Bulan November 2016 ini, ada dua berita gembira yang saya terima dari pihak Lazada Malaysia. Pertama, saya terpilih untuk menjadi salah seorang peserta bagi kempen Lazada’s Box of Joy dan kedua pada bulan ini, saya sekali lagi menerima bayaran komisen dari program Affiliate Lazada Malaysia.
Bukan senang sebenarnya nak dapat komisen dari program affiliate ini. Lagi-lagi kalau orang tu baru join dan baru je buat promosi dalam dua tiga hari. Kalau tak ada kesabaran, silap-silap dia akan tinggalkan program ni dan cari je program lain.
Saya pun pernah jadi orang baru. Pernah berada dalam situasi keliru, kecewa dan rasa seolah-olah semua yang dibuat serba tak kena dan asyik tak menjadi.
Saya join program ini pada tarikh 24 Ogos 2015. Saya ingatkan program affiliate Lazada ni senang je nak buat duit, rupa-rupanya saya silap perkiraan. Ianya agak mencabar dan perlu ada strategi untuk buat duit dengan program affiliate ni.
Kemudian selepas sebulan, saya fed up. Saya fed up sebab saya rasa saya masih tak jumpa apa dia kaedah pemasaran yang paling TEPAT untuk bantu saya buat duit dengan program affiliate Lazada ni.