Assalamualaikum WBT dan salam perkenalan. Selamat datang saya ucapkan ke laman blog saya, sabreehussin.com. Adakah ini merupakan kali pertama anda sampai ke laman blog saya? Jika jawapan anda adalah YA, apa kata anda tekan (Ctrl + D) sekarang untuk bookmark blog ni.
“Mana tahu mungkin anda perlu datang kembali ke blog ini lagi di masa akan datang.”
Nama saya Sabree Hussin. Saya merupakan penulis bagi blog ini.
Saya merupakan anak kelahiran Klang, Selangor.
Pernah menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, kemudian bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, dan seterusnya setelah tamat tingkatan lima, saya menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Melaka sebelum meneruskan pengajian di Universiti Teknologi MARA, Malaysia dalam jurusan Kewangan, Fakulti Pengurusan Perniagaan.
Bagaimana Blog ini boleh terhasil dan apa yang buatkan saya terus menulis hingga kini?
Pada asalnya, saya tertarik untuk menulis di blog setelah membaca kisah kejayaan para penulis blog luar negara yang berjaya menjana pendapatan yang cukup lumayan dengan bantuan blog mereka. Walaupun, pada ketika itu, idea untuk buat duit dengan blog adalah agak asing, dan tak ramai orang kita yang berjaya lakukannya.
Jika ada yang berjaya buat duit sekalipun, bilangannya amatlah sedikit dan mereka pula lebih prefer untuk menjalani kehidupan secara low profile. Ia bermula pada tahun 2009, di mana pada waktu itu saya mula menerokai beberapa model perniagaan yang boleh dilakukan secara online. Dalam banyak-banyak model perniagaan yang saya cuba, akhirnya saya memilih untuk berikan fokus dan perhatian yang lebih pada model buat duit dengan blog.
Tahukah anda, yang sebenarnya kita memang boleh buat duit dengan blog?
Saya akui, kerjaya sebagai seorang penulis blog mungkin bukan kerjaya pilihan utama jika di Malaysia. Di negara ini, fungsi blog masih lagi agak terhad dan agak kurang diberi perhatian serius buat pengamal media. Apa taknya, blog yang popular di Malaysia ni kebanyakkan adalah blog dalam genre selebriti, gosip, politik, dan kebanyakkannya adalah blog jenis copy paste!
Berita baiknya ialah, landskap penulisan blog semakin hari semakin menunjukkan perkembangan yang positif. Saban hari, banyak blog-blog yang baru dihasilkan oleh penulis-penulis baru, dan ini menambahkan keunikkan blog sebagai media alternatif.
Bermula sebagai hobi…
Menulis di blog pada awalnya hanyalah sebagai hobi di masa terluang. Itu sahaja. Selepas dua atau tiga tahun saya menulis diblog, saya dapati aktiviti menulis blog ini sebenarnya dapat memberi impak yang besar kepada golongan tertentu.
Secara tak langsung saya telah membantu para pencari maklumat yang perlukan sesuatu maklumat, untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dari laman blog saya. Walhal, pada awalnya saya menulis hanya untuk suka-suka, sebagai mengisi masa terluang, menghilangkan kebosanan dan sekadar untuk meluahkan perasaan.
Apabila penulisan kita dapat memberi manfaat kepada orang lain…
Satu perasaan yang memang agak sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Rupa-rupanya kita dapat memudahkan kerja orang dengan menulis diblog dan berkongsikan maklumat tertentu.
Maka tak salah jika saya katakan, bisnes saya adalah memberi nasihat kepada individu yang mempunyai persoalan, masalah dan cabaran tertentu yang perlu diselesaikan tanpa perlu bersusah payah untuk bertemu empat mata dengan saya. Anda tak perlu kenal siapa saya. Taipkan sahaja apa masalah yang anda hadapi di search engine google, dan jika saya ada jawapan untuk masalah anda, besar kemungkinan anda akan temui laman web saya yang ini! Cool kan?
Sepanjang saya menulis di blog ini juga, saya telah berpeluang untuk bekerjasama dengan beberapa syarikat tempatan mahupun luar negara, untuk terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses mengembangkan dan memperkenalkan syarikat mereka. Terima kasih saya ucapkan buat anda yang sudi mendapatkan perkhidmatan iklan advertorial dari saya. Ini adalah antara senarai syarikat yang pernah saya promosikan dalam laman blog ini.
Adakah syarikat anda tersenarai disitu? Jika YA, terima kasih saya ucapkan kerana beri kepercayaan kepada saya untuk bantu mempromosikan perniagaan anda di laman blog ini. Mudah-mudahan artikel yang telah disiarkan dalam blog ini akan terus menyumbang kepada pertambahan bilangan pelawat dan prospek yang seterusnya bakal ditukarkan kepada pelanggan.
Apa yang anda akan pelajari dengan membaca laman blog ini?
Sebenarnya ada terlalu banyak benda yang saya nak kongsikan kepada anda. In Shaa Allah, semuanya adalah ilmu yang bermanfaat. Rupa-rupanya, ilmu ini bila kita kongsikan ia tak akan habis. Besarlah harapan saya semoga para pembaca dapat menceduk manfaat yang terkandung dalam blog ini.
Ini adalah antara topik yang boleh anda pelajari dari blog ini:
(1) Teknik, strategi dan panduan buat duit dengan blog
Kalau boleh saya nak semua orang boleh ada pendapatan tambahan dengan menulis blog. Saya dah buktikan berulang-ulang kali dalam blog ini, yang kita sebenarnya memang boleh jadikan blog sebagai mesin buat duit separa automatik.
Untuk menghasilkan pendapatan sekitar 3 angka setiap bulan bukanlah satu perkara yang mustahil. Untuk membuktikan yang saya bukannya sekadar cakap kosong tanpa sebarang bukti, anda boleh baca segmen komisen affiliate yang saya muatkan dalam blog ini.
Bukan nak berlagak, bukan nak menunjuk-nunjuk, tetapi saya nak buktikan pada anda yang saya bukan cakap kosong. Saya harap, dari jumlah yang saya dedahkan disitu dapat beri anda motivasi, semangat dan inspirasi untuk terus berusaha.
(2) Anda ingin tahu bagaimana lifestyle dan cara kerja dari rumah?
Bekerja dari rumah sebagai seorang freelancer. Saya percaya, sooner or later, anda pasti akan meninggalkan pekerjaan anda. Anda akan ucapkan selamat tinggal kepada syarikat majikan anda. Dalam tempoh tersebut, anda mungkin akan tercari-cari peluang pekerjaan yang lain. Realitinya, bukan semua orang boleh dapat kerja yang baru dalam masa yang pantas.
Hari ni berhenti kerja, lepas dua atau tiga hari dah dapat kerja yang baru. Bukannya tak ada orang sebegitu, memang ada tapi amat jarang. Apa kata, anda baca juga perkongsian pengalaman saya bekerja dari rumah.
Saranan saya, sementara anda masih bekerja, siap sedia dengan plan B, iaitu plan untuk bekerja dari rumah. Supaya bila nak berhenti kerja nanti anda tidak akan terasa terlalu kekok.
(3) Panduan menjana pendapatan menerusi program affiliate
Sebahagian besar daripada pendapatan yang saya hasilkan di internet adalah menerusi program affiliate. Program affiliate ini mudah sahaja jika anda tahu apa yang anda perlu lakukan. Bacalah tips-tips yang saya dah pernah tulis sebelum ini. Anda pasti terhibur apabila anda juga praktikkan apa yang saya lakukan.
Oh maksud saya, anda akan terhibur sebab berjaya dapat komisen, bukan terhibur sebab baca blog ni.
(4) Strategi menjalankan perniagaan online menerusi konsep dropshipping
Saya juga ada menulis tentang bisnes dropshipping dalam blog ini. Secara peribadi, saya kurang menggemari konsep bisnes ini dan saya lebih gemar konsep bisnes affiliate. Namun, disebabkan saya pernah belajar dan pernah ada pengalaman berbisnes menggunakan konsep ini, jadi saya kongsikan juga dalam blog ini. Semoga pengalaman saya dapat dimanfaatkan buat anda yang masih baru dalam perniagaan ini.
(5) Senarai buku dan bahan bacaan yang menarik
Seseorang yang bijak lagi pandai pernah menasihatkan saya, dan ayatnya lebih kurang berbunyi begini
Siapa anda LIMA tahun dari sekarang adalah berkait rapat dengan BUKU APA YANG ANDA BACA dan DENGAN SIAPA ANDA BERKAWAN.
Apa yang saya muatkan dalam blog ini, bukanlah 100% datangnya dari saya. Ada yang ditulis berdasarkan pengalaman saya. Ada yang saya tulis based on pengalaman orang lain, dan banyak juga yang saya tulis dalam blog ini adalah daripada pembacaan yang saya lakukan sama ada dari buku atau lain-lain sumber yang boleh dipercayai.
Saya seorang yang suka membaca. Walaupun saya seorang yang membaca dengan kelajuan yang begitu perlahan (slow reader).
Jika anda adalah seorang penulis buku, penulis ebook, penerbit, pemilik perniagaan buku dan sebagainya yang minat untuk bekerjasama dengan saya, bolehlah berhubung dengan saya pada bila-bila masa.
Apa yang dapat saya ceritakan di ruangan tentang penulis ini hanya sebahagian sahaja daripada banyak perkara yang saya ingin kongsikan dalam blog ini.
Ada banyak lagi yang saya nak kongsikan kepada anda. Mungkin bukan disini. Apa pun, ikuti blog ini dan In Shaa Allah, saya akan sentiasa berikan yang terbaik buat anda para pembaca yang saya amat hargai sekalian.
Ikhlas,
Sabree Hussin
(Copywriter, Story Seller, Internet Marketer & Blogger)