Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Bagaimana Youtube boleh bantu mengembangkan perniagaan anda?

June 27, 2015 by sabree hussin 12 Comments

Secara purata, pengguna internet akan meluangkan masa sekitar 15 – 30 minit setiap hari untuk menonton video di laman web Youtube. Saya juga tak terkecuali.

 

Pada waktu catatan ni saya tulis, sebenarnya pada masa yang sama saya juga sedang menonton video di Youtube

bagaimana_pemasaran_youtube

Ini adalah salah satu channel yang paling kerap saya tonton di Youtube. Oh jika anda pun berminat nak tonton video ni, boleh klik sini: A Christian lady accepts Islam after her questions are convicingly answered by Dr Zakir Naik

 

Selain channel Dr Zakir, saya juga tonton beberapa video lain Youtube seperti video tentang sesi sidang debat di parlimen, ceramah UAI dan sebagainya (ceh macam bagus sangat pulak ha ha ok fine kadang-kadang saya layan jugak video tentang kucing-kucing comel)

 

Tahukah anda, tagline bagi Youtube ialah “Broadcast Yourself”? Youtube menyediakan platform bagi orang biasa macam kita semua untuk menyiarkan video-video kita bagi dikongsikan kepada seluruh dunia. Selagi mana tempat tersebut ada internet, bermakna video anda boleh ditonton di mana-mana pelusuk dunia.

 

Adakah laman Youtube berpotensi untuk memberikan pendapatan kepada kita?

 

Tentu sekali BOLEH.

Baca: Rahsia Duit Youtube

 

Beberapa tahun kebelakangan ni, ramai juga sebenarnya selebriti yang bermula dengan platform Youtube sebelum nama mereka mula meningkat naik dan dikenali sebagaimana mereka sekarang. Mereka bermula dengan memuat naik video persembahan mereka di Youtube, menarik minat sebahagian pengguna laman web Youtube dan menukarkan mereka kepada peminat, kemudian mereka mula membina jenama dan akhirnya mempunyai follower tersendiri.

artis_bermula_dengan_youtube

Best ke tak bila ada follower dan peminat sendiri ni? Bila buat lagu dan jual CD, dah ada peminat yang bersedia nak beli. Bila nak mulakan perniagaan kosmetik sendiri, dah ada ready buyer dari kalangan peminat untuk beli. Kalau tak ada job untuk persembahan, pada bila-bila masa ada peminat yang nak jemput untuk buat persembahan di function.

 

Ok itu cerita tentang artis yang bermula dengan Youtube. Bukan semua orang boleh mengeksplotasi laman Youtube seperti mereka. Kalau nak buat seperti yang mereka buat ni, dah tentu anda memerlukan bakat tertentu, wajah yang tampan dan menarik, barulah ada ‘harga’.

 

Macam mana nak manfaatkan Youtube untuk mengembangkan bisnes sedia ada?

Pertama sekali dan paling penting, anda perlu dapatkan kefahaman tentang bagaimana laman web Youtube ini beroperasi. Setuju? Baiklah, dari segi teknikal dan taktikal, saya akan cerita di lain masa. Itu pun kalau saya ada kesempatan nak tulis dengan lebih details tentang pemasaran di Youtube ni. Kalau anda nak tau cepat, sekarang ni dah ada panduan khas tentang pemasaran Youtube. Anda boleh baca di laman web Rahsia Duit Youtube ni.

 

Pada asasnya, kita boleh memanfaatkan jumlah pengunjung yang ramai yang berada di laman Youtube untuk kita promosikan produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan. Baiklah, saya akan share sekurang-kurangnya 3 cara bagaimana anda boleh menggunakan Youtube sebagai salah satu channel untuk anda dapatkan jualan dan pelanggan baru untuk perniagaan anda.

 

Antara teknik-teknik pemasaran video yang anda boleh lakukan dalam masa 24 jam dari sekarang ini ialah

1. Hasilkan video khusus untuk menceritakan tentang produk atau perkhidmatan anda

Tak perlu susah payah nak hasilkan video standard Dreamworks atau Disneys.

Anda boleh mula merakam dan memuat naik video anda semudah membuat rakaman menggunakan smart phone anda. Saya pernah cuba, dan dari segi kualiti ianya bukanlah perkara besar.

Sebab yang lebih penting dalam pemasaran video, adalah kita mahukan lebih banyak publisiti dan pendedahan terhadap perniagaan kita.

 

2. Dapatkan mana-mana video yang berpotensi untuk jadi viral dan anda masukkan iklan jenis Pop Up pada video tersebut

Memandangkan Youtube mempunyai sistem untuk kenalpasti video yang SAMA, maka apa yang anda boleh buat ialah muat turun video yang sememangnya sedang viral, edit serba sedikit dan upload semula.

 

3, Dapatkan video-video yang ada peluang untuk jadi viral kemudian anda masukkan serba sedikit iklan tentang produk anda di bahagian video description 

Kalau anda tak mempunyai kemahiran untuk buat iklan jenis Pop Up pada video, tak ada masalah. Manfaatkan bahagian description untuk anda selitkan serba sedikit pengenalan tentang perniagaan anda.

 

Alright, saya share teknik yang simple sahaja dulu. Kalau ikut pengalaman saya yang sebelum-sebelum ni, teknik simple pun sebenarnya dah cukup untuk memberikan hasil, dengan syarat… KENA BUAT la.

Untuk bahagian yang complicated, tak akan cukup satu blogpost untuk terangkan dengan lengkap. Anda kena baca dalam bentuk ebook, itu lebih baik dan anda boleh download disini.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. 7 Tugasan yang anda boleh outsource untuk mengembangkan perniagaan anda
  2. Bagaimana Perpustakaan Awam boleh bantu anda tambahkan pendapatan?
  3. 10 Laman web yang anda mungkin TAK TAHU boleh bantu anda jana pendapatan tambahan
  4. Bagaimana Program Jobdirumah boleh bantu atasi masalah pengangguran?

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: pemasaran youtube, rahsia duit youtube, teknik duit youtube

Comments

  1. Uncle Zuan says

    June 28, 2015 at 4:17 pm

    di mana ada internet, di situ boleh buat duit 🙂

    Reply
  2. apdm1 says

    June 29, 2015 at 3:15 am

    ini antara cara paling senang ni nak buat duit dengan adsense, kan?

    Reply
    • sabree hussin says

      June 29, 2015 at 8:18 am

      Betul, antara cara paling senang. tapi kena hati-hati jugak, bila cara tu senang, senang jugak kehilangan akuan adsense ha ha

      Reply
  3. Junaidy Jaimi says

    June 29, 2015 at 11:54 am

    boleh tambah channel baru untuk pemasaran di youtube pulak..

    Reply
  4. zool says

    June 30, 2015 at 12:14 am

    memang berguna kalau dapat optimumkan penggunaan youtube ni

    Reply
  5. Lenny Boniface says

    June 30, 2015 at 7:03 am

    Baru jejakkan kaki di blog ini. Info bagus tentang buat duit dengan Youtube. Sebenarnya apa-apa yang berkaitan menjana duit adalah BAGUS. Thanks for info.

    Reply
  6. Anuar says

    June 30, 2015 at 8:47 am

    Terima kasih di atas perkongsian info… Teringin nak buat Video dan Upload dekat Youtube, tapi masa masih belum mengizinkan..

    Reply
  7. farzli says

    June 30, 2015 at 6:40 pm

    gua sedang tatih benda ni..

    Reply
  8. Sani says

    July 1, 2015 at 1:00 pm

    Banyak produk clickbank pun menggunakan teknik video untuk buat marketing..

    Reply
  9. Ibu Farish says

    July 5, 2015 at 2:31 pm

    Bagus juga nak perkembangkan produk yg kita jual ikut youtube kan.. kita boleh terangkan lebih detail tentang produk kita dan mungkin juga cust akan terus close deal..

    Reply
    • sabree hussin says

      July 6, 2015 at 9:43 am

      Betul tu Ibu Farish, kaedah ni berpotensi untuk dapatkan lebih ramai pelanggan yang memang suka layan Youtube setiap hari

      Reply
  10. Ain says

    July 21, 2015 at 11:44 pm

    Satu info yang sangat berguna.tq

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kenapa pilih untuk buat bisnes homestay?
  • Tiket masuk ke Zoo Negara
  • Apa sebenarnya Punca & Faktor kemiskinan?
  • Apa perlu buat selepas join PG Mall Consumerchant
  • Cara elak menerima review negatif untuk bisnes homestay

Recent Comments

  • zue on Lepas SPM tak nak sambung belajar?
  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in