Sepanjang bekerja dengan majikan anda sekarang ni, berapa kali agaknya terlintas difikiran anda untuk menghantar surat letak jawatan dan berhenti kerja?
Saya percaya, setiap orang yang bekerja makan gaji, pasti sekurang-kurangnya akan terfikir untuk berhenti kerja. Sama ada nak berhenti kerja sebab nak cari kerja lain, nak buat bisnes, ataupun sebab tak puas hati dengan sebarang perubahan polisi mahupun cara kerja di syarikat semasa.
Kadang-kadang bila kita bersembang dengan abang dan kakak senior, mereka ini juga selalu ulang-ulang ayat, “aku dah tak tahan kerja kat sini, aku nak resign…”
Tak tahulah dah berapa kali agaknya dia ulang ayat yang sama. Tapi sampai ke hari ini masih tak resign lagi. Elok je datang kerja macam biasa. Itulah kan… kadang-kadang orang yang asyik cakap nak berhenti kerja ni, dia cuma cakap sahaja. Tak ada pun tindakan yang menunjukkan dia betul-betul serius dengan kata-kata tersebut.
Agaknya, dia bukannya tak nak berhenti kerja, tapi masih belum jumpa sebab yang cukup kuat untuk berhenti kerja sekarang. Maklumlah, keputusan untuk berhenti kerja bukanlah sesuatu yang remeh. Kalau tersilap percaturan, kita yang susah nanti.
Adakah munasabah jika kita nak berhenti kerja semata-mata sebab tak puas hati kena tukar meja kerja atau work station? Ataupun, adakah masuk akal untuk berhenti kerja sebab nak mulakan bisnes sendiri yang kita sendiri belum tahu sama ada ia akan berjaya ataupun tidak. Sanggup dan beranikah anda untuk mengambil risiko turun naik keuntungan dalam bidang jualan?
Jom saya nak bawa anda bincangkan perihal mengenai berhenti kerja. Apa agaknya sebab yang cukup kuat untuk kita buat keputusan berhenti kerja. Oh by the way, apa yang saya bincangkan dekat sini, adalah sesuatu yang common sense sahaja kebanyakkannya.
Anda pun janganlah expect something yang luar biasa dan bombastik. Saya hasilkan artikel ini, sekadar untuk membantu anda buat pertimbangan, mana satu yang baik dan buruk untuk anda. Mungkin, ada orang yang akan kata tindakan anda untuk berhenti kerja itu salah, tak fikir panjang… hei macamlah orang lain betul-betul tahu dan faham apa yang anda lalui.
Kali ini saya nak kongsikan kepada anda 10 sebab yang munasabah jika anda ingin berhenti kerja sekarang.