Pengalaman buat duit dengan Program Affiliate Lazada sepanjang tahun 2017

by sabree hussin on December 30, 2017

in Buat Duit Online

Kalau mengikut rekod yang tertera di bahagian ruangan ahli, saya sebenarnya mendaftar untuk menyertai program affiliate Lazada pada 24 Ogos 2015. Ini bermakna, tahun 2017 merupakan tahun kedua saya mempromosikan produk-produk yang dijual di laman web Lazada.

 

Sekiranya anda juga merupakan salah seorang seller di laman web Lazada, besar kemungkinan saya pernah secara tak sengaja memberi trafik kepada halaman jualan anda.

buat-duit-dengan-lazada

Nak buat duit dengan program affiliate Lazada ni, konsepnya mudah sahaja.

 

Anda buat, anda dapat. Ya, ayat ni memang digunakan secara berleluasa dalam macam-macam peluang bisnes kat luar sana.

 

Yang buat program scam pun guna ayat “anda buat, anda dapat”. Dulu masa zaman-zaman saya aktif mempromosikan simkad Tone Excel pun selalu guna ayat ni.

 

Hakikatnya, ayat ini, memang sesuai untuk digunapakai dalam macam-macam keadaan dan bisnes. Jadi terpulanglah kepada individu tu, sama ada nak buat duit ataupun tidak.

 

Saya pernah cerita dalam blog ini sebelum ini, yang kalau kita nak menyertai program affiliate Lazada ni, kita boleh sertai menerusi dua platform. Pertama, menerusi platform hasoffers bagi mereka yang nak daftar terus dengan lazada, dan cara yang kedua adalah menerusi platform Involve Asia.

 

Kalau anda minat nak baca lebih lagi

  1. Program Affiliate Lazada: Bagaimana cara daftar sebagai ejen affiliate?
  2. Program Affiliate Involve Asia: Peluang buat duit tambahan untuk semua
  3. Bagaimana cara mempromosikan rangkaian produk dalam Program Affiliate Involve Asia

 

Cubalah dulu program ini. Manalah tahu, ada rezeki untuk anda. Mungkin anda tak akan dapat beribu-ribu ringgit setiap bulan, tapi saya kira, kalau boleh dapat pendapatan tambahan RM100 – RM200 setiap bulan, itupun satu pencapaian yang baik juga kan.

 

Untuk tahun 2017 ni, ini yang saya berjaya hasilkan.

bukti-buat-duit-dengan-lazada

Seingat saya, sepanjang tahun 2017 ni, saya banyak mempromosikan produk-produk seperti

  1. Makanan kucing
  2. Alat senaman
  3. Barang-barang murah dari Taobao
  4. Tudung
  5. Kad prabayar
  6. Set makan tengahari di Seoul Garden
  7. … dan banyak lagi

 

Saya memang tak fokus dengan satu jenis produk atau satu niche tertentu. Ini adalah something yang saya berazam nak perbaiki di tahun baru 2018 nanti. Sekarang ni pun, saya dah mula lancarkan beberapa projek laman web yang khusus untuk niche tertentu.

 

Bila ada laman web yang khusus untuk sesuatu niche, maka In Shaa Allah potensi dan peluang untuk hasilkan jualan adalah lebih baik, berbanding laman web yang bersifat umum, contohnya macam yang anda sedang baca sekarang ni.

 

Walaubagaimanapun, saya percaya, kebanyakkan jualan yang terhasil, adalah disumbangkan oleh laman blog saya yang ini. My instinct say so.

 

No just kidding. Saya rujuk pada data yang tercatat di bahagian statistik dan saya dapati ada banyak klik pada link affiliate yang berasal dari blog ini.

 

Tahun 2017 tahun saya aktif menawarkan servis Advertorial

Pada tahun 2016, saya menjangkakan pendapatan yang saya bakal hasilkan menerusi program affiliate lazada ini akan meningkat. Rupa-rupanya saya tersilap.

 

Sasaran tidak tercapai. Saya rasa ini salah satu puncanya.

 

Oleh kerana kaedah promosi yang saya gunakan adalah menggunakan blog, maka kaedah yang saya gunakan adalah Advertorial. Tahun-tahun sebelum ini, saya banyak hasilkan advertorial untuk mempromosikan produk dari laman web Lazada.

 

Kemudian, pada satu hari, saya terfikir, why not saya offer servis advertorial kepada para pembaca dan pelawat blog ini, yang mungkin minat nak buat duit online, tapi tak ada platform untuk buat pemasaran, tak ada skil untuk hasilkan artikel, dan tak ada masa untuk buat marketing.

 

Alhamdulillah, sambutan yang saya terima begitu menggalakkan. In Shaa Allah, tahun 2018 saya nak kurangkan buat advertorial. Saya nak fokus kepada memberi khidmat advertorial kepada usahawan yang betul-betul serius nak dapatkan khidmat dari saya.

 

Bila “klien” saya serius, saya juga akan serius promosikan perniagaan dia.

 

Jika anda adalah salah seorang “bakal klien” saya untuk tahun 2018 nanti, dan masih tak yakin sama ada saya punya teknik penulisan ni betul-betul boleh bawak sales kepada syarikat anda atau tidak, sila rujuk kepada bukti pendapatan dari Lazada diatas.

 

Itu antara yang dapat direkodkan. Saya percaya, jumlah jualan yang saya berjaya hasilkan sebenarnya lebih tinggi dari apa yang telah direkodkan. Tapi disebabkan oleh sebab-sebab teknikal, kebanyakkan sales yang saya hasilkan tidak tercatat, lalu menyebabkan saya tak layak dapat komisen yang lebih tinggi.

 

Sistem tracking komisen affiliate

Saya merujuk kepada terma dan syarat program affiliate Lazada dari laman web mereka.

CLAUSE 9: TRACKING METHODOLOGY

(1) Tracking and reporting shall be carried out by and for the purposes of the Affiliate Platform whereby a cookie is stored on a user’s browser to track transactions back to each specific affiliate by identifying the user’s device ID for transactions generated from the App.

(2) Cookies will last for thirty (30) days.

 

Apa maksudnya?

 

Mudahnya begini.

 

Pada kali pertama prospek menekan klik pada link affiliate anda, cookies akan ditanam pada peranti (device) yang dia gunakan dan cookies ini akan bertahan selama 30 hari. Dalam tempoh tersebut, jika individu ini buat pembelian, maka anda akan dapat komisen.

 

Syarat tambahan yang perlu dipenuhi

  1. Prospek tadi mestilah buat pembelian menggunakan peranti yang sama.
  2. Cookies masih lagi aktif dan belum dibersihkan dari peranti prospek tu tadi

 

Pada satu tahap, saya mula merasakan yang 30 hari cookies ni macam tak begitu memberi kesan yang signifikan, apabila mengambil kira behavior atau kelakuan pengguna internet.

 

Kebiasaannya, lepas dia klik pada link affiliate dan dibawa ke halaman jualan, belum tentu dia akan terus buat pembelian. Kalau dia jenis yang terus beli, memang rezeki kita.

 

Dalam tempoh masa untuk dia buat keputusan sama ada nak bayar ataupun tidak, macam-macam benda boleh berlaku. Antaranya…

 

Situasi 1

Dia tutup laman web Lazada. Kemudian dia bukak Facebook. Ternampak pulak iklan produk yang sama di Facebook. Dia klik iklan tu, dan sekali lagi dia dibawa ke halaman jualan produk yang sama. Cuma kali ini, cookies anda telah terpadam dan diganti dengan cookies yang baru, milik Lazada sendiri.

 

Kalau dia buat pembelian, anda tak akan dapat komisen sebab cookies anda telah diganti dengan cookies yang baru.

 

Situasi 2

Lebih kurang macam situasi pertama, cuma kali ini lepas dia tutup website Lazada, dia klik pula iklan Lazada yang disiarkan di google.

 

Situasi 3

Ini yang paling saya benci. Ada sesetengah laman web, pemiliknya meletakkan iklan jenis Pop up. Pop up yang keluar tu pula terus redirect ke halaman Lazada. Ini juga akan menggantikan cookies yang sedia di tanam di peranti milik prospek kita tu.

 

Kadang-kadang, iklan Lazada ini berpunca dari Ads Network seperti Bidvertiser dan lain-lain (yang saya juga kurang familiar).

 

Kalau apa yang saya faham, Lazada sebenarnya tak benarkan kita gunakan kaedah pop up atau advertising seperti ini. Rujuk

The Affiliate shall not set up campaigns on third party the Affiliate Networks. The Affiliate is only allowed to direct its own traffic and/or its own sub affiliate traffic in case of networks, to the Platform. The Affiliate shall warrant that it will set cookies only if the Advertising Material is in visible use on the Affiliate Media and the user Clicks voluntarily and consciously. The use of layers, add-ons, iFrames, pop-up, pop-under, site-under, auto-redirect advertisements which automatically redirect the user to the Platform without the user’s engagement or action (e.g. click, touch), cookie dropping, postview technology, misleading advertisements that result in misleading clicks that display expected content, etc., are strictly prohibited. Actions by the Affiliate that result in forced installations of the App are prohibited. For clarification purposes, forced-installation also includes the act of not asking for permission before initiating a download/ redirect.

 

Tapi itulah, saya tak pernah dengar pula ada affiliate yang kena banned sebab guna kaedah iklan seperti ini. Mungkin ada, mungkin tiada. Maklumat tu tak pernah sampai kepada saya sebelum ini.

 

Apa yang saya sebutkan diatas ini, sebenarnya adalah salah satu daripada banyak-banyak RISIKO yang kita harus hadapi apabila menyertai program affiliate.

 

Itu sebabnya, saya juga tak begitu minat nak bergantung harap hanya pada satu program sahaja. Setidak-tidaknya, kalau dari satu program tu, pendapatannya tak berapa baik, saya masih ada lagi back up plan.

 

Jadi, apa yang kita sebagai ejen affiliate boleh lakukan?

Saya berpendapat, tak banyak yang kita boleh lakukan.

 

Di masa hadapan, apa yang saya boleh cadangkan, adalah usaha dengan lebih baik lagi. Maksud saya dengan usaha adalah begini,

(1) Hasilkan lebih banyak artikel promosi (advertorial)

Kita target kuantiti.

 

(2) Hasilkan lebih banyak artikel yang berkualiti dan baik dari segi copywriting

Supaya pembaca boleh terus buat pembelian on the spot dan kita pula tidak akan terlepas daripada mendapatkan komisen

 

(3) Lebihkan usaha untuk jual produk-produk MURAH

Dengan anggapan, produk murah ni orang tak berkira sangat nak beli. Ataupun kalau bukan produk murah sekalipun, kita pilih untuk promosikan something yang cuma boleh dapat murah kalau beli dari Lazada.

 

Misalnya benda ni. Set makan tengahari di Seoul Garden untuk dua orang.

Kalau terus pergi ke restoran dia, alamak jangan haraplah boleh dapat harga ni untuk dua orang makan.

 

Blogger contest sepanjang tahun 2017

Sepanjang tahun 2017 ni juga, saya banyak sertai blogger contest yang dianjurkan oleh Lazada. Cuma… tak pernah menang.

 

Saya rasa agak susah nak menang, lebih-lebih lagi bila syarat untuk pemilihan pemenang adalah dipilih secara rawak. Ok, since saya tak pernah menang, rasanya tak perlulah nak cerita panjang-panjang.

 

Lazada Affiliate Workshop

Tahun ini, saya sempat join workshop yang dianjurkan oleh pihak Lazada di Pullman Hotels.

Baca juga: Workshop Lazada Affiliate Program di Pullman Hotels Kuala Lumpur

 

Kebanyakkan yang dikongsikan dalam workshop ini, memang saya dah tahu. Tapi saya suka datang ke workshop macam ni dan ambil peluang ni untuk berkenalan dengan kawan-kawan affiliate yang lain dan bolehlah merasa makan sedap yang di belanja sepenuhnya oleh Lazada.

 

Itulah dia sedikit sebanyak pengalaman yang dapat saya kongsikan dalam kesempatan yang terbatas ni. Terima kasih saya ucapkan kerana anda sudi baca perkongsian saya ni, dan seperti biasa, kalau anda ada sebarang soalan atau pertanyaan, bolehlah tanyakan dibahagian komen.

 

Kalau anda nak baca pengalaman saya pada tahun 2016, boleh baca posting saya sebelum ini bertajuk pengalaman buat duit dengan lazada sepanjang tahun 2016.

 

Semoga pembaca sekalian beroleh manfaat.

 

 

 

 

Be Sociable, Share!

{ 6 comments… read them below or add one }

anuar December 31, 2017 at 8:08 am

Boleh dapst lebih RM100 sebulan melalui affiliate Lazada.. kira banyaklah tu..

Reply

sabree hussin January 3, 2018 at 1:12 pm

Alhamdulillah. Sebenarnya ramai lagi yang dapat lebih banyak dari ini 🙂

Reply

zik January 2, 2018 at 2:55 pm

TERBAIK dari bro.. ada dapat juga jemputan lazada tuh..tapi tak sempatlah pulak.. tahun 2018 cuba sebaik mungkin..tengoklah macam mana promosi kita tuh macam mana, kena ada plan dan target.. kalau main belasah jer… end of result menangis lah jawabnya.. haha..

Reply

sabree hussin January 3, 2018 at 1:06 pm

Join la program-program lazada. Mana tahu boleh jumpa kat sana haha

Reply

reezluv January 8, 2018 at 7:48 pm

xpenah dapat la plak komisen dari lazada ni..dapat tu ada, tapi takde la sampai boleh cash out..:D

Reply

sabree hussin January 11, 2018 at 1:10 pm

Macam tu kena tambah lagi artikel promosi, mesti boleh dapat lebih banyak komisen pasni

Reply

Leave a Comment

{ 3 trackbacks }

Previous post:

Next post: