Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Kerja dari rumah dengan iLancee

February 4, 2017 by sabree hussin 16 Comments

Sebagai seorang freelancer, saya selalu mencari peluang-peluang kerja bagi meningkatkan pendapatan saya. Saya tahu, saya tak boleh duduk diam. Kalau saya duduk diam dan malas, alamatnya memang pendapatan bulan tu pasti akan terjejas teruk. Kemudian, dalam misi pencarian job di internet, saya terjumpa pula laman web yang membuka peluang untuk bekerja dari rumah.

 

“Kerja dari rumah dengan iLancee”.

 

Pada mulanya, saya merasakan ini adalah satu peluang bekerja dari rumah yang sangat baik. Tetapi nanti dulu! Sebelum kita terburu-buru nak terus mohon sebarang pekerjaan atau dalam konteks laman web iLancee ni, kita terus menyenaraikan perkhidmatan yang boleh kita tawarkan kepada bakal pembeli, saya kira ada baiknya kita fahamkan terlebih dahulu bagaimana laman web ini berfungsi.

laman-utama-ilancee

Ini bukan kali pertama saya jumpa laman web seperti ini. Di peringkat global, ada banyak laman web yang menawarkan perkhidmatan yang lebih kurang sama dan serupa dengan apa yang ditawarkan oleh pihak iLancee. Bekerja dari rumah dengan iLancee bukanlah satu-satunya pilihan yang ada tersedia untuk kita.

 

Peluang untuk bekerja dari rumah sebagai seorang freelancer seperti yang ditawarkan oleh pihak iLancee ada terlalu banyak. Kita lihat konsep supply and demand, atau dalam bahasa Melayu konsep penawaran dan permintaan. Apabila penawaran (supply) terlalu banyak berbanding permintaan (demand) maka harga bagi sesuatu perkhidmatan itu akan jatuh.

 

Saya pernah lihat ada banyak laman web seumpama ini yang telahpun mempunyai bilangan ahli yang ramai, dan dari pemerhatian saya, memang cukup susah untuk kita jual servis dengan kadar bayaran yang tinggi. Jika dilihat sepintas lalu, seolah-olah setiap orang yang menjual di platform seperti itu berlumba-lumba menawarkan harga perkhidmatan paling rendah. Sebagai jurujual, kita ada pilihan sama ada ikut sama-sama tawarkan harga yang rendah, atau kita tinggalkan sahaja portal yang telah sesak seperti itu, dan cari laman web jual beli servis yang baru seperti iLancee ini. 

 

Di laman web iLancee ini, pengguna internet boleh melakukan urusan jual beli untuk mendapatkan servis atau menjual perkhidmatan tertentu yang dirasakan sesuai.

 

Sekiranya anda adalah seorang usahawan yang menggunakan medium internet sebagai kaedah pemasaran, dilaman web iLancee ini terdapat pelbagai perkhidmatan yang anda boleh langgan bagi membantu memudahkan kerja-kerja pemasaran. Salah satunya adalah servis penulisan artikel seperti contoh dibawah.

kerja-untuk-ilancee

Dengan kadar bayaran serendah RM25 untuk satu artikel, anda sudah boleh dapatkan perkhidmatan penulisan artikel promosi untuk perniagaan anda dari laman web ini. Servis seperti ini memang sesuai untuk para usahawan yang FAHAM akan kekuatan article marketing, namun tidak mempunyai kelapangan untuk menulis.

 

Kerja-kerja penulisan seperti itu, anda boleh outsource sahaja dengan melihat tawaran-tawaran yang terdapat dilaman web seperti iLancee ini. Ada ramai pekerja sambilan atau freelancer yang bersedia untuk membantu anda.

 

Itu dari sudut seorang buyer atau mereka yang memerlukan perkhidmatan freelancer. Namun, dalam posting ini, sebenarnya saya nak fokus kepada mereka-mereka yang nak tambahkan pendapatan dengan menjadi penjual servis di laman web iLancee.

 

“Ghaibkan terus ketakutan anda untuk menjadi seorang freelancer dengan menjadi salah seorang penjual servis di laman web iLancee.”

 

Apa sebenarnya yang ditawarkan oleh pihak iLancee?

Saya ambil dari laman web mereka.

“iLancee ditubuhkan adalah untuk membantu usahawan-usahawan digital micro dalam memulakan kerjaya atau bisnes tanpa kos. Ini kerana pengguna hanya perlu ada kemahiran sahaja untuk jana duit di sini. Sebagai contoh, jika anda seorang writer, anda boleh tawarkan servis penulisan, jika anda seorang designer anda boleh menawarkan servis design, jika anda ada kemahiran dalam bidang bina website, tawarkan servis website dan sebagainya.

Ini maksud kami anda tidak perlukan modal. Bukan? Hanya berbekalkan kemahiran yang anda ada, anda sudah mula boleh jana wang di sini. Jaga reputasi anda di sini dan buyer akan sentiasa tempah servis dengan anda…” sumber di Laman web iLancee page Tentang Kami.

 

Sinilah tempat untuk anda komersialkan kemahiran yang anda miliki tu. Tak perlu susah payah nak fikir tentang modal untuk memulakan perniagaan, tak perlu runsing tentang masalah nak cari supplier, premis perniagaan dan sebagainya. Dengan bantuan yang disediakan oleh pihak iLancee, anda sudah boleh memulakan perniagaan anda dengan menjual kemahiran yang anda miliki.

 

“Servis Premium, Harga Murah”

Pastikan anda hanya menawarkan servis yang TERBAIK, dengan struktur harga yang berpatutan. Murah atau mahal ini adalah perkara yang subjektif. Sekiranya anda ingin meletakkan sesuatu harga, pastikan ianya berpatutan dan setanding dengan perkhidmatan yang ditawarkan.

 

Saya sendiri menawarkan servis penulisan artikel advertorial, dan saya meletakkan caj minimum RM100 untuk satu artikel. Bagi sesetengah orang, mungkin mereka merasakan caj ini tidaklah begitu tinggi. Namun, untuk sebahagian yang lain, ada yang merasakan jumlah ini terlalu mahal.

 

Saya tak rancang nak bincangkan dari aspek mahal atau murah dalam posting tentang kerja dari rumah dengan iLancee ini, sebabnya saya percaya setiap orang mempunyai strategi penetapan harga yang tersendiri. Cuma apa yang saya nak ingatkan, pastikan harga tersebut adalah sepadan dengan servis yang ditawarkan.

 

Apabila kita letakkan caj RM100 untuk satu artikel, pastikan kualitinya setanding dengan bayaran yang dikenakan. Formulanya mudah sahaja untuk memudahkan pemahaman.

i. Bila pelanggan bayar RM100 untuk satu artikel, dia akan dapat artikel dengan kualiti di tahap tertentu.

ii. Bila pelanggan yang sama bayar RM25 untuk satu artikel, dia tak mungkin akan dapat artikel yang sama kualiti berbanding artikel yang dia perlu bayar sehingga RM100.

iii. Bila kita cerita dari segi capaian artikel ataupun article reach, saya suka untuk bagi perumpamaan anda buat iklan berbayar dengan FBAds. Bandingkan kos iklan RM25 dengan kos iklan RM100. Mana satu yang mempunyai reach atau capaian audience lebih ramai? Pastinya iklan yang kita bayar mahal.

iv. Ini bermakna, setiap nilai tambahan yang dibayar, ia juga didatangkan bersamanya dengan servis premium yang lebih baik berbanding yang lebih murah.

 

Ada dua falsafah tentang harga, yang dapat saya lihat dalam kalangan mereka yang dapatkan perkhidmatan iklan dari saya.

Falsafah pertama – Biar bayar mahal janji dapat hasil kerja yang berkualiti.

Falsafah kedua – Bayar murah pun tak apa, yang penting boleh dapat hasil kerja yang banyak dari segi kuantiti.

 

Ya, selera pelanggan ini memang berbeza-beza. Tak apalah, Kita raikan setiap perbezaan. Apa yang lebih penting, kita sebagai freelancer, boleh jual kemahiran kita.

 

“Tak ada idea nak tawarkan perkhidmatan apa?”

Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang idea untuk menawarkan perkhidmatan apa di laman web iLancee, anda sebenarnya boleh dapatkan idea tersebut dengan melihat senarai perkhidmatan yang telah pun sedia ditawarkan disana. Jom kita lihat antara perkhidmatan yang ditawarkan di laman web iLancee.

senarai-servis-terkini-ilancee

Pada waktu catatan ini saya tulis, atas ini adalah antara servis terkini yang ditawarkan di laman web iLancee. Ada macam-macam servis antaranya

(1) Servis blogwalking.

(2) Koleksi ebook mini yang boleh dijual semula.

(3) Software video scribe yang boleh digunakan untuk membina video pemasaran.

(4) Servis penulisan artikel pun ada.

 

Kalau anda nak tawarkan servis yang sama dengan servis dah sedia ada di platform iLancee ini pun tak ada masalah. Anggapannya begini, kalau seorang freelancer mungkin hanya mampu untuk siapkan sejumlah kerja dalam satu-satu masa. Katakanlah, hanya mampu handle 3 job sahaja. Katakanlah kebetulan pada hari tersebut, ada sangat banyak pembeli yang memerlukan perkhidmatan yang sama. Saya ambil contoh ada 20 orang pembeli baru.

 

Seorang freelancer hanya mampu handle 3 job dalam satu-satu masa. Apa akan jadi dengan 17 job itu tadi? Mereka terpaksa menunggu, dan mungkin disebabkan terpaksa menunggu lama, akan ada antara 17 orang ini yang berubah fikiran. Sebaliknya, jika untuk sesuatu perkhidmatan itu nanti, ada lebih dari seorang freelancer yang tawarkan perkhidmatan yang sama, setidak-tidaknya pembeli akan ada pilihan dan dapat beralih kepada freelancer yang available.

 

Bagaimana cara untuk mula menjual servis di laman web iLancee?

Cara untuk menjadi penjual servis di laman web iLancee sebenarnya mudah sahaja. Seperti biasa, langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu.

kerja-di-laman-web-ilancee

Proses pendaftaran ini sangatlah mudah. Anda hanya perlu masukkan emel ditempat yang diperlukan dan seterusnya anda hanya perlu ikut sahaja langkah-langkah seterusnya.

 

Apabila akaun anda telah berjaya didaftarkan, langkah seterusnya adalah untuk mula menyenaraikan perkhidmatan yang anda mampu tawarkan menerusi portal iLancee ini. Untuk makluman anda, terdapat kos yang perlu anda bayar bagi menyenaraikan perkhidmatan anda di laman web iLancee ini.

 

Sila pilih ikut pakej yang sesuai dengan diri anda. Sekiranya anda hanya mahu senaraikan satu jenis perkhidmatan sahaja, bolehlah pilih pakej Standard Seller sahaja.

bayaran-untuk-sertai-ilancee

Menerusi pakej Standard Seller ini, anda boleh menyenaraikan sehingga 4 jenis servis yang berbeza di laman web iLancee. Bayarannya juga tidaklah begitu mahal, iaitu RM25.00 sahaja. Memandangkan kadar caj bagi setiap servis yang ingin dijual menerusi iLancee juga bermula dengan harga RM25, maka disini boleh saya katakan hanya dengan mendapatkan dua orang pelanggan, anda sudah boleh balik modal dan dapat untung.

 

Persoalannya ialah, kenapa perlu bayar RM25, RM50 atau RM100 untuk senaraikan servis di iLancee? Bukankah pihak iLancee akan menolak 20% daripada caj upah yang dibayar oleh pelanggan untuk mendapatkan servis kita!

 

Wah! Nampaknya pihak iLancee ini cuba untuk dapatkan untung berganda-ganda atas angin nampaknya! (baca dengan nada geram!)

 

Ok… isu ini sebenarnya saya dah tanyakan sendiri dengan pihak pengurusan iLancee. Ada sebab kenapa mereka buat perkara macam ni. Ada beberapa poin yang saya dapat dari pihak pengurusan iLancee berhubung perkara ini yang saya sendiri SETUJU dan ianya TERBUKTI BETUL berdasarkan pengalaman saya menyertai portal seumpama iLancee ini.

 

(1) Bayaran permulaan untuk masukkan Job

Ada pakej RM25, pakej RM50 dan juga pakej RM100. Bukan semua orang sanggup nak keluar duit untuk buat duit di internet. Hingga ke saat ini, mentaliti nak buat duit tanpa sebarang modal masih lagi menebal dalam diri sebahagian dari kita.

 

Disebabkan wujudnya mentaliti seperti ini, maka ada dalam kalangan kita yang suka-suka hati menawarkan servis yang entah apa-apa di laman web iLancee. Hal seumpama ini pernah berlaku dalam portal iLancee sebelum ini, hinggakan portal tersebut dipenuhi dengan macam-macam servis yang mengarut dan tak masuk akal.

 

Dalam bahasa kasarnya, servis sampah. Ada juga dalam kalangan pengguna iLancee sebelum ini yang bersikap cuai. Dia dah senaraikan servis, lepas tu dia tak pernah buka laman web iLancee ni langsung. Walaupun ada pembeli yang minat nak dapatkan servis tersebut, tetapi freelancer tersebut langsung tak hiraukan (atas pelbagai alasan, dan alasan paling popular ialah sebab SIBUK)

 

Kesannya, pihak iLancee yang mendapat feedback negatif. Walhal, yang bermasalah adalah seller atau freelancer tersebut, bukannya pihak iLancee. Jadi, dengan diwujudkan sistem pakej seperti ini, diharapkan hanya freelancer yang betul-betul serius sahaja yang akan menyenaraikan servis mereka disini.

 

Saya juga telah mencuba sendiri sistem tempahan untuk menyenaraikan servis bagi dijual di laman web iLancee.

bayaran-servis-ilancee

Ianya sungguh mudah. Untuk pembayaran menggunakan tunai, boleh klik pada link dari SenangPay dan ia secara automatik akan redirect ke laman web bank pilihan.

 

(2) Caj 20% ditolak daripada harga jual setiap servis

Caj ini pula bagi tujuan menampung kos-kos pengurusan yang perlu ditanggung oleh pihak admin yang menyediakan sistem ini. Kos pengurusan ini termasuklah kos untuk melanggan domain, hosting, sistem pembayaran dan sebagainya.

 

Saya berpandangan, di masa akan datang, jika kos pengurusan dapat dikurangkan, mungkin pihak admin iLancee boleh pertimbangkan untuk turunkan caj dari 20% kepada 10% sahaja.

 

Sistem keselamatan apabila berurusan di laman web iLancee

Apa yang saya dapat lihat, Pihak pengurusan iLancee ini telah melakukan yang terbaik bagi memastikan setiap transaksi yang dijalankan menerusi portal ini berada ditahap keselamatan yang paling baik.

kerja-dengan-ilancee

Setiap tempahan yang dilakukan oleh pembeli, perlu melalui akaun iLancee terlebih dahulu. Pembeli akan membuat bayaran kepada iLancee, dan hanya apabila penjual telah menyiapkan kerja, barulah dia akan menerima bayaran. Ini bermakna, jika penjual tersebut gagal menyiapkan kerja seperti yang dijanjikan, pembeli akan dapat semula duit yang dibayar dan duit tersebut tidak akan hangus begitu sahaja.

 

Pembeli juga tidak digalakkan untuk berkomunikasi menggunakan kaedah komunikasi selain daripada yang disediakan oleh pihak iLancee. Ini juga adalah sebagai langkah keselamatan. Sekiranya anda percayakan penjual, dan tak mahu menggunakan platform iLancee sebagai perantara, maka anda boleh terus deal dengan penjual tersebut.

 

Walaubagaimanapun, transaksi tersebut tidak dijamin dari segi keselamatannya, kerana ia berlaku diluar daripada sistem iLancee.

 

Freelancer! Tambahkan channel untuk menjual perkhidmatan anda di iLancee

Saya berpendapat, para freelancer yang memilih untuk bekerja dari rumah dengan iLancee telah membuat keputusan yang bijak. Daripada hasil carian yang saya buat di laman web google, saya dapati ada ramai juga penulis blog yang bercerita tentang laman web iLancee ini di blog masing-masing.

 

Apa maknanya? Apakah kebaikkannya kepada para penjual di iLancee?

 

Sudah tentu ada kelebihan dan kebaikkan kepada penjual servis di iLancee. Secara tak langsung, mereka menerima tempias daripada aktiviti promosi yang dijalankan oleh orang lain. Jika kebetulan servis yang anda tawarkan juga adalah servis yang banyak permintaan, anda akan dapat tempahan tanpa perlu susah payah buat kerja-kerja pemasaran.

 

Dah ada orang lain yang tolong buat kerja pemasaran bagi pihak anda. In fact, pemilik portal iLancee ini juga dari semasa ke semasa akan buat promosi untuk portal ini. Ini secara tak langsung akan meningkatkan kebarangkalian untuk anda juga dapat tempahan daripada hasil kerja pemasaran orang lain.

 

Bandingkan jika anda hanya buat kerja pemasaran seorang diri. Anda tidak dapat leverage hasil kerja orang lain seperti yang dinikmati oleh para penjual servis di iLancee.

 

Pada waktu catatan ini saya tulis, contest bertajuk “kerja dari rumah dengan iLancee” juga sedang dijalankan. Ini bermakna, akan ada ramai lagi yang turut serta dan sama-sama mempromosikan portal jual beli servis ini.

peraduan-kerja-dari-rumah-ilancee

Formulanya mudah. Lagi ramai yang menulis tentang portal iLancee ini, lagi ramai yang tahu kewujudan portal ini, maka akan lagi ramai potential buyer yang akan datang portal ini dan buat tempahan. Maka beruntunglah mereka yang telah menyenaraikan perkhidmatan mereka di laman web ini.

 

Untuk mereka yang telah menyenaraikan perkhidmatan mereka diportal ini, selamat maju jaya saya ucapkan. Semoga rezeki anda semua melimpah ruah!

 

Contest iLancee ini telah dianjurkan oleh ahmadFaiz.com dan ditaja oleh SM Creative Studio, Semanis Kurma, Bina Blog Sendiri, Best Autoresponder, Panduan Bisnes Ebook, Buat Duit Blog, Best Hosting, Affiliate Malaysia, Poslaju Tracking, Infobiz FB Ads, BinMuhammad, Seri Nian Blogger, Hiburan Sabah, Top Seo Friendly, Sentiasa Panas

 

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Panduan Bekerja Dari Rumah – Contoh kerja dari rumah yang Popular dan boleh dipercayai
  2. Jobdirumah: Sumber pekerjaan untuk mereka yang tak pandai cari kerja dari rumah
  3. Apa yang BEST dengan bekerja dari rumah?
  4. Peluang kerja dari rumah secara online bidang Data Entry Disember 2016

Filed Under: Bekerja dari rumah Tagged With: bekerja dari rumah dengan iLancee, bekerja untuk ilancee, cara kerja dengan ilancee, kerja dari rumah dengan freelancer, kerja dari rumah dengan ilancee, kerja dari rumah sebagai penulis, kerja sebagai freelancer ilancee

Comments

  1. titan says

    February 5, 2017 at 2:22 am

    nak wat duit macam ni, kena rajin je.

    malas, takde obatnya.

    Reply
    • sabree hussin says

      February 5, 2017 at 1:37 pm

      Ya tepat sekali, kena rajin.

      Reply
  2. Datoksir says

    February 6, 2017 at 5:48 pm

    bro. best ilancee nih. jomm buat duit. hehehe

    Reply
    • sabree hussin says

      February 6, 2017 at 8:23 pm

      Memang best. Kalau kena dengan caranya memang tak cukup tangan nak handle tempahan. Ilancee ini salah satu medium atau platform yang boleh kita gunakan untuk jual kemahiran dan kepakaran kita.

      Reply
  3. Sentiasa Panas says

    February 6, 2017 at 6:25 pm

    Semoga berjaya dalam kontes ‘kerja dari rumah dengan iLancee’ ye 🙂

    Reply
    • sabree hussin says

      February 6, 2017 at 8:33 pm

      Terima kasih tuan, tuan pun sama. Semoga berjaya dalam kontes kerja dari rumah dengan iLancee ini juga.

      Reply
  4. Jiesusanos says

    February 7, 2017 at 2:23 am

    Terbaik la entry ilancee ni bro sabree..panjang btul.. Ni mesti lebih 2 ribu patah perkataan.. Huhu.

    Buat kerja dari rumah ni salah satu kegemaran jie..huhu

    Reply
    • sabree hussin says

      February 7, 2017 at 11:48 am

      Ada la sikit-sikit. Cuba la Jie kira kalau rajin haha

      Reply
  5. Kamil Salleh says

    March 2, 2017 at 4:20 pm

    Wow….entri yang sangat panjang dan penuh informasi tentang Kerja Dari Rumah Dengan ilancee….

    Huraian yang amat padat dan mudah difahami.

    Moga berjaya bro Sabree

    Reply
  6. Calrase Patrick says

    March 6, 2017 at 3:59 pm

    woowww tahniah tuan bakal pemenang nih… Tuan memang hebat

    Reply
  7. Jambu batu says

    March 6, 2017 at 11:29 pm

    Semoga berjaya dengan contest “kerja dari rumah dengan iLancee” ni.. 🙂

    Reply
  8. Jambu batu says

    March 6, 2017 at 11:32 pm

    Semoga berjaya dengan contest ni bro!

    Reply
  9. Hafizteoh says

    October 10, 2019 at 2:50 pm

    web ilancee sekarang ni available ke tak. komen pon banyak 2017. nak register pon tak boleh dah puluhan kali cuba error : please enter phone no. dah letak lagi suruh letak. peninggggg

    Reply

Trackbacks

  1. Kerja sambilan dari rumah dengan iLancee - Sabree Hussin Dot Biz says:
    February 22, 2017 at 2:05 pm

    […] taip sahaja kata kunci seperti “kerja sambilan dari rumah dengan ilancee” atau “kerja dari rumah dengan ilancee” dan akan dapati ada banyak sebenarnya blogger yang menulis tentang portal […]

    Reply
  2. Adakah kerja sambilan menaip dari rumah benar-benar wujud dan boleh dipercayai? - Soal Jawab .MY says:
    August 7, 2017 at 1:35 am

    […] Saya pernah tulis tentang ilancee sebelum ini. Boleh baca artikel saya yang bertajuk “kerja dari rumah dengan ilancee“. Anda boleh baca tentang ilancee disitu sebabnya saya tak nak panjangkan artikel ini dengan […]

    Reply
  3. Berita baik! Follower di Instagram anda boleh bantu anda jana pendapatan. Ini caranya… | Formula Income Seumur Hidup FI$H says:
    August 8, 2017 at 11:57 pm

    […] Pernah dengar nama iLancee tak? Kalau tak pernah dengar, rasanya bolehlah luangkan masa sejenak untuk baca, bagaimana cara kerja dari rumah dengan iLancee. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kenapa pilih untuk buat bisnes homestay?
  • Tiket masuk ke Zoo Negara
  • Apa sebenarnya Punca & Faktor kemiskinan?
  • Apa perlu buat selepas join PG Mall Consumerchant
  • Cara elak menerima review negatif untuk bisnes homestay

Recent Comments

  • zue on Lepas SPM tak nak sambung belajar?
  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in