Ok cara ini sebenarnya dah lama. Orang-orang lama memang ramai yang tahu cara nak buat pelita dengan cara ni.
Cuma untuk generasi Y macam saya ni, memang tak pernah tahu pun. Al maklumlah, selama ini kalau tak ada elektrik, memang lilin je penyelesaiannya.
Cara ini saya belajar di salah satu fan page di Facebook. Memandangkan pada waktu catatan ini dibuat, ada banyak tempat yang terputus bekalan elektrik disebabkan oleh bencana banjir, maka cara ini boleh digunakan untuk membuat pelita.
Sila lihat pada gambar ya.
Dari gambar, nampak macam mudah je kan?
Ok baiklah berikut adalah cara-cara nak hasilkan pelita menggunakan minyak seperti dalam gambar.
Cara buat pelita
1. Gumpal kertas suratkhabar, letak duit syiling atau batu kat tengah-tengah
2. Gulung lagi dan jadikan duit tu sebagai tapak, atau sebagai pemberat untuk stabilkan kedudukan kertas dalam minyak
3. Kertas itu tadi akan bertindak sebagai sumbu
4. Letak kat dalam minyak dalam mangkuk
5. Letak gulung kertas kat tengah-tengah baru selam 1\2,
6. Nyalakan api kat bahagian yang tak direndam itu tadi maka jadi la macam pelita..
Bila dah ada pelita macam ni, at least bukan sahaja dapat dijadikan sumber cahaya, at least boleh dapat sedikit bekalan haba. Barulah tak terasa sangat kesejukan.
Nampaknya bencana banjir kali ini ada banyak juga perkara baru yang saya dapat belajar.
Nanti kalau ada perkara baru yang saya kira menarik, In Shaa Allah saya akan kongsikan lagi dalam blog ni.
Jika anda rasa cara buat pelita ini menarik dan bagus, apa kata anda kongsikan kepada rakan-rakan anda juga. Mana tahu, diluar sana, ada insan yang memerlukan pengetahuan ini. Mungkin anda bakal menyelamatkan satu nyawa.
Ps: Minyak tu guna minyak masak. Ada yang kata guna minyak Johnson Baby Oil pun boleh
Kali pertama saya baca tentang tips ini adalah dari page Hanya Di Kelate
Suriya says
bagus tips ini, sebab lilin pun diaorang payah nak dapat.
sabree hussin says
Itulah, apa yang dapat grab tu, gunakan aje la
diana says
Guna kertas saya tak pernah cuba,.tapi guna in perca pernah la buat..ikat kain perga kat besi macam paku ka,skru ka..supya dia tenggelam..lepas tu buat cara sama macam ni..
sabree hussin says
Guna kain pun bagus jugak. Sama macam pelita hari raya, guna kain kan. Cuma dalam kes-kes darurat mungkin benda yang senang nak dapat ialah kertas surat khabar
titan says
hoho..
tips menarik nih..
memang tak ramai yang tahu lagi nih.
sabree hussin says
Aku pun sebenarnya baru je tau 😀 walaupun dah banyak kali nampak benda yang sama kat kedai makan dengan tempat sembahyang orang cina
blogger lelaki says
hu3..sebenarnya ini cara ayah aku dulu..selalu buat macam nie bila stok lilin kehabisan di malam hari
sabree hussin says
Cis nampaknya aku jugak yang baru je tau benda2 life hack ni
Alongxp says
huwaaa… bagus tips ni, baru tau boleh guna kertas je… lepas ni takdelah menggelabah sangat kalau takde lilin time blackout…
sabree hussin says
Penulis asal tentang pelita ni pesan mintak tolong sebarkan kepada seberapa ramai yang boleh. Alongxp kalau tak keberatan tulis la jugak pasal benda ni. Mungkin masih ramai lagi yang tak tau cara nak buat pelita macam ni. (sebenarnya saya sendiri baru tahu teknik ni)
Nurul Fazreen Othman says
terima kasih kerana berkongsi. Mmg sgt berguna
sabree hussin says
Sama-sama, harap boleh kongsikan juga dengan orang lain “cara buat pelita dari minyak masak” ni ye
muliani says
wahhh. mcm tu rupenyaa. boleh buat lepas ni. tq!