10 kelebihan dan kebaikkan senaman tinju (boxing) yang anda perlu tahu

by sabree hussin on July 24, 2015

in Advertorial

Adakah anda tahu yang sebenarnya, anda boleh memperolehi banyak manfaat melalui senaman jenis tinju atau boxing ni?

 

Boleh jadi ini adalah senaman terbaik yang mampu untuk memberi anda kecergasan dari segi mental dan fizikal. Senaman ini bukan sahaja mampu untuk membina dan menguatkan otot, malahan pada masa yang sama ia juga bagus untuk mengurang tekanan ataupun stress.

 

Dalam perkongsian kali ini, saya akan cerita serba sedikit mengenai senaman ini. Saya nak kongsikan apa yang saya pernah baca sebelum ini. Jadi daripada saya biarkan info-info yang pernah saya kumpulkan sebelum ni hilang begitu sahaja selepas susah payah saya buat pembacaan, ada baiknya saya kongsikan kat sini.

everlast-power-tower-inflatable-punch-bag

 

Manalah tahu, mungkin satu masa nanti, ada juga yang nak tau apa manfaat disebalik senaman boxing ni.

 

1. Membakar lemak

Aktiviti senaman boxing merupakan satu bentuk senaman yang memerlukan kita untuk menggerakkan seluruh tubuh badan secara kerap dengan rutin yang pantas. Masa ini, memang banyak lemak-lemak kita akan dibakar dengan jayanya untuk ditukarkan kepada tenaga.

 

Ini juga cara terbaik untuk kurangkan berat badan tanpa perlu berlari atau jogging tau.

 

2. Menguatkan otot-otot

Kalau anda ingin bina otot-otot yang kuat, maka jawapannya ialah sukan ataupun senaman boxing. Tetapi, kalau anda ingin membina otot yang besar, maka anda perlu lakukan latihan angkat berat. Sebab itu kalau anda dapat perhatikan, banyak atlet boxing, badannya tak sebesar mana.

 

Tetapi kalau sekali kena penumbuk dia, pihak lawan boleh terus knock out ataupun KO. Inilah hasil latihan tinju yang diamalkan. Ia dapatkan menguatkan otot-otot badan terutama sekali disekitar lengan.

 

3. Membina kekuatan tulang dan ligamen

Anda pernah terkehel tak? Saya pernah kena. Sangat sakit. Walaupun kesakitannya bersifat sementara, tetapi kadang-kadang ia boleh melarat sehingga jadi bengkak dan terseliuh. Semua ni berpunca daripada tulang yang lemah dan otot dibahagian ligamen yang tidak kuat.

 

4. Meningkatkan kecergasan kardiovaskular

Semasa senaman ini kita lakukan, boleh katakan keseluruhan anggota badan kita akan bergerak. Dari kepala hingga ke hujung kaki. Walaupun senaman ni tak melibatkan aktiviti menendang, tetapi pada masa sama kita masih memerlukan kekuatan kaki untuk memastikan badan kita tetap stabil.

 

Aktiviti sukan seperti ini, yang kita namakan sebagai high intensity akan menyebabkan jantung kita mengepam lebih banyak darah yang mengandungi oksigen untuk dihantar ke seluruh anggota tubuh.

5. Membina ketahan otot dan tubuh badan terhadap tekanan

Kali pertama kita buat senaman ni, kita akan cepat penat. Mungkin dalam masa 10 minit, kita dah tak larat nak teruskan latihan menumbuk. Tetapi, lama kelamaan, jika kita teruskan buat latihan secara konsisten, ketahanan kita akan meningkat jadi lebih baik.

 

Kita boleh teruskan buat latihan menumbuk untuk 15 minit, 20 minit dan seterusnya.

 

6. Meningkatkan kestabilan tubuh badan

Dari luaran, memang kita nampak seolah-olah hanya tangan sahaja yang bekerja ketika kita melakukan senaman tinju ini. Hakikatnya bukan begitu. Seluruh anggota tubuh kita akan bekerja.

 

Kita perlukan kekuatan otot kaki dan juga pinggang untuk menstabilkan badan kita, barulah tumbukan yang dilepaskan mengenai sasaran dan padu. Latihan ini apabila dilakukan secara berulang-ulang, akan membantu kita meningkatkan kestabilan badan kita.

 

Jadi lepas ni, kalau orang tolak kita, tak ada lah dengan mudah kita rasa nak jatuh.

 

7. Membina kekuatan badan

Senaman ini sebenarnya memerlukan kesemua anggota badan kita untuk bekerja. Antara bahagian yang terlibat adalah seperti tangan, kaki, pinggang, abdomen, dada dan sebagainya. Semua ini apabila diberikan daya secara berterusan akan membuatkan ia menjadi lebih kuat berbanding sebelumnya.

 

8. Melegakan tekanan dan juga stress

Pernah tak anda rasa macam nak tumbuk sesuatu atau mungkin seseorang ketika anda sedang stress?

 

punching_dummyBayangkan ketika suasana dipejabat.

Dengan banyaknya tugasan yang perlu disiapkan. Pada masa yang sama, bos pulak asyik tambah-tambah kerja yang perlu disiapkan. Bila tengok kawan-kawan lain, ada yang rileks je sebab tak ada kerja nak buat. Kita pulak makin bertimbun kerja perlu disiapkan.

Ini tak adil.

Pada waktu ni… pastinya rasa macam nak tumbuk je muka boss tu.

Tapi tak boleh buat macam ni. Giler ko… nak kena buang kerja? Mau jadi kes polis kalau memukul orang.

 

Jadi satu perkara yang anda boleh buat untuk release stress ialah dengan melakukan senaman boxing. Bayangkan, setiap kali anda hayunkan penumbuk anda tu, satu per satu masalah anda selesai. Atau at least, anda bayangkan masalah anda tu seolah-olah kena tumbuk dengan tumbukan yang padu.

 

Rasa lebih lega sedikit… kan?

 

Lebih-lebih lagi kalau dapat standing dummy yang siap ada muka macam kat sebelah ni. PERFECT!

 

9. Meningkatkan koordinasi dan kesedaran tubuh

Atau dalam bahasa biasanya, kita akan jadi lebih alert dengan keadaan persekitaran. Ini berlaku apabila kesedaran tubuh badan kita meningkat. Kita lebih peka dengan sebarang perubahan yang mungkin akan berlaku di sekitar kita.

 

danger_of_punching_ballContohnya, bila kita lakukan senaman menumbuk dengan punching ball. Setiap tumbukan yang dilepaskan akan menyebabkan bola tersebut akan datang balik kat kita.

 

Bezanya ialah, dari arah mana ia akan melantun semula kepada kita. Bila kita buat senaman ini secara berulang-ulang, ini yang membuatkan kita jadi lebih peka.

 

10. Meningkatkan keyakinan diri dan self esteem 

Ini yang saya sendiri rasakan. At least bila dah selalu buat senaman menumbuk ni selalu, saya dapat melatih bagaimana cara sebenar untuk menumbuk.

 

Bila kita menumbuk, objek didepan kita alami kerosakkan, dan kita pula tak mengalami sebarang kecederaan. Oh benda jangan buat main-main. Orang yang tak biasa menumbuk, silap-silap bila dia mula menumbuk, tulang dia sendiri yang akan patah.

 

… ataupun, pihak lawan tak ada apa-apa, tetapi kita yang menumbuk ni pulak yang alami kecederaan yang lebih serius.

 

Secara peribadi, saya dapat rasakan kesemua ini apabila saya mula amalkan senaman ini. Saya percaya, anda juga akan dapat banyak manfaat apabila turut amalkan senaman ini juga. Jom la.

 

Boleh mulakan dengan senaman dengan menggunakan punching ball.

 

 

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: