Blog Sabree Hussin

Cara Menghasilkan Pelita Ketika Darurat Dan Terputus Bekalan Elektrik

Ok cara ini sebenarnya dah lama. Orang-orang lama memang ramai yang tahu cara nak buat pelita dengan cara ni.

Cuma untuk generasi Y macam saya ni, memang tak pernah tahu pun. Al maklumlah, selama ini kalau tak ada elektrik, memang lilin je penyelesaiannya.

Cara ini saya belajar di salah satu fan page di Facebook. Memandangkan pada waktu catatan ini dibuat, ada banyak tempat yang terputus bekalan elektrik disebabkan oleh bencana banjir, maka cara ini boleh digunakan untuk membuat pelita.

Sila lihat pada gambar ya.

Dari gambar, nampak macam mudah je kan?

Ok baiklah berikut adalah cara-cara nak hasilkan pelita menggunakan minyak seperti dalam gambar.

Cara buat pelita

1. Gumpal kertas suratkhabar, letak duit syiling atau batu kat tengah-tengah

2. Gulung lagi dan jadikan duit tu sebagai tapak, atau sebagai pemberat untuk stabilkan kedudukan kertas dalam minyak

3. Kertas itu tadi akan bertindak sebagai sumbu

4. Letak kat dalam minyak dalam mangkuk

5. Letak gulung kertas kat tengah-tengah baru selam 1\2,

6. Nyalakan api kat bahagian yang tak direndam itu tadi maka jadi la macam pelita..

 

Bila dah ada pelita macam ni, at least bukan sahaja dapat dijadikan sumber cahaya, at least boleh dapat sedikit bekalan haba. Barulah tak terasa sangat kesejukan.

Nampaknya bencana banjir kali ini ada banyak juga perkara baru yang saya dapat belajar.

Nanti kalau ada perkara baru yang saya kira menarik, In Shaa Allah saya akan kongsikan lagi dalam blog ni.

Jika anda rasa cara buat pelita ini menarik dan bagus, apa kata anda kongsikan kepada rakan-rakan anda juga. Mana tahu, diluar sana, ada insan yang memerlukan pengetahuan ini. Mungkin anda bakal menyelamatkan satu nyawa.

 

Ps: Minyak tu guna minyak masak. Ada yang kata guna minyak Johnson Baby Oil pun boleh

 

Kali pertama saya baca tentang tips ini adalah dari page Hanya Di Kelate

 

 

Exit mobile version