Homestay Fetih Ezzehra – Homestay di Kuala Terengganu yang menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk keselesaan pengunjung

by sabree hussin on September 28, 2017

in Tempat Penginapan

Mencari homestay di Kuala Terengganu tidaklah sesukar mana. Jika anda buat carian di internet, anda akan temui macam-macam pilihan.

 

Tetapi, jika anda tanya pada saya, kat mana nak dapatkan homestay yang selesa, dekat dengan kawasan bandar dan menawarkan harga yang jimat di Kuala Terengganu, saya boleh cadangkan anda untuk menginap di Homestay Fetih Ezzehra.

homestay-murah-di-kuala-terengganu

Homestay Fetih Ezzehra ini terletak di alamat

No.33 taman Teratai Off Jalan Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu

Koordinat GPS 5.3219 N, 103.1426 Eย 

 

Memandangkan dah ada GPS koordinat disediakan, jadi senanglah untuk cari homestay ni. Anda pasti tak sesat dan tak perlu nak pusing-pusing sekeliling bandar Kuala Terengganu untuk cari arah. Ikut sahaja koordinat yang dah diberikan tu ya.

homestay-murah-kuala-terengganu

Untuk makluman para pembaca yang ingin mencari tempat penginapan di Kuala Terengganu, Homestay Fetih Ezzehra ini merupakan kediaman jenis rumah teres double storey.

 

Terdapat 3 buah bilik yang dilengkapi dengan penyaman udara bagi memberi keselesaan kepada tetamu yang ingin check in di homestay ini.

 

Ini adalah bilik pertama.

homestay-murah-kuala-terengganu

Dalam bilik ini ada disediakan katil jenis queen size, sebuah almari, meja untuk make up, dan penyaman udara. Dalam bilik utama ini juga ada disediakan bilik air yang dilengkapi dengan alat pemanas air.

homestay-di-kuala-terengganu

Rasa-rasa kalau nak mandi pagi tu sejuk sangat, boleh guna pemanas air yang disediakan tu.

 

Dalam bilik utama ni juga, tuan rumah ada sediakan bahan bacaan untuk tetamu yang menginap. Jadi, sebelum tidur tu, kalau rasa susah nak lelapkan mata, bolehlah baca dulu beberapa helai muka surat. Maklumlah sesetengah orang ni, kalau baca buku memang cukup mudah rasa nak terlelap kan.

Pada saya pulak, homestay yang ada sediakan bahan bacaan, or maybe ada mini library memang awesome. Kadang-kadang bila duduk kat rumah tak buat apa-apa boring juga. Siaran dekat tv pulak, belum tentu ada yang menarik untuk kita tonton.

 

Jadi, bila ada buku-buku dan bahan bacaan macam ni, dapatlah isi masa terluang.

 

Ini pula adalah gambar dibilik nombor dua.

homestay-murah-kuala-terengganu

 

Seperti bilik utama, bilik kedua ini juga dilengkapi dengan pendingin udara. Bilik ini, disediakan katil jenis double decker. Saya agak mungkin sebab pemilik homestay ini nak pastikan ruang dalam bilik jadi lebih luas.

homestay-budget-kuala-terengganu

 

Bilik kedua ini juga turut disediakan almari pakaian, meja untuk make up, dan cermin.

homestay-bajet-kuala-terengganu

 

Gambar diatas ini pula adalah gambar dibilik nombor 3.

 

Dalam satu-satu masa, homestay ini boleh memuatkan 8 orang pengunjung. Tetapi kalau anda bawa lebih ramai orang bersama anda, boleh juga kalau nak sumbat sampai 15 orang sekali.

 

Seperti yang para pembaca semua dapat lihat, dalam setiap bilik memang ada banyak lagi ruang-ruang kosong. Jika anda datang dalam bilangan yang agak ramai, boleh hampar toto atas lantai dan tidur sahaja atas lantai.

kuala-terengganu-homestay-bajet

 

Kat ruang tamu pun boleh tidur juga. Nampak kan? Ada sofa bed disediakan di situ.

 

Bagi pengunjung yang ada merancang untuk masak, anda juga boleh berbuat demikian di homestay ini. Kemudahan-kemudahan asas untuk menyediakan makanan seperti rice cooker, induction cooker, kelengkapan pinggan mangkuk, periuk dan sebagainya turut disediakan.

homestay-jimat-kuala-terengganu

 

Dibawah ni pula adalah ruang untuk makan.

homestay-kuala-terengganu

 

Selain kemudahan-kemudahan asas yang biasa terdapat di mana-mana homestay, sama ada dikawasan sekitar Kuala Terengganu, ataupun di mana-mana lokasi seluruh Malaysia, Homestay Fetih Ezzehra ini turut menyediakan beberapa servis tambahan yang patut saya highlight disini.

 

(1) Khidmat pengangkutan (transport) dan sewa kenderaan

Jika anda tidak merancang untuk memandu sendiri untuk ke Kuala Terengganu, anda sebenarnya boleh dapatkan kereta sewa dari pemilik homestay ini. Mungkin anda akan datang dengan bas atau mungkin dengan menaiki kapal terbang.

 

Bagi memudahkan pergerakkan anda sepanjang berada di Kuala Terengganu, bolehlah sewa kenderaan.

Buat masa ini, anda boleh sewa kereta jenis Viva, Axia, Myvi, Saga, Iriz, Alza dan juga Exora. Kadar sewa adalah seperti dibawah

Viva
12 jam RM80
24 jam RM100
48 jam RM180

Axia
12 jam RM80
24 jam RM100
48 jam RM200

Myvi 1.3
12 jam RM100
24 jam RM130
48 jam RM260

Proton Saga 1.3
12 jam RM100
24 jam RM130
48 jam RM260

Proton Iriz
12 jam RM100
24 jam RM130
48 jam RM260

Myvi 1.5
12 jam RM130
24 jam RM150
48 jam RM300

Alza
12 jam RM150
24 jam RM200
48 jam RM400

Exora
12 jam RM170
24 jam RM250
48 jam RM450

Caj hantar RM10
Caj ambil balik RM10
di mana-mana lokasi dalam bandar Kuala Terengganu

 

Atau mungkin anda perlukan kenderaan yang lebih besar, seperti sebuah van misalnya?

Kadar sewa van adalah seperti berikut

24 jam RM300 (Pandu sendiri)

12 jam RM500 (beserta dengan pemandu)ย 

 

Kalau anda tak biasa dengan kawasan sekitar Kuala Terengganu, dan inginkan khidmat pemandu yang lebih mahir dengan selok belok jalan di Kuala Terengganu, bolehlah dapatkan pakej yang disertakan pemandu.

 

(2) Khidmat urutan SPA tradisional ala Bali untuk wanita sahaja

Saya rasa, ini mungkin satu-satunya homestay di Kuala Terengganu yang menyediakan khidmat urutan tradisional kepada pengunjungnya.

 

Selepas seharian penat berjalan-jalan di sekitar bandar Kuala Terengganu, atau pusing-pusing di sekitar pasar payang, malam tu bolehlah dapatkan khidmat urutan ini. Perkhidmatan ini untuk wanita sahaja ya.

 

Nak tahu berapa caj untuk perkhidmatan ni? Boleh hubungi

Puan Yana – 019-383 7546

En Ibrahim – 019-963 6493

 

(3) Bilik mesyuarat

homestay-ada-bilik-meeting-kuala-terengganu

Berita baik buat para pengunjung yang ingin ke Kuala Terengganu atas urusan kerja. Anda juga boleh menyewa bilik mesyuarat sepanjang masa anda menginap di homestay ini.

 

Kalau ada yang nak buat family day, kemudian nak bincang-bincang hal keluarga, tak kiralah sama ada hal-hal berkenaan pembahagian harta, nak rancang aktiviti, atau sebagainya dan anda inginkan suasana perbincangan yang agak formal, bolehlah sewa bilik mensyuarat ni.

 

Kadar sewa yang dikenakan juga tidaklah begitu mahal. Hanya RM20 sahaja untuk 1 jam yang pertama. Manakala untuk jam berikutnya, hanya RM8 untuk setiap jam penggunaan.

 

(4) Percuma WIFI

Ini satu lagi kemudahan yang bagus. Anda boleh jimatkan penggunaan data sepanjang anda menginap di Homestay Fetih Ezzehra ini. Sebabnya pemilik rumah ini telahpun sediakan sambungan perkhidmatan WIFI untuk anda menginap disini.

 

Bagaimana nak berurusan dengan pemilik Homestay Fetih Ezzehra?

Untuk urusan tempahan, atau sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung dengan

Puan Yana – 019-383 7546

En Ibrahim – 019-963 6493

Sila ikuti FB Fanpage di pautan ini >> https://www.facebook.com/Fetih-Ezzehra-Homestay-1853832094863651

Sila ikuti FB Fanpage Homestay Fetih Ezzehra bagi mengetahui tawaran, promosi, untuk sebarang pertanyaan atau apa-apa urusan.

 

Kadar caj sewa untuk menginap di Homestay Fetih Ezzehra di Kuala Terengganu (harga PROMOSI)

Pada hari biasa >> RM100 sahaja

Pada hujung minggu >> RM130 sahaja

 

Sekarang ni, pihak pengurusan homestay ada tawarkan harga promosi. Anda hanya perlu bayar RM100 sahaja, walaupun menginap pada hujung minggu. Ya, tak perlu bayar RM130. Promosi ni untuk masa terhad sahaja tau.ย 

(sila nyatakan yang anda adalah “pembaca blog sabreehussin.com” semasa berurusan dengan pihak pengurusan homestay ni ya)

 

Baiklah, jika anda ingin berkunjung ke Kuala Terengganu, tak kiralah sama ada atas urusan

  1. Majlis kenduri kahwin rumah saudara di Kuala Terengganu
  2. Ada urusan perniagaan atau urusan kerja
  3. Ingin menghantar anak untuk belajar keย MSU College Terengganu – Kuala Terengganu
  4. Bercuti di tempat-tempat menarik sekitar Kuala Terengganu
  5. Family day

 

Atau atas apa sahaja tujuan, bolehlah nanti menginap di homestay ini. Jimat pun jimat dan yang penting, selesa.

Jadi, jika anda mencari homestay di Kuala Terengganu, bolehlah consider untuk menginap disini.

 

Sepanjang anda menginap disini nanti, bolehlah singgah ke tempat-tempat menarik yang ada disekitar Kuala Terengganu, seperti

  1. Pantai Batu Buruk
  2. Pantai Teluk Ketapang
  3. Pasar Payang
  4. Masjid Tengku Tengah Zaharah
  5. Dataran Waterfront
  6. … dan banyak lagi.

 

Jom kita ke Kuala Terengganu!

 

 

Be Sociable, Share!

{ 28 comments… read them below or add one }

nikkhazami September 28, 2017 at 11:27 am

bagus la kalau semua kemudahan disediakan

Reply

mrhanafi September 28, 2017 at 3:14 pm

saya perhatikan memang menarik la fasiliti yang disediakan..

berbaloi la untuk ditempah

Reply

sabree hussin September 28, 2017 at 4:27 pm

Mrhanafi kalau cari homestay di Kuala Terengganu untuk bawa keluarga bercuti satu hari nanti, boleh tempah disini ๐Ÿ™‚

Reply

mrhanafi September 29, 2017 at 4:01 pm

in shaa Allah..boleh juga tu.

moga saya dimurahkan rezeki

Reply

anuar September 29, 2017 at 5:16 am

Kalau bercuti ke Kuala Terengganu bolehlah menginap dkt homestay ni..

Reply

sabree hussin September 29, 2017 at 12:09 pm

Silalah menginap disini. Lokasinya juga strategik ๐Ÿ™‚

Reply

Dedaun Comel September 29, 2017 at 3:59 pm

Wah banyak kelengkapan dan kemudahan. Mesti selesa dan seronok siapa2 yang nak bercuti di Kuala Terengganu ni kan

Terbaik

Reply

sabree hussin September 29, 2017 at 4:52 pm

Bila tuan rumah boleh provide macam-macam servis, senang nak berurusan. Tak perlu nak deal dengan terlalu ramai orang dalam satu masa.

Reply

ahmadyani September 30, 2017 at 6:56 am

Lebih bagus berbanding hotel. Murah juga…

Reply

sabree hussin September 30, 2017 at 12:54 pm

Nak jimatkan kos penginapan sebab nak luangkan lebih banyak masa dengan aktiviti luar, bolehlah sewa sini tuan Ahmad Yani

Reply

Elih Japahar October 1, 2017 at 9:48 pm

Nampak selesa dan bersih…murah jugak!

Reply

sabree hussin October 2, 2017 at 10:26 am

Antara homestay yang termurah yang boleh dapat di Kuala Terengganu ni.

Reply

Noriza Rahman October 1, 2017 at 9:59 pm

InsyaAllah ada perancangan nak ke kuala terengganu jiga, mungkin boleh try homestay ni

Reply

sabree hussin October 2, 2017 at 10:25 am

Silakan hubungi pemilik homestay ni ya pn Noriza ๐Ÿ™‚

Reply

raihanah October 2, 2017 at 9:15 am

selesa nampaknya, siap ada meeting room

Reply

sabree hussin October 2, 2017 at 10:03 am

Senang kan bila boleh sewa meeting room sekali? Kalau nak buat perbincangan boleh sewa ๐Ÿ™‚

Reply

rujukan October 2, 2017 at 10:54 am

member aku ada rumah homestay, saja test market. rupa rupanya berjaya, setiap bulan maintain dapat RM1000 dan ke atas, senyum jer dia, dah la bayaran bulanan rumah tu kat bank cuma RM200 ja, hehhehe

Reply

sabree hussin October 2, 2017 at 10:55 am

Cantik dah tu. Dapat bayar bulanan, and ada banyak lagi lebihan. kalau macam tu bolehlah bukak lagi satu homestay ๐Ÿ™‚

Reply

saya gja October 2, 2017 at 3:29 pm

Murahnya.

Nampak selesa.

Boleh try lepas ni.

Reply

sabree hussin October 3, 2017 at 1:50 pm

Memang antara yang murah ni. Boleh stay lebih lama kalau kos sewa tak terlalu mahal macam homestay ni ๐Ÿ™‚

Reply

reezluv October 3, 2017 at 9:31 am

siap ada bilik mesorat lagi tu, best gile

Reply

sabree hussin October 3, 2017 at 1:47 pm

Yup. Pemilik homestay kat Kuala Terengganu ni memang nak pastikan pengunjung yang datang atas urusan kerja senang nak buat meeting ๐Ÿ™‚

Reply

azimah mohd zainuddin October 4, 2017 at 3:52 pm

Siap ada perkhidmatan urut lagi. Memang 1st time dengan pakej homestay bersekali dengan berurut jika perlu.

Reply

sabree hussin October 4, 2017 at 6:19 pm

Puan Azimah jemput la bawa keluarga menginap di homestay ni kalau berkunjung ke Kuala Terengganu ๐Ÿ™‚

Reply

izwan October 31, 2017 at 10:19 am

dekat kampung saya ni… kalau pergi homestay ni. dekat dah dengan Warung Pok Man. Tanya tuan punya homestay mesti dia tahu. tempat best nak makan pagi tu. macam2 ada.

Reply

sabree hussin November 7, 2017 at 9:45 pm

Warung Pok Man ye… In Shaa Allah, saya try cari tempat tu untuk breakfast nanti.

Reply

Naziman Azlye November 2, 2017 at 3:21 pm

Waaa. Sangat murah. Baru-baru ni saya ambil homestay RM80. Ada 1 bilik saja, dan ruang tamu kecil. Kecil sangat.

Reply

sabree hussin November 7, 2017 at 9:44 pm

Kat area mana tu? Kuala Terengganu jugak ke

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: