Komisen Affiliate Lazada November 2016

by sabree hussin on November 27, 2016

in Komisyen Affiliate

Bulan November 2016 ini, ada dua berita gembira yang saya terima dari pihak Lazada Malaysia. Pertama, saya terpilih untuk menjadi salah seorang peserta bagi kempen Lazada’s Box of Joy dan kedua pada bulan ini, saya sekali lagi menerima bayaran komisen dari program Affiliate Lazada Malaysia.

laman-web-lazada-malaysia

Bukan senang sebenarnya nak dapat komisen dari program affiliate ini. Lagi-lagi kalau orang tu baru join dan baru je buat promosi dalam dua tiga hari. Kalau tak ada kesabaran, silap-silap dia akan tinggalkan program ni dan cari je program lain.

 

Saya pun pernah jadi orang baru. Pernah berada dalam situasi keliru, kecewa dan rasa seolah-olah semua yang dibuat serba tak kena dan asyik tak menjadi.

 

Saya join program ini pada tarikh 24 Ogos 2015. Saya ingatkan program affiliate Lazada ni senang je nak buat duit, rupa-rupanya saya silap perkiraan. Ianya agak mencabar dan perlu ada strategi untuk buat duit dengan program affiliate ni.

 

Kemudian selepas sebulan, saya fed up. Saya fed up sebab saya rasa saya masih tak jumpa apa dia kaedah pemasaran yang paling TEPAT untuk bantu saya buat duit dengan program affiliate Lazada ni.

 

Padahal pada waktu tu, saya sendiri agak kurang buat promosi. Kalau nak dikira, artikel promosi yang saya tulis khusus untuk jual produk-produk dari laman web Lazada masih lagi agak kurang.

 

Saya “merajuk” sekejap dengan program affiliate ni lalu saya fokus kat benda lain.

 

Tak lama lepas tu, bila saya buat blogwalking ke blog kawan-kawan blogger lain, saya tengok ada antara kawan-kawan penulis blog yang berjaya buat duit dengan Lazada. Mereka bukan setakat berjaya buat duit dengan Lazada, malahan mereka KONSISTEN dapat komisen dari Lazada setiap bulan.

 

Dari situ saya mula tertarik untuk “kembali” kepada program affiliate ini. Saya ambil masa secukupnya untuk “SPY” apa dia sebenarnya teknik pemasaran yang digunakan oleh rakan penulis blog tu sampaikan dia berjaya dapat duit dari program affiliate ni.

 

Saya rasa, dia mesti ada rahsia yang saya tak perasan sebelum ini.

 

Saya baca satu per satu setiap artikel yang diterbitkan dalam blog miliknya. Saya cuba cari, apa dia kelainan yang ada pada blognya sampaikan dia boleh buat duit dengan program affiliate ni sebaliknya saya tak berjaya pula dapat sebarang pendapatan.

 

Sekali lagi saya kecewa. Saya kecewa sebab tak ada apa-apa yang pelik dengan teknik pemasaran yang dibuat oleh kawan saya tu.

 

Cuma apa yang saya perasan, boleh dikatakan kebanyakkan artikel yang diterbitkan, mesti dia akan selit serba sedikit kisah tentang shopping di Lazada. Kadang-kadang langsung tak ada kaitan pun, tapi dia nak selit juga link affiliate lazada dalam artikel tu.

 

Lalu saya pun buat satu kesimpulan.

 

Kalau nak buat duit dengan program affiliate Lazada ni, kena banyak share link affiliate dalam blogpost. Katakanlah dalam blog ni ada 700++ artikel, maka saya kena pastikan pada setiap artikel yang dah diterbitkan tu, sekurang-kurangnya perlu ada satu link affiliate Lazada.

 

Cuba bayangkan, kalau dalam sehari ada 700 klik pada link affiliate tersebut.

 

Agak-agak dalam masa 30 hari, ada berapa klik yang akan terhasil? Mudah je kalau nak tau jawapannya. Darabkan je la 700 klik sehari kali dengan 30 hari. Maka jawapannya ialah 21,000 klik.

 

Tak kan daripada 21,000 klik yang terhasil tu, tak ada satu pun yang akan bertukar kepada sales? Mustahil, kan.

 

Ya, kita memang tak akan tau sama ada sesuatu idea tu praktikal atau tak, boleh berjaya atau tidak selagi mana kita tak uji idea tersebut.

 

Disebabkan saya agak malas, dan saya berpendapat adalah tidak praktikal untuk edit artikel-artikel lama semata-mata nak masukkan link affiliate Lazada, maka saya hanya edit artikel-artikel tertentu sahaja yang ada dalam blog ini.

 

Tak lama lepas tu, saya mula nampak sinarnya. Ya, ada harapan untuk buat duit dari program ni kalau saya persistent dan consistent buat kerja-kerja pemasaran. Maka, komisen affiliate Lazada Malaysia yang pertama muncul pada bulan Februari 2016. (ho ho selepas 6 bulan join program affiliate ni!)

Jom baca: Komisyen Affiliate Lazada March 2016 

buat-duit-dengan-lazada

Invois telah pun dikeluarkan sejak bulan Februari 2016 lagi. Tapi pembayaran hanya dilakukan pada hujung bulan Mac 2016. Masa tu saya pun masih belum biasa dengan sela pembayaran ni, jadi saya tak kisah sangat pun. Saya pun masih agak baru dengan program affiliate Lazada ni pada ketika itu.

 

Lepas dapat komisen yang pertama pada bulan March 2016 ni, saya dah makin bertambah yakin untuk promosikan produk-produk lazada dalam blog ni. Saya tak toleh belakang dah. Apa yang saya tau, program ni memang boleh buat duit, dan kini terpulang pada saya sama ada nak buat sehabis baik atau nak buat ala kadar je.

 

… dan seterusnya saya mula mengumpul komisen dari program ini.

Baca juga:

(1) Komisen Affiliate Lazada April 2016

(2) Komisen Affiliate Lazada May 2016

(3) Komisen Affiliate Lazada Julai 2016 

(4) Komisen Affiliate Lazada September 2016

(5) Komisen Affiliate Lazada Oktober 2016 

 

Perkongsian ini bukannya bertujuan untuk tunjuk hebat atau nak tayang-tayang komisen ke hapa, sebaliknya saya nak bagitahu bahawa peluang untuk berjaya dalam program macam ni memang ada. Syaratnya ialah kena rajin dan kena usaha kuat.

 

Saya sendiri hanya dapat komisen selepas 6 bulan buat promosi. Tak adalah hebat sangat kan. Sekarang ni pun sama, saya masih lagi perlu usaha kuat dan lebih gigih sebabnya pada hari ini, dah makin ramai orang yang tau peluang buat duit dengan Lazada. Jadinya, saingan makin bertambah hebat. Saya juga kena tingkatkan lagi usaha dan ilmu.

 

Walaubagaimanapun, siapa tak mudah menyerah kalah dan sanggup belajar, pasti akan dapat hasilnya.

 

Saya harap anda juga begitu. Jangan cepat sangat menyerah kalah. Jangan dilemahkan dengan hasil yang tak seberapa. Paling penting, jangan nak compare sangat berapa yang anda dapat berbanding orang lain, sebabnya anda mungkin tak tau berapa banyak yang dah dikorbankan dari segi usaha dan masa oleh individu itu untuk dapat hasil yang sedemikian.

 

Just buat yang terbaik dan istiqomah.

 

Baiklah, panjang pula rasa. Ini dia bayaran komisen yang saya terima bagi bulan November 2016.

bukti-komisen-lazada

Bayaran komisen Lazada yang saya terima bagi bulan ini adalah sejumlah RM113.50. Alhamdulillah. 

 

Sebenarnya jika anda dapat luangkan sikit masa untuk lihat pada jadual diatas, anda boleh lihat bahawa kebanyakkan sales yang dijana adalah daripada kempen yang dipanggil sebagai MY Deeplink Generator. Maksud MY Deeplink Generator ni sebenarnya ialah saya mempromosikan produk yang SPESIFIK yang dijual di laman web Lazada.

 

Strategi untuk bawa masuk prospek ke muka depan Lazada kurang berkesan untuk dapat jualan. Begitu juga strategi untuk menyiarkan banner iklan Lazada. Walaupun ramai yang nampak banner iklan ini, namun dari segi conversion ianya agak kurang memberangsangkan. Pelawat blog ini pun bukannya jenis yang rajin sangat nak klik pada banner iklan.

 

Inilah sebabnya, dalam perkhidmatan iklan yang saya tawarkan dalam blog ini, saya tidak buka tawaran untuk iklan jenis banner. Sebab saya berpendapat, ianya tidak begitu berkesan untuk dapatkan jualan.

 

Akan tetapi, kalau iklan jenis artikel advertorial, In Shaa Allah ianya lebih convert untuk dapat sale. Justeru, jika anda ingin dapatkan perkhidmatan iklan dari saya, bolehlah rujuk pada laman web ini untuk maklumat lanjut.

 

Komisen dari Lazada ini selamat masuk ke akaun Maybank pada 22 November 2016.

komisen-affiliate-lazada-november2016

 

Apa pun, saya ingin ucapkan bebanyak terima kasih kepada pelawat, pembaca dan pengikut blog ini kerana ada antara anda yang sudi untuk membeli belah di laman web Lazada menerusi link affiliate saya. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

 

Saya harapkan semoga anda sudi untuk berbuat demikian sekali lagi di masa akan datang. Apa pun, anda boleh klik sini untuk shopping di Lazada.

kupon-diskaun-lazada-1nov-17dec

Jika ini merupakan kali pertama anda membeli belah di Lazada, anda boleh gunakan kod diskaun diatas untuk mendapatkan potongan harga sehingga 20% ataupun maksimum sebanyak RM25.

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: