7 Tugasan yang anda boleh outsource untuk mengembangkan perniagaan anda

by sabree hussin on August 15, 2015

in Pemasaran Internet

Boleh saya tahu, apakah pendirian dan prinsip yang anda gunapakai untuk jalankan perniagaan anda? Adakah anda jenis yang sukakan konsep “One Man Show” yang mana anda lebih suka untuk buat sendiri semua perkara dari A hingga Z, atau anda jenis yang lebih suka mendapatkan khidmat luar untuk jalankan tugasan tertentu asalkan hasil akhir nanti masih lagi menepati piawaian dan kritiria yang anda mahukan?  

 

Konsep yang kedua ini merujuk kepada outsourcing. Outsource. Topik ini pernah saya bincangkan dalam blog ini sebelum ini, dan jika anda masih belum baca lagi, boleh klik pada link dibawah

Klik untuk baca: 10 sebab kenapa anda perlu outsource sebahagian daripada proses bisnes anda

 

Memandangkan topik mengenai outsourcing ini mungkin agak baru bagi sesetengah usahawan, sama ada usahawan online mahupun offline, jadi In Shaa Allah kali ini saya akan kongsikan pula beberapa perkara ataupun tugasan yang biasanya perlu dilakukan oleh sesebuah perniagaan yang boleh di outsource sahaja.

Outsourcing word cloud concept

 

Kesemua perkara-perkara ini PENTING untuk anda lakukan. Tetapi, walaupun penting, perkara-perkara tersebut amat makan masa yang panjang (jika anda tiada kepakaran itu) dan yang paling menyedihkan sekali ialah, jika anda buat dengan bagus sekalipun, ia tidak akan mendatangkan wang kepada perniagaan anda. Sebagai usahawan, bukankah lebih baik anda luangkan masa anda untuk lakukan kerja-kerja yang mendatangkan wang berbanding anda lakukan kerja-kerja yang bersifat supportive yang tidak menambahkan aliran wang masuk pun?

 

Jadi dalam perkongsian kali ini saya akan senaraikan beberapa perkara yang sesuai untuk di outsource sahaja. Senarai ini bukannya muktamad, dan anda mungkin akan dapati ada banyak lagi perkara yang anda boleh outsource selain daripada apa yang saya ceritakan dalam entri ini.

 

Apa perkara yang sesuai untuk di outsource?

 

1. Semak dan balas emel pelanggan

Jika anda dah menjalankan perniagaan online untuk sekian lama, adalah menjadi kebiasaan jika inbox emel anda dipenuhi dengan emel-emel pertanyaan dari pelanggan anda. Kadang-kadang, soalan yang mereka tanyakan sangatlah BASIC.

 

Saya sendiri alami benda yang sama. Pelanggan bertanyakan soalan seperti orang yang tak pernah membaca. Sebenarnya bukannya maklumat tentang produk atau perkhidmatan itu tiada, tetapi pelanggan ni perangai dia memang macam ni. Benda boleh baca sendiri, tetapi dia malas nak baca. Ataupun dia jenis yang suka skip skip bila baca.

 

Ini biasa berlaku lebih-lebih lagi jika sales page anda mengandungi teks yang panjang. Bagi pertanyaan-pertanyaan yang mudah, anda boleh outsource sahaja kerja-kerja ini kepada orang lain. Hanya apabila ada emel yang memerlukan anda balas secara personal, barulah anda buat sendiri. Adakalanya, daripada 50 emel yang masuk ke inbox anda, hanya 3 – 5 sahaja yang betul-betul penting yang memerlukan tindakan dari anda. Yang selebihnya, tak begitu penting, tapi still anda perlu balas untuk wujudkan good impression.

 

2. Buat sales dan marketing

Berapa ramai kat sini yang TAK SUKA BUAT SALES?

 

Saya pasti, ada RAMAI. Sebagai pemilik perniagaan, anda juga adalah seorang CEO. Adakah kerja seorang CEO adalah buat jualan? Atau sepatutnya sebagai CEO anda berperanan untuk mengkoordinasi perniagaan anda dan membahagikan tugas-tugas tertentu kepada orang tertentu yang sememangnya LAYAK dan berkemampuan untuk menghasilkan RESULT yang anda inginkan.

 

Pada tahun 2013, saya lancarkan ebook saya yang pertama iaitu Panduan Dominasi FB Group. Minat saya adalah dalam bidang penulisan, bukannya JUALAN. Seperti orang lain, saya hanya ada 24 jam sahaja dalam sehari. Jika saya fokus pada aktiviti sales and marketing, saya jadi tak ada masa nak tulis ebook baru. Ironinya, jika saya fokus untuk tulis ebook baru, saya tak ada masa pulak nak buat sales.

 

Jadi nak tak nak, saya perlu outsource kerja-kerja sales and marketing. Saya dapatkan ejen yang berminat untuk bantu saya promosikan produk saya, dan mereka akan saya bayar komisyen jika terdapat jualan, dan saya juga dapat fokus untuk tulis ebook. Masing-masing dapat untung.

 

Jika anda juga tak suka buat sales, outsource je kerja-kerja sales and marketing tu.

 

3. Bina laman web

Lazimnya, untuk projek-projek saya yang memerlukan saya ada laman web, saya akan buat sendiri menggunakan software seperti blogspot to minisite. Dengan adanya sedikit pengalaman, saya tak ada masalah untuk bina sendiri, dan menghasilkan web copy pada laman web yang dibina.

 

Contohnya laman web terbaru yang saya bangunkan adalah laman web servis advertorial

software_bina_laman_web

Untuk hasilkan design,  ia ambil masa kira-kira 10 minit sahaja dan untuk penulisan webcopy ataupun seksyen copywriting, ia hanya perlukan masa kira-kira 2 jam 30 minit. Jika ada kecacatan dan kelemahan, ia masih boleh diperbaiki dari masa ke masa.

 

Walaubagaimanapun, bagi sesetengah individu, mereka akan ambil masa yang sangat lama just to develop a website. Jika anda adalah antara yang memang akan ambil masa yang lama, saya lebih sarankan anda outsource sahaja.

 

4. Tulis ebook atau buku

Sekiranya anda rasakan, untuk menulis artikel yang mengandungi 1,500 patah perkataan dah cukup menyeksakan, saya risau anda akan jadi gila bila kena tulis ebook ataupun buku yang dah tentu memerlukan anda menulis lebih banyak bilangan perkataannya.

 

Saya tak kata anda tak akan berjaya buat, cuma apa yang saya nak highlight disini ialah, jika anda fokus pada perkara yang anda tak suka buat, ia akan consume terlalu banyak masa anda, dan hasil akhirnya nanti belum tentu akan memuaskan hati anda.

 

5. Design

Ini favorite saya. Bukan saya suka buat kerja-kerja design, tetapi sebaliknya saya suka outsource sahaja kerja-kerja design.

 

Blog ni juga saya upah orang untuk bantu design. Kalau setakat pemasangan biasa, memanglah saya tahu macam mana nak buat. Anda pun boleh buat kalau anda tahu macam mana caranya. Tetapi kalau dari segi susun atur, itu saya surrender.

Anda nak belajar cara pasang laman blog wordpress?

Klik untuk baca: Panduan pemasangan blog wordpress self hosted

 

6. Masalah teknikal pada laman web

Masalah teknikal ni boleh jadi disebabkan oleh beberapa perkara, sama ada

1. Serangan virus

2. Masalah server

3. Masalah coding

4. Anda dah terdelete file yang tak sepatutnya anda usik

 

Saya bukan programmer. Jika saya ada masalah teknikal, saya akan terus cari orang untuk bantu selesaikan masalah saya. Saya outsource sahaja kerja-kerja servis ini.

 

7. Penghantaran produk

Biasanya apabila melibatkan jual beli produk fizikal. Bila pelanggan dah buat pembelian, dah tentu anda perlu uruskan pula penghantaran produk tersebut.

 

Jika penghantaran menggunakan pos laju misalnya, kerja anda ialah

1. Balut produk cantik-cantik supaya tak rosak

2. Pergi pos laju dan tunggu giliran untuk pos barang

3. Serahkan tracking number kepada pelanggan

4. Jika pelanggan pulangkan barang, atau minta tukar barang, anda kena uruskan lagi

 

Semua ni memang agak menyukarkan dan makan masa yang lama. Ada tak solusi dia? Dah tentu ada. Pernah dengar kaedah dropship kan? Semua yang saya sebutkan ini, anda boleh outsource sahaja kepada syarikat dropship. Kerja anda jadi lebih mudah dan anda akan ada lebih banyak masa untuk buat kerja-kerja yang mendatangkan duit.

 

Cuba anda bayangkan sebuah syarikat. Syarikat tu ada pemilik. Tetapi amat jarang kita kenal siapa pemilik syarikat tu. Yang kita kenal ialah CEO syarikat tersebut, yang berperanan untuk mengurus tadbir operasi syarikat.

 

… dan syarikat tu pula akan ada seorang manager, assistant manager, executive, team leader, marketing department, accounting and finance department, customer service dan sebagainya. Setiap orang ada pembahagian tugas masing-masing dan semuanya sibuk bekerja untuk majukan syarikat.

 

Err… pemilik syarikat buat apa ya? Entah-entah tengah syok main golf, memancing atau pergi melancong. Cuba bayangkan, kalau sebagai pemilik syarikat, dia la CEO, dia la manager, kuli pun dia, admin pun dia, kemudian despatch pun dia buat… Bila masa dia nak enjoy kehidupan dia sebagai pemilik perniagaan?

 

Be Sociable, Share!

{ 5 comments… read them below or add one }

Ahmad November 29, 2016 at 7:32 am

terimakasih atas perkongsiannya tuan ….. salah satu yang menarik hati saya yaitu tentang pemasarannya …

Reply

Ilham November 29, 2016 at 7:33 am

sekarang saya mencoba untuk membina website untuk pemasaran produk saya …..

Reply

sabree hussin November 29, 2016 at 12:25 pm

Bagus tu. Website memang sangat penting untuk pemasaran secara online 😀

Reply

zharif December 11, 2016 at 11:51 am

Terima kasih tuan. Sangat bermanfaat =)

Reply

sabree hussin December 13, 2016 at 8:52 pm

Sama-sama

Reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: