UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Cara Mudah buat promosi Bisnes Tone Excel

July 23, 2014 by sabree hussin 4 Comments

Orang kata, kalau buat marketing cara agresif, hasilnya juga akan nampak agresif.

 

Kalau buat cara malas, maka, tak perlu hairanlah kalau hasilnya pun tak seberapa . Boleh macam tu ye? Apa pendapat anda? Adakah anda setuju?

 

Kerja-kerja promosi bisnes Tone Excel yang saya buat, kebanyakkannya saya gunakan kaedah pemasaran online. Nak kata susah, tak ada la susah sangat. Nak kata senang pun tidaklah senang sangat.

 

Apa yang bestnya, saya tetap dapat jalankan bisnes ini walaupun saya tak keluar rumah untuk jumpa orang. Sesekali je saya akan ke pejabat pos untuk buat penghantaran sim kad yang ditempah. Itu pun bukan selalu.

bisnes_tone_excel

Kebanyakkan sim kad yang ditempah dari saya, saya akan order dari upline.

 

Upline saya yang akan uruskan bab-bab penghantaran. Kiranya macam style dropship jugak la ni. Ini lah untungnya bila dapat upline yang memang cekap.

 

So far, tak pernah lagi ada masalah dari segi penghantaran.

 

Boleh kata, setiap hari bekerja, penghantaran sim kad Tone Excel ke seluruh Malaysia akan dibuat. Cuma sebagai downline yang baik, saya juga kena faham-faham sendiri. Tak kan selama-lamanya nak bergantung harap pada upline semata-mata kan? Bisnes ni bisnes kita, jadi kenalah ada inisiatif untuk jalankan bisnes ni sendiri.

 

Susah ke tak bisnes Tone Excel ini?

Semua bisnes ada cabarannya.

 

Mula-mula buat bisnes ini, of course saya pun rasa ianya agak susah. Tapi saya tahu, kesusahan ini bersifat sementara. Saya ingat kembali masa kali pertama saya bekerja dalam bidang call center.

 

Sebulan dua yang pertama memang terasa susah. Tapi lepas hari-hari duk buat benda yang sama, ia mula jadi satu rutin, hinggalah satu hari, saya perasan segala kesusahan yang saya pernah lalui dulu kini hilang.

 

Ia menjadi sesuatu yang bersifat automatik. Dah tak ada lagi istilah susah dalam kerja-kerja yang perlu kita hadap.

 

Jika anda join network saya, anda juga berpeluang untuk gunakan sistem pemasaran yang sama yang saya gunakan. Jika anda tak berapa faham dengan teknik atau strategi pemasaran yang saya gunakan, BERTANYALAH. In Shaa Allah, saya akan berikan jawapan sebaiknya, supaya anda juga dapat betul-betul faham apa sebenarnya rasional kenapa kena buat sesuatu perkara.

 

Orang sekeliling, kenalan, dan kawan rapat mungkin tak nampak apa yang saya buat. Mereka juga tak dapat nak trace, apa yang saya buat untuk tujuan dapatkan sales. Alhamdulillah, setiap bulan pasti ada yang mendaftar dengan saya.

 

Apa yang mereka tak tau, sebenarnya sistem pemasaran yang saya pasang bekerja secara automatik bagi pihak saya.

 

Jika anda masih baru dalam bab-bab pemasaran online, dan anda masih lagi belum decide, network mana yang anda nak join, ada baiknya anda pertimbangkan terlebih dahulu…

 

Upline yang bagaimana yang anda ingin pilih?

Bisnes ini bisnes anda.

 

Of course kalau boleh saya nak anda sertai network saya. Namun, sebelum anda buat keputusan untuk sertai saya, anda perlu juga pertimbangkan, adakah anda sudi dan selesa nak bekerjasama dengan saya di masa akan datang?

 

Anda salah pilih upline, anda salah pilih network… NAHAS. Mungkin anda terpaksa buat kerja dengan cara susah, sedangkan saya dah sediakan untuk anda satu sistem yang lebih mudah.

 

Macam mana saya buat promosi?

Saya guna beberapa teknik pemasaran. Salah satu yang memberikan hasil positif kepada saya adalah teknik pemasaran melalui emel. Sesekali saya akan gunakan FB sebagai medium pemasaran.

 

Namun saya lebih banyak gunakan pemasaran emel, sebabnya saya hanya perlu bawa prospek ke mana-mana satu laman web saya yang telah saya pasang dengan borang opt in. Itu sahaja. Selebihnya, sistem saya yang akan uruskan semua.

 

Salah satu laman web saya, yang dah siap dipasang dengan borang opt in khusus untuk mempromosikan bisnes simkad Tone Excel ialah, laman blog saya ini. Jika anda perasan, bila anda baca blog ini, anda akan nampak ada borang yang akan muncul di hadapan skrin anda. Lihat screenshot dibawah ni.

sistem_promosi_tone_excel

Bagaimana cara nak bina borang opt in seperti yang saya gunakan?

Mudah sahaja. Anda perlukan sebuah laman web yang dipasang menggunakan sistem wordpress. Kemudian anda juga akan perlukan plugin yang boleh lakukan Pop Up. Ada beberapa plugin wordpress yang boleh buat pop up seperti ini. Namun saya gunakan plugin Hybrid Connect.

 

Selain itu, anda juga perlu ada sistem autoresponder anda sendiri. Saya menggunakan sistem autoresponder emelmatik. Sila klik sini untuk daftar percuma.

 

Kaedah pemasaran seperti ini bukanlah kaedah 100% automatik. Namun tak salah kalau saya katakan ianya semi automatik.

 

Yes, memang saya ada gunakan software khas untuk tujuan follow up prospek yang berminat dengan tawaran saya untuk sertai bisnes saya ni, namun, jika ada yang balas emel atau yang bertanya, maka, saya tetap perlu reply emel mereka satu per satu.

 

Sesetengah ahli tone excel, mereka masih lagi gunakan landing page yang mereka dapat percuma. Laman web percuma yang saya maksudkan ini adalah merujuk kepada laman web replika. Jika cara itu mudah untuk anda, saya tak ada bantahan.

 

Saya juga pernah gunakan laman web seperti itu. Ianya diberikan secara percuma oleh upline saya. Namun bagi saya, cara itu leceh.

 

Kalau anda hanya ada 10 prospek, tak ada masalah untuk emel mereka satu per satu. 10 emel apa lah sangat.

 

Tapi tunggulah hingga anda ada 200 orang prospek. Time tu baru anda tahu, betapa seksanya nak hantar emel kepada 200 orang dalam satu satu masa. Bisnes simkad Tone Excel ini adalah bisnes jenis long term. Jika anda konsisten menjalankan kerja-kerja pemasaran, anda akan dapati prospek anda makin berkembang.

 

Bermula dengan kosong, kemudian anda akan dapat 1, 5, 40, 100 hinggalah ke ribuan orang prospek. Cepat atau lambat, untuk dapatkan ribuan orang prospek, semuanya bergantung kepada anda. Apakah teknik yang bakal anda gunakan?

 

Apabila anda menggunakan sistem yang sama yang saya gunakan, iaitu sistem autoresponder, even nak hantar emel kepada 2,000 orang prospek dalam satu-satu masa pun tak ada masalah. Anda hanya perlu tulis emel macam biasa, dan tekan butang send. Secara automatik, kesemua 2,000 orang itu tadi akan dapat emel dari anda, dan yang bestnya, setiap emel akan di personalize kepada setiap individu yang berbeza tanpa perlu anda taip satu per satu nama mereka dalam emel yang berbeza.

 

Bisnes ini memang senang, jika anda ada sistem yang berkesan. Namun, sorry to say, bagi mereka yang tak ada sistem, mereka mungkin akan rasakan bisnes ni sangat susah dan peluang untuk berjaya dalam bisnes ni seolah-olah sangat tipis.

 

Saya juga ada menggunakan sistem autodownline untuk tujuan pemasaran. Lihat pada link ini.

bisnes_tone_excel_free_downline

Jika berminat, anda juga boleh terus join bisnes ini dengan mendaftar secara percuma sahaja terlebih dahulu. Nanti bila anda benar-benar faham, dan serius nak berjaya, barulah membuat pembayaran.

 

Guna sistem autodownline ni pun bagus juga.

 

Kadang-kadang (bukan selalu) saya akan dapat downline percuma dari kerja promosi yang dilakukan oleh upline saya. Menarik kan bila kita boleh dapat downline secara percuma?

 

Saya faham, kalau boleh semua orang nak buat kerja senang. Mereka mencari apa dia dan bagaimana cara mudah untuk buat pemasaran Tone Excel yang berkesan dan boleh dapat downline dengan ramai.

 

Namun, disebalik cara mudah yang diperkatakan, anda juga perlu tahu, apa yang buatkan ianya mudah? Apa rahsia disebaliknya?

 

Pada saya, bisnes ni jadi mudah sebabnya saya boleh gunakan

  1. Sistem Autoresponder
  2. Blogging
  3. Sistem Autodownline

 

…bagi tujuan pemasaran.

 

Blogging tu sendiri memang sesuatu yang saya buat setiap hari, atau hampir setiap hari. Sambil blogging, sambil tu saya mempromosikan bisnes ni. Jadi ianya tidak sesukar mana. Artikel yang saya tulis pada hari ini, saya percaya, ianya masih lagi akan dibaca oleh orang lain, walaupun setelah bertahun ianya ditulis.

 

Bermakna, selagi mana artikel yang saya tulis tentang Tone Excel masih lagi dibaca, selagi itu kerja pemasaran tetap terus dilakukan. Kerja menulis artikel hanya perlu dilakukan sekali sahaja, namun kesannya boleh dilihat sampai bertahun-tahun lamanya.

 

Pada saya, ianya memang mudah. Pada orang lain? Saya tak pasti. Tetapi kalau anda memang adalah seorang penulis seperti saya, maka saya percaya, anda juga akan nampak yang sebenarnya nak menjalankan bisnes simkad ini tidaklah sesukar mana.

 

Jadi, sebagai penutup, boleh saya tahu, adakah anda masih lagi mencari cara mudah untuk mempromosikan bisnes simkad Tone Excel ini, atau anda sebenarnya sedang melakukan sesuatu?

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Macam mana cara saya promosi Bisnes Tone Excel?
  2. Bisnes Simkad Tone Excel – Pemasaran online atau offline lebih baik?
  3. Tips jual simkad Tone Excel secara online dan cara buat duit yang mudah!
  4. Team AutoDownline: Bagaimana nak mula buat bisnes Tone Excel cara Internet Marketer?

Filed Under: Tune Talk Tone Excel Tagged With: bisnes simkad tone excel, buat duit dengan bisnes simkad tone excel, buat duit dengan handphone, buat duit dengan simkad Tone Excel, cara buat promosi, cara mudah promosi, promosi bisnes tone excel, simkad tone excel, tone excel

Comments

  1. Hero Borneo says

    July 24, 2014 at 12:54 am

    tuan guna ayat umpan yang terbaik..cukup jelas dan memang mempengaruhi..

    Reply
  2. onlajer says

    July 24, 2014 at 2:11 pm

    senang buat bisnes kalau tahu sistem nya , terbaik bro

    Reply
  3. alfie says

    September 21, 2014 at 10:31 pm

    Salam bro,lawa squeezepage…….boleh bagi tau kat mana boleh dapat????

    Reply
    • sabree hussin says

      September 23, 2014 at 12:29 am

      Squeeze page tu saya design sendiri. Bro cek emel ya, saya ada cerita kat emel lagi detail

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?
  • Senarai Laman Web yang boleh digunakan untuk iklankan Bisnes Homestay anda
  • Senarai Complaint dari tetamu kepada pemilik bisnes homestay

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in