8 Perkara yang menjadikan pelaburan hartanah kurang menarik berbanding pelaburan emas

by sabree hussin on February 22, 2016

in Pelaburan Emas & Perak

Apabila kita membaca buku tentang topik pelaburan emas, penulis yang menulis buku tersebut dengan bersungguh-sungguh akan mengatakan yang pelaburan dalam emas adalah pelaburan yang terbaik.

 

Seandainya kita baca buku tentang pelaburan saham, penulis buku tersebut akan membuktikan kepada kita bahawa pelaburan sahamlah adalah pelaburan yang terbaik.

 

Begitulah juga halnya jika kita membaca buku dalam topik pelaburan hartanah. Penulis buku tersebut lazimnya juga akan mengemukakan hujah-hujah beserta dengan real case study untuk menyakinkan anda bahawa pelaburan hartanah adalah pelaburan yang paling hebat.

 

Kalau semua penulis, yang mewakili bentuk pelaburan yang berbeza, masing-masing mengatakan pelaburan yang mereka tulis dalam buku mereka itu adalah pelaburan yang terbaik, macam mana kita nak pastikan, mana satu yang benar-benar terbaik untuk kita juga? Ah… pening dah.

gold

 

Satu perkara yang bagus, bila kita banyakkan baca buku-buku tentang pelaburan ni ialah, kadang-kadang kita akan jumpa the so called kelemahan tentang pelaburan tertentu dalam buku pelaburan lain, yang tak ada kena mengena dengan pelaburan yang dikatakan mempunyai kelemahan itu.

 

Keliru ke? Macam ni maksud saya. Kalau kita cuma baca buku tentang pelaburan hartanah, kadang-kadang kita susah nak nampak apa kekurangan dan kelemahan pelaburan hartanah, dan penulis juga ada yang skip topik tersebut. Tetapi, saya dapati, bila saya baca buku tentang pelaburan emas, ada penulis yang membandingkan antara pelaburan emas dengan pelaburan hartanah, dan ternyata ada ketikanya melabur dalam emas adalah lebih baik berbanding melabur dalam hartanah.

 

Bermakna, ada serba sedikit kelemahan pada hartanah yang mungkin selama ini kita tak perasan pun, tetapi lepas baca buku pelaburan lain, baru kita nampak… “oh ini kelemahan dia rupanya.”

 

Jadi kali ini, saya nak kongsikan hasil pembacaan saya tentang beberapa perkara yang menjadikan pelaburan hartanah adalah kurang menarik apabila dibandingkan dengan pelaburan terhadap emas.

 

(1) Sangat dipengaruhi oleh faktor Lokasi

Nilai hartanah sangat dipengaruhi oleh faktor lokasi hartanah tersebut. Ada hartanah di lokasi tertentu akan memberikan pulangan yang begitu lumayan kepada kita, terutama sekali apabila hartanah tersebut terletak dikawasan yang

Mempunyai kemudahan pengangkutan awam seperti LRT, ada banyak peluang pekerjaan, ada banyak kemudahan seperti tempat shopping, terletak di kawasan bandar atau kawasan tumpuan orang ramai

 

Sebaliknya, jika hartanah kita terletak dikawasan yang agak jauh di pedalaman, ia mungkin akan beri pulangan yang kurang memberangsangkan. Ini bermakna, kita “tekpaksa” buat kajian yang menyeluruh dan teliti sebelum mula melabur untuk miliki mana-mana hartanah.

 

(2) Pelaburan tambahan akan dilakukan di lokasi yang berbeza

Selalunya begitulah. Kalau pelaburan terletak di kawasan yang HOT, ia amat mudah sold out ataupun jika tak sold out sekalipun, harganya agak tinggi. Jadi, untuk memaksimakan keuntungan, perlu melabur di lokasi yang berbeza.

 

Lokasi berbeza, sudah tentu segalanya berbeza dari lokasi tempat pelaburan yang awal. Bermakna, kita perlu lakukan kajian atau research tambahan.

 

(3) Perlukan pemantauan yang rapi

Baiklah, sebenarnya bukan pelaburan hartanah sahaja yang memerlukan pemantauan yang rapi, sebaliknya semua jenis pelaburan memerlukan pemantauan. Dalam kes pelaburan hartanah, jika hartanah kita terletak di lokasi yang berbeza, dan setiap satunya agak jauh dari kita, kita sangat-sangat perlu beri pemantauan yang lebih.

 

Jika tidak, tak mustahil untuk pelaburan kita tu musnah begitu sahaja.

 

(4) Modal yang tinggi

Ini sebab kenapa sampai sekarang, masih ramai lagi yang tak mempunyai hartanah sendiri. Jangan kata nak buat pelaburan, even hartanah untuk kegunaan sendiri seperti rumah kediaman sendiri pun masih ramai yang belum ada.

 

Realitinya ramai yang tak mampu atau belum mampu nak beli rumah sendiri. Kita sekurang-kurangnya perlu siap sedia dengan duit pendahuluan (downpayment) sebanyak 10% daripada harga rumah yang ingin kita duduki. Andaikan harga rumah ialah RM300,000 bermakna kita perlu ada sekurang-kurangnya RM30,000.

 

Ada ke duit sebanyak tu? Kalau nak kumpul duit, berapa lama baru boleh cukup duit sebanyak tu dalam akaun kita ya? Cakaplah, walau banyak mana kebaikkan melabur dalam pelaburan hartanah, kalau duit adalah penghalang, dan kita masih tak buat sesuatu untuk kumpul modal, bermakna sampai bila-bila kita tak akan melabur dalam hartanah.  

 

Sebaliknya, dalam pelaburan emas, kita boleh mula dengan membeli 1 gram emas kita yang pertama. Kos untuk pelaburan juga lebih murah, dan bergantung kepada harga emas semasa, biasanya 1 gram emas masih lagi dibawah RM200.

 

(5) Hartanah bukan pelaburan yang mudah cair

Terdapat sekurang-kurangnya dua cara bagaimana pelaburan hartanah yang kita miliki dapat menghasilkan pendapatan kepada kita. Cara tersebut adalah apabila nilai hartanah yang kita miliki mencatatkan kenaikkan dari segi nilai pasaran dan kita jual hartanah tersebut. Manakala cara kedua adalah dengan menyewakan hartanah yang kita miliki untuk mendapatkan pendapatan yang berterusan dari penyewa.

 

Walaubagaimanapun, jika memilih untuk nikmati pulangan dalam cara yang pertama, iaitu jual semula hartanah dengan harga yang lebih tinggi berbanding harga beli, ia bukan satu proses yang mudah. Ia mungkin akan ambil masa yang agak lama untuk dapatkan pembeli.

 

Berbeza dengan pelaburan emas. Kita boleh jualkan semula emas yang kita beli kepada syarikat yang sama kita beli emas tersebut. Contohnya, syarikat Power Gold ada buy back policy yang mana mereka akan beli semula emas yang dibeli oleh ahlinya jika ahli berhasrat untuk berbuat demikian. Kalau pelaburan hartanah, belum tentu pihak pemaju sanggup untuk beli semula hartanah yang mereka dah jual kepada kita.

 

(6) Hartanah memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi

Salah satu cara untuk mendapatkan lebih penjimatan ialah apabila kita melabur untuk dapatkan rumah lelong. Rumah lelong selalunya boleh dibeli dengan harga dibawah harga pasaran, ataupun harga diskaun.

 

Walaubagaimanapun, kita perlu sediakan bajet yang agak tinggi jika rumah tersebut terdapat kerosakkan yang memerlukan dijalankan penyelenggaraan.

 

(7) Cabaran untuk mencari penyewa yang “mampu” dengan harga yang kita tawarkan

Bukan mudah untuk cari penyewa. Jika anda baca buku berjudul bagaimana menjadi tuan rumah jutawan, anda akan dapati, selaku pemilik hartanah, proses untuk mendapatkan penyewa yang hebat, yang mampu bayar sewa rumah kita dan berdisiplin bukan satu perkara yang mudah.

 

Jika tak berhati-hati, anda mungkin akan dapat penyewa yang menjadikan kita rugi daripada kita dapat buat untung dan jadi lebih kaya.

 

(8) Tidak boleh dialihkan jika berlaku peperangan

Peperangan. Atau sekurang-kurangnya berlaku pergolakkan dalam negara yang memaksa kita untuk meninggalkan negara buat sementara dan mencari perlindungan di negara jiran, atau mana-mana negara yang sudi memberi perlindungan kepada kita.

 

Rumah tak boleh dialihkan. Apatah lagi untuk dibawa bersama dalam pelayaran kita mencari tempat perlindungan. Namun berbeza halnya dengan emas. Ia boleh dibawa kemana-mana, dan nilainya diiktiraf di seluruh dunia. Perkara yang sama berlaku kepada dua buah negara yang pernah melalui fasa perang, iaitu Vietnam dan juga Kemboja. Mereka meninggalkan negara mereka dengan apa yang mampu dicapai sahaja, dan antara barang berharga yang mereka bawa keluar ialah emas.

 

Pada masa ini, mungkin kita masih belum ada kemampuan untuk melabur dalam hartanah. Namun, ini bukan bermakna kita tak perlu ambil tahu langsung mengenai pelaburan ini. Sebaliknya, pada waktu kita belum cukup modal ni, kita boleh kumpul dulu ilmu-ilmu pelaburan, disamping kita kumpul modal.

 

Supaya bila kita dah ada modal kelak, kita boleh terus melabur dalam pelaburan hartanah dengan yakin. Buat masa ini, mungkin kita boleh melabur dalam pelaburan emas dahulu. Bila dah cukup modal, kita jualkan pelaburan emas kita tu tadi, dan mula berkecimpung pula dalam pelaburan hartanah.

 

Apapun, sebelum kita melangkah dengan lebih jauh, berkenal dan berkawanlah dulu dengan ilmu pelaburan hartanah ya.

 

Rujukan:

(1) PELABURAN EMAS: Kaedah, Pendekatan dan Strategi
(2) Bagaimana Hendak Menjadi Tuan Rumah Jutawan
(3) Bijak Melabur Edisi Rumah Lelong – Pembongkaran Rahsia Jutawan Rumah Lelong
(4) Kaya Dengan Rumah – Cara menjadi kaya dengan menggunakan duit orang lain

 

Be Sociable, Share!

{ 4 comments… read them below or add one }

Raihanah Ahmad February 24, 2016 at 2:49 pm

emas lebih baik kalau modal pun kecil

Reply

sabree hussin February 25, 2016 at 12:25 am

Betul tu, nak melabur dalam emas boleh mula dengan modal kurang dari RM200. Kalau hartanah, memang tak akan jumpa modal permulaan RM200. Kalau hartanah maya. itu mungkin ada bawah RM200

Reply

suri February 26, 2016 at 8:46 pm

pilihan ada cuma kita sahaja tak nampak peluang itu ada sebenarnya

Reply

sabree hussin March 2, 2016 at 5:42 pm

hmm macam mana boleh tak nampak peluang pulak tu ye

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: