UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Konsep bisnes dropship secara mudah dan ringkas

June 10, 2016 by sabree hussin 1 Comment

Jika anda biasa mengikuti perkongsian-perkongsian yang telah saya muatkan dalam blog ini, anda pasti perasan yang saya pernah beberapa kali menulis topik tentang bisnes dropship ini. Mudah-mudahan siapa yang pernah baca blog ini, sama ada mereka yang jumpa blog ini secara sengaja atau tak sengaja dapat beroleh manfaat dan dapat mencuba sendiri menjalankan perniagaan online anda menggunakan sistem atau konsep bisnes dropship ini.

 

konsep perniagaan dropship

Sekiranya anda masih kurang jelas dengan konsep bisnes dropship ini, kat sini saya nak kongsikan sekali lagi penerangan secara ringkas untuk membantu anda memahami konsep bisnes ini yang sememangnya sangat mudah dan berpotensi untuk memberi keuntungan yang lumayan. Bagi memudahkan proses penerangan, saya syorkan anda rujuk juga gambar di atas ini.

 

Semua sekali terdapat lima langkah mudah, bagaimana perniagaan dropship boleh dijalankan.

(1) Anda memasukkan gambar-gambar produk ke laman web

Gambar-gambar produk ni anda boleh dapatkan daripada pihak pembekal atau pihak yang menawarkan program dropship. Selalunya mereka akan menyediakan beberapa keping gambar yang anda boleh gunakan bagi tujuan promosi.

 

serbuk-mutiara-asli-perlaking Sebagai contoh anda ingin menjual Perlaking Serbuk Mutiara Asli.

 

Walaupun pada hakikatnya, gambar produk adalah sangat mudah untuk diperolehi secara online, dengan bantuan enjin carian google, namun saya amat menyarankan supaya anda dapatkan gambar produk sebenar dari pihak pembekal.

 

Kalau boleh dapatkan gambar yang ditangkap sendiri menggunakan kamera, dan bukannya macam gambar yang kat sebelah ini. Ini ialah gambar model untuk produk tersebut. Memang nampak lebih cantik, namun gambar yang diambil sendiri menggunakan kamera nampak lebih realistik.

 

Laman web apa yang boleh digunakan bagi tujuan mempromosikan produk? Sebenarnya ia terpulang kepada anda. Setiap orang pasti mempunyai strategi yang berbeza. Ada orang suka upload gambar produk yang dijual di laman blog, ada yang suka guna instagram, dan ada juga yang suka guna twitter. Sebenarnya kalau anda nak guna semua sekali pun tak ada masalah.

 

Cuma apa yang saya nak syorkan ialah, sebaik-baiknya anda mempunyai cara untuk semak dari mana kebanyakkan tempahan yang anda perolehi tu diperolehi. Adakah dari FB? Instagram atau mungkin blog?

 

Jika anda tak tau macam mana nak buat sistem tracking, mungkin anda boleh buat begini.

Untuk tempahan dari blog, anda boleh minta pelanggan untuk SMS/Whatsapp

Taip Blog-Perlaking dan hantar ke 012 345 6789 

Untuk tempahan dari Facebook, anda boleh minta pelanggan untuk SMS/Whatsapp

FB-Perlaking dan hantar ke 012345 6789

 

Ok mudah je kan? Kita move on ke step yang seterusnya.

 

(2) Bakal pelanggan melihat gambar produk yang anda masukkan di laman web

Jika anda mengiklankan produk yang anda jual di banyak tempat, macam mana pun pasti akan ada seseorang yang akan melihat gambar dan iklan anda. Jika anda iklankan di Facebook misalnya, pasti akan ada rakan-rakan yang terlihat iklan anda. Begitu juga jika anda menggunakan medium blog untuk mengiklankan produk tersebut. Pasti akan ada pengguna internet yang terjumpa iklan anda apabila mereka menggunakan enjin carian google untuk melihat maklumat atau info tentang produk anda.

 

Mungkin, pengguna internet itu sebenarnya sedang mencari informasi dan testimoni perlaking menggunakan khidmat enjin carian google dan akhirnya berjaya menemui laman web atau blog anda.

 

(3) Pelanggan menghubungi anda untuk buat tempahan lalu membuat bayaran

Jika ada bakal pelanggan yang mula menghubungi anda, bermakna anda telah melakukan sesuatu yang TEPAT dalam kerja-kerja pemasaran yang anda lakukan. Step ini mudah sahaja. Anda hanya perlu minta butiran peribadi pelanggan seperti nama dan alamat. Kemudian barulah berikan nombor akaun bank anda untuk urusan pembayaran.



 

(4) Anda buat bayaran kepada pembekal dengan harga kos setelah pelanggan buat bayaran

Selepas pelanggan itu tadi buat bayaran kepada anda, barulah anda buat tempahan produk yang dimahukan itu tadi kepada pihak pembekal. Bayaran kepada pembekal adalah lebih murah berbanding bayaran yang dibuat oleh pelanggan kepada anda. Perbezaan harga ini adalah keuntungan anda.

 

Contohnya anda jual dengan harga RM70. Pembekal menawarkan harga ejen sebanyak RM55. Bermakna perbezaan harga sebanyak RM15 itu adalah keuntungan anda.

 

(5) Pihak pembekal uruskan pembungkusan dan penghantaran produk kepada pelanggan

Setelah anda membuat bayaran dan memberikan maklumat penghantaran produk kepada pembekal, pihak pembekal akan uruskan dari segi pembungkusan dan penghantaran produk kepada pelanggan itu tadi.

 

Anda dapat buat untung, pelanggan itu tadi dapat barang yang dimahukan, dan pihak pembekal juga boleh dapat untung daripada proses ini. Semua pihak boleh dapat UNTUNG dan semua pihak menang. Tiada yang tanggung kerugian dalam hal ini.

 

Untung sebanyak RM15 itu adalah untuk satu unit jualan. Bayangkan jika dalam masa sebulan, anda berjaya menjual 100 unit, atau mungkin lebih banyak dari itu! Pada asalnya anda langsung tidak mengeluarkan sebarang modal untuk memulakan perniagaan ini, tetapi anda masih boleh buat duit. Inilah hebatnya sistem perniagaan menggunakan konsep dropship.

 

Adakah semua orang boleh lakukan bisnes dropship? Pada pandangan saya, semua orang boleh lakukannya. Namun, mungkin bukan semua orang akan konsisten berbisnes dengan cara ini. Ia ada kena mengena dengan faktor minat jugak. Memang agak sukar kalau orang yang tak minat berbisnes nak konsisten dan fokus buat benda ni.

 

Baiklah, semoga penerangan saya tentang konsep bisnes dropship ini jelas dan membantu anda. Sekian dulu! Kita jumpa lagi di lain masa ya.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Kelemahan menjalankan bisnes menggunakan Konsep Dropship
  2. Kelebihan menjalankan bisnes menggunakan Konsep Dropship
  3. Kesilapan pertama dalam berniaga produk fizikal online: Tidak menggunakan konsep bisnes dropship
  4. Apa kelebihan konsep Bisnes Dropship kepada pemilik perniagaan?

Filed Under: Bisnes Dropship Tagged With: bisnes dropship, buat duit dengan dropship, cara buat duit dengan dropship, konsep bisnes dropship

Trackbacks

  1. Apa kelebihan buat bisnes online guna konsep dropship says:
    November 13, 2018 at 4:08 pm

    […] jual dengan cara biasa? Selama ni saya cuma jual produk yang ada dalam tangan saya sahaja. Kalau konsep dropship ni bagus, mungkin saya boleh pertimbangkan untuk cuba kaedah tersebut […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu
  • Kelebihan Online Travel Agent kepada pengguna dan pengusaha bisnes tempat penginapan
  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in