Panduan Kembangkan Bisnes Tone Excel

by sabree hussin on July 16, 2014

in Tune Talk Tone Excel

Setengah orang gelarkan bisnes yang saya buat ni sebagai bisnes network marketing. Pengguna produk akan membina jaringan pengedar dan pada masa yang sama membina perniagaan mereka sendiri.

Setengah orang lagi panggil bisnes ni sebagai Multi Level Marketing. Mungkin sebab adanya istilah downline, upline dan sebagainya.

Ada juga yang namakan ia dengan istilah direct selling, sebabnya, syarikat pemilik produk menjualkan produk mereka terus kepada pengguna tanpa perlu melalui orang tengah.

Tak kisahlah walau apa nama sekalipun yang nak diberikan, yang penting adakah ianya

1. SAH di sisi undang-undang?

2. Boleh buat duit atau tidak?

3. Adakah syarikat mengamalkan money games atau perniagaan yang sebenar?

4. Adakah syarikat mempunyai produk yang benar-benar diperlukan oleh pengguna?

5. Adakah syarikat benar-benar memiliki sistem pemasaran yang menguntungkan semua pihak atau sekadar yang menguntungkan satu pihak semata-mata?

6. Adakah syarikat memiliki track record dan success stories daripada pengguna terdahulu?

Jika anda teliti bisnes Tone Excel, semua ciri-ciri ni ada.

Ya, bisnes ini sah disisi undang-undang, boleh buat duit, syarikat mengamalkan sistem perniagaan sebenar, syarikat mempunyai produk yang diperlukan dan digunakan oleh pengguna, pelan pemasaran yang menguntungkan banyak pihak dan ya… dah ada cerita kejayaan daripada peserta program terdahulu.

Jadi, anda dah tak perlu nak rasa takut untuk buat bisnes ni.

cara_buat_bisnes_tone_excel

Seperti kebanyakkan pengamal bisnes ini, saya juga berdepan dengan cabaran untuk mengembangkan network saya.

Walaupun konsep bisnes ini mudah, namun ianya bukanlah semudah yang disangka. Kita tetap perlukan ilmu pemasaran sebenar untuk berjaya buat duit dengan bisnes ini.

Sebab itulah saya beli satu buku bertajuk How to build a Multi Level Money Machine – The Science of Network Marketing.

Buku atas ni, BAGUS.

Kalau anda pengamal bisnes MLM, anda patut baca buku ni. Buku ini ditulis dalam bahasa Inggeris, tapi jangan risau, sebab bahasa inggeris yang digunakan tak ada lah susah mana untuk difahami.

Network marketing vs internet marketing

Kalau bab-bab internet marketing, In Shaa Allah ia tak rumit mana.

Lagipun, saya dah mula bergelumang dalam subjek ini sejak dari tahun 2009 lagi. Boleh kata banyak sudut juga yang dah saya faham, dan sedang buat sekarang ni.

Tetapi, kalau topik network marketing, saya rasa sangat banyak benda yang saya tak tau, walaupun saya ingat saya dah tahu semua.

Rupanya, ada banyak lagi sudut pandang yang saya terlepas pandang mengenai bisnes ni. Patutlah, bisnes-bisnes saya yang sebelum ni kurang berjaya.

Nak buat bisnes Tone Excel ini, modalnya hanyalah RM90 sahaja. Untuk dapatkan sim kad dan jadi pengguna.

Namun, jika anda berhasrat untuk mengembangkan perniagaan anda, tak boleh tidak, anda mesti laburkan lagi wang untuk upgrade diri anda. Untuk tambahkan ilmu-ilmu perniagaan pada diri anda.

Bisnes ini adalah bisnes sebenar.

Anda tak akan berjaya, dan tak akan pergi ke mana kalau setakat tahu sikit-sikit sahaja pasal bisnes.

Sebab itu saya suka bisnes ini. Secara tak langsung, ia melatih kita untuk jadi seorang yang berilmu, dan seorang yang pakar dalam bab-bab jualan dan pemasaran.

Buat bisnes ini, bukan duit sahaja yang akan kita dapat, tetapi pada masa yang sama, kita juga akan dapat pengalaman sebenar macam mana nak buat bisnes.

Kalau dalam bisnes konvensional, anda mungkin perlukan at least RM20,000 untuk mulakan perniagaan anda sendiri. Modal yang besar ini pula sebenarnya diperlukan untuk tujuan bayar gaji, sewa kedai, bayar bil dan sebagainya.

Tetapi, dalam bisnes ni, bermula dengan modal serendah RM90 sahaja dah cukup memadai.

Buku yang saya beli ini, adalah sebagai salah satu inisiatif untuk saya kembangkan bisnes Tone Excel yang sedang saya buat sekarang ni. In Shaa Allah, dengan adanya ilmu pemasaran dan perniagaan yang betul, saya tak akan mudah terjerumus daripada mengamalkan kaedah pemasaran yang salah dan tak beretika.

 

 

 

 

 

Be Sociable, Share!

{ 1 comment… read it below or add one }

Prof John July 16, 2014 at 3:26 pm

terbaiklah..aku pun baru je join bisnes tone excel ni..

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: