Bagaimana cara nak buat duit online sepanjang tahun 2016?

by sabree hussin on January 8, 2016

in Pemasaran Internet

Kehidupan di tahun 2016 ini dijangkakan akan berubah jadi makin mencabar berbanding tahun-tahun sebelumnya. Banyak masalah-masalah, sama ada masalah negara, masalah ekonomi, mahupun masalah keluarga yang masih belum selesai kita bawa ke tahun 2016.

 

Pastinya di tahun 2016, kita akan berdepan dengan masalah lain. Di campur pula dengan masalah yang kita bawa dari tahun sebelumnya, maka akan makin berganda pula masalah yang perlu kita hadapi.

 

Hidup tanpa masalah. Bukan hidup namanya tu. Baik. Itu selingan ha ha

 

Saya percaya semua orang ada masalah… dan dengan usaha, doa, ikhtiar dan tawakal, tak ada masalah yang tak dapat diselesaikan. Jika masalah anda ada kaitan dengan duit, atau masalah kewangan, perkongsian ini untuk anda.

 

“Boleh saya tahu, ada tak pengunjung, pelawat mahupun pembaca blog ini yang mencari-cari tips mahupun cara-cara untuk buat duit secara online sahaja yang MUDAH dan boleh dipraktikkan oleh semua orang sehingga berupaya menjadikan ia sebagai sumber pendapatan kedua?”

 

Tanpa membuang lebih banyak masa, mari saya kongsikan dengan anda antara perkara-perkara yang anda boleh lakukan pada tahun 2016 untuk tambahkan pendapatan anda. In Shaa Allah, saya juga akan lakukan perkara yang sama, dan jika ada peluang, mungkin satu masa nanti kita boleh bincangkan apa hasilnya bersama-sama nanti.

 

(1) Blogging

Siapa-siapa yang masih belum ada blog tu, better cepat-cepat la daftar blog anda sendiri. Blogging ni saya dah buat sejak tahun 2009 lagi. Ada blog saya yang masih wujud dan ada jugak yang saya dah delete. Hingga ke saat ini, saya kira mungkin saya dah ada beratus-ratus blog yang saya dah daftarkan.

 

Blog menggunakan medium percuma Blogspot

Seingat saya, mungkin saya ada 5 – 6 emel yang saya daftarkan dengan blogspot. Setiap satu menggunakan identiti yang berbeza. Manakala untuk setiap emel tu pula saya ada daftarkan beberapa blog. Andai kata saya ada 6 emel, dan setiap emel akaun tu saya daftarkan dengan 10 blogspot, maka saya akan ada sekurang-kurangnya 60 buah blog percuma dari blogspot.

 

Nak buat apa bina banyak-banyak blog percuma ni kan? Jawapannya dah tentu untuk tujuan buat duit online. Ini salah satu trik yang saya pelajari dari pembacaan pelbagai buku dan ebook yang membincangkan tentang teknik buat duit dengan kuasa SEO.

 

Blogging ni mudah je. Anggap je la macam kita tengah update status kat Facebook. Cuma kita akan tulis lebih panjang dalam blog. Kalau cuma nak tulis yang pendek-pendek je pun tak ada masalah.

 

(2) Affiliate Marketing

Sekarang ni, peluang nak buat duit dengan affiliate marketing dah makin banyak dan terbuka luas. Kalau dulu, kita cuma boleh join program affiliate untuk produk digital macam ebook, rakaman audio, software, video dan sebagainya sahaja.

senarai_produk_klikjer

Kalau tahun-tahun sebelum ni, kita boleh fokus untuk promosikan produk-produk di klikjer dan ashadee. Tapi memandangkan baru-baru ni, Ashadee dah keluarkan notis yang mereka akan tutup kedai, jadi lepas ni nampaknya mungkin kita boleh fokus pada klikjer sahaja. Itu untuk segmen produk digital.

 

Berita baiknya ialah, sekarang ni kita dah ada peluang untuk sertai program affiliate yang menjual produk-produk fizikal. Antaranya seperti

 

(i) Program affiliate Bookcafe

buat_duit_dengan_bookcafe

Buat peminat dan pencinta buku, anda boleh join saya dalam program affiliate yang dianjurkan oleh Bookcafe ini. Ada beratus-ratus buku yang anda boleh promosikan disini.

 

(ii) Program affiliate Lazada

lazada_official_page

Ini satu lagi program affiliate bagi produk fizikal yang tak seharusnya anda lepaskan. Program affiliate Lazada. Kalau tak silap saya, dalam ni mungkin ada beribu-ribu produk yang anda boleh promosikan.

 

Kalau anda ada famili member ataupun kenalan yang memang suka shopping kat Lazada tu, bolehlah ajak diorang semua untuk buat belian menerusi link affiliate anda. Setidak-tidaknya anda akan dapat sedikit komisyen daripada hasil pembelian kawan-kawan anda tu nanti.

 

(3) Program Dropship

Program dropship pun best jugak kalau kita buat. Sekarang ni, saya plan untuk join program dropship untuk produk Garam Aura Rezeki. Itupun kalau ada supplier yang nak terima permohonan saya jadi ejen diorang la ha ha

 

Apa pun, untuk tahun 2016 ni, program dropship bukanlah satu prioriti untuk saya. Tumpuan saya akan berikan lebih kepada program affiliate.

 

(4) Bisnes servis

Dalam bisnes berasaskan servis, modal paling besar yang anda perlukan adalah MASA dan KEPAKARAN anda. Now, tanyakan soalan ini kepada diri anda sendiri.

 

Apa dia kepakaran yang anda miliki yang mungkin berguna untuk orang lain?

 

Bila anda dah tau, apa dia kepakaran yang anda miliki yang boleh diniagakan, langkah seterusnya adalah untuk mendapatkan pembeli. Kalau dah tak tau sangat nak jual kat mana kepakaran anda tu, boleh cuba untuk tawarkan di laman web seperti fiverr.

panduan_buat_duit_fiverr

Anda boleh klik sini untuk bacaan lebih lanjut.

 

(5) Freelancing

Konsep freelancing atau pekerja bebas ialah anda tawarkan kepakaran anda untuk bekerja dengan mana-mana majikan yang berminat untuk dapatkan perkhidmatan anda. Terpulang pada anda sama ada nak buat kerja data entry, translation, programming, transcribing, penulisan artikel atau apa-apa sahaja.

 

(6) Bisnes simkad Tone Excel

Seperti tahun-tahun sebelumnya, saya masih lagi menjadi pengguna dan masih lagi mempromosikan simkad Tone Excel.

bisnes_tone_excel_free_downline

Kali ini saya lebih banyak gunakan sistem autodownline untuk bantu saya dapatkan pelanggan dan prospek baru.

 

(7) Bisnes simkad OneXOX

Ini merupakan satu lagi bisnes berasaskan simkad yang baru saya ceburi.

onexox_center

Satu perkara yang saya suka dengan ONEXOX ni ialah tempoh sah aktif selama 28 bulan tu. Simkadnya pun murah je. Kalau anda minat nak join saya, boleh join dengan membuat pendaftaran kat sini.

 

(8) PowerGold

Tahun 2015, saya ada daftar satu akaun dengan PowerGold. Salah satu kelebihan dengan powergold ni ialah kita boleh beli emas dengan harga ahli, yang lebih murah berbanding harga pasaran.

 

Alkisahnya, emas dari powergold ni, selain boleh dijadikan sebagai aset, boleh juga diniagakan dan dapat untung runcit. In Shaa Allah, tahun 2016 ni, saya akan lebih banyak berkongsi tentang emas powergold. Moga-moga diberi kekuatan dan kesempatan olehNya.

 

Ok.

 

Dalam senarai ni sekurang-kurangnya ada 8 cara macam mana nak buat duit tambahan sepanjang tahun 2016 ni. Moga-moga anda dapat luangkan masa untuk cuba salah satu atau cuba kesemua sekali. Kita merancang, dan mari kita sama-sama lakukan yang terbaik.

 

Semoga dengan usaha ini, dapatlah kita tambahkan pendapatan kita nanti. Wallahu’alam

 

 

Be Sociable, Share!

{ 7 comments… read them below or add one }

titan January 9, 2016 at 5:49 am

pehh..

hang memang rajin.

banyak tu nak wat semua.

Reply

Akmal January 11, 2016 at 10:20 am

macam mana kita nak buat duit melalui data entry? boleh share?

Reply

sabree hussin January 11, 2016 at 1:57 pm

1. Apply job data entry, sama ada kat web freelancer, upwork atau mana-mana web yang ada job vacancy untuk position data entry.

2. Siapkan job tersebut seperti yang dimahukan oleh majikan. Pastikan buat seperti yang majikan nak kita buat.

3. Majikan akan semak hasil kerja kita.

4. Majikan bayar kita upah.

Itu je la step untuk buat duit dengan data entry.

Reply

Raihanah Ahmad January 11, 2016 at 3:21 pm

nak cuba affiliate lazada pula

Reply

anuar January 12, 2016 at 1:33 pm

Terima kasih di atas ide2 buat duit online pada tahun 2016… In Shaa Allah, akan cuba yg terbaik…

Reply

Fauzi October 17, 2016 at 3:07 pm

Rajin nko bro. Macam-macam bisnes buat ya..

Reply

sabree hussin October 18, 2016 at 11:48 pm

Ada la sikit-sikit, cari rezeki ๐Ÿ˜€

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: