panduan Jobdirumah, maka saya masukkan kata kunci Jobdirumah. Kemudian saya tekan butang get ideas.
Berikut ini pula adalah paparan yang akan kelihatan setelah saya masukkan kata kunci jobdirumah.
Lihat pada bahagian Your Product or Service, saya ada masukkan kata kunci “jobdirumah”. Paparan kolum Keyword Ideas pula menyenaraikan senarai kata kunci yang dicari oleh pengguna internet dalam masa sebulan.
Dalam contoh diatas, anda boleh lihat bahawa kata kunci “kerja dari rumah” menunjukkan terdapat carian sehingga 6,000! Jumlah ini sangat banyak. Walaubagaimanapun, dari segi persaingan antara laman web yang memaparkan topik tentang “kerja dari rumah” ia juga agak banyak. Lihat competition tertulis di situ sebagai high.
Walaubagaimanapun, ini adalah salah satu kata kunci yang sangat berharga untuk saya sasarkan jika saya ingin jual produk Panduan Jobdirumah ini.
(4) Masukkan konten ke dalam blog
Dalam langkah sebelum ini, dengan bantuan google keyword planner, kita dah pun tau apa dia kata kunci yang ditaip oleh pengguna internet yang berkaitan dengan produk kita. Untuk langkah ini, kita akan mengarang artikel yang berkait rapat dengan kata kunci yang disasarkan.
Sekiranya saya ingin sasarkan kata kunci “kerja dari rumah” maka saya perlu taip artikel yang mengandungi kata kunci tersebut. Tujuannya adalah supaya laman web saya tersenarai di muka surat pertama google apabila ada pengguna internet yang menaip kata kunci tersebut.
Peluang untuk saya dapat jualan adalah sangat tinggi terutama sekali sekiranya laman web saya berjaya masuk ke muka surat pertama google. Ini bukan mudah. Masih ingat lagi kan saya ada tunjuk pada jadual diatas bahawa persaingan untuk merebut tempat pertama adalah sangat tingi?
Maksudnya kat sini, saya perlu kalahkan laman-laman web lain yang dah mendominasi hasil carian di muka surat google untuk berjaya masuk ke page pertama. Ianya sukar, namun bukan mustahil!
(5) Submit blog di search engine google
Selepas anda masukkan konten dalam blog anda, kini langkah seterusnya adalah untuk submit blog anda di laman web search engine. Pilihan utama adalah untuk submit ke laman carian google.
Ini caranya
- Buka laman web google.com
- Tapi kata kunci “submit url to google” dan tekan search
- Klik pada hasil carian teratas iaitu “Submit URL google Webmaster tools”
- Masukkan alamat url blog anda dan tekan submit
Siap. Langkah seterusnya, pihak google akan review permohonan anda. Proses ini adalah perlu untuk memudahkan laman web atau blog anda ditemui oleh google.
(6) Claim blog menggunakan google webmaster
Langkah ini adalah perlu bagi memberitahu google bahawa sesebuah laman web itu adalah milik anda. Laman web yang kita claim sebagai pemilik mempunyai kredibiliti yang lebih baik berbanding laman web yang tiada siapa yang mahu mengaku adalah pemiliknya.
Caranya
- Buka laman web google.com
- Search kata kunci “google webmaster”
- Klik pada hasil carian “Google Webmasters – Support, Learn, Connect & Search Console”
- Sign in menggunakan id google anda
- Ikut langkah seterusnya
Memandangkan step dia agak panjang, jadi saya tak akan cerita satu demi satu kat sini. Walaupun stepnya agak panjang, namun ianya mudah sahaja. Baca dan follow sahaja ya.
(7) Ping blog
Selepas setiap kali anda mengemaskini blog anda dengan memasukkan konten yang baru, anda perlu ping blog anda menggunakan servis ping blog. Antaranya
- http://pingomatic.com/
- http://babab.net/
(8) Kumpul senarai list pelawat menggunakan autoresponder
Setiap pelawat yang masuk ke laman blog anda adalah sangat berharga. Mereka mungkin datang dari search engine, dari laman media sosial dan mungkin mereka terjumpa alamat url blog anda dari mana-mana sumber, seperti bisnes kad, pamplet, fliers, banner dan sebagainya.
Jangan biarkan mereka pergi begitu sahaja. Sebaliknya, saya syorkan anda untuk kumpul senarai nama mereka menggunakan sistem autoresponder.
Anda boleh dapatkan akaun autoresponder percuma dari emelmatik. Klik sini untuk daftar.
Kemudian, gunakan plugin seperti wordpress pop up. Setiap kali ada pelawat yang masuk ke blog anda, akan muncul satu pop up yang meminta mereka untuk masukkan nama dan alamat emel mereka. Dari sini, anda akan dapat kumpul senarai nama dan emel prospek anda secara automatik.
Saya secara peribadi menggunakan perisian Hybrid Connect.
Apabila ada pelawat yang masuk ke laman web ini, mereka akan lihat pop up seperti ini. Pada waktu anda baca catatan ini, mungkin jenis pop up yang saya gunakan dah berbeza. Saya sesuaikan jenis pop up yang berbeza untuk kempen dan tujuan yang berbeza.
(9) Promosi blog menggunakan kaedah blog walking
Kaedah blogwalking ialah satu kaedah di mana anda masuk ke blog orang lain dan tinggalkan komen anda pada artikel yang disiarkan pada blog orang tersebut. Mudah sahaja. Cuma kena pastikan apa yang anda komen tu relevan dengan artikel yang dia siarkan.
(10) Wujudkan halaman khas untuk tujuan tempahan
Pastikan laman blog anda mempunyai halaman khas yang menceritakan tentang bagaimana cara-cara untuk buat tempahan.
Atau sebagai alternatif, anda juga boleh bina mini site menggunakan servis percuma dari blogger. Gunakan sahaja perisian blogspot to minisite ini untuk bina laman web mini site tersebut. Setiap kali anda bercerita di laman blog anda tentang produk dan ingin prospek anda buat tempahan, anda boleh link pada laman web yang anda bina ini.
Baiklah, inilah dia serba sedikit yang dapat saya kongsikan tentang bagaimana nak buat promosi produk dropship menggunakan platform blog. In Shaa Allah, di lain masa saya akan kongsikan pula teknik promosi jika menggunakan lain-lain platform pula.
Terima kasih kerana membaca. Jika anda merasakan entri ini berguna untuk anda dan juga untuk kenalan anda, apa kata anda share artikel ini kepada rakan-rakan anda juga. Mungkin ada antara rakan anda yang masih belum tahu macam mana nak buat promosi menggunakan medium blog.
Baca juga: Mudahnya Bisnes dengan BLOGSHOP
[…] Klik sini untuk baca: Cara mempromosikan produk dropship dengan menggunakan blog […]