Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Program Affiliate Lazada: Bagaimana cara daftar sebagai ejen affiliate?

February 4, 2016 by sabree hussin 43 Comments

Tahukah anda, laman web Lazada sebenarnya ada membuka peluang kepada orang ramai untuk mendaftar menjadi ejen affiliate atau nama lainnya ejen promosi?

 

Khas buat mereka yang suka kongsi-kongsi link, tak kiralah sama ada nak kongsi link di blog, laman web, facebook, twitter dan mana-mana tempat lain yang boleh kongsi link, program affiliate lazada ini boleh jadi amat sesuai untuk anda.

 

Kerjanya juga tidaklah sesukar mana. Hanya perlu dapatkan link promosi dan mula promosi. Itu sahaja. Apabila ada pelanggan yang buat belian menerusi link anda, maka dari situ anda akan terima upah.

laman_buat_duit_lazada

Kadar upah yang paling tinggi boleh diperolehi ialah 12%. Sekarang, cubalah bayangkan jika anda berjaya menjual produk yang agak mahal, sebagai contoh produk yang berharga RM2,000 dan komisyen anda pula adalah sebanyak 12%.

 

Berapa agaknya pendapatan yang boleh anda perolehi dari Lazada? Jawapannya ialah RM240. Kalau tanya saya, ianya cukup lumayan, dengan mengambil kira bebanan kerja yang perlu kita lakukan yang sangatlah minima.

 

Walaubagaimana, kebiasaannya peratus komisyen yang saya terima adalah sekitar 6% sahaja. Sebenarnya, ia bergantung juga kepada jenis produk atau ketagori produk yang berjaya dijual.

 

“Bagaimana cara nak join program affiliate Lazada?”

 

Sebenarnya, pada saat catatan ini dibuat, terdapat dua cara bagaimana anda boleh jadi seorang ejen affiliate bagi laman web Lazada. Sila teruskan pembacaan ya.



(1) Menerusi platform yang dibangunkan oleh HasOffers.com

Sebelum ni, kalau kita nak jadi ejen affiliate berdaftar untuk Lazada, kita akan dapatkan akaun dengan pihak HasOffers.com

 

Sama la dengan saya. Saya pun ada buka satu akaun dengan hasoffers. Bawah ni pula adalah screenshot komisyen dari Lazada yang dapat saya hasilkan untuk bulan Januari 2016.

bukti_komisyen_lazada

Tak ada la banyak mana. Buat masa sekarang ni, dalam sebulan Alhamdulillah, saya dapat maintain dalam 10 sales minimum. Memang ada banyak benda kena buat dan memang kena usaha dengan lebih keras lagi untuk dapatkan income yang lebih baik dengan Program Affiliate Lazada ni.

 

Komisyen (pay out) yang anda dapat lihat diatas adalah dalam matawang USD. Pihak HasOffers akan menukarkan (convert) kepada matawang RM pada hari invoice dikeluarkan. Jadi, siapa-siapa yang terasa nak buat duit dalam matawang USD, ha… kat sinilah tempatnya.

 

Tak perlu susah payah nak keluar negara. Hanya dari keselesaan rumah anda, hanya semudah mendaftar sebagai ejen affiliate untuk Lazada, anda dah boleh jana pendapatan dalam matawang USD. Cool kan?

 

Untuk mendaftar sebagai ejen affiliate Lazada, anda boleh terus ke laman web Lazada dan klik pada pautan Affiliate Program ataupun boleh juga klik pada pautan ini.

 

Sebaik sahaja anda menekan klik pada pautan tersebut, paparan seperti dibawah ini akan kelihatan.

Klik pada butang SIGN UP.

 

Seterusnya anda akan dibawa ke halaman seperti berikut.

buat-duit-dengan-lazada

Pada langkah ini, anda hanya perlu masukkan alamat emel dan juga password pilihan anda. Maklumat ini bakal diperlukan untuk anda log in ke member area.

 

Setelah anda melengkapkan step diatas, anda akan diminta untuk berikan maklumat berkaitan diri anda dan melengkapkan profile anda.

 

Maklumat yang akan diminta adalah seperti nama anda, alamat, nombor telefon, nama syarikat (jika ada), nama laman web milik anda dan sebagainya. Isi sahaja seperti yang dimahukan oleh pihak Lazada.

 

Anda perlu ada laman web sendiri bagi memudahkan anda menjalankan kerja-kerja promosi produk-produk di lazada. Meskipun anda boleh terus mula promosi walaupun hanya ada akaun Facebook, twitter, linked dan lain-lain akaun media sosial, namun pada pandangan saya, mempunyai laman web sendiri adalah lebih baik.

 

Sekurang-kurangnya anda perlu ada laman blog. Saya sendiri menggunakan blog dalam kerja-kerja promosi produk Lazada.

 

Ini pula adalah sebahagian daripada contoh komisen yang pernah saya perolehi.

komisen-affiliate-lazada

Seperti yang anda dapat lihat, komisen dari program ini tidaklah begitu besar. Ianya dalam bentuk sen-sen sahaja. Walaupun begitu, sebenarnya ia dalam matawang USD. Jadi, kalau nak tahu berapa nilainya dalam matawang RM, anda kenalah convert dulu.

 

Cuba lihat pada bahagian yang saya tandakan pada kotak berwarna merah. Pada tarikh tersebut, saya berjaya hasilkan komisen sejumlah USD22.30

 

Di laman web Lazada, ada juga produk yang MAHAL harganya. Jika lagi mahal produk yang dibeli oleh pelanggan, maka lagi tinggilah komisen yang bakal diperolehi.

 

Bagi sesetengah orang, mereka merasakan yang memiliki laman web sendiri, atau blog untuk mempromosikan program affiliate lazada ni seperti satu beban.

 

Padahal, ia bukannya satu beban. Sebaliknya, apabila mempunyai laman web sendiri, dan laman web anda tu mempunyai pelawat setiap hari sehingga ribuan orang, anda boleh dapat komisen dari Lazada secara automatik dan pasif.

 

Kebanyakkan jualan dan komisen yang saya terima, saya tak tau pun apa produknya. Saya hanya update blog seperti biasa, kemudian masukkan link affiliate Lazada di mana-mana bahagian pada artikel yang saya rasakan sesuai.

 

Kemudian, apabila ada pembaca yang klik pada link tersebut, lalu membuat pembelian di laman web Lazada, maka saya dapat komisen. Bukankah ini lebih senang berbanding kena setiap hari update status kat Facebook, twitter atau lain-lain media sosial?

 

Apapun, ia terpulang pada strategi pemasaran masing-masing.

 

Saya lebih selesa menggunakan blog seperti ini, dan pada saya, strategi ini lebih berkesan pada saya.

 

Anda tak semestinya perlu ikut kaedah saya. Namun, kaedah saya ini, dah terbukti, PROVEN, berjaya hasilkan jualan dan komisen.

 

Update 2019: Untuk pengetahuan anda, bagi pendaftaran program affiliate, pihak Lazada telah memperkenalkan platform yang baru.

Memandangkan pihak Lazada sudah tidak menggunakan platform HasOffers lagi, anda boleh abaikan perkongsian sebelum ini.

 

Saya nak tunjukkan cara baru untuk anda sertai program affiliate Lazada.

 

Pergi ke halaman https://www.lazada.com.my/lazada-affiliate-program/ atau terus ke http://adsense.lazada.com.my

 

Paparan seperti dibawah akan kelihatan.

affiliate-lazada

Kalau sebelum ini belum pernah jadi member, klik pada perkataan Register here.

 

Anda akan dibawa ke halaman yang meminta anda untuk isikan nama dan butiran diri anda.

daftar-affiliate-lazada

Isikan maklumat yang diminta selengkapnya dari mula sampai habis.

 

Jika anda berikan maklumat dengan lengkap, TAHNIAH, anda kini telah berjaya daftar sebagai affiliate Lazada. Lepas ni boleh mula login ke member area dan mula buat kerja-kerja pemasaran.

 

Sebenarnya saya rasa pening juga, bila pihak Lazada mula menukar platform untuk affiliate mereka. Ada banyak link affiliate sebelum ini yang pernah menyumbangkan sales untuk saya secara automatik, dengan tiba-tiba terus dah tak boleh pakai.

 

Saya kena semak balik entri-entri lama dalam blog, update link yang dah tak boleh pakai untuk ditukarkan dengan link yang baru. Kerja ini memang sangat memakan masa, tapi nak buat macam mana kan.. kalau tak update, tak dapat la komisen.

 

Bila saya dah mula update link lama kepada link yang baru, barulah sales masuk seperti biasa. Ya, secara automatik juga, sebab saya gunakan kaedah pemasaran blog dan search engine optimization.

income-dari-lazada

Sekarang ini paparan komisen adalah seperti diatas ini. Saya lebih suka paparan yang sebelum ini kalau nak bandingkan dengan yang sekarang.

 

Tak apalah… asalkan boleh buat duit, saya rasa saya tak perlu ada rasa suka pun tak apa.

 

(2) Sertai program affiliate Lazada menerusi Involve Asia

program-affiliate-involve-asia

 

Involve Asia dah pun dibangunkan sejak dari tahun 2014 lagi. Namun, mungkin sebab kurangnya publisiti, jadi agak ramai yang tak tau tentang kelebihan dan keistimewaan yang terdapat pada platform ni.

 

Saya sendiri baru tau tentang laman web ini sekitar pertengahan tahun 2015, dan cuma baru-baru ni saya mula aktif mempromosikan produk-produk merchant yang bekerjasama dengan Involve Asia.

komisyen_lazada_dengan_involveasia

 

Anda boleh klik sini untuk dapatkan akaun dengan Involve Asia.

 

Paparan seperti dibawah akan kelihatan. Isikan sahaja maklumat yang diperlukan.

Syarat dan maklumat yang diperlukan juga sebenarnya tak banyak beza dengan hasoffers.

 

Sekiranya pautan diatas sudah tidak berfungsi, anda juga boleh join menerusi Involve Asia menggunakan link ini.

 

Kalau anda lihat pada screenshot diatas, menerusi Involve Asia, anda bukan sahaja boleh mempromosikan produk-produk di Lazada, malahan boleh juga promosikan laman web enjin carian hotel Trivago dan turut dibayar komisyen.

 

Komisyennya adalah dalam matawang RM dan ia lebih mudah. Kenapa saya kata lebih mudah? Sebab dalam laman web utama Lazada, matawang yang digunakan juga adalah dalam nilai RM.

 

Saya rasa agak rumit bila transaksi dalam RM, kemudian komisyen ditukar dalam matawang USD, tak lama lepas tu bila nak bayar komisyen, kena convert semula ke RM. Dalam pengiraan saya, lebih mudah kalau awal-awal lagi menggunakan matawang RM atau satu jenis matawang sahaja.

 

Jadi lepas ni, anda nak buat yang mana satu?

 

Saya akan buat kedua-duanya sekali. Rasanya, kalau dapat bayaran dari kedua-dua program, ia lebih menyeronokkan dan lebih mengujakan. Bukankah begitu?

 

Jika anda sependapat dengan saya, bermakna kita geng! Jom sedut lebih banyak komisyen dari laman web Lazada.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Cara Daftar Sebagai Affiliate EdyBiz Melalui Profil FB
  2. Apa yang saya perlu buat selepas daftar Program Affiliate Involve Asia?
  3. Status program affiliate Lazada setakat Oktober 2018?
  4. Bagaimana cara buat duit dengan Program Affiliate Shaklee?

Filed Under: Pemasaran Affiliate Tagged With: buat duit dengan lazada, cerita tentang lazada, program affiliate lazada, program buat duit dengan lazada, program lazada

Comments

  1. Raihanah Ahmad says

    February 5, 2016 at 10:03 am

    alhamdulillah saya pun dah join

    Reply
  2. onlajer says

    February 5, 2016 at 5:31 pm

    oh ada join juga yang ini, cuma belum start lagi

    Reply
  3. permohonan upu says

    February 7, 2016 at 5:50 pm

    dah banyk kali tepek iklan affiliate lazada dlm blog, tapi masih tak ada rezeki kot.sampai skg tak dapat komisyen.hehe

    Reply
  4. Mohd Eruan says

    January 16, 2017 at 3:36 pm

    Masa nak register involve asia, ye ada minta di “Additional Questions”..bhgn tu sbnrnye ye minta apa ya? Sy br nk berjinak2 je.. Hehe..

    Reply
    • sabree hussin says

      January 16, 2017 at 4:37 pm

      Bahagian additional questions tu dia mintak maklumat laman web atau laman blog yang akan kita gunakan untuk tujuan buat promosi nanti. Untuk lebih mudah, kena ada website sendiri atau blog sendiri.

      Sebagai contoh, kalau guna blog.

      Website URL – Masukkan alamat website kita

      Primary Category – Ikut kategori blog kita. Kalau tak ada dalam senarai pilih sahaja others.

      Primary Business Model – Jika konsep laman web tu ialah blog, pilih opsyen “Content/Blog”

      Reply
      • Nur hidayah says

        September 3, 2017 at 9:51 am

        Hye maafkan sy boleh pm sy dkt 0169679319 tuk sy belajar dri tuan. Mohon tunjuk ajar yer

        Reply
        • sabree hussin says

          September 6, 2017 at 4:46 pm

          Ada apa-apa saya boleh bantu ke? Cuba baca artikel-artikel terdahulu yang saya pernah tulis dalam blog ni. Ataupun kalau ada soalan, boleh emelkan pada saya menggunakan halaman https://www.sabreehussin.com/hubungi-saya/ ini.

          Reply
  5. azza says

    March 27, 2017 at 10:24 am

    Dah cuba submit..lps login kenapa account pending ye
    berapa lama kena tunggu dia accept.

    Dia akan bagi link atau automatik iklan masuk dalam blog.

    Reply
    • sabree hussin says

      March 27, 2017 at 4:11 pm

      Daftar melalui platform yang mana satu ni? Hasoffer ke Involve Asia?

      Biasanya permohonan akan di review dulu. Bila akaun dah aktif, kena login ke member area untuk dapatkan link affiliate.

      Reply
      • aliza says

        November 10, 2017 at 1:50 am

        Salam..bro.. boleh saya nak mintak tunjuk ajar macam mane nk start affliate ni lepas akaun dah aktif..

        Reply
        • sabree hussin says

          November 10, 2017 at 10:40 am

          Saya dah reply kat emel.

          Reply
  6. Fik says

    June 2, 2017 at 4:46 pm

    Asaalam…mohon bantuan utk daftar sbg ejen lazada…saya kurang fham step kat atas

    Reply
    • sabree hussin says

      June 5, 2017 at 11:21 am

      Wasalam, kat bahagian mana yang tak faham?

      Reply
      • Amry says

        September 24, 2017 at 3:16 pm

        bahagian isi company*. kena ada company ke?

        Reply
        • sabree hussin says

          September 25, 2017 at 8:15 am

          Kalau ada company sendiri, boleh isikan nama company kat situ. Kalau tak ada company, boleh letak nama sendiri.

          Reply
  7. kongxie says

    June 18, 2017 at 3:45 am

    bagus infonya. Nanti saya nak cuba tapi abang suggest mana..asia ke hasoffer? saya confuse ni

    Reply
    • sabree hussin says

      June 18, 2017 at 2:45 pm

      Tak payah confuse. Buat je dua-dua. Kan saya ada tulis dalam tu yang saya buat dua-dua.

      Reply
  8. Unas says

    July 25, 2017 at 9:44 am

    saya dah dapat komisyen hasil dr promosi yg saya buat, tapi sampai skrg belum di bayar lagi kepada saya. mcm mana nak apply untuk bayaran komisyen tu.

    Reply
    • sabree hussin says

      July 25, 2017 at 1:54 pm

      Komisen akan dibayar secara automatik apabila cukup USD25 atau lebih kurang bersamaan dengan RM100

      Reply
  9. dusuntua says

    July 25, 2017 at 11:33 am

    ada apa2 kelebihan between hasoffer dan involve asia?

    Reply
    • sabree hussin says

      July 25, 2017 at 1:53 pm

      Ada. Cubalah daftar dan bandingkan.

      Reply
  10. mizan says

    July 26, 2017 at 11:35 am

    t.kasih saudara.bagus maklumat ini.sy nk tanya sikit,masih boleh ke mendaftar tanpa kita mempunyai web atau blog sendiri…lg satu bagaimana cara cara kita nk buat web atau blog sendiri..

    Reply
  11. murni says

    October 27, 2017 at 10:31 am

    t.kasih..saya dah daftar..tggu aproval je..he he..anywat sudi2lah follow sya yer..masih baru lagi..

    Reply
    • sabree hussin says

      November 7, 2017 at 9:48 pm

      Selamat berblogging la ya

      Reply
  12. danial says

    January 31, 2018 at 9:28 am

    Salam… saya dh dftr. Tp mcm mne kita nk tahu yg kitaa dh boleh join erk

    Reply
    • sabree hussin says

      February 2, 2018 at 10:43 am

      Cuba login ke member area.

      Reply
  13. Azlin zainal says

    June 13, 2018 at 2:43 am

    Good info. ?

    Reply
  14. Muhdmuttaqi says

    June 26, 2018 at 7:00 pm

    Kenapa sye tekan link yg awk bagi utk sign up affiliate Tu tapi blank ja…tidak keluar mcm dlm gmbr YG awk bagi tu…Bantu sye plss,nk buat duit ni

    Reply
    • sabree hussin says

      June 27, 2018 at 9:14 am

      Saya dah semak semua link. Tak ada masalah pun. Cuba buat begini.

      1. Guna laptop/ desktop
      – Paparan di smartphone mungkin berbeza atau akan redirect ke apps. Jadi sila guna laptop

      2. Internet berkelajuan tinggi
      – Masalah page tak load juga boleh berlaku disebabkan slow internet connection

      Reply

Trackbacks

  1. Komisyen Affiliate Lazada March 2016 - Blog Sabree Hussin says:
    April 5, 2016 at 5:07 pm

    […] Klik untuk baca: Program Affiliate Lazada: Bagaimana cara daftar sebagai ejen affiliate? […]

    Reply
  2. Konsep kedai runcit online. Boleh berjaya ke jual barangan runcit secara online? - Blog Sabree Hussin says:
    June 13, 2016 at 10:14 am

    […] Klik untuk baca: Program Affiliate Lazada: Bagaimana cara daftar sebagai ejen affiliate? […]

    Reply
  3. Kenapa saya perlu buat bayaran sebelum mula bekerja dari rumah? - Soal Jawab .MY says:
    August 15, 2016 at 5:06 pm

    […] Laman web ecommerce Lazada misalnya ada membuka peluang untuk orang ramai mendaftar sebagai ejen affiliate dan berpeluang untuk menerima komisen per jualan sekitar 6%-10% untuk produk yang berjaya anda jual. Tiada sebarang pembayaran dikenakan untuk mendaftar sebagai ejen affiliate, malahan anda berpeluang untuk jana pendapatan lumayan sekiranya anda tahu bagaimana teknik-teknik untuk mendapatkan jualan secara online. […]

    Reply
  4. Evolusi dalam Perniagaan Internet adalah suatu pilihan atau wajib buat? - Blog Sabree Hussin says:
    November 17, 2016 at 8:50 pm

    […] tentu tanggapan tersebut sudah terbukti tidak benar. Lihat sahaja program affiliate Lazada Malaysia. Walaupun komisen yang ditawarkan sebenarnya tidaklah tinggi, namun saya boleh katakan ini adalah […]

    Reply
  5. Komisen Affiliate Lazada September 2016 says:
    November 17, 2016 at 10:01 pm

    […] masih ramai lagi yang tak tau, bahawa dengan menyertai Program Affiliate Lazada Malaysia, kita boleh jana pendapatan tambahan dari rumah dengan cara berkongsikan link affiliate kita […]

    Reply
  6. Komisen Affiliate Lazada Oktober 2016 says:
    November 18, 2016 at 11:57 am

    […] dua cara bagaimana anda boleh menyertai Program Affiliate Lazada Malaysia dan mendaftar sebagai ejen. Cara pertama adalah menerusi laman web Lazada Malaysia itu sendiri dan […]

    Reply
  7. Tips bagaimana elak alami kerugian dalam perniagaan yang diceburi - Blog Sabree Hussin says:
    November 22, 2016 at 4:47 pm

    […] kata anda join dulu Program Affiliate Lazada Malaysia. Komisennya juga boleh tahan. Ada yang 6%, 9% dan ada juga yang 10%. Barang yang boleh dipromosikan […]

    Reply
  8. Bagaimana saya boleh terpilih untuk terima Lazada Box of Joy? - Blog Sabree Hussin says:
    November 23, 2016 at 4:19 pm

    […] Baca ni dulu: Program Affiliate Lazada: Bagaimana cara daftar sebagai ejen affiliate?  […]

    Reply
  9. Kenapa anda patut buat duit dengan Mobicow sekarang? - Sabree Hussin Dot Biz says:
    December 17, 2016 at 6:59 pm

    […] iii. Sertai program affiliate yang membayar dalam matawang USD […]

    Reply
  10. Bekerja dari rumah dengan Lazada Malaysia sebagai seller | Pekerja Dari Rumah says:
    June 17, 2017 at 10:13 am

    […] Baca juga: Program affiliate Lazada. […]

    Reply
  11. Pendapatan daripada program affiliate sebagai pendapatan utama | sabreehussin says:
    July 25, 2017 at 5:20 pm

    […] Ada jualan (contoh program affiliate Lazada) […]

    Reply
  12. Workshop Lazada Affiliate Program di Pullman Hotels Kuala Lumpur - Xplorasi Destinasi says:
    October 24, 2017 at 9:34 pm

    […] Sebenarnya, inilah dia tujuan saya datang ke sini. Pada hari ini, ada program workshop diadakan untuk mereka yang menyertai Program Affiliate Lazada. […]

    Reply
  13. Adakah ejen dropship juga bersalah sekiranya pembekal seorang scammer? - Sabree Hussin Dot Biz says:
    December 26, 2017 at 7:58 pm

    […] Saya mempromosikan produk tersebut sebagai seorang ejen affiliate. Saya adalah affiliate yang telah mendaftar untuk menyertai Program Affiliate Lazada. […]

    Reply
  14. Macam mana cara nak buat duit dengan Lazada? - Soal Jawab .MY says:
    August 4, 2019 at 11:18 pm

    […] Program Affiliate Lazada ini juga boleh disertai melalui platform Involve Asia. Jemput baca di artikel saya yang bertajuk Program Affiliate Lazada dan bagaimana cara nak sertai. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kenapa pilih untuk buat bisnes homestay?
  • Tiket masuk ke Zoo Negara
  • Apa sebenarnya Punca & Faktor kemiskinan?
  • Apa perlu buat selepas join PG Mall Consumerchant
  • Cara elak menerima review negatif untuk bisnes homestay

Recent Comments

  • zue on Lepas SPM tak nak sambung belajar?
  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in