Komisen Affiliate Lazada Oktober 2016

by sabree hussin on October 23, 2016

in Komisyen Affiliate

Terdapat dua cara bagaimana anda boleh menyertai Program Affiliate Lazada Malaysia dan mendaftar sebagai ejen. Cara pertama adalah menerusi laman web Lazada Malaysia itu sendiri dan menggunakan servis yang dibawakan oleh Has Offers manakala cara kedua adalah menerusi Involve Asia.

 

Mungkin ada yang persoalkan, nak pilih yang mana satu? Has Offers atau Involve Asia?

 

Ini adalah dari pemerhatian saya sahaja. Jika ada kesilapan, ianya seratus peratus datangnya dari kelemahan saya sendiri dalam proses membuat pemerhatian. Sekiranya ada pembaca dan pelawat blog ini yang merasakan apa yang saya cerita dalam ini tak berapa tepat, harap dapat perbetulkan.

 

Join menerusi Has Offers

buat-duit-dengan-lazada

Kalau join menerusi Has Offers, bermakna anda join direct menerusi Lazada Malaysia. Lazada Malaysia menggunakan platform ini bagi menguruskan para ejen affiliate mereka. Di member area juga, anda boleh lihat ada banyak tools yang boleh digunakan untuk tujuan pemasaran.

 

Ada static banner, ada widget generator, pixel generator, deep link generator dan banyak lagi yang saya sendiri tak tau macam mana nak guna. Sesetengahnya kurang relevan dengan teknik pemasaran yang saya sendiri gunakan. Mungkin satu hari nanti jika saya tak busy, saya akan spend some time untuk study mana-mana part yang saya tak berapa faham tu.

 

Kalau join menerusi Has Offers ni, lazimnya komisen affiliate akan dibayar pada hujung bulan apabila telah cukup syarat jualan.

 

Join menerusi Involve Asia

program-affiliate-involve-asia

Kadar komisen yang diberikan sama sahaja dengan Has Offers jika anda join menerusi Involve Asia.

 

Kelebihan join menerusi platform ini ialah, anda mempunyai banyak pilihan produk dan syarikat ecommerce yang anda boleh promosikan. Apabila anda log in ke member area, menggunakan satu akaun sahaja, iaitu akaun Involve Asia, anda boleh promosikan produk-produk dari Zalora, AirPaz, Trivago dan banyak lagi merchant.

 

Konsep Involve Asia ini seperti Centralized Affiliate Program. Hanya perlu satu akaun dah cukup untuk promosikan macam-macam program affiliate. Komisen setiap program akan di satukan dalam satu akaun.

 

Bila jumlah komisen terkumpul dah cukup RM50, pihak Involve Asia akan bayar komisen tersebut ke akaun bank masing-masing.

 

Jadi bayangkanlah, jika anda memang seorang yang rajin lagi produktif, dan anda promosikan macam-macam produk dan program, dari pelbagai jenis pakaian yang dijual di Zalora hinggalah ke tiket penerbangan yang dijual di AirPaz, di tambah lagi dengan pakej hotel yang dijual di Hotels.com, tak mustahil untuk anda berjaya jana ribuan ringgit dalam masa sebulan.

 

Oh! Dengan syarat anda juga sangat agresif ketika buat pemasaran.

 

Memandangkan artikel ini adalah tentang Program Affiliate Lazada sahaja, jadi saya tak nak sentuh yang lain-lain dulu. Saya cuma nak bandingkan antara join sebagai affiliate menerusi Has Offers dengan Involve Asia sahaja.

 

Dari segi tools, saya lihat di member area Involve Asia, ianya tidak sebanyak seperti yang disediakan di Has Offers. Apa yang boleh saya katakan, tools yang ada di platform Involve Asia adalah jenis yang asas sahaja. Ya, kalau anda hanya perlukan banner dan deeplink generator sahaja, ianya dah cukup memadai.

 

Ok mungkin in future akan ada perubahan dan penambahbaikkan. Siapa tahu kan.

 

“Ok bro, boleh aku tau tak, ko pilih yang mana satu ye? Aku tak tau la nak buat pilihan yang mana satu ni…”

 

Saya pun pening. Saya pun blur blur jugak dan tak tau nak pilih yang mana satu. Saya rasa kedua-duanya best dan kedua-duanya menawarkan peluang untuk buat duit. Jadi saya ambik keputusan untuk tak nak buat pilihan.

 

Saya gunakan sifat tamak yang ada pada diri saya dengan cara yang positif, iaitu dengan menyertai program affiliate Lazada ini menerusi kedua-dua platform serentak.

 

Kena pandai-pandailah ketika buat promosi. Dalam blog ini misalnya, saya lebih fokus kepada program affiliate yang menggunakan Has Offers berbanding Involve Asia.

 

Ini adalah komisen Lazada bagi bulan Oktober 2016 yang telah dibayar ke akaun saya.

bukti-komisen-lazada

Untuk bulan Oktober ini, bayaran yang diterima adalah sebanyak RM116.27. Kalau nak bandingkan dengan bayaran komisen pada bulan September, nampaknya ada sedikit penurunan.

 

Dari segi prestasi, memang saya akui, saya agak kurang konsisten. Kejap dapat banyak kejap dapat sikit. Maknanya saya kena usaha lagi banyak. Usaha yang dibuat selama ini masih tak cukup baik. Kena tambahkan lagi, lagi dan lagi.

 

Apapun, matlamat saya buat masa ini ialah, untuk pastikan dapat komisen dari Lazada sekurang-kurangnya setiap bulan. Berapa jumlahnya, saya buat-buat tak nampak dulu. Bila dah boleh konsisten setiap bulan dapat komisen, barulah saya akan pulun habis-habisan untuk naikkan jumlah komisen yang bakal diperolehi.

 

Ini pula bukti bayaran komisen ni dah masuk dalam akaun bank.

komisen-affiliate-lazada-oktober-2016-maybank

 

Jadi, buat para pembaca yang tak pernah lagi join program affiliate ini, saya ingin mengajak anda untuk joinlah sekarang. Kalau tak tau sangat macam mana nak buat promosi, buat macam yang saya buat.

 

Saya gunakan teknik Advertorial dan teknik review apabila membuat promosi barangan dari Lazada. Saya bukan nak galakkan anda copy paste apa yang saya buat, tetapi saya nak ajak anda contohi teknik apa yang saya gunakan.

 

Saya tak nafikan, kat luar sana mungkin ada banyak lagi teknik pemasaran yang berkesan. Anda boleh guna teknik tersebut jika mahu. Sebagai alternatif, anda juga boleh guna teknik advertorial ini, sebabnya saya sendiri telah dan sedang buktikan kepada anda, bahawa teknik advertorial sememangnya BERKESAN untuk menjana sales.

 

Lazada Malaysia lazimnya akan bayar komisen sekitar 20hb dan keatas. Kadang-kadang tarikhnya hampir sama dengan kebanyakkan tarikh gaji di kebanyakkan syarikat di negara kita.

 

Justeru, jika anda seorang yang mempunyai kerja full time, dan anda join sebagai affiliate Lazada, anggaplah macam komisen yang bakal diterima tu sebagai saguhati. Duit gaji untuk memenuhi tuntutan komitmen anda, manakala duit komisen untuk berseronok-seronok.

 

Ok penat dah taip panjang-panjang ni. Jomlah sertai saya dan ramai lagi ejen affiliate Lazada buat duit online.

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: