UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Best ke buat bisnes Tone Excel?

July 22, 2014 by sabree hussin 3 Comments

Lain orang, mungkin lain jawapan.

Untuk orang yang pandai buat sales, pandai dapatkan klien baru untuk dijadikan downline, kemudian selalu dapat komisyen Fast Track RM20 dengan komisyen topup daripada downline, dah tentu orang-orang macam ini akan kata, buat bisnes Tone Excel ini BEST.

Namun saya faham, ada juga mereka yang tak berapa pandai.

Almaklumlah, sebelum-sebelum ini memang tak pernah ada pendedahan dalam bidang sales. Tiba-tiba join Tone Excel nak kena buat sales barulah boleh merasa income… orang macam ni, besar kemungkinan akan kata, buat bisnes Tone Excel ini tak best.

Maksudnya, kalau anda buat survey, jawapan yang anda terima mungkin berbeza.

bisnes_tone_excel

Jawapan tu pulak bergantung dan berkait rapat dengan prestasi orang yang buat bisnes tu.

Nak buat bisnes Tone Excel ini, bukan setakat kena tahu sama ada bisnes ini best atau tak. Ada banyak lagi perkara anda perlu tahu dan ambil berat.

Penting sekali untuk anda be realistic dan goal oriented.

Saya kata be realistic sebabnya ada orang, dengan basic marketing pun zero, tiba-tiba dia mengharapkan untuk dapat income sehingga RM4,000 – RM5,000 sebulan dalam masa 6 bulan.

Padahal dengan marketing dia tak buat. Sales zero, tapi nak income lebat. Ha… orang macam ni, dia tak realistic.

Dah la ilmu tak ada, tak nak luangkan masa untuk belajar pulak tu, tapi cita-cita menongkah ke langit. Kalau anda ada sikap macam ni, mohonlah dibuang dan digantikan dengan sesuatu yang lebih real.

Kemudian, goal oriented.

Kalau boleh semua orang nak hidup senang. Nak income riban riban dari bisnes ini.

Jadi itu dia. Anda kena fokus dengan goal yang anda ingin kecapi.

Pandangan saya, tak perlu target besar sangat. Tak terbuat nanti. Kang bila tak mampu nak achieve target yang terlalu tinggi tu, anda akan mula fedup dan mula slow buat bisnes ni.

Kalau anda baru join bisnes ni, masih lagi fresh. Target untuk dapatkan at least satu downline dalam sebulan.

Kemudian bila dah capai maksud, anda target pula untuk dapat jadi pengguna talian prepaid secara percuma.

Macam mana nak jadi pengguna handphone percuma? Boleh ke berlaku macam ni? Mestilah boleh.

Itu berlaku bila rangkaian anda mula berkembang.

Anda topup RM30, dan bulan itu, komisyen topup yang anda perolehi daripada network anda juga RM30.

Kan kira dapat percuma tu.

Bila anda dah mula rasa income dari bisnes ni, time tu, anda mungkin akan mula ubah persepsi anda mengenai bisnes ini.

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Cara Mudah buat promosi Bisnes Tone Excel
  2. 7 Masalah Lazim Buat Penggiat Bisnes Tone Excel
  3. Perbezaan Antara Bisnes MLM Dengan Bisnes Sim Kad Tone Excel
  4. Konsep Bisnes Tone Excel Yang Simple

Filed Under: Tune Talk Tone Excel

Comments

  1. broFami says

    July 22, 2014 at 1:02 pm

    senang je bisnes tone excel ni.. yang penting kena cerita kat org apa kelebihan jadi pengguna pun dah cukup, jika nak banding dgn telco-telco lain tu.. 🙂

    Reply
  2. titan says

    July 22, 2014 at 8:45 pm

    sebab tu kepada upline tak kiralah mlm lain atau tone excel nih..

    jangan janji bukan-bukan sampai tak leh bagi apa yang dijanjikan. bila ditanya..susah nak menjawab..bila diminta tolong..sibuk sahaja selalu..termasuklah jangan janji duduk diam pun duit leh masuk dan sanggup tolong carikan downline.. ini memang downline akan tuntut kalau korang berjanji dalam ayat promosi korang..

    jangan promosi pelik-pelik sampai orang rasa menyampah..

    dan jangan menyepam kat wall, email dan artikel blog yang takde kena mengena dengan tone excel atau MLM lain.

    Aku dah tegur ramai budak tone excel.

    Moga-moga tak buat lagi.

    Bukan aku benci benda ni.

    Yang aku paling tak suka..cara promosi dan etika diorang aje.

    Reply
  3. Hero Borneo says

    July 23, 2014 at 6:07 am

    buat bisnes peringkat demi peringkat..mana ada buat bisnes hari ini mula esok boleh berjaya terus!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu
  • Kelebihan Online Travel Agent kepada pengguna dan pengusaha bisnes tempat penginapan
  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in