Tahukah anda, laman web Lazada sebenarnya ada membuka peluang kepada orang ramai untuk mendaftar menjadi ejen affiliate atau nama lainnya ejen promosi?
Khas buat mereka yang suka kongsi-kongsi link, tak kiralah sama ada nak kongsi link di blog, laman web, facebook, twitter dan mana-mana tempat lain yang boleh kongsi link, program affiliate lazada ini boleh jadi amat sesuai untuk anda.
Kerjanya juga tidaklah sesukar mana. Hanya perlu dapatkan link promosi dan mula promosi. Itu sahaja. Apabila ada pelanggan yang buat belian menerusi link anda, maka dari situ anda akan terima upah.
Kadar upah yang paling tinggi boleh diperolehi ialah 12%. Sekarang, cubalah bayangkan jika anda berjaya menjual produk yang agak mahal, sebagai contoh produk yang berharga RM2,000 dan komisyen anda pula adalah sebanyak 12%.
Berapa agaknya pendapatan yang boleh anda perolehi dari Lazada? Jawapannya ialah RM240. Kalau tanya saya, ianya cukup lumayan, dengan mengambil kira bebanan kerja yang perlu kita lakukan yang sangatlah minima.