Apa yang anda PERLU TAHU tentang Pengiklanan ADVERTORIAL

by sabree hussin on June 23, 2015

in Copywriting

Saya nak mulakan perkongsian kali ini dengan satu statement iaitu

 

“Kaedah pengiklanan menerusi platform artikel Advertorial memang BERKESAN untuk menghasilkan jualan dan ia merupakan salah satu kaedah pengiklanan TERBAIK yang patut digunakan oleh semua usahawan yang ingin melonjakkan jualan bagi produk dan perkhidmatan mereka.”

 

Jika anda masih agak baru dengan konsep pengiklanan Advertorial ini, catatan ini sedikit sebanyak mungkin dapat membantu anda untuk lebih faham bagaimana kaedah pengiklanan seperti ini dilakukan. Oh ya, ia mungkin sedikit berbeza dengan lain-lain konsep pengiklanan yang anda dah sedia maklum sebelum ini.

buat_duit_dengan_blogging

Platform yang digunakan untuk advertorial

Sebenarnya advertorial ni bukannya perkara baru. Malahan, sebenarnya ia dah lama dipraktikkan sejak manusia mula menerima printed material seperti surat khabar, majalah, risalah, buku, novel dan sebagainya sebagai salah satu bahan bacaan.

Lazimnya, advertorial ni kita boleh lihat banyak dimuatkan di surat khabar dan majalah. Malahan, saya percaya anda juga biasa jumpa di majalah atau akhbar kegemaran anda, ada ruangan ataupun segmen khas untuk memuatkan artikel advertorial.

 

Ok ini yang anda perlu tahu. Jika anda ingin membuat tempahan iklan advertorial di majalah ataupun surat khabar, ada beberapa perkara yang anda WAJIB tahu, iaitu

1. Siapakah pembaca majalah atau akhbar tersebut?

Katakanlah, anda ingin beriklan di majalah tentang kereta, anda perlu sesuaikan dengan perniagaan anda. Jika perniagaan anda ada kaitan dengan kereta, seperti aksesori contohnya, maka tak ada masalah untuk anda beriklan di majalah tersebut.

Akan tetapi, jika perniagaan anda adalah penapis air, ataupun anda jual otak-otak, majalah kereta mungkin kurang sesuai dengan segmen produk anda.

Ya pihak editor majalah mungkin tidak akan tolak iklan anda… sebabnya anda membayar untuk dapatkan slot pengiklanan di majalah mereka.

Jadi, kan rugi tu kalau iklan kat tempat yang mahal-mahal tetapi langsung tak ada pulangan.

 

2. Ada berapa banyak iklan disiarkan dalam majalah tersebut? 

Mana ada orang beli majalah semata-mata nak baca iklan dalam majalah tu. Orang akan scan through atau skip je bila ada satu muka surat penuh dengan iklan, MELAINKAN kalau kebetulan iklan anda dilihat

+ Mampu menyelesaikan masalah pembaca

+ Iklan anda disiarkan di majalah yang tepat target pembacanya

+ Anda menawarkan potongan harga yang tak masuk akal murahnya

Saya sendiri, kalau beli surat khabar, bahagian iklan tu memang saya akan keluarkan siap-siap.

 

3. Hanya yang beli majalah atau surat khabar tu sahaja yang akan nampak iklan anda

Ini satu perkara yang anda perlu tahu. Tak semua orang akan beli majalah. Setengahnya, hanya akan baca secara percuma, dan kita juga tak ada maklumat, dalam sebulan berapa ramai yang beli sesuatu majalah tu.

Satu isu dengan majalah ni, hanya beberapa artikel sahaja yang menarik untuk dibaca. Selebihnya kadang-kadang langsung tak menarik.

 

Bagaimana nak mengelakkan berlakunya ketirisan dalam pengiklanan?

Saya cadangkan anda dapatkan servis pengiklanan advertorial secara online.

 

Kita lihat contoh akhbar online Harian Metro misalnya

dapatkan_servis_advertorial

 

Akhbar online Harian Metro, selain memuatkan sumber berita dari dalam dan luar negara, mereka turut menawarkan servis pengiklanan advertorial. Screenshot diatas ini adalah salah satu contoh iklan advertorial yang disiarkan di akhbar online Harian Metro. Sebenarnya, ada banyak lagi advertorial seperti ini disiarkan.

 

Isu dengan beriklan di medium seperti ini dah tentulah ia memakan kos yang tinggi!

 

Jika kos yang menjadi penghalang untuk anda beriklan menerusi kaedah advertorial, apa kata anda beralih ke platform yang lebih menjimatkan. Dapatkan perkhidmatan advertorial daripada para penulis blog. Servis dan khidmat penulisan advertorial yang ditawarkan oleh penulis blog, sebenarnya tak kurang hebatnya berbanding akhbar online.

 

Salah satu kemahiran wajib ada pada penulis blog adalah kemahiran menulis artikel yang menerapkan unsur-unsur SEO didalamnya.

Rujukan tentang SEO baca: Kitab SEO Merah Jambu

 

Ringkasnya, teknik SEO ini adalah teknik penulisan yang mesra enjin carian. Maksudnya, sebagai penulis, mereka menulis dengan satu teknik khas yang memudahkan laman web seperti google menyenaraikan laman web mereka di muka surat pertama laman carian google untuk kata kunci tertentu.

buat_duit_menaip

Artikel advertorial BUKAN sales letter (surat jualan)

Kalau sales letter, fungsinya adalah untuk menjual. Maka setiap ayat dan perkataan yang digunakan dipilih dengan sangat teliti bagi merealisasikan tujuan asal ia dihasilkan, iaitu untuk menukarkan pembaca kepada pembeli. Maka atas sebab itu, anda mungkin akan dapati, kebanyakkan ayat yang digunakan dalam sales letter adalah berbentuk direct selling atau hard sell.

 

Ini sedikit berbeza dengan advertorial. Advertorial banyak menggunakan pendekatan soft selling. Formula yang perlu ada dalam penulisan artikel advertorial ialah, “lagi ia tidak kelihatan seperti ingin menjual, lagi cerah potensi artikel tersebut untuk menghasilkan jualan.” 

 

Nampak pelik, kan? Namun… itulah realitinya.

 

Advertorial berperanan untuk membantu melicinkan proses jualan. Lazimnya, ada dua perkara pokok yang saya akan jadikan sebagai fokus ketika menulis artikel berbentuk advertorial.

1. Artikel advertorial ditulis dengan pendekatan untuk mendidik pembaca mengenai sesuatu produk atau servis yang ditawarkan.

Sebelum prospek mula membeli sesuatu produk yang diiklankan, paling penting adalah untuk memberi kefahaman yang jelas kepada prospek tersebut, apa sebenarnya yang mereka beli.

Duit yang mereka bakal keluarkan nanti, adalah untuk membeli produk apa? Jangan tak tau, kat luar sana, ada banyak kategori pelanggan yang beli sesuatu produk, tetapi pada masa sama, mereka sendiri tak faham apa benda sebenarnya yang mereka beli.

Dari perspektif perniagaan, tak guna untung berjuta-juta ringgit, jika pelanggan sebenarnya confuse dengan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Kesudahannya, anda hanya mengumpulkan senarai pelanggan yang tak puas hati dan keliru dengan perkhidmatan anda.

 

2. Artikel advertorial disediakan dengan tujuan untuk membantu pelanggan membuat keputusan yang tepat sebelum mereka membuat sebarang keputusan yang MUKTAMAD

Hanya ada dua outcome yang akan terjadi setelah prospek habis membaca artikel advertorial.

BELI atau tidak.

Itu sahaja.

Bezanya sama ada beli serta merta, beli selepas beberapa hari, beli selepas beberapa minggu, beberapa bulan, beberapa tahun dan sebagainya. Yang penting, kita nak mereka BELI. Walaubagaimanapun, akan ada pelanggan yang tetap tak akan membeli walaupun dah baca artikel advertorial berulang-ulang kali.

 

Matlamat akhir adalah untuk menghasilkan jualan

Of course.

 

Semua usahawan inginkan usaha pemasaran mereka membuahkan hasil dan berjaya mendapatkan pelanggan baru. Namun, apabila kita mengambil kira, proses jualan yang makin hari makin bertambah kompleks sejak akhir-akhir ini, cara biasa mungkin tidak lagi berkesan untuk semua orang.

 

Menjelaskan kepada bakal pelanggan tentang fungsi dan kelebihan produk semata-mata adakalanya masih belum cukup untuk menghasilkan jualan.

Sekadar menerangkan, apa masalah yang mampu diatasi dengan bantuan produk atau perkhidmatan anda juga masih belum memadai.

Anda memerlukan sesuatu yang lebih baik dan unik dari itu.

Anda perlukan suatu bentuk “pengiktirafan” dari individu tertentu sebelum produk anda benar-benar dapat diterima umum, sama ada diperingkat local mahupun global.

Inilah satu lagi perkara bonus yang dipakejkan dalam penulisan advertorial oleh penulis blog.

Ia menimbulkan kesan seperti

“Blogger XYZ ni kata produk ni bagus, sebab ____.”

 

Apa langkah seterusnya?

Anda mungkin dah pernah dapatkan servis penulisan artikel review ataupun khidmat advertorial sebelum ini. Persoalannya ialah, apa yang anda perlu buat seterusnya?

 

Anda boleh ambil pendekatan tunggu dan lihat jika itu yang anda mahu. Anda boleh teruskan berharap, akan ada bakal pelanggan, dari seluruh Malaysia akan mula menghubungi anda on the spot untuk bertanyakan tentang perniagaan anda.

 

Namun… ia amat jarang sekali akan berlaku seperti yang anda bayangkan.

 

Anda dah pun laburkan wang anda untuk tujuan penulisan advertorial. Manfaatkan sepenuhnya artikel review ataupun artikel advertorial yang telah dihasilkan untuk anda. Pastikan, artikel tersebut mudah dibaca oleh bakal-bakal pelanggan anda.

 

Jangan lupa untuk promosikan artikel review yang telah dihasilkan untuk memperkenalkan bisnes anda. Lagipun, artikel tersebut kan menyokong perniagaan anda, kenapa tidak anda berikan laman web yang menyiarkan tentang perniagaan anda untuk dibaca oleh pelanggan anda?

 

 

Adakah perniagaan anda memerlukan khidmat penulis review atau advertorial? Hubungi saya.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 1 comment… read it below or add one }

Sani July 1, 2015 at 1:12 pm

Tips yang menarik untuk orang baru macam saya ni..

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: