Berhenti kerja sebab nak bekerja sendiri dari rumah! Adakah ini keputusan yang TERBAIK dan TEPAT?
Kadang-kadang, kita terlalu terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan. Lebih-lebih lagi apabila kita berada dalam keadaan penuh dengan emosi.
Keputusan untuk berhenti kerja bukanlah satu keputusan yang kecil. Ada terlalu banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Sebenarnya rumusnya sangat mudah. Kalau tak kerja, maka tak ada pendapatan. Untuk berhenti kerja sekarang, kenalah pertimbangkan perkara tersebut dari pelbagai sudut.
Ada masanya kita jadi kurang rasional dalam membuat keputusan. Kalau nak berhenti kerja sekarang, atas sebab apa? Atas alasan apa? Sepanjang saya bekerja dulu, memang selalu saya rasa nak berhenti kerja.
Itupun bukan sebab saya tak suka dengan kerja tu, sebaliknya sebab saya tak suka dengan orang-orang yang bekerja kat situ. Saya tak berapa suka dengan orang-orang yang suka kipas bos. Saya tak suka dengan beberapa keputusan tak masuk akal dan pentingkan diri sendiri oleh bos saya.
Jadi, bila berhadapan dengan keadaan macam ni, saya rasa best move atau best option untuk saya adalah berhenti kerja dan buat benda lain. Lagipun pada masa tu, saya ada sumber pendapatan lain yang boleh saya kembangkan, daripada perlu menahan rasa dan memendam perasaan dengan tempat kerja waktu tu, lebih baik saya berhenti.
Berhenti kerja sebab nak buat bisnes sendiri?
Saya mengimbas semula kenangan waktu saya nak berhenti kerja dulu. Saya buat keputusan tersebut disebabkan didorong oleh beberapa sebab, iaitu
(1) Saya nak bina dan kembangkan perniagaan saya sendiri
(2) Saya nak merasa pengalaman sebagai seseorang yang bekerja sendiri
(3) Saya dah bosan dengan kerenah birokrasi dan politik pejabat
Tetapi, sebab yang paling mendesak adalah sebab yang ketiga. Saya dah bosan dengan suasana kerja yang tidak begitu kondusif, maka akhirnya saya pilih untuk berhenti kerja.
Walaupun pada masa yang sama, saya memang nekad nak bangunkan dan kembangkan perniagaan yang saya jalankan, namun hakikatnya, perniagaan yang saya jalankan tu sebenarnya boleh berjalan sendiri tanpa saya, ataupun dengan penglibatan yang sangat minimum dari saya.
Ha… nampak tak? Dalam situasi saya, sebenarnya saya bukannya betul-betul berhenti kerja sebab nak buat bisnes, tapi lebih kepada nak dapatkan suasana kerja yang berbeza berbanding yang saya lalui pada masa tersebut.
Apa pun, semua tu dah berlalu. Sekarang ni pun, dah tinggal kenang-kenangan. Bila terkenang semula, memang akan buatkan saya tersenyum seorang diri.
Kalaulah ada dalam kalangan pembaca dan pelawat sekalian yang merancang untuk berhenti kerja sebab nak buat bisnes sendiri, saya harap anda terjumpa blog ini sebelum anda tergesa-gesa buat keputusan.
Tak… saya bukan nak halang anda berhenti kerja sekarang, sebaliknya saya nak ajak anda untuk berfikir beberapa perkara.
Nak berhenti kerja tu mudah, namun persoalan yang lebih serius ialah…
“Apa yang anda nak buat selepas dah berhenti kerja nanti?”
Kerja sendiri atau buat bisnes full time?
Saya berpendapat, kerja sendiri atau buat bisnes full time ini tak ada beza sangat pun.
Orang yang kerja sendiri, dia kena tau macam mana nak buat bisnes dan cari pelanggan. Orang yang nak buat bisnes, pun perlu cari pelanggan. Jadi, pada pandangan saya la kan, ianya tak begitu banyak beza. Cuma nama sahaja yang berbeza.
Dalam situasi saya, bila orang tanya saya, apa yang saya buat untuk hasilkan pendapatan? Kadang-kadang saya akan kata, saya kerja sendiri, dan kadang-kadang saya akan kata yang saya buat bisnes. Secara peribadi, saya rasa kedua-dua ni macam tak ada beza sangat.
Dari segi persepsi, bila saya katakan buat bisnes, maknanya ada elemen untung dan ada elemen rugi. Tetapi, kalau kata bekerja sendiri, fokusnya bukan lagi tentang untung atau rugi, sebaliknya ia bertukar kepada berapa banyak pendapatan yang boleh dihasilkan.
Apapun, kedua-duanya memerlukan saya untuk dapatkan pelanggan yang mampu untuk mendapatkan perkhidmatan yang saya tawarkan.
Apakah bisnes UTAMA yang bakal anda jalankan?
Ya, anda boleh pilih untuk buat macam-macam bisnes, namun dalam banyak-banyak bisnes tu, pasti ada satu bisnes yang boleh kita katakan sebagai bisnes utama yang paling berjaya dan yang paling banyak berjasa serta beri pendapatan yang paling banyak.
Bisnes utama inilah yang kita kena jaga betul-betul. Bisnes utama ini juga yang kita kena pilih dengan baik semasa di peringkat permulaan. Katakanlah jadi apa-apa pada diri kita, at least kita ada satu bisnes utama yang boleh diharapkan untuk menampung kehidupan kita.
Dalam keadaan ini, asas kita perlu kuat. Bisnes yang kita pilih untuk jadi bisnes utama perlulah mempunyai asas dan kedudukan yang kukuh.
Saya pernah dengar, ada orang yang nak berhenti kerja sebab nak buat bisnes secara MLM full time. Saya rasa, ini tindakan yang agak “gila” sebabnya pada pandangan saya bisnes MLM ini tidak begitu kukuh dari segi asasnya.
Walaupun kita mempunyai rangkaian yang besar, namun hakikatnya,
(1) Pada bila-bila masa, rangkaian kita boleh pindah ke syarikat lain jika merasakan mereka tidak memperolehi pendapatan yang diidam-idamkan.
(2) Kes-kes curi downline ni biasa berlaku dalam bisnes MLM terutama sekali bila ada peluang perniagaan yang baru.
(3) Produk MLM kebanyakkannya tidaklah begitu unik dan ada banyak produk yang boleh dijadikan sebagai alternatif dipasaran.
Bila kita pertimbangkan perkara-perkara tersebut, maka boleh dikatakan, untuk jadikan bisnes MLM sebagai bisnes utama bukannya satu langkah yang bijak. Melainkan, kalau anda nak join bisnes MLM, lepas tu pendapatan dari perniagaan tersebut anda terus buat bisnes lain, itu lebih baik.
Cuma kalau nak berharap pada sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan berkonsepkan pemasaran berbilang tingkat ini, bukanlah satu tindakan yang paling tepat.
Untuk buat sesuatu pilihan, bisnes apa sebagai bisnes UTAMA, saya sarankan anda lihat kriteria berikut,
(1) Adakah ada individu yang jadi kaya sebab buat bisnes tu. Dari sini kita boleh tahu, apa tahap tertinggi yang boleh dicapai apabila buat bisnes tersebut. Kalau tak ada yang jadi kaya, maka rugi dan sia-sia sahaja usaha kita nanti. Pendapatan kita akan tersekat pada satu tahap yang tak boleh dikembangkan lagi.
Lagi satu, bila kita pilih bisnes yang terbukti ada orang yang jadi kaya sebab buat bisnes tu, paling kurang kita boleh jadikan orang tu sebagai rujukan atau guru kita. Kita boleh kaji apa yang dia lakukan untuk menjadikan dirinya berada pada tahap dimana mereka berada sekarang.
(2) Adakah anda tahu, secara teori, bagaimana nak jadi kaya melalui bisnes tersebut. Dalam keadaan ini, anda kena tahu macam mana nak hasilkan sebuah kertas kerja perniagaan. Melalui kertas kerja inilah kita akan draf segala teknik, susun strategi dan kaedah yang mungkin kita bakal lakukan untuk jalankan bisnes tersebut.
Kalau atas kertas lagi nampak mustahil untuk jadi kaya, maka bila kita jalankan bisnes tersebut, peluang untuk jadi kaya pun sangat tipis. Setengah usahawan, mereka cukup risau untuk hasilkan kertas kerja perniagaan. Takut salah katanya. Tapi sebenarnya kerta kerja ni, kita je yang akan tengok, dan kalau salah pun tak apa.
(3) Adakah anda ada pengalaman dalam menguruskan bisnes tersebut? Sebaik-baiknya anda buat bisnes yang memang anda mahir dan ada pengalaman buat bisnes tersebut. Bukan satu bisnes yang baru. Kalau buat bisnes baru, ada banyak benda yang anda kena belajar, sedangkan prioriti adalah untuk buat duit, bukannya nak belajar pasal bisnes tu.
Masa untuk belajar tu nanti kan lebih baik digunakan untuk buat duit, untuk hasilkan jualan. Bukannya untuk pergi kelas, belajar dan sebagainya.
(4) Adakah anda pernah dapat bayaran dan masih lagi menerima pendapatan dari bisnes tersebut? Saya pernah tengok, ada sesetengah orang yang bersemangat nak buat bisnes ni sebab dia tak pernah buat bisnes dan dia over confident yang dia boleh berjaya. Benda ni tak ada masalah, cuma pada saya la kan, sebelum nak buat full force, nak all out terhadap bisnes tu, kena pastikan juga yang sebelum ni memang pernah rasa income dari perniagaan tersebut.
Buat je dulu bisnes tersebut secara part time terlebih dahulu. Bila income dah nampak lancar dan boleh dapat secara konsisten, barulah buat bisnes tersebut secara full time.
(5) Sekiranya anda ingin mulakan bisnes baru dan kekurangan modal, cuba mulakan bisnes yang tak memerlukan modal besar atau mulakan sahaja bisnes jenis perkhidmatan. Saya sendiri memang tak berapa gemar buat bisnes yang perlu simpan stok.
Sekarang ini, saya lebih selesa kalau dapat buat bisnes jenis perkhidmatan. Kalau ada kemahiran tertentu, jual sahaja kemahiran tersebut. Kalau anda tak tau, macam mana atau di platform mana anda dapat jual kemahiran anda tu, boleh baca perkongsian saya sebelum ini.
Apa pun, saya sentiasa percaya, hidup ini ada banyak pilihan. Namun, jangan salah buat pilihan, melainkan anda sanggup untuk hadapi kesan buruk akibat buat pilihan yang salah tu nanti.
Junaidy Jaimi says
Alhamdullilah tahniah TSH, dah berjaya, doakan saya juga berjaya suatu hari nanti…alasan yang sama nombor 3 tu untuk rancang nak berhenti kerja…
memang sakit pendam ni..haha
sabree hussin says
In Shaa Allah, JJ pun boleh. Buat masa ni, siapkan diri dengan persediaan yang perlu ya.
Ksjb says
Ada orang boleh buat pilihan untuk terus kerja makan gaji sambil buat bisnes secara part time. Ada juga orang yang tiada pilihan terpaksa dihentikan sebab company nak bankrap, minimumkan bajet atau sebab-sebab yang tak boleh dielakkan.
Apa-apa hal mesti sentiasa berfikiran positif. Insha Allah segala masalah dapat diatasi.