Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Status program affiliate Lazada setakat Oktober 2018?

October 15, 2018 by sabree hussin 2 Comments

Sewaktu saya sedang membaca statistik blog ini, saya perasan ada banyak juga kata kunci yang masuk ke blog ini, yang mencari info tentang program affiliate Lazada.

 

Saya pun dah agak lama tak bercerita mengenai program ini. Maklumlah, pendapatan dari program ini, kejap masuk kejap tak, jadi saya pun malas nak tulis pasal program ini.

 

Untuk makluman anda, tahun 2018 ini, apa yang saya perhatikan terdapat beberapa perubahan yang berlaku terhadap program ini.

laman-web-buat-duit

Lazada memperkenalkan fungsi Smartlink

Dari apa yang saya faham, fungsi smartlink ini diperkenalkan supaya para peserta affiliate boleh dapat nikmati komisen, tanpa mengira apa platform yang digunakan oleh pelanggan untuk buat bayaran.

 

Setakat ini, pelanggan Lazada datangnya dari Apps dan juga dari website. Untuk penulis blog macam saya, pembaca blog ini juga ada yang baca menggunakan smartphone dan ada juga yang menggunakan laptop atau komputer.

 

Kalau sebelum ini, pembaca blog yang baca blog ini menggunakan smartphone, kemudian dia tekan klik pada link affiliate Lazada saya, link tersebut akan redirect ke apps Lazada. Sekiranya pembaca itu tadi ada membuat pembelian, saya tidak akan dapat sebarang komisen, sebabnya link affiliate saya hanya untuk pembaca dari kalangan pengguna laptop.

 

Kemudian Lazada memperkenalkan fungsi smartlink. Pada sekitar June 2018, saya mula update semua link-link affiliate saya kepada format yang baru. Saya ada cerita dalam posting saya sebelum ini berjudul Kemaskini link affiliate Lazada kepada Smart Link untuk elak kehilangan komisen!

 

Perkara ini memang satu kebiasaan buat para pemain affiliate. Sampai satu masa, memang kita kena buat housekeeping, kemaskini semua link yang ada, bagi memastikan pendapatan dari program affiliate itu terus berjalan.

 

Selalunya untuk orang yang buat marketing guna blog macam saya ini, memang kena selalu alert dengan perubahan pada link affiliate. Kalau tak selalu buat semakan, silap-silap nanti tak perasan ada link yang dah lama mati tapi saya masih biarkan sahaja.

 

Lazada kini menukar platform affiliate dari Hasoffers kepada sistem baru

Platform affiliate yang pihak Lazada gunakan sebelum ini, adalah dari sistem hasoffers. Tapi sekarang ini, kalau anda nak tahu, sistem affiliate yang digunakan telah ditukar kepada satu sistem yang baru.

 

Proses perpindahan dari sistem yang lama ke sistem yang baru, memang memakan masa yang agak lama. Saya agak, ia mungkin disebabkan data-data transaksi yang dimiliki oleh pihak Lazada yang sangat besar.

 

Lazada ini bukan hanya terdapat di Malaysia sahaja tau, sebaliknya ada juga di Thailand, Philippines, Indonesia, Singapore dan juga di Vietnam.

 

Jadi saya hanya boleh bayangkan, saiz data yang perlu dipindahkan (migrate) ke server dan sistem yang baru, pastinya sangat besar.

 

Kalau kita pergi ke laman web Lazada, dan tekan pada pautan affiliate program pun, buat masa setakat catatan ini saya tulis, masih belum ada lagi tersedia pautan untuk daftar sebagai ejen affiliate yang baru.

buat-duit-dengan-lazada

 

Kalau bandingkan dengan yang sebelum ini, kita boleh nampak ada butang untuk kita lakukan pendaftaran.

Mungkin, pendaftaran baru akan dibuka tak lama lagi. Tak apalah, kita tunggu dulu dan bagi masa. Mungkin bagi kita ianya nampak mudah, tapi bagi pihak pengendali program, ada banyak perkara yang mereka perlu urus dan perlu pastikan semuanya berjalan dengan lancar.

 

Status program affiliate untuk ejen affiliate sedia ada

Dari apa yang saya tahu, program affiliate lazada ini dihentikan untuk sementara waktu pendaftarannya untuk ahli yang baru.

 

Namun untuk ejen affiliate sedia ada, kita masih boleh promosikan produk lazada macam biasa. Ada dalam kalangan ahli atau ejen affiliate lama, yang telah diserap masuk secara automatik untuk terus mempromosikan produk-produk dalam laman web lazada dan jana komisen.

 

Saya antara yang diserap masuk.

 

Ini merupakan sistem reporting yang baru, yang digunakan dalam program affiliate lazada.

laporan-program-affiliate-lazada

Apabila saya mula update sekali lagi, setiap link affiliate lazada yang ada dalam blog ini kepada link yang baru, sales mula masuk macam biasa.

 

Apa yang saya dapat katakan, program affiliate Lazada ini masih lagi berjalan. Cuma mungkin untuk masa ini, kita kena bagi masa untuk pihak technical lazada untuk uruskan apa-apa yang patut.

 

Buat masa sekarang ini, saya masih belum boleh promosikan produk yang spesifik yang ada dijual di Lazada. Jadi apa yang saya buat, saya akan redirect setiap link affiliate lazada yang saya pernah siarkan dalam blog ini ke halaman utama.

 

Kebanyakkan link affiliate Lazada, saya pendekkan menggunakan plugin pretty link.

Baca juga: Pemasangan plugin terpilih untuk meningkatkan keupayaan blog wordpress

 

Kelebihan bila saya gunakan plugin ini adalah bila saya perlu update link, ianya boleh dibuat melalui satu dashboard sahaja. Cuma perlu tekan edit dan tukar sahaja link tersebut tanpa perlu edit artikel asal dimana link tersebut disiarkan.

 

Baiklah, saya harap semoga pihak lazada dapat buat yang terbaik. Rasa tak berapa seronok juga, bila terputus pendapatan dari program affiliate Lazada ini.

 

Cara alternatif kalau nak buat duit melalui platform Lazada ini adalah dengan menjadi penjual di platform tersebut. Nama Lazada memang sudah terkenal dan walaupun wujud persaingan, namun pelanggan Lazada masih tetap setia bersama mereka.

 

Andai kata anda nak belajar cara untuk buat duit dengan Lazada, apa kata anda belajar melalui laman web ini. Panduan secara langkah demi langkah tersedia untuk anda jadikan sebagai rujukan.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Pengalaman buat duit dengan Program Affiliate Lazada sepanjang tahun 2017
  2. Kalau tak ada blog, boleh join Program Affiliate Lazada tak?
  3. Program Affiliate Lazada: Bagaimana cara daftar sebagai ejen affiliate?
  4. Komisen Affiliate Lazada Oktober 2016

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: buat duit dengan affiliate lazada, buat duit dengan lazada, cara daftar affiliate lazada, cara daftar dropship lazada, pengalaman dengan lazada, program affiliate lazada

Comments

  1. etuza says

    October 15, 2018 at 2:42 pm

    Asalam..semoga dimurahkan rezeki ya

    Reply

Trackbacks

  1. Kenapa tak dapat register affiliate program lazada? - Soal Jawab .MY says:
    October 24, 2018 at 2:27 pm

    […] Sila baca di: Status program affiliate Lazada setakat Oktober 2018? […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Tiket masuk ke Zoo Negara
  • Apa sebenarnya Punca & Faktor kemiskinan?
  • Apa perlu buat selepas join PG Mall Consumerchant
  • Cara elak menerima review negatif untuk bisnes homestay
  • Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu

Recent Comments

  • zue on Lepas SPM tak nak sambung belajar?
  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in